Setiap hari rasanya ada sahaja kita beli air mineral dan botolnya dibuang begitu sahaja. Paling tidak pun mungkin ada yang kumpul untuk dikitar semula.
Jadi apa kata jika ada banyak botol-botol tersebut di rumah, ada baiknya anda buat projek tanaman sayur seperti idea yang dikongsikan oleh Amb Jerome ini.
Difahamkan daripada perkongsiannya di Group Berkebun D Ruma, ujarnya idea menggunakan botol ini timbul gara-gara rasa sayang hendak buang botol mineral 1.5L, lalu dikumpul untuk dijadikan bekas menanam sayur.
Diharapkan dengan kaedah ini dapat juga kita berjimat belanja dapur. Tambah-tambah lagi dengan kenaikan harga sayur yang melambung tinggi kini, wajar untuk kita menanam sendiri daripada membeli.
Projek Tanam Sayur Dalam Botol
“Tuaian pertama sayur bayam merah. Sejak PKP 2 bulan ni saya mula tanam sayur dalam botol 1.5L. Sayang betul nak buang botol-botol ni.”
Selain itu turut ditanam kangkung, bayam putih, bayam merah. Projek Sayur dalam Botol 1.5L
Keistimewaan tanam sayur dalam botol adalah antaranya mudah dijaga, senang letak baja, mudah disiram dan mudah untuk merumput.
Ini first batch saya try tanam. Saya semai benih terus dalam botol tapi terlalu banyak. Saya terpaksa cabut dan pisahkan letak di dalam botol yang lain.
Untuk penggunaan baja pula, saya gunakan baja daun. Beli di kedai. Saya pakai baja AB leafy juga.
Ads
Manakala untuk medium tanah, saya gunakan tanah merah campur tanah kompos. Setiap pagi dan petang siram dan selang 3 hari siram dengan baja AB.
Ekstra info : Cumanya kalau dalam botol, akarnya jadi penuh dalam botol. Macam tak sesuai lama-lama di situ. Bila tiba masa dituai perlu dicabut sekali dengan akar-akarnya.
Manakala netting berwarna biru tu, dipasang bertujuan untuk elak kupu-kupu atau rama-rama hinggap waktu petang untuk bertelur. Kalau bertelur, habis la ulat makan
Nama Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Ebit Lew cukup disegani. Suaranya bukan sekadar didengari di corong-corong radio bahkan di media sosial video dakwahnya menjadi pilihan audiens. Selain menghasilkan buku dari genre motivasi Islamik, Ustaz Ebit juga aktif menulis tentang pengalaman yang dilalui sendiri di media sosial miliknya. Begitulah antara beberapa usahanya menyampaikan dakwah.
Dalam ceramah atau penulisannya, ustaz Ebit banyak menekankan tentang Keluarga Sunnah. Tegasnya, banyak cara seseorang itu mendapatkan keberkatan dalam kehidupan rumah tangga dan salah satu daripadanya yang mudah untuk diamalkan adalah dengan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w di rumah.
“Tidak akan kecewa sebuah keluarga yang mengamalkan sunnah nabi s.a.w bahkan akan diberi akan ada cahaya kegembiraan dan kebahagiaan untuk seluruh keluarganya. Apalah erti sebuah keluarga tanpa membawa amalan sunnah Nabi s.a.w?
“Ramai yang fikir tujuan perkahwinan ini adalah untuk memenuhi keinginan kita, namun hakikatnya adalah ia adalah satu jalan untuk kita membawa pasangan dan anak-anak kita ke syurga. Terfikirkah kita bagaimana seorang suami itu hendak memimpin isteri dan anak-anak sedangkan suami sendiri tidak bangun solat Subuh berjemaah? Jadi sebagai langkah permulaan, mulakanlah dengan solat Subuh berjemaah.
“Hidupkan cinta kepada Rasulullah dan hidupkan sunnah nabi. Kita bermula dengan kisah cinta di rumah Rasulullah. Rumah baginda meskipun kecil dan sempit tetapi baginda sekeluarga sentiasa berasa senang, gembira dan ada cahaya kebaikannya tersebar ke seluruh dunia,” terang ustaz Ebit tentang bagaimana untuk mahu mencapai matlamat keluarga sunnah.
