Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Status perkahwinan bukan penghalang untuk mengapai kejayaan. Itulah yang ditunjukkan oleh sepasang suami isteri dalam menggapai impian memperoleh gelagar ‘Doktor Falsafah’.

Bahkan, anak yang masih kecil juga tidak membataskan keinginan wanita ini untuk seiring sejalan bersama suami untuk memperoleh gelaran tertinggi tersebut dalam bidang akademi.

Kisah yang cukup berinspirasi ini dimuat naik menerusi laman Facebook Dr Zulkifli Hussain, Eksekutif Persatuan Kaunseling & Psikologi MARA Malaysia.

PELAJAR MRSM POWER!!!!! – SUAMI ISTERI PEROLEH PHD

Umur Baru 26 Tahun, Suami Isteri Ni Buktikan Perkahwinan Tak Halang Genggam PhD. Kisah Yang Cukup Berinspirasi!

Siapa kata perkahwinan penghalang untuk anda sambung belajar. Pasangan ini telah buktikan.

Mohamad Aiman Jamsari dilahirkan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Anak pertama daripada 3 adik beradik. Tingkatan 1-3 di MRSM Gerik, Perak (2006-2008), tingkatan 4-5 di MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka (2009-2010). Meraih keputusan 6A+ 3A dlm SPM 2010.

IKLAN

Manakala istwrinya, Siti Nadjiha Mohd Rozali. Dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor, anak ketiga daripada 5 adik beradik. Tingkatan 1-3 di SMK Sungai Pusu, Gombak (2006-2008), Tingkatan 4-5 di MRSM PDRM, Kulim (2009-2010). Meraih keputusan 6A+ 3A dlm SPM 2010.

Umur Baru 26 Tahun, Suami Isteri Ni Buktikan Perkahwinan Tak Halang Genggam PhD. Kisah Yang Cukup Berinspirasi!Menggunakan keputusan percubaan SPM di MRSM TGB dan MRSM PDRM, Aiman dan Nadjiha berjaya mendapatkan tempat di Kolej MARA Kuala Nerang untuk peringkat foundation (2011), sebelum menyambung pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di UniKL MFI (Aiman) dan Kejuruteraan Kimia di UniKL MICET (Nadjiha) untuk tahun pertama (2012) dan tahun kedua-keempat di The University of Auckland, New Zealand (2013-2015) dengan tajaan MARA. Aiman dan Nadjiha kedua-duanya memperoleh First Class (Honours) in Bachelor of Engineering in Mechanical (Aiman) dan Chemical and Materials (Nadjiha). Nadjiha juga dinobatkan Dean’s Honours Award.

Aiman dan Nadjiha pulang ke Malaysia dan berkahwin selepas selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda dan kedua-duanya pulang semula ke New Zealand untuk menjalani pengajian PhD dengan tajaan New Zealand government.

Kedua-duanya berjaya menghabiskan PhD dalam tempoh masa 3 tahun. Aiman kini berkerja di Plant & Food Research, mengetuai engineering team dalam mengendalikan beberapa projek manakala Nadjiha kini bekerja sebagai engineer di Fonterra, New Zealand, which is one of the largest dairy company in the world.

IKLAN

Umur Baru 26 Tahun, Suami Isteri Ni Buktikan Perkahwinan Tak Halang Genggam PhD. Kisah Yang Cukup Berinspirasi!Sedikit tips daripada mereka berkaitan pengajian PhD:

1. Fokus – PhD boleh dihabiskan dalam tempoh masa yang singkat sekiranya betul-betul fokus. Kebiasaannya kami mula berkerja pada jam 9 pagi dan pulang ke rumah pada jam 5petang. Pastikan betul-betul produktif between 9pagi dan 5petang jadinya waktu malam boleh digunakan untuk rehat dan family-time dan weekend juga boleh digunakan untuk bercuti untuk merehatkan minda dan re-charge energy. Bercuti/rehat/beriadah adalah penting untuk memastikan kita sentiasa bersemangat untuk memulakan hari Isnin yang mendatang.

2. Lead your own PhD – Take your own inisiatif. PhD is about your thinking, so banyakkan usaha berfikir dan execute the plan, kemudian berbincang bersama supervisor. Supervisors then can give their comments and feedback on what to improve. Bukanlah hanya menunggu arahan ataupun idea daripada supervisors.

IKLAN

3. Healthy relationship with supervisors – Sentiasa adakan meeting atau discussion bersama supervisor sekurang-kurang nya sekali seminggu. Melalui cara ini, idea exchange between kita and supervisor dapat berjalan lancar, cara ini juga dapat membuatkan kita lebih produktif dan supervisor lebih aware dengan ideologi ataupun hala tuju PhD kita.

4. Mulakan thesis writing seawal yang boleh – Kami mulakan thesis writing pada akhir tahun kedua, dan supervisor mula membaca pada awal tahun ketiga. Ini membolehkan kami menghabiskan PhD dalam tempoh masa yang singkat. Kadang2 supervisor sangat busy sehingga tidak sempat membaca thesis dalam masa yang ditetapkan, jadi take your own inisiatif untuk mulakan penulisan awal untuk memberi ruang kepada supervisor untuk membaca thesis.

5. PhD is a difficult and lonely journey, jadinya sangat penting untuk berinteraksi bersama kawan-kawan yang lain ataupun family supaya mereka juga dapat memberi semangat. Selalu jugalah mengharapkan doa daripada kedua ibu-bapa dan kawan-kawan.

Umur Baru 26 Tahun, Suami Isteri Ni Buktikan Perkahwinan Tak Halang Genggam PhD. Kisah Yang Cukup Berinspirasi!

Tahniah Mohamad Aiman Jamsari dan Siti Nadjiha Mohd Rozali ! Kejayaan anda memberi inspirasi kepada semua. Kami doakan kalian terus berjaya dan berjaya. Caiyookkkk!

Sumber gambar:Sinarplus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI