Keenakan rasa kek coklat memang diakui ramai suka akan rasanya tanpa mengira had umur. Sekiranya anda memang kategori pencinta kek coklat bolehlah mencuba untuk hasilkan sendiri kek coklat yang moist dengan dimasak cara kukus.

Apa yang menariknya lagi melalui perkongsian resipi daripada Noriza Awang Hamat ini, bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas yang disukat menggunakan cawan. Tentu cara ini lebih memudahkan anda jika tiada penimbang di rumah. Begitu juga sekiranya tiada mesin pengadun sekali pun, itu tidak menjadi masalah kerana semua bahan ‘diadun’ menggunakan blender sahaja.

Nak lagi best buat kuih, boleh cuba Primada Smart Cooking Blender ini.

Jadi jangan tunggu lagi, jom masuk ke dapur dan sediakan kek coklat moist ini. Selamat mencuba.

Kek Coklat Moist Kukus 
Cikza tak  buat topping coklat..rasa nak makan macam tu je. Alhamdulillah sedap sangat-sangat kek yang lembut dan tak muak.

Tak Perlu Beli Dah, Mudah Sangat Nak Buat Kek Coklat Moist Guna Resipi Sukatan Cawan Ni!

Resepi kek coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
Semua bahan ni dimasak sekejap, jangan sampai menggelegak sekadar semua sebati tutup api ketepikan.
4 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
ketiga bahan ni diayak.

Cara masak :

IKLAN
  1. Bila sudah agak suam bahan yang dimasak tadi masukkan ke dalam blander.
  2. Masukkan 4 biji telur, bland sekejap kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat, bland sehingga semuanya sebati.
  3. Panaskan pengukus terlebih dahulu.
  4. Loyang sapukan sedikit planta kemudian masukkan adunan kek.
  5. Nampak air sudah mendidih masukkan adunan kek tadi.Tak Perlu Beli Dah, Mudah Sangat Nak Buat Kek Coklat Moist Guna Resipi Sukatan Cawan Ni!
  6. Kukus selama 45 dengan menggunakan api sederhana.

Tak Perlu Beli Dah, Mudah Sangat Nak Buat Kek Coklat Moist Guna Resipi Sukatan Cawan Ni!

*Cikza gandakan bahan, tu nampak kek besar.

Sumber : Norizah Awang Hamat vik BIKMM

IKLAN

 

ARTIKEL MENARIK: Tanpa Perlu Berbelanja Besar Pun Boleh Dapatkan Kulit Cantik, Salah Satunya Gunakan Susu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!

Tak Perlu Beli Dah, Mudah Sangat Nak Buat Kek Coklat Moist Guna Resipi Sukatan Cawan Ni!

IKLAN

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tak Perlu Beli Dah, Mudah Sangat Nak Buat Kek Coklat Moist Guna Resipi Sukatan Cawan Ni!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI