Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang disangkakan. Kerana itu, ibu bapa tersebut benar-benar terpilih Dia untuk melalui semua ujian tersebut.
Melihat sejauh mana baik ayah mahupun ibu dalam menerima ketentuan tersebut dengan jiwa yang penuh reda dan hati yang penuh kasih sayang.
Ads
Membaca perkongsian ibu bernama Syahirah Omar, hati admin turut tersentuh. Ini bukan kali pertama ibu tiga cahaya mata ini menitipkan kata-kata yang cukup menyentuh hati buat puteri kesayangannya itu.
Bahkan, dia juga sering berkongsi cerita dan pengalamn serta tip untuk ibu-ibu lain yang sekasut dengannya dalam melalui kehidupan penuh warna warna bersama anak istimewa.
Ads
Ads
Berkongsi luahan rasa mengenai anaknya yang mesra dengan panggilan Lana, akui Syahirah walaupun ‘istimewa, namun dia terharu kerana dalam usia 13 tahun, banyak pencapaian yang diperoleh anaknya. Struggle tetapi si anak meniti kehidupan dengan baik.
Seronok sebenarnya bila tengok anak kawan kawan yang sebaya Lana buat persiapan untuk ke MRSM, SBP , dan anak-anak yang sudah mula sarungkan uniform sekolah menengah. Sungguh, tumpang happy sangat. Cuma, mengalir juga air mata ni.Tipulah kalau tak ada rasa sebak.
Lana, anak autistik.
Biarpun ada sesetengah perkara dia matang, tapi kalau bab bersosial, dia masih sedikit delay dua tahun lebih kurang. Sebab tu, aku memang sengaja turunkan kelas dia. Jadi sekarang Lana di tahun 5.
Biarpun ramai saja tak faham kenapa aku buat begitu, aku lantakkan saja. Aku cuma rasa dia tak bersedia nak harung hidup umur budak sebaya dia.Tak perlu kejar akademik terus untuk jadi seorang manusia. Bagi anak seperti Lana, terlalu banyak dia perlu belajar untuk biasakan diri dengan “dunia kita”.
Anak kita,kita tahu lah kan dia macamana.
Tapi sebenarnya,
Aku cukup bersyukur lihat pencapaian dia. Dia unik cara dia. Struggle macam dia tapi dia boleh survive sampai setakat harini pun dah buat aku sangat gembira.
Banyak yang boleh disyukuri. Ya, sekecil kecil perkara.
1. 16 April ni genaplah 13 tahun umur dia. Alhamdulillah dia boleh bangun pagi awal tak perlu guna jam loceng. Kemas katil kemudian ambil towel terus pergi mandi. Lepas siap semua dia solat subuh, buat breakfast untuk dia dan adik adik. Selalunya roti spread lah.
Nampak biasa? Besar sangat untuk ibu anak istimewa.
2. Dia sangat taat menghafal surah. Walaupun dia struggle juga nak hafal, tapi dia rumikan kemudian dia hafal bersungguh-sungguh. Setiap pagi dia akan minta aku semak, kemudian tandatangan dalam buku hafazan. Ok malu dengan anak sendiri.
3. Dia tahu bila nak mandi, bila nak solat, bila nak ngaji. Kalau mama bagi masa main handphone 15 minutes, dia taat. Tak lebih dari tu, terus dia pulangkan semula.
Nampak biasa, tapi sebenarnya kita sendiri pun tak boleh disiplin gunakan handphone seperti dia.
4. Kalau dia tak suka apa-apa, dia tak bentak atau protest. Dia cuba discuss baik baik. Dia cuba nego dulu kalau boleh. Tak ada lagi Lana yang dulu yang suka tantrum.
Kecuali kalau gaduh dengan Mayraa, nangis juga dia berlari. Tapi sekarang nampaknya mereka sudah berdamai.
Alhamdulilillah.Adik beradik begitulah.
5. Dia selalu tanya, ” Are you ok mom?”. Dia, adik adik dia semua begitu. Soalan simple, tapi sangat besar nilainya untuk seorang ibu macam aku.
6. Selalunya dalam perjalanan ke sekolah, aku memang akan berbual dengan anak anak. Banyak la benda mereka nak cerita.
Lepas tu dak Lana pun ceritalah.
” Yesterday, at my school, my friend Nabila gave me 1 hello panda chocolate flavoured biscuit,”
” Oh that’s your favourite biscuit right,”
“It’s a long time I haven’t ate a hello panda biscuit,” katanya.
Tak pernah la dia nak apa apa terus cakap nak.Sejenis nak apa apa, dia punya kias, hmmmmmm. Ingatkan autistic jenis cakap direct. Dia berlapik sungguh cenggitu kalau teringin apa apa. Katanya dia cuma tak mahu menyusahkan sesiapa
.
.
.
Sengaja aku tulis disini untuk ingatkan diri aku sendiri. Biasalah, manusia memang mudah lupa.
“Take time daily to reflect on how much you have. Just count your blessings, not your troubles”
Terkadang kita lupa bersyukur untuk sekecil kecil nikmat disekeliling kita.
Bila terlalu sibuk mengintai kehidupan orang lain, akhirnya kita terus mengeluh pada Tuhan apa yang kita tak ada. Sedikit sebanyak terkadang kita terlalu sibuk menginginkan hidup seperti orang lain, langsung dah terlupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sebenarnya terlalu banyak Allah berikan kita rezeki, kenikmatan hidup yang tidak disangka. Macam aku, walaupun pernah banyak ujian sebelum ni, Alhamdulillah sekarang Allah dah beri bahagia.
-Diberi peluang untuk hidup pada harini adalah rezeki,
-Diberi pasangan untuk melengkapi hidup adalah rezeki,
-Diberi keluarga kecil anak yang comel macam macam kerenah juga rezeki,
– Diberi anak istimewa juga satu rezeki,
-Diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, serta dapat membantu orang lain adalah rezeki,
-Di kelilingi orang yang baik seperti kalian juga rezeki.
Sesungguhnya, nikmat apa yang perlu kita dusta lagi.
Menjandakan isteri sendiri untuk menikahi janda lain tanpa sebab kukuh adalah satu tindakan yang ralat. Demikian tulis Dr Syahr Musafir ketika mengulas mengenai luahan sorang isteri yang diceraikan oleh suaminya ketika perut tengah memboyot.
Ditambah dengan isteri itu isteri yang baik, dan keadaannya sedang mengandungkan anak dari benih si suami itu sendiri. Sampai hati kamu, wahai lelaki…..
Jika benar kisah yang diceritakan oleh wanita yang sedang hamil itu tentang dirimu, maka tersebarlah segala aibmu ke seluruh dunia. Nak campak muka ke mana lagi?
Jika benar kisah kau menceraikan isterimu yang sedang hamil kerana kau mahu mengahwini wanita lain tanpa alasan yang solid dan boleh diterima akal, nama-nama PU lain pun akan sedikit-sebanyak tercemar sekali walaupun kau seorang saja yang berbuat onar. Kes kau jadi bola tanggung bagi pembenci-pembenci agamawan dan Islam.
Jika wanita itu menipu dan kau teraniaya, atau kau betul-betul menipu dan dia teraniaya, moga Allah rendahkan martabat si pesalah dan tinggikan martabat si mangsa.
Isteri bukan hak milik, tetapi amanah. Suami bukan pemilik, tetapi pemegang amanah.
ISTERI BUKAN BARANG PAKAI BUANG!!!!!!!!
Dan perempuan-perempuan, dah tahu lelaki tu suami wanita lain, TOLONGLAH JANGAN MENYONDOL!!!!!!!
Bawang putih bukan sahaja merupakan ramuan yang sering digunakan di dalam masakan, malah bawang putih ini sudah lama digunakan dalam pelbagai amalan petua orang dulu-dulu. Sama ada digunakan untuk penjagaan kesihatan bahkan bukan sesuatu yang pelik menggamalkan makan bawang yang dimasak bersama nasi, dapat menjadikan seseorang awet muda.
Ini sebagaimana amalan dari Nurul Diyana Kamaludin yang dikongsikan oleh Roshidah Abu Bakar Shidah di group fb Kongsi resepi + petua + hiasan + taman kebun. Di dalam perkongsian tersebut di tulis, “Mungkin ada yang kurang percaya dengan keberkesanan bawang putih.
“Petua Awet Muda, turunkan kolesterol, merawat selsema / demam dan lain-lain. Amalan saya bila memasak nasi”
Tulisnya lagi, “Kadang saya bakar dengan kulit sampai lembut. Bila malas, saya masak bersama nasi. Makan macam tu je. Dua tiga hari sekali.
“Caranya, bila nasi dah didih dan hampir kering, benamkan bawang putih. Nanti akan lembut dan sedap. Tak affect pun rasa nasi putih tu.”
1,Membantu menghilangkan kolestrol
2.Bagi pesakit diabetes dapat mengurangkan kandungan gula yang tinggi dalam badan.
3.Melancarkan aliran darah
4.Meningkatkan nafsu suami isteri
5.Menurunkan tekanan darah bagi yang darah tinggi
6.Antibakteria mengurangkan risiko mendapat kanser
7.Awet muda. Antioksidan yang tinggi dan bagus untuk kecantikan luaran juga dalaman
8.Menyahkan/membuang toksin dalam badan
9.Sesuai digunakan rawat selsema / demam
10.Merawat tulang rapuh dan memberi nutrisi bagi mendapatkan tulang yang kuat
11Membantu mengurangkan dan mengawal berat badan dan banyak lagi khasiatnya
Tidak dengan itu melihat daripada fakta sains, Dr Suri Roowi turut berkongsi berkenaan bawang putih apabila dicampurkan dengan kunyit boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan.
Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen.
Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng.
Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit.
Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser.
Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum
Asyik layan kuih je petang-petang, apa kata hari ini tukar pula selera dengan Mee Bandung. Walaupun simple tapi menyelerakan.
Mee Bandung resipi dari air tangan arwah ibu SuiSan Aliezsha ini tak perlukan banyak bahan. Cara buat pun simple tapi nampak sedap dengan kuahnya yang meletup. Sekali pandang dan membuka selera kan.
Air rebusan daging memaniskan kuah, ditambah pula dengan hirisan daging dan udang segar membuatkan resipi ini nampak cukup menyelerakan. Jom cuba ibu-ibu! Jemput minum ptg..hujan² ni menu “Mee Bandung” ada yg minat ke.. ikot resepi arwah mak sy dlu,simple je..
Bahan-bahan:
1. Cili kering,bwg besar & bwg putih (dblend)
2. Kacang tanah (goreng & blend)
3. Udg kering ( blend)
4. Daging direbus (air rebusan asingkn)
5. Udang basah..
6. Telor Cara membuat:
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.