Mencipta bahagia dalam perkahwinan perlu diusahakan pun begitu dalam perkahwinan ada pasang surutnya.
Namun setiap ujian perlu diselesaikan sebaiknya dan kenal punca penyebab kenapa satu-satu perkahwinan itu tidak bahagia sepertimana Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 puncanya.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha
Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Ads
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
Ads
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Ads
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala
Pelakon Rafidah Ibrahim berkongsi detik cemas dan sedih apabila anak dalam kandungan yang berusia empat bulan keguguran.
Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagramnya, dia meluahkan ksedihan atas kehilangan anak syurga yang diberi nama Abdullah bin Shahzemir.
“Innalillahhiwainnalillah hiroji’un. Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum masuk waktu Magrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yg berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.
“Petang, dari jam 5pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yg terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut.
“Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yg tau. Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar.
“Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan. Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti).
Tak sempurna tapi sudah cukup sifat
Akui Rafidah lagi, detik tersebut menjadi kenangan yang sukar untuk dilupakan sepajang hidupnya. Impian bergelar ibu nampaknya tidak kesampaian. Kesedihan hanya Tuhan yang tahu.
“Pada waktu tu, perasaan panik ada, nak nangis pon ada tapi bila saya pegang baby, SubhanAllah indahnya ciptaan Allah s.w.t. Perasaan panik & sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.
“Saya yakin para ibu bapa yg sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa.
“Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital. Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan.
Biarpun jantina bayi masih belum dikenalpasti memandangkan usia kandungan masih kecil, namun pasangan ini tetap menamakan bayi syurga mereka dengan nama yang siap disediakan untuk bayi itu jika lahir kelak.
Jantina bayi tak dapat dikenalpasti
“Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah). Terima kasih Abi – Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi atas ‘guideline’ perkara yg perlu dibuat ke atas jenazah bayi kami dan juga atas nama yg diberi sbb kami memang dah niatkan jika anak kami lahir nak abi namakan.
“Terima kasih juga buat para doktor, para misi, forensik dan semua warga Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) atas keprihatinan anda, nasihat dan layanan yg sangat baik. Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih buat kejiranan yg membantu dan memudahkan pengurusan jenazah bayi saya Abg Lop (Syamil), Kak Rozi, Kak Timah.
Jenazah dikebumi sebelah kubur arwah ibu dan ayah
Rafidah dalam pada itu turut melahirkan ucapan terima kasih serta penghargaan buat ahli keluarga, sahabat serta pengikutnya di media sosial yang sering menitipkan doa buat zuriatnya itu.
“Terima kasih juga buat Abg Rais yg membantu menggali kubur anak kami. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, bersebelahan kubur arwah mak dan arwah ayah saya. Tidak ketinggalan buat para keluarga, sahabat, pengikut di setiap media sosial dan semua yg sentiasa mendoakan kebaikan saya, anak dan suami serta nasihat.
“Terima kasih sekali lagi buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua di dunia dan di akhirat,” luah Rafidah.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kegembiraan bakal menimang cahaya mata bertukar duka bila mana si kecil pergi buat selama-lamanya.
Ibu muda bernama Miraa Nordin berkongsi kisah sedih apabila anak dalam kandungannya meninggal dunia beberapa hari sebelum di lahirkan sekitar penghujung Mac lepas.
Lebih menyedihkan kerana dia sedang hamil anak kembar dan keduanya tidak dapat diselamatkan selepas kandungan pertamanya gugur sebelum ini.
28 Mac 2020. Tarikh yang akan selamanya aku ingat. 😊
Btw, post ni sangatt panjang so boleh skip laju2 tau.
Setiap orang ada dugaan masing2 kan. Kami suami isteri diuji dengan sesuatu diluar jangkaan kami. Langsung tak terfikir, langsung tak terlintas. Rasa macam dunia terhenti sekejap masa tu. Rasa punah semua angan2 sekelip mata. 8 bulan mengandung, semua persiapan dah buat, tapi bukan rezeki kami lagi nak ada zuriat kali ni. In sya Allah lepas ni Allah gantikan yang lain yang lebih baik.
