Menu berpantang sebenarnya tidak perlukan yang terlalu sarat dan berat. Cukup hanya sup sayur, ikan dan menu sampingan untuk membuang angin.
Salah satu menu wajib ketika berpantang pastinya bawang putih dan ikan bilis rangup yang dimasak dan dibuat stok selama berpantang 44 hari. Wajib cuba!
Ada yang tengah berpantang tak? Sama la kita. Hehe. Saya nak share resepi paling senang. Makan dengan nasi panas, ikan bakar, lauk ni, dengan sayur sawi + lobak putih je dah cukup. Orang yang tak berpantang pun laju makan.
BAWANG PUTIH & IKAN BILIS GORENG RANGUP
Ads
Bahan-bahan digoreng:
Bawang kecil hiris nipis.
Bawang putih hiris nipis.
Ikan bilis.
Halia hiris nipis. (kalau suka, saya tak letak sebab kacau rasa)
Bahan Perasa:
Lada hitam disangai & ditumbuk halus. (secukup rasa)
Garam halus. (secukup rasa)
Gorengkan kesemua bahan goreng secara berasingan. Ketepikan.
Ads
Kemudian gaulkan kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Gaul rata.
* Kalau baru sangat lepas bersalin, elakkan dulu lada hitam. Takut anak panas atau kuning (katanya). Tapi kalau nak jugak, letak sikit je dulu. Lepas semua dah ok, boleh la makan lada hitam macam biasa. Halia pun sama*
Ads
Lauk ni jadi lauk fav satu family walaupun takde orang dalam pantang. Bagus untuk buang angin & panaskan badan. Memang membuka selera.
Setiap wanita yang telah berkahwin dan telah pun melalui proses kelahiran untuk beberapa kalinya, sewajarnya lebih mengambil berat dalam penjagaan dalaman wanita.
Ini penting bagi menjamin hubungan intim suami isteri tetap hebat. Bagi tujuan ini, wanita Melayu banyak mengamalkan minuman herba dan salah satunya sebagaimana yang dikongsikan oleh Pn Aida ini. Diharap dapat memberi manfaat dan serasi dengan tubuh anda.
Jus kembali perawan
Bahan-bahan:
5 biji ibu kunyit hidup
7 helai daun sirih
5 ketul temu kunci
10 ketul gula batu
10 biji asam- (segenggam)
1 liter air kosong
Cara buat:
1. Bersihkan kunyit dan temu kunci buang kulitnya.
2. Basuh bersih2 bersama2 daun sireh. Jangan pulak pakai sabun.
3. Kisar semua bahan yg dah bersih tu sampai lumat gunakan air yg dah disukat tadi.
4. Masuk dalam periuk penuhkan dan tuang baki air dari botol tadi.
5. Masukkan gula batu dan asam.
6. Masak sampai mendidih.
7. Sejukkan tapis guna penapis yg paling halus . Biarkan sejuk masukkan dlm botol boleh simpan dalam peti ais.
8. Biarkan mendap baki hampas kunyit, baru lah boleh diminum.
Ekstra tip : Boleh juga masukkan sedikit halia, cekur masa mengisar untuk buang angin.
Cubalah ye.. insyaAllah masalah dalaman wanita akan berkurangan. Minum segelas kecil pagi dan petang. Selamat mencuba
Kredit : Aida Md Salleh via Mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dia pernah melalui dua fasa depresi sebelum dan selepas perkahwinan pertamanya dahulu. Ketika itu, hidupnya hanya bergantung ubat yang disyorkan doktor termasuk pil tidur.
Malah, lebih menakutkan masalah kesihatan mental turut mendorongnya berputus asa untuk terus hidup.
“Saya alami depresi hingga tahap tidak boleh tidur malam sejak 2004. Saya mula fikir bukan-bukan apabila tinggal seorang diri pada ketika tidak sibuk dengan undangan persembahan.
“Jiwa kosong dan fikiran selalu mengelamun. Sampai tahap saya pernah bercakap dengan dinding dan rasa seperti diri tidak berguna.
“Apabila bertemu doktor, saya disahkan mengalami depresi. Tetapi, ada juga menganggap gangguan misteri. Selepas bercerai saya kembali berdepan dengan depresi. Alhamdulillah, kini tidak lagi,” katanya.