Didik Diri Bersyukur
Seterusnya, didik diri dan keluarga untuk sentiasa bersyukur. Apabila makan, ditakdirkan makanan yang kita makan hari itu tidak sedap. Elakkan kompelin mengatakan makanan tidak sedap. Sebaliknya kita ingat, siapa yang memberikan rezeki makanan untuk kita pada hari itu. Inilah cara mudah mendidik diri sentiasa bersyukur.
“Satu lagi cara kriteria keluarga sunnah adalah masa bersama keluarga. Tidak dinafikan kita selalu bersama keluarga. Tetapi, masa bersama keluarga itu banyak diganggu oleh gajet atau aktiviti individu. Tidak melibatkan kebersamaan atau berjemaah. Ada satu kisah teladan yang ingin saya kongsi.
“Ada sahabat Rasulullah sering mengadu kepada nabi dia dan isteri sering bergaduh. Lantas nabi bertanya apakah sahabat tadi makan berjemaah? Bila dijawab tidak, maka nabi menyuruh sahabat tadi mula makan berjemaah bersama isteri. Selepas beberapa lama, keluarga sahabat tadi kembali berkasih-sayang.
“Sahabat saya, sebuah keluarga bukan Muslim di US sering bergaduh suami dan isteri. Suatu hari, dia melihat jemaah masjid makan bersama di dalam sebuah dulang. Lalu dia duduk di situ dan makan bersama mereka. Terdetik di hatinya, lain-lain warna kulit dan saiz badan tetapi masing-masing masih boleh duduk makan bersama di dalam satu dulang.
“Terus dia cuba lakukan di rumah makan bersama isteri dalam satu dulang. Berkat amalkan sunnah nabi ini lebih kurang empat bulan lamanya, mereka kembali berkasih sayang dan tidak lagi bergaduh. Walau pun bukan beragama Islam tetapi dapat merasai keberkatan kasih sayang itu. Akhirnya, keluarga ini memeluk Islam. Lihat betapa yang bukan Islam ini sudah dapat keberkatannya bila mengamalkan sunnah nabi di dalam keluarga, apatah lagi kita sebagai orang Islam,” tambah ustaz Ebit lagi.
Kisah Nabi dan Sahabat
Jelasnya, di dalam keluarganya sendiri, dia cuba menerapkan seberapa banyak yang mampu sunnah-sunnah nabi. Misalnya menghidupkan majlis taklim di dalam keluarga seperti membaca dan memperdengarkan al-Quran dalam keluarga, menceritakan tentang hadis-hadis nabi bahkan banyak bercerita tentang kisah-kisah nabi dan sahabat nabi sebagai teladan kepada anak-anaknya, Airis Safiyyah, 6, Rayyan Huzaifah, 4, dan Rayqal Uqasyah.
“Bila kita bercakap tentang nabi sahaja, Allah ubah kehidupan kita menjadi baik dan beri keberkatan kepada kita. Ini yang saya terapkan dalam keluarga. Melalui pengisahan kisah nabi, mereka akan lebih kenal dan cinta kepada nabi. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Berceritalah kisah-kisah nabi agar ia meninggalkan kesan dalam hati anak-anak. Sekali gus, mudah untuk kita cuba untuk hidupkan sunnah nabi dalam rutin keluarga. Nabi s.a.w pernah berkata, ‘ajarkan anak kamu tiga perkara ini pertamanya ajar sayang kepada ku, kedua, ajar cinta kepada keluarga ku dan ketiga, ajarkan mereka al-Quran.
“Kita lihat zaman dahulu, biasanya setiap kali selepas solat Maghrib atau Isyak anak-anak diajar mengaji di rumah. Tapi sekarang tak ada lagi suasana itu. Kita hantar anak-anak mengaji dengan ustaz dan ustazah di luar. Belajar agama di sekolah atau taska. Kita anggap belajar agama itu hanya untuk budak-budak sahaja. Akibatnya, mereka membesar mengikut corak kehidupan serupa hingga tiada lagi suasana menghidupkan al-Quran di rumah.