Kami pernah diuji dengan keguguran tahun 2018. Masa tu 11weeks. Tanpa d&c, baby keluar sendiri dekat rumah. Tak sangka 2020 kami diuji lagi. Kali ni betul2 sakit. Allah je tahu apa aku rasa. Dua kali berpantang tanpa baby. Dua kali kehilangan. Serious perit tak tipu. Tapi macam mana pun aku dah redha. Ni cuma luahan untuk aku simpan jadi kenangan.
Aku n suami tunggu lebih kurang setahun untuk mengandung lagi lepas keguguran. Bukan merancang, tapi memang takde rezeki lagi. Lepas berubat n berurut, Alhamdulillah dgn izin Allah, aku pregnant. Excited tak payah cakap lah. And mmg nekad nak jaga kandungan kali ni betul2 sampaikan aku tak jadi cari kerja sebab nak fokus pada anak. Masa tahu pregnant tu aku betul2 baru habis PSH 6 bulan. Kami anggap mmg Allah bagi tepat masanya.
So bermula lah pengalaman pregnant yg sgt2 best. First trimester langsung tak buat ape2 baring je atas katil dengan alahan yang agak teruk. Besen memang ready letak sebelah katil, minyak yuyi jadi peneman, bleeding 2 3 kali sampai ambil ubat kuatkan rahim, tak boleh jalan atau berdiri lama mesti nak pitam n banyakkk lagi.
Nak cerita mmg takkan habis. Awal2 memang teruk jugak alahan but masuk je second trimester semua jadi smooth cuma masih tak boleh berdiri atau jalan lama2 mesti nak pitam. Kalau dalam mall setiap kerusi yang ada aku akan duduk kejap ambik nafas huhu Dannnnn air manis kena sentiasa ada untuk elakkan rasa nak pitam.
Masa second trimester pernah on ubat thyroid sebab bagitau nurse nadi selalu laju walaupun tak buat ape2. Bila test darah, hormon thyroid tu ada sangkut sikit so kena makan ubat. Tapi tak lama pun dalam 2 3 weeks macam tu je. Dr kata maybe sebab pregnant twins so hormon tak stabil.
Dapat tahu twins masa 2nd scan dekat klinik. But then bila next scan Dr klinik tu nampak 1 je so dia kata maybe sorang lagi tak jadi/vanish. Masa tu suami hampa gila tp tetap berharap twins. Tup2 scan dekat KK kali pertama, suami cerita dekat Dr yang kami pernah scan dekat klinik nampak 2 fetal heart tapi dia kata vanish bla3 then Dr kata ‘ Eh memang dua lah ni. Tengok ni. Ni sorang ni lagi sorang’. Masa tu rasa nak lompat2 je happy tak pernah terbayang dapat twins. Alhamdulillah.
Sejak confirm twins tu, appt jadi 2 minggu sekali sebab dikira high risk. Twins pulak jenis MCDA, dorang kongsi uri tapi kantung masing2. Total 3 tempat appt KK IM, KK Beserah, and O&G HTAA. Tak pernah miss mana2 appt. Mmg setiap kali nak scan excited lain macam. Asyik berdebar nak tahu perkembangan dorang.
Alhamdulillah Allah mudahkan semua, berat n saiz dorang dari awal scan sampai 34weeks sangat okay. Dr selalu puji sbb twins takde TTTS(twin-twin transfusion syndrome: sorang terlebih besar/kecik) dan sangatlah aktif tak pernah duduk diam! Haha. Nurse pun selalu susah nak carik jantung baby sebab asyikkkk bergerak. Setiap kali check up mesti balik rumah dengan happy lepastu beriya cerita semua dekat Mama. 😁
Semuanya start masa kandungan makin besar. Rasanya semua yang pregnant pernah rasa baby mcm kurang gerak tetibe. Kadang2 bila fokus buat benda lain, rasa baby kurang respon. Gerak tu gerak tapi dia macam tak aktif sgt. Mmg sgt risau. Sepanjang pregnant, pernah 2 kali pergi hospital sebab kurang gerak. Sekali pergi emergency sebab belum 28weeks masa tu, sekali lagi masa 30/31weeks.