Deja Moss, mendedahkan rahsia kehidupan peribadinya menerusi autobiografi berjudul Hidupku Takdirku. Bukan sengaja membuka aib sendiri, namun penyanyi Terbaik Asia, Festival Muzik Asia 2005 ini berkongsi pengalaman bagi memberi semangat kepada insan dibelenggu masalah peribadi untuk bangkit semula.
Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada keluarga terutama ibu bapa dan teman yang banyak memberi sokongan kepadanya ketika berdepan dengan tekanan perasaan.
“Kali pertama saya terus menghubungi ibu apabila timbul perasaan tidak mahu hidup. Ketika itu, saya minta maaf. Ibu mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan saya.
“Apabila perasaan tidak tenteram datang lagi, saya menghubungi bapa pula. Bapa minta saya mengucap. Saya menenangkan diri dengan solat.
“Kali ketiga saya ditenangkan kawan baik. Dia minta adiknya menemani saya dan memberi banyak nasihat agar saya bangkit semula,” katanya.
Namun, Deja berkata, depresi datang lagi selepas rumah tangganya berantakan.
“Saya langsung tidak boleh fokus pada perniagaan kek lapis. Buat kek pun jadi serba tidak kena. Akhirnya, saya terpaksa melakukan keputusan paling besar dalam hidup untuk menutup operasi perniagaan,” katanya.
Menerusi autobiografi setebal 200 halaman yang ditulisnya, wanita kelahiran Kuching, Sarawak itu mendedahkan banyak rahsia termasuklah jatuh bangun dalam industri muzik, diuji masalah kesihatan mental, depresi, penyakit misteri dan kegagalan dalam rumah tangga pertama.
“Saya menghadiahkan autobiografi Hidupku Takdirku buat peminat sebelum berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat (AS). Saya akan terbang ke AS pada 10 Julai ini, memandangkan sudah lebih setahun duduk berjauhan dengan suami yang ahli perniagaan berketurunan Amerika-Syria, Maher Khani.
“Idea menghasilkan autobiografi tercetus, pertengahan tahun lalu. Saya mahu berkongsi bagaimana saya bangkit semula dan keluar daripada kegelisahan hidup.
“Jujurnya, jiwa pernah kosong hingga selalu bercakap dengan dinding, itu antara mimpi ngeri buat saya ketika berdepan masalah kesihatan mental selama empat tahun,” katanya kepada BH Online.
Autobiografi Hidupku Takdirku dijual dalam bentuk fizikal dan talian menerusi E-buku sejak seminggu lalu. Ia juga boleh dibeli di platform Shopee dengan harga RMRM39.90 senaskhah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dalam IG @therealdejamoss.
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Buah & Daun Limau Purut Bantu Kembalikan Kesegaran Tubuh, Campurkan Dengan Air Mandian
Buah dan daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut juga membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Bertindak sebagai antibakteria, limau purut membantu mengatasi masalah bau badan.
Letih dan lesu. Itulah yang sering dirasakan selepas seharian sibuk bekerja. Tubuh rasa letih dan tidak bermaya. Sampai sahaja di rumah kalau boleh hendak terus tidur sahaja. Apa kata cuba mandi dengan air buah dan daun limau purut supaya tubuh berasa kembali segar.
Cara penyediaannya mandian limau purut sangat mudah. Selain buah limau purut, daunnya juga sesuai untuk dijadikan mandian bagi melegakan tubuh yang keletihan. Hasilnya tubuh kembali sengar dan bertenaga jika diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau bila perlu.
1. Ambil 10 helai daun limau purut. Hiriskan halus-halus.
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4.
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.
4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
6. Ratakan ke seluruh badan terutamanya bahagian kepala dan rambut.
7. Air mandian ini akan membantu membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
1. Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix yang bermaksud ‘Landak’ dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.
2. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.
3. Pokok limau purut boleh tumbuh di negara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 meter tinggi.
4. Ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya.
5. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan.
6. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38 darjah celcius.
7. Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10 meter dan 10 meter berpasir dengan peratusan liat 7 hingga 27 peratus, debu (silt) 25 hingga 50 peratus dan pasir kurang daripada 50 peratus.
8. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut.
9. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5 hingga 6.5 dan pH optimum 6.0.
10. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150 hingga 200 sentimeter.
11.Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 sentimeter dari permukaan tanah pada musim hujan.
12. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor ‘8’ dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila tua.
13. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa.
14. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit.
15. Penggunaan pati limau purut dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.