“Jadi di rumah saya cuba hidupkan suasana al-Quran. Dalam keluarga saya, jam 7.00 hingga 9.00 malam tv semua ditutup kerana waktu itu adalah waktu untuk kami sekeluarga lebih kenal dan dekat dengan Allah dan nabi. Waktu untuk saling ingat-mengingati dan belajar dengan keluarga. Waktu ini juga boleh dimanfaatkan bacaan surah al-Fatihah anak-anak, cara solat, wuduk,hafalan anak-anak dan sebagainya,” ceritanya lagi berkongsi kisah bagaimana dia menghidupkan amalan sunnah Rasulullah dalam keluarga. Isterinya, Ahliya Ebit dan anak sulung, Airis Safiyyah, 6, bergilir-gilir mengambil bahagian membacakan hadis dalam sesi taklim setiap malam di rumah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan ni ada fasanya. Lima tahun pertama usia sesebuah perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.
Fasa pertama, masa beberapa tahun kita mendirikan rumahtangga. Ketika ini kita baru nak kenal siapa sebenarnya pasangan kita tu. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, cara dia, tabiat dia dan paling penting lagi jika kewangan kita waktu tu “cukup-cukup makan”.
Isteri yang bersusah payah dengan kita tu, yang pergi kerja naik motor, kena hujan basah sama-sama, yang tidur atas toto atas lantai mula-mula kahwin, yang sama-sama boleh makan maggi, kira duit syiling waktu tengah bulan dengan kita, itulah isteri dunia akhirat kita.
Hargai isteri yang sudi berkongsi hidup dengan anda. Pengorbanan dan kesetiaannya tiada bandingan malah mereka tidak pernah mengharap balasan. Sesekali memberikan hadiah sebagi tanda penghargaan tidak salah kan. Tapi hadiah bukan pengukur kasih sayang. Kena ingat tu.
Bila last hadiahkan isteri barang kemas? Dulu masa mula-mula kahwin…Bila last beli baju baru, beg duit baru, kasut baru kat isteri? Raya tahun lepas…
Bila last bawa isteri jalan-jalan? Bila last bawa isteri keluar makan?
Tapi adakah semua tu penting untuk isteri? Orang pompuan ni, perkara yang paling penting bagi dia hanyalah untuk kita menjadi seorang suami yang baik, yang menunaikan nafkah, yang menyediakan makan minum secukupnya, yang tahu memahami dan menghargai untuk apa yang dia dah buat kepada kita…walaupun sekadar kata-kata sahaja…
Tak bagi barang kemas, tak beli baju baru, beg baru, tak bawa bercuti…tak apa, as long as jadi suami yang baik, tak curang, tak main pompuan lain, boleh buat keputusan untuk keluarga sendiri tanpa perlu mendengar kata-kata orang lain.
Kalau tiap2-tiap bulan bagi barang kemas, tapi curang, kalau tiap-tiap minggu beli baju baru, tapi hala tuju keluarga semua orang lain yang tentukan, maka tak guna…harta benda tu takkan dapat mengubati apa yang dia rasa dan lalui sebagai seorang isteri…
Tak perlu jadi kaya untuk buat isteri bahagia, cukup dengan tahu apa yang sepatutnya seorang suami buat dalam rumahtangga…itu dah cukup untuk dia.
Setiap wanita yang berhijab pasti punya cerita tersendiri. Termasuklah isteri kesayangan Dato Seri Aliff Syukri ini.
Bercerita tentang pengalamannnya pertama kali memakai hijab pada usia 14 tahun, akui Datin Seri Shahida, beliau disuruh berbuat demikian oleh ayahnya.
“Alhamdulillah bila mama suruh @qadejah pakai tudung dia boleh ikut dan dengar cakap…….
“Mama dulu waktu atuk suruh pakai tudung mama tak dengar sampai atuk cakap kalau tak pakai tudung jgn keluar rumah….lepas tu mama pakai la bila keluar tapi lepas tu dah agak-agak jauh sikit dari rumah mama pun buka.
“Harap-harap @qadejah tak ikut la perangai buruk mama tu….biasalah zaman muda mudi….nak merasa semua..
“Mama Pakai tudung sepenuhnya umur 14 tahun tapi waktu tu teringin juga nak free hair sampai umur 15-16 tahun tu nak merasa tak pakai tudung….siap dah ikat rambut lawa2…sudahnya tiba2 rasa tak nak keluar pula sebab x pakai tudung.
“Kesimpulannya Kalau kita dah biasa bertudung Insya Allah niat tu Allah pelihara…..yg x bertudung tu bukan nya x baik….baik sangat2 byk yg saya jumpa sangat2 baik……belum sampai lagi masanya….doakan yg baik2 utk orang yg baik2 juga datang pada kita,” tulisnya panjang lebar di ruangan instagramnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.