Yang pertama tak perlu warded Dr cuma kata baby dah beralih kedudukan sbb kecik lagi n kedua tu kena warded 1 hari sebab Dr kata MCDA twins sangat berisiko so kena monitor 24hours. Ayat Dr yang takkan aku lupa ‘Orang luar kalau dengar twins seronok sangat, tapi bagi kami Dr2 ni sangat risau’. Tapi alhamdulillah semua ok je masa tu. Dr siap puji sebab dia rasa aktif je dua2 so dia bg discaj esoknya.
Lepas discaj tu, semua back to normal sampailah seminggu dua sebelum hari kejadian banyak kali sangkut bila test urine. Pelik sangat sebab dari awal urine, bp, hb, gula semua okay. Memang rasa tak sedap hati tapi sebab fikir kena positif kan baru baby positif sama(ni kesalahan terbesar aku).
Kena repeat ambik sample urine banyak kali n mcm2 test aku kena ambik hujung2 pregnancy. Urine, darah, swab. Aku banyak kali tanya Dr mmg takkan affect baby ke kalau kencing kotor. Dr jawab biasanya takde so aku macam lega la. Ada jugak tanya pasal baby kurg aktif normal ke, dia jawab ‘mybe sbb space, asal rasa gerak should be ok’. Aku bertambah lega.
Padahal masa appt baby Dr lain dah pesan dekat aku kalau rasa lain je terus dtg hospital sebab ibu je tahu baby mcm mana. So obviously salah aku. Then, last ultrasound pulak Dr kata baby sorg mcm kecik but still tak jauh beza. Sorg 2.1kg sorg lagi 1.7kg. Oksigen apa semua okay Dr kata n Dr suruh ready lagi 2 weeks terus bawak baju mak n baby takut kena admit terus sebab dah 36weeks. Excited bila dengar macam tu sebab lagi 2minggu boleh jumpa twins.
27 Mac 2020. Aku ajak suami buat kek coklat moist. Dengan alasan, nanti berpantang dah tak boleh makan so nak makan puas2. Pagi tu macam biasa rasa je dorang gerak2. Ptg bila siap buat kek, start rasa macam kurang gerak. Tapi tak fikir bukan2 n positif kan diri maybe terlalu busy buat kek so twins penat nak rehat(kesalahan besar aku 😞). Tapi bila tekan2 perut ada je respon so macam okay la. N gerak baby 10x tu cukup je cuma lambat sikit dari hari2 lain.
Malam pulak time solat mmg rasa je baby gerak tapi masih tak sedap hati. Benda mcm ni jadi banyak kali jugak tp sebelum2 ni aku bernasib baik bila check rupanya baby tukar kedudukan je n lepastu aktif balik. Sbb tu aku cuba positif. Suami ada tanya ‘ke nak pergi hospital?’. Aku jawab tengok esok macam mana sebab aku takut musim2 covid ni(kesalahan aku lagii). 😢
28 Mac 2020. Pagi2 lagi ajak husband pergi klinik sebab fikir nak tengok jantung baby je. Mmg tak terfikir n taknak terfikir bukan2. Sampai2 klinik staf tu cakap pukul 10am baru ada Dr. Aku pun macam takpe la kita pi beli aiskrim dulu. Makan aiskrim sambil cakap dengan twins n mmg aku sangat pelik sebab baby takde gerak2 masa ni. Lepastu kami ke klinik tunggu dalam klinik.
Tak lama tu kami masuk bilik Dr dengan penuh harapan nak tengok jantung baby. Dr start check kepala dulu. Bila pergi bahagian perut, aku macam tergamam. Biasa scan akan ada denyut2 tapi pagi tu takde. Dia pergi baby ke 2 pun sama. Allahu aku taktahu nak gambar perasaan aku masa tu. Dr tu cepat2 suruh ke hospital.
Masa tu aku dah lost dalam otak macam kosong gila tapi dekat mulut tak henti2 doa semua tu tak betul, mesin tu salah. ‘Maybe Dr salah tengok lagi 2 hari kot twins dah boleh lahir’. Aku tekan2 perut suruh twins bangun n bukak zikir sepanjang otw ke hospital supaya aku boleh relax.
