Ketika di bulan Ramadan ini tentunya kita ingin merebut banyak pahala dengan melakukan ibadah. Dan tentunya juha kita mempunyai pilihan untuk menyediakan ruang yang lebih selesa di dalam rumah untuk mendirikan solat mahu pun mengaji. Jadi tidak salah kiranya menyediakan ruang khas untuk tujuan itu.
Ini jugalah yang dilakukan oleh Rita Rudaini dan apa yang lebih istimewa, mini musalla tersebut disiapkan sendiri olehnya secara DIY, daripada mengecat hinggalah menghias. Memang awesome dan rata-rata netizen kagum dan memuji usaha yang dilakukan.
Hebat sungguh dan di dalam video pendek yang dikongsikan dapat dilihat bagaimana Rita mengecat sendiri dinding ruangan solat dan menghias dengan frame tertulis kalimah suci al Quran.
Pemahaman ramai antara kita, kalau nak cantik, kulit putih gebu dan kekal awet muda, lain tidak bukan adalah dengan mengambil suntikan vitamin C. Adakah ianya benar dan tidak membahayakan?
Jadi sebelum ibu buat sebarang keputusan yang kononnya ingin memikat suami dengan kecantikan wajah yang putih melepak, elok dengar dulu perkongsian doktor ini yang seakan geram dan kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan menawarkan suntikan vitamin C.
Tidak dengan itu, malah ramai pula wanita di luar sana yang tercari-cari perhidmatan tersebut dan sanggup membahayakan diri demi untuk cantik dengan mengambil suntikan vitamin C.
Oleh itu, jom fahami apa yang ingin disampaikan oleh Doktor Rusyainie Ramli ini berkenaan suntikan nak cantik di akaun fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk ibu-ibu lebih tahu bahaya suntikan vitamin c ini, kawal juga anak-anak gadis kita agar tidak terpedaya dengan helah cantik dengan suntikan vitamin C ini.
SUNTIKAN NAK CANTIK
Akak ni dah tak tahu macam mana nak bebel dengan nada sebaik malaikat bab yang memudaratkan macam suntikan Vitamin C ni. Akak tak sanggup tengok betapa ada makhluk yang mampu meraih pendapatan begini punya besar dek sebab adik-adik yang kemaruk nak rupa macam artis. Terkejut dot com bila akak tengok dia ada dekat 100000 pengikut di FB.
1. Suntikan Vitamin C DIHARAMKAN di negara kita. Doktor perubatan yang bertauliah dan berdaftar pun boleh ditarik lesen amalan kalau bagi suntikan Vitamin C. Tengok gambar tu, yang buat bisnes ni bukan pengamal perubatan pun. Kalau ini bukan kerja dajal, nak panggil apa?
2. Tak ada kajian klinikal yang menunjukkan suntikan Vitamin C boleh kasi kulit kita ni jadi elastik atau jadi putih melepak macam mayat. TAK ADA. Campur la Vitamin C dengan Glutathion atau Kolagen pun, tak ada bukti boleh jadi anti kedutan atau anti penuaan kulit. Akak serius tak faham. Yang adik-adik ni takut sangat jadi tua kenapa? Tu kan lumrah hidup. Cetek sangat definisi cantik adik-adik ni.
3. Adik-adik cucuk Vitamin C tu tahu ke bahan tu selamat ke tak. Dahlah diseludup masuk ke negara kita. Sepatah haram pun kita tak faham apa tertulis kat vial suntikan tu. Ada kontaminasi ke tak. Berani mati punya kerja ni adik-adik.
4. Akak nak tambah lagi. Mana adik-adik tahu, sakan nak buat suntikan Vitamin C, elok masuk saja ubat, boleh gerenti ke tak kena alahan teruk?
Ni keadaan kita panggil reaksi anafilaksis. Bermakna, dengan suntikan tu tadi, sistem immunisasi badan bertindak menghasilkan bahan-bahan kimia kompleks yang boleh buat tekanan darah turun mendadak dan saluran udara jadi sempit malah boleh tertutup terus. Habis tu macam mana nak bernafas? Bahagian badan seperti mata, mulut, lidah pun boleh bengkak dan kulit jadi merah seperti kena gegata. Ni memang kes kecemasan sebab nyawa menjadi taruhan.
Bayangkan kes macam tu terjadi kat rumah, kat hotel atau kat mana-mana yang adik buat suntikan tu. Tak ada kemudahan perubatan. Ya Allah. Seram sejuk akak bila difikirkan.
