Ads

“Kos Hampir RM4,000, Bayar RM130 Je!” Wanita Kongsi Rezeki Rajin Derma Darah

Gambar Hiasan AI

Siapa sangka, amalan menderma darah bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa orang lain, malah turut memberikan manfaat kepada diri sendiri apabila memerlukan rawatan di hospital.

Itulah rezeki yang dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Fatima Zahara juga penguna threads dengan nama cikennuggets_

apabila dia berpeluang menikmati kemudahan wad kelas dua secara percuma ketika melahirkan cahaya mata di Hospital Cyberjaya.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita ini meluahkan rasa syukur apabila kos rawatan bersalinnya yang hampir mencecah RM4,000 hanya perlu dibayar sekitar RM130 selepas menerima subsidi dan kemudahan sebagai penderma darah.

“Kos Hampir RM4,000, Bayar RM130 Je!” Wanita Kongsi Rezeki Rajin Derma Darah

Penderma Darah Bersalin Czer Kecemasan, Bayi Masuk NICU Seminggu

Menurutnya, dia melahirkan bayinya pada 23 September lalu menerusi pembedahan Caesarean kecemasan (C-section) selepas bayi dalam kandungannya mengalami tekanan janin (fetal distress).

Walaupun melalui detik mencemaskan, dia bersyukur kerana menerima kemudahan wad kelas dua secara percuma sepanjang tiga hari dimasukkan ke hospital.

“Terima kasih kerajaan Malaysia atas keistimewaan yang diberikan kepada kami sebagai penderma darah tegar.

“Berjaya bersalin di wad kelas kedua Hospital Cyberjaya secara percuma. Hospital Cyberjaya memang tiada wad kelas pertama ya. Saya dimasukkan ke wad selama tiga hari.

“Jumlah keseluruhan kos rawatan tanpa subsidi hampir mencecah RM4,000. Namun, selepas menerima subsidi, saya hanya perlu membayar sekitar RM130 sahaja,” kongsinya.

Lebih menyentuh hati, bayi Fatima turut memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama seminggu.

Menurutnya, bayaran RM130 itu turut merangkumi kos rawatan bayinya, selain dia berpeluang tinggal bersama anak di NICU selama empat hari.

Ads

“Saya juga tinggal bersama bayi (rooming-in) di NICU selama empat hari. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia serta semua jururawat dan doktor di Hospital Cyberjaya,” katanya lagi.

Netizen Turut Kongsi Pengalaman Sama

Dalam perkongsian tersebut, Fatima turut memuat naik gambar kad derma darah miliknya yang menunjukkan rekod pendermaan darah sepanjang menjadi penderma aktif.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman menikmati kemudahan sama.

“Saya pun last year discharged tanpa bayar apa-apa di HCJ sebab penderma darah,” komen seorang netizen.

“Dapat merasa wad kelas pertama dekat IKN, Putrajaya,” kongsi seorang lagi.

Rupanya Penderma Darah Ada Keistimewaan Rawatan Percuma

Untuk pengetahuan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan pelbagai kemudahan kepada penderma darah sebagai penghargaan atas sumbangan mereka.

Ads

Berdasarkan maklumat rasmi Pusat Darah Negara, penderma yang telah menderma darah antara satu hingga lima kali layak menikmati rawatan pesakit luar, termasuk rawatan pergigian, serta rawatan perubatan dan wad kelas dua secara percuma selama empat bulan.

Malah, penderma yang mencapai 31 hingga 40 kali pendermaan pula boleh menikmati kemudahan rawatan dan wad kelas satu secara percuma untuk tempoh empat tahun.

Bagaimanapun, kelayakan tersebut tertakluk kepada rekod pendermaan, tempoh yang ditetapkan serta kekosongan katil di hospital. Kemudahan ini juga khusus untuk penderma darah warganegara Malaysia.

Syarat Kelayakan dan Kemudahan Rawatan di Hospital Kerajaan

Keistimewaan rawatan yang diberikan bergantung kepada jumlah pendermaan darah yang telah direkodkan. Oleh itu, mereka yang aktif menderma digalakkan menyimpan rekod pendermaan sebagai rujukan apabila mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Walaupun terdapat kemudahan rawatan dan wad percuma, setiap permohonan masih tertakluk kepada syarat serta peraturan semasa yang ditetapkan oleh KKM.

Ini termasuk jenis rawatan yang layak, tempoh kemudahan dan ketersediaan wad mengikut kelas yang ditawarkan oleh hospital berkenaan.

Ads

Orang ramai boleh mendapatkan penjelasan lanjut daripada Pusat Darah Negara atau pihak hospital kerajaan bagi memastikan kelayakan mereka sebelum mendapatkan rawatan.

Amalan Menderma Darah Bukan Sekadar Menyelamatkan Nyawa

Selain membantu pesakit yang memerlukan bekalan darah, amalan menderma secara berkala juga menjadi satu bentuk sumbangan penting kepada sistem kesihatan negara.

Bekalan darah diperlukan bagi pelbagai situasi termasuk pembedahan, rawatan kecemasan, komplikasi ketika bersalin serta rawatan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.

Setiap sumbangan yang dibuat berpotensi membantu pesakit yang sedang berdepan keadaan kritikal dan memerlukan pemindahan darah.

Dalam masa sama, kemudahan rawatan yang disediakan kerajaan menjadi antara bentuk penghargaan kepada individu yang secara sukarela membantu memastikan bekalan darah negara sentiasa mencukupi.

Kisah Fatima ini nyata membuka mata ramai bahawa amalan menderma darah bukan sekadar membantu mereka yang memerlukan, malah boleh membawa manfaat kepada penderma sendiri.

Hari ini kita membantu menyelamatkan nyawa orang lain, siapa tahu suatu hari nanti kebaikan itu kembali memberi manfaat kepada diri dan keluarga kita.

BACA SINI : “Memang Power”- Rupanya Sudah 50 Kali Azhan Rani Derma Darah Plasma, Raih Pujian Netizen!

Sumber: Threads dan Pusat Darah Negara.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Isteri Fad Bocey Syukur Miliki 5 Anak Sebelum Usia 30 Tahun

Isteri Fad Bocey, Syaheera Rahman terharu apabila impian memiliki lima anak sebelum usia 30 tahun dimakbulkan. Isteri Fad Bocey turut berkongsi cabaran membesarkan anak bongsu.