Sampai je hospital aku yakinkan diri twins masih ada. Aku masuk n bg surat refer dari klinik. Nurse tu terkejut n cakap dekat aku ‘Allahu dah besar dah ni. Puan sabar ye. In sya Allah ada lagi tu n banyak2 berdoa tawakal’. Aku just berharap cepat lah nak scan. And yes, Dr 2 orang plus nurse sekali ada masa scan tu mmg nampak takde degup jantung tu. Dua2. Dua dua pergi sekelip mata.
Boleh bayang? Masa ni mmg Allah je tahu macam mana aku nak meraung tapi semua dah takde guna. Aku siap tanya Dr ada tak ape2 cara sekalipun untuk dorang hidup balik atau at least sorg selamat. Rasa macam mimpi. Malam aku masih rasa baby gerak, pagi tu dua2 tinggalkan aku.
Korang maybe kata aku yang cuai tak pergi awal2 tapi serious semua jadi tak sampai 24jam. Terlalu cepat bagi aku. Tapi mmg orang yang aku salahkan adalah diri aku sendiri. Percaya baby kurang gerak sbb space dah kurang lagi2 orang kata perut aku kecik untuk twins. Benda paling bodoh aku percaya.
So please lah ibu2 yang tengah pregnant jangan sesekali percaya ‘normal la hujung2 pregnancy baby kurang gerak sebab baby makin besar, ruang takde bla3’. Jangan. Kalau kau percaya n takdir kau mmg ada lagi rezeki jumpa anak kau takpe la. Maknanya kau beruntung. Kalau macam aku? Memang orang kata aku beruntung sebab twins anak syurga tapi sakit lahirkan anak yang dah tak bernyawa tu kau tak tahu.
Belum aku cerita part dalam wad kiri kanan semua happy2 tunggu masa nak sambut baby, dengar org sebelah2 duk check jantung baby, duk tengok orang lain bawak beg baby, nurse 3 4 kali salah kejut aku nak check jantung baby tapi aku kena jawab ‘baby sy dah takde nurse’. Serious semua sakit. Sangat.
Lagi2 aku diuji masa PKP ni, takde pelawat dibenarkan melawat termasuk suami sendiri. Masa dekat wad 1 je aku doa nak cepat2 lahirkan twins so lagi cepat dapat kebumikan dorang. Aku kena induce 2x, ambik ubat tahan sakit 1x, tahan sakit teruk 5 6 jam then lahirlah dua2 puteri yang kami tunggu selama ni.
Sungguh aku dah redha n terima semua. Aku cerita hanya untuk pengajaran n sebagai kenangan bermakna untuk aku. Macam mana pun semua dah tertulis. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Kes kami twins Allah ambik tapi aku still dapat peluang tengok wajah anak2 aku walaupun cuma sekali dan dah siap balut dengan kain putih. Orang lain pula diuji dengan ibu yang meninggal dunia tanpa sempat tengok anak2. Allahuakbar 😢
Takde apa yang aku harap cuma tolong doakan kami kuat n diberi rezeki zuriat lagi ye lepas ni. N maafkan kami kalau2 sebelum ni apa yang kami suami isteri post atau share buat sape2 yang belum dapat zuriat tersinggung. Mungkin kegembiraan kami buat sape2 terasa hati kami betul2 mintak maaf. Sekian pengalaman yang nak aku kongsi. Semoga takde orang ulang silap aku.
Tolong sedekahkan Al Fatihah untuk Amina Sofya bt Aifaa Syafiq dan Aisya Sofya bt Aifaa Syafiq ya 😚
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tugas seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Menguruskan anak-anak dan rumah tangga sendiri, mungkin ada yang kata tak perlu pening kepala nak fikir hal kerja, tak perlu stres mengadap jem dan sebagainya. Namun sebenarnya tugas suri rumah paling stres.
Bermula pagi membawa ke malam, tiada istilah bersenang lenang dan hanya waktu tidur masa untuk rehat. Belum bab cuti umum, orang lain ‘merdeka’ dari bebanan kerja namun tugas suri rumah sama sahaja.
Dek tertekan ada antara ibu-ibu yang mula mengalami halusinasi dan bertindak diluar kawalan. Apabila sudah berlaku kes kematian, barulah kita mula sedar ada ‘yang tak kena’ dengan ibu tersebut.
Malangnya sudah terlambat. Tapi bak kata pepatah ‘better late than never’, jangan biarkan si ibu ini terus dirundung masalah tekanan perasaan. Insan terdekat lebih-lebih lagi pasangan patut take note dan alert akan perubahan pada si isteri.
Perkongsian seorang isteri bernama Hazirah Maulana ada benarnya. Mungkin ada sesetengah lelaki beranggapan suami juga bukan goyang kaki tetapi keluar mencari rezeki. Namun, apa salahnya kalau sesekali turun ke dapur bantu isteri. Atau sekadar menjadi pendengar yang setia, meneliti setiap butiran kata dan keluh kesah isteri. Atau mungkin bawa isteri keluar berdua tanpa gangguan.
Barulah pasangan anda terasa dihargai. Penat macam mana sekalipun bila ada insan tersayang yang prihatin semuanya akan hilang di bawa dek angin lalu. Tak salah kan kalau beri isteri sedikit waktu untuk ‘me time’. Itu barulah dinamakan #relationshipgoals
Jom baca perkongsian ini dan bagaimana ibu kepada tiga cahaya mata ini memanfaatkan ‘me time’ yang diberikan suami. Moga kita mendapat manfaat bersama!
Lunch tadi suami hantar gambar dia makan oden family mart dengan tenang sambil menikmati swimming pool.
. Aku? Tgh makan jugak tp sambil berhempas pulas layan 3 orang anak. Yang kecik tgh menangis minta didukung , 2 org lagi tgh bergaduh berebut toys. Dah lupa apa itu nikmat makan.
.
Dalam hati. Ya allah jeles nya dengan suami. Setiap minggu dia outstation jadi setiap minggu dia dapat lari seketika daripada hingar bingar suara anak anak. Nangis, jerit, gaduh mereka.
.
Tapi aku? All the time dgn anak anak. Kuali periuk belanga kain baju. Kerja yang tak pernah habis. Ada masa stress dan penat datang menjengah.
.
Bila rasa stress dan penat datang, mula lah bende kecik pun nak jadi besar. Mula lah mudah nak naik angin. Anak buat salah sikit jadi isu besar walhal selalunya handle anak anak bukan jadi isu besar pada aku.
.
Bila jadi macam ni selalu nya untuk aku refresh, aku perlukan ME TIME. Dan cara aku layan me time aku ialah dating dgn suami 2 ke 3 jam tanpa anak anak. Aku perlukan sokongan dan kasih sayang dari dia. Dapat sekejap pun jadilah. Kalau nak bersuka ria dan berhoney moon tanpa anak, mmg tak sampai hati nak tinggalkan.
.
Syukur? Ya bukan tak syukur. Tapi aku juga manusia biasa. Ade mase aku rebah, ada ketika aku kuat.
Pesanan buat para suami,
Kalau anda terlihat tetibe isteri mudah naik angin, mudah nak menangis, itu tanda dia betul betul perlukan sokongan dan bantuan dari anda.
Tak kire lah isteri itu suri rumah atau berkerjaya. Isteri juga manusia biasa. Ada kala dia jadi sangat kuat dan ada kala dia jadi sangat lemah seperti anak kecil. Si suami, ambil alih tugas jaga anak dan rumah buat seketika. Beri isteri QUALITY ME TIME. Bagi isteri tu buat ape yang dia suka tanpa apa apa gangguan.
Me time utk isteri ni sebenarnya bukan semata mata utk diri dia sendiri tapi kebaikan utk anak anak dan suami. Percayalah bila isteri dah dapat quality me time dia akan refresh energy dan kembali dengan senyum tawa dan gembira.
. Tiada lagi marah. Tiada lagi stress. Tiada lagi mudah naik angin. Tiada lagi emosi anak anak dan suami yang akan tercalar. Hidup kembali bahagia. Aman dan harmoni. Tangisan jerit anak anak pun dapat dia handle dgn mudah. Masakan pula kembali lazat sedap dan menyengat.
Tapi andai si isteri itu rebah kembali, ulang kembali. Setiap isteri ialah manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan. Tak lepas dari fitrah kehidupan. . Sebagai suami, anda perlu cakna dan sensitive dgn perubahan si isteri. Sekian. . Aku, suri rumah bersama 3 anak kecil Bahagia dengan cara sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.