5. Masa tengah buat prosedur cucuk tu, macam mana kalau ada gelembung udara yang tak dikeluarkan betul-betul dari aparatus tiub intravena? Gelembung udara akan masuk ikut saluran darah vena yang disuntik tu, elok lah kalau kena air embolism. Tulah sebenar-benarnya masuk angin ikut saluran darah dan ini kes cari nahas. Kena pergi hospital segera ok sebab bahaya sangat.
6. Tu belum kira bab potensi jangkitan kuman yang boleh terjadi dari prosedur yang belum tentu ikut piawaian aseptik yang ditetapkan. Adik-adik, tukang cucuk ni main bedal saja sebenarnya. Sebab dia tidak pernah ada latihan formal pun kan. Kalau tengok cara dia letak plaster kat branula tu pun akak tahu dia tu ilmunya dalam perubatan kat tahap mana.
Akak dah jalankan tanggungjawab akak bila akak dah laporkan pada KKM di emel aduanproduk@moh.gov.my. Dah lah tu adik-adik, insaf la. Jangan sengaja ditempa pintu malapetaka tu. Hina sangat kot berkulit gelap sampai sanggup ambil risiko. Tak terjangkau pemikiran tahap taksub adik-adik.
Baru-baru ini timbul isu Instafamous Ryzal Ibrahim dan isteri dikecam netizen ketika membuat live di Facebook. Ini menyebabkan Maryam Yu Nae berasa sedih dan tertekan.
Justeru, Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim melalui perkongsian terbarunya di laman sosial FB dan Instagramnya meminta agar Maryam tidak risau serta terus kuat.
“I’m born to protect you, stay strong with me (saya dilahirkan untuk melindungi awak, terus kuat bersama saya),” tulis Ryzal.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut turut memberikan kata-kata semangat dan meminta pasangan yang terkenal dengan gelaran ‘duriankimchi’ itu mengabaikan komen negatif netizen.
Dalam pada itu, Maryam yang berasal dari Korea Selatan itu turut mengucapkan terima kasih kepada warganet yang memberikan sokongan buat dirinya.
“Terima kasih kepada yang suka tengok Maryam,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal ada melaporkan Ryzal dan Maryam membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Ampang.
Laporan dibuat terhadap seorang warganet yang mengeluarkan komen berbaur negatif dan mengeji ketika sedang bersiaran secara langsung di FB pada 10 November lalu.
Susulan laporan polis tersebut Ryzal memohon warganet menjaga tutur kata di media sosial supaya tidak menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang lain.
Ryzal juga sudah berbincang dan mendapatkan nasihat guaman dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut atau yang lain sekiranya keadaan memudaratkan.
Katanya disebabkan komen tersebut, Maryam sangat terkesan dan kelihatan sangat sedih sehingga tidak mahu makan dan bercakap selama beberapa jam.
Tambah Ryzal lagi, dia bimbang Maryam mengalami kemurungan dan masalah depresi isteri kesayangan isterinya itu berulang.
Sumber: ryzalibrhm & Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengambil peluang menjadi rider untuk mencari rezeki tentunya adalah pilihan yang terbaik pada saat ramai antara ketua keluarga telah hilang punca pendapatan kesan daripada pandemik Covid-19.
Menyedari kepayahan dan kesukaran yang ditempuhi oleh rider dalam melaksanakan tugas, TEKUN Nasional mengambil langkah proaktif dalam membantu ‘rider’ dengan menawarkan bantuan melalui program Tekun Mobilepreneur.
Memetik laporan berita Harian Metro berkenaan bantuan tersebut, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, melalui pembiayaan Tekun Mobilepreneur 1.0, ia menawarkan pembiayaan khas sehingga RM2,000 untuk modal pusingan dan baik pulih motosikal yang dilaksanakan sejak April 2020.
“Program ini diperuntukan untuk 500 pemohon terawal di mana seramai 211 permohonan dengan nilai RM394,000 telah diluluskan.
“Tawaran ini dibuka kepada semua rider berdaftar dengan syarikat e-hailing seperti Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, MyMakan, Zeptoekpress dan Mrspeedy,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, Tekun juga akan melancarkan Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 di mana program ini meliputi pembiayaan maksima sehingga RM10,000 bagi pembelian motosikal baru dan modal pusingan.
“Pemohon juga perlu berdaftar dengan syarikat e-hailing dan melepasi syarat yang telah ditetapkan.
“Program yang akan dilancarkan pada 7 Julai ini adalah antara usaha kerajaan melalui dana Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di mana peruntukan awal sebanyak RM1 juta telah disediakan bagi 100 pemohon awal dan tambahan 400 pemohon dengan peruntukan sebanyak RM4 juta akan dimaklumkan kelak,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.