Sewa RM5,000 satu hari! Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida sanggup berhabis demi anak perempuan kesayangannya bagi mengikuti pengajian di Barcelona, Sepanyol.
Muat naik video di Instagram milik DS Vida telah meraih tumpuan ramai apabila membuat ‘house tour’ kediaman yang didiami oleh anak perempuannya, Cik B di Barcelona.
DS Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 54, turut ditemani anak lelakinya, Kacak meluahkan rasa syukur setelah memasuki kediaman Cik B
Dalam video tersebut, jelas menunjukkan perwatakan Cik B gembira dengan kediaman tersebut.
“Cik B suka rumah ni. Its my dream house,” ujar Cik B dengan gembira.
Wow! Sewa RM5K sehari
Ads
Video ‘House Tour’ membuatkan ramai kagum melihat dekorasi kediaman berkenaan. Melihat bilik tidur, bilik bacaan dan tandas bersaiz ruang yang besar membuatkan ramai teruja.
Paling mengejutkan, DS Vida secara spontan mendedahkan kadar sewa rumah tersebut adalah sebanyak RM5,000 sehari.
Sejurus itu Cik B menunjukan riak terkejut dengan sewa yang tinggi itu.
“Alhamdulillah mujur Cik B suka.”
“Saya nak Cik B belajar bahasa Sepanyol dan ada vibes-vibes baharu.”
Ads
“Bilik ini harga dia RM5,000 sehari, dan duduk selama tiga bulan,” kongsi Vida.
ADA VIBES SERAM
Meninjau ruangan komen, wargamaya teruja melihat kediaman yang mempunyai banyak bilik. Namun saiz bilik yang besar dan persekitaran kediamanan ada yang beranggapan ia ada unsur vibes seram.
Seorang warga emas berputih mata apabila apabila kerugian RM974,000 selepas ditipu sindiket pelaburan saham tidak wujud, bulan lalu.
Tanpa sedar, mangsa telah menekan pautan sehingga melibatkan kerugian hampir 1 juta! Memetik laporan Sinar Harian, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, mangsa yang berusia 67 tahun tertarik dengan iklan pelaburan saham ketika melayari laman Facebook pada 4 Disember lalu.
“Mangsa telah menekan pautan yang diberikan seorang wanita lalu dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatsApp dan diminta untuk memuat turun satu aplikasi.
Menurut Zulkafli, mangsa menyedari ditipu selepas semakan dilakukan di Google mendapati pelaburan tersebut tidak wujud dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu.
“Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan semakan sebarang bentuk tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.
“Semakan perlu dilakukan melalui Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya.
“Mangsa kemudian melakukan 16 transaksi pembayaran dalam talian ke tiga akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM974,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Dua anak ‘hilang ibu,’ jururawat maut, perjalanan ke himpunan RXZ bertukar tragedi. Seorang jururawat dilaporkan maut selepas motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditungganginya terbabas di Kilometer 394, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuala Terengganu pada Jumaat.
Seorang jururawat dilaporkan maut selepas motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditungganginya terbabas di Kilometer 394, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menghala ke Kuala Terengganu pada Jumaat.
Mangsa dikenali sebagai Roslinawati Ramli, 33, beralamat di Felda Tementi, Pahang. Difahamkan, beliau dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor menuju ke program Himpunan RXZ Members 7.0 bersama 12 lagi rakan penunggang motosikal.
Mangsa meninggalkan suami dan dua orang anak perempuan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari ketika mangsa menunggang di lokasi berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa bergerak dari rumah sekitar jam 1 pagi menuju ke Kuala Terengganu. Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau turut menambah, motosikal mangsa mengalami kerosakan ketara di bahagian hadapan selain beberapa bahagian lain.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari ketika mangsa menunggang di lokasi berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa bergerak dari rumah sekitar jam 1 pagi menuju ke Kuala Terengganu. Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Beliau turut menambah, motosikal mangsa mengalami kerosakan ketara di bahagian hadapan selain beberapa bahagian lain.
Mangsa dikenali sebagai Roslinawati Ramli, 33, beralamat di Felda Tementi, Pahang. Difahamkan, beliau dalam perjalanan dari Simpang Renggam, Johor menuju ke program Himpunan RXZ Members 7.0 bersama 12 lagi rakan penunggang motosikal.
Menerusi TikTok arwah Roslinawati atau lebih dikenali sebagai Eyna Lee, ramai warga maya menyampaikan ucapan takziah.
Buta sebelah mata dibaling mainan, pemuda 29 tahun kini OKU penglihatan. Harith Luqman Ismail dilahirkan sebagai individu normal, namun satu insiden tragis sembilan tahun lalu mengubah segalanya. Insiden tersebut berlaku apabila sebuah objek keras dilemparkan ke arah beliau, menyebabkan mata kirinya kehilangan fungsi penglihatan sehingga ke hari ini.
Sejak kejadian itu, Harith Luqman, 29, memulakan kehidupan baharu sebagai individu orang kurang upaya (OKU) penglihatan. Beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan dan menerima takdir yang telah ditentukan untuknya.
Namun, Harith Luqman tidak membiarkan kesedihan menguasai dirinya. Beliau bangkit dan kini aktif menjalankan perniagaan dengan menjual pelbagai jenis makanan di sebuah gerai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
Mengimbau kembali kejadian tersebut, Harith Luqman menceritakan bahawa ia berlaku ketika beliau sedang pulang ke rumah selepas tamat semester pengajian di kampus.
“Waktu itu, seorang kanak-kanak secara tidak sengaja membaling mainan kecil yang keras ke arah mata saya. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor mendapati saraf di belakang mata kiri tidak lagi berfungsi. Pada mulanya, saya sangat sedih kerana mata adalah bahagian penting untuk berinteraksi dengan orang lain. Saya mula merasa malu dan hilang keyakinan diri,” katanya.
Kejadian itu turut memberi kesan kepada penglihatan mata kanannya yang menjadi silau. Akibatnya, beliau kerap mengalami sakit kepala, sukar memberi tumpuan dalam pelajaran, dan terpaksa berhenti daripada menyertai sukan, walaupun sebelum itu beliau sangat aktif.
Doktor turut memberi pilihan untuk membuang bola mata yang rosak atau mengekalkannya.
“Saya memilih untuk mengekalkannya, tetapi doktor mencadangkan penggunaan mata palsu. Lama-kelamaan, saya menerima takdir ini dengan reda dan bersyukur kerana mata kanan saya masih dapat digunakan untuk melihat,” ujarnya lagi.
Sokongan Keluarga dan Kejayaan Berniaga
Harith Luqman bersyukur kerana keluarga, termasuk ibu bapa, adik-beradik, dan rakan-rakan rapat, sentiasa memberikan sokongan moral kepadanya. Beliau juga berterima kasih kerana tidak pernah berdepan dengan situasi di mana kekurangan dirinya diperlekehkan.
Kehidupan hariannya kini dihabiskan dengan sibuk berniaga di gerai. Walaupun pernah menganggur selepas tamat pengajian, beliau akhirnya menemui minat dalam perniagaan apabila ahli keluarga mengajaknya menjual minuman boba di tepi jalan.
“Dari situ, minat untuk berniaga mula timbul. Saya belajar dengan memerhatikan cara peniaga lain menjaga kualiti dan kuantiti produk mereka. Daripada pemerhatian itu, saya cuba mengusahakan perniagaan sendiri dengan menjual nasi ayam kunyit, daging kunyit, ayam ‘black mamba’ (nama ciptaan sendiri), dan daging dendeng. Alhamdulillah, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan sejak awal sehingga kini,” jelas Harith Luqman.
Sebagai seorang OKU, Harith Luqman lebih suka berdikari dan tidak mahu menjadikan kekurangannya sebagai alasan untuk menagih simpati.
“Saya sebenarnya enggan berkongsi cerita ini, tetapi ramai yang bertanya bagaimana saya menjadi OKU. Disebabkan gambar saya sebelum dan selepas kejadian tular di media sosial, saya rasa sudah tiba masanya untuk bercerita agar dapat memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.
Beliau juga bersyukur dengan sokongan positif yang diterima daripada orang ramai, termasuk mereka yang berkongsi pengalaman hidup masing-masing. Harith Luqman kini menyimpan impian untuk menjadi seorang usahawan berjaya dan individu yang berguna kepada masyarakat.
“Apa yang saya harapkan hanyalah doa dan sokongan. Saya ingin terus maju dan mencapai cita-cita saya,” katanya mengakhiri cerita.