Pernah tak hadapi situasi bila tudung yang dipakai terkena kesan minyak atau mekap yang dipakai sepanjang hari? Punya lah susah payah tanggalkan, masih lagi tak hilang! Kan?
Waktu tu, memang simpan rapi lah tudungnya tu! Nak dipakai semula, tak confident dek ada kesan kotor. Setuju? Haaa lepas ni tidak lagi! Boleh ikut cara ini. Mudah dan semestinya kotoran degil tadi hilang! Nak tahu caranya? Meh tengok di bawah ini!
Bahan-bahannya :-
Bedak serbuk – tak kisah jenama apa
sabun mandian – tidak kisah jenama apa
air untuk basuh
Cara-caranya :-
Ads
Tabur bedak pada kesan berminyak tersebut, gosok-gosok dan biarkan seketika sebelum basuh.
Ambil sedikit mandian tak kisah jenis apa, gosok di kawasan yang berminyak. Kemudian bilas dengan air.
Ads
Setelah siap bilas, jemur sampai kering. Lihatlah hasilnya! Hilang dah kesan tompok minyak tadi tu. Hebat kan?
Melalui ruangan komen, ramai yang rupanya akui tips tersebut benar-benar berkesan memandangkan mereka pernah mencuba cara sama. Selain itu, ada juga yang berkongsikan penggunaan sabun mandi jenis buku juga memberikan kesan sama.
Perkhabaran duka. Hilang satu lagi permata yang mendidik kita tentang agama. Pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus meninggal dunia kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Perkara itu disahkan menerusi Facebook rasmi pendakwah berkenaan.
“Dukacita dimaklumkan Tuan Guru Datuk Ismail Kamus meninggal dunia sebentar tadi. Al-Fatihah,” menurut kenyataan di Facebook itu.
Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.
Ia turut memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman di Ampang, dekat sini, pada jam 12.30 tengah malam tadi.
“Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarham di tempat yang mulia di sisi Allah SWT,” katanya.
Menurut EXCO Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaan kesihatan yang agak lemah.
Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Pendakwah itu kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari sama dan didapati terdapat jangkitan di bahagian paru-paru.
Pada 9 Mei tahun lalu, Allahyarham yang juga Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Allahyarham dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening , Ulu Selangor.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Batang Kali sebelum meneruskan pengajian ke Ma’ahad Hisyamuddin, Klang di mana beliau berguru dengan seorang ulama tersohor, Asy-Syeikh Mahmood al-Arif al-Bukhori.
Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan mendapat ijazah Sarjana Muda Syariah dengan kepujian pada 1976.
Allahyarham juga pernah menuntut di Beaver College Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Allahyarham pernah bertugas sebagai guru, Pegawai Penyelidik, Pegawai Dakwah selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan seperti di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Islam.
Jawatan terakhir Allahyarham ialah sebagai Pakar Rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan.
Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengucapkan takziah kepada keluarga dan anak murid Allahyarham.
“Semoga sabar dan reda dengan ujian ini.
“Rasa sedih menyelubungi suasana tengah malam ini di bulan Ramadan al-Mubarak, tatkala mendapat perkhabaran pemergian ustaz Datuk Ismail Kamus ke rahmatullah.
“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.
Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT.
Difahamkan, jenazah akan disolatkan di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan As-Sobirin, pagi ini.
Sumber: Berita Harian Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memahami adakah boleh ruang tanah kosong di bawah pencawang elektrik untuk diusahakan dengan bercucuk tanam, ada baiknya kita baca perkongsian lanjut tentang ini dari seorang peguam hartanah.
BOLEHKAH USAHAKAN TANAH DI BAWAH LALUAN PENCAWANG ELEKTRIK?
Tn. Hafiz Mansor minta saya ulas tentang isu mengusahakan tanah di bawah laluan pencawang elektrik.
Adakah tanah di bawah laluan pencawang elektrik itu boleh diusahakan?
Jika boleh bagaimana caranya dan bagaimana kedudukannya dari segi perundangan?
Sebab katanya, beliau lihat ramai orang bercucuk tanam di bawah laluan pencawang elektrik. Beliau mohon pencerahan daripada saya.
Baik..dia begini..
1. Bila pembekal elektrik iaitu TNB (dalam istilah teknikalnya di panggil sebagai “Pihak Utiliti”) ingin memasang talian pembekalan elektrik melalui tanah milik persendirian, mereka akan berbincang dengan tuan tanah tersebut dan akan memasuki satu Perjanjian Izinlalu dengan tuan tanah itu.
2. Di bawah Perjanjian Izinlalu itu, Pihak Utiliti
dibenarkan untuk memasang dan menyenggara talian pembekalan dan memperolehi akses ke atas tanah yang dimiliki oleh pemilik tanah untuk tujuan tersebut.
3. Kelebaran tanah yang terlibat yang dikenali sebagai “Koridor Penghantaran” bergantung kepada voltan talian pembekalan dan juga faktor-faktor lain.
4. Terma dan syarat-syarat serta tempoh perjanjian izinlalu di antara PihakUtiliti dengan tuan tanah terpulang kepada persetujuan antara kedua-dua belah pihak.
5. Tanah di bawah perjanjian izinlalu atau
dalam Koridor Penghantaran tersebut secara perundngan nya masih lagi kepunyaan pemilik tanah.
6. Pihak Utilitihanya menggunakan tanah tersebut untuk memasang dan menyenggara
talian pembekalan elektrik dan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan ke atas talian pembekalan
elektrik itu.
7. PEMILIK TANAH atau MANA-MANA ORANG
YANG DIBENARKAN oleh pemilik tanah secara sah, BOLEH menggunakan, mengerjakan, mengusahkan atau melaksanakan
apa-apa aktiviti di atas tanah yang terletak di bawahtalian itu dengan syarat mereka perlu MENDAPATKAN KEBENARAN YANG SAH
daripada Pihak Utiliti terlebih dahulu. Caranya mereka perlu membuat permohonan rasmi secara bertulis kepada Pihak Utiliti.
8. Kebenaran sah daripada utiliti adalah bertujuan untuk mengawalaktiviti yang dilaksanakan di bawahtalian supaya ianya tidak mengganggu-gugat talian-talian penghantaran dan tidak bermaksud untuk menyekatpemilik tanah atau mana-mana pihak yang dibenarkan oleh tuan tanah secara sah daripada menjalankan aktiviti di atas tanah mereka.
9. Pihak Utiliti juga perlu memastikan bahawa mana-mana orang yang dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti di bawah atau berhampiran talian pembekalan dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi serta mengelakkan sebarang gangguan yang
boleh menjejaskan keselamatan sistem
pembekalan elektrik.
*** Saya dimaklumkan bahawa Pihak Utiliti kini menggunapakai kaedah pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mengambil tanah mana-mana pemilik bagi tujuan tersebut. Namun begitu setiap prosedur pengambilan tanah adalah tertakluk kepada peraturan dan Akta Pengambilan Tanah 1960.
10. Pada amnya, terdapat beberapa aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dilakukan di dalam koridor talian pembekalan elektrik tersebut dengan syarat-syarat tertentu, yang mana pada pendapat utiliti tidak mengganggu-gugat talianpembekalan serta boleh menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang awam atau harta, seperti berikut:
A. Penanaman pokok-pokok yang rendah, penanaman sayur dan tanaman jangka pendek, ladang kecil dan nurseri. Tanam musang king tak boleh lah ya .
B. Tempat letak kereta.
C. Kolam oksida dan kolamternakan ikan.
D. Jalan-jalan atau trek-trek kecil bersifat sementara.
Hanya 4 aktiviti di atas sahaja di benarkan dilakukan di bawah talian pembekalan tersebut tetapi tertakluk kepada syarat-syarat dan keluasan-keluasan tertentu yang dihadkan oleh Pihak Utiliti. Lain-lain aktiviti TIDAK DIBENARKAN.
Harap perkongsian ini serba sedikit dapat memberi pencerahan kepada semua.
Wallahuaklam.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia
(K-LITERASI)
Rujukan :
Dipetik daripada Artikel IZINLALU TALIAN
PEMBEKALAN ELEKTRIKHAK DAN KESELAMATAN ANDA keluaran Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Dapat tawaran bidang perubatan, lebih memilih undang-undang
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Aiman merupakan anak arwah adiknya. Ketika arwah meninggal dunia, beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman baru berusia tiga tahun.
Sejak dari itu, beliau menggalas tanggungjawab untuk menjaga Aiman seiring dengan permintaan arwah adiknya. Sebagai penjaga yang sah, Sheikh Muszaphar bersyukur dapat melihat setiap kejayaan yang diraih oleh Aiman.
Tambah Sheikh Muszaphar yang berkongsi kisah di laman Instagramnya, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, Aiman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar berkata dia sentiasa berdoa dan memberi sokongan buat Aiman.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. Tambah warganet, kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.