Kek antara juadah yang menjadi hidangan wajib di pagi raya. Jadi kenalah sediakan kek yang enak dan sedap untuk tetamu yang berkunjung. Namun adakalanya kek yang disediakan kurang menjadi, bantat atau kurang enak rasanya.
Bagaimana memastikan kek jadi cantik dan menjadi seperti kek-kek hebat lain. 9 perkara ini patut anda tahu.
Resipi Kena Tepat
Ini paling penting. Kek sememangnya agak sensitif jika tidak kena dengan gabungan dan sukatannya. Jadi resipi yang anda dapat kenalah tepat. Petua paling senang untuk anda ikuti adalah melihat jenis resipinya. Jika ia menggunakan gram, maka timbanglah mengikut gram. Begitu juga dengan menggunakan sukatan cawan. Jangan cuba mencongak sendiri, bimbang sukatannya salah. Bila salah kek pasti tak menjadi.
Kena Ayak
Jangan malas atau cuba nak buat eksperimen sendiri dengan resipi kek. Bahan-bahan kering membuat kek haruslah diayak terlebih dahulu. Tepung gandum, serbuk penaik dan soda bikarbonat hendaklah diayak bersama-sama. Ini bagi memastikan kek lebih gebu dan ringan serta lebih sekata. Malah cara ini juga mengelakkan kek rasa pahit kerana soda yang tidak sekata.
Ikut Aturan
Ikutlah aturan yang diberikan di dalam resipi satu persatu. Kaub dan balikkan adunan ketika bahan kering dimasukkan. Paling penting adalah mengacau adunan dengan satu arah sahaja. Malah adunan janganlah sentiasa dikacau. Ini bagi mengelakkan kek yang agak mampat dan tidak gebu. Cukuplah sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
Loyang Dilenser
Ads
Loyang perlulah dilenser dan disalutkan dengan tepung terlebih dahulu supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Jika suka anda boleh juga menggunakan kertas aluminium untuk memudahkan kek di tanggalkan daripada loyang.
Panaskan Ketuhar
Bukan sekadar suka-suka tetapi ketuhar anda haruslah dipanaskan terlebih dahulu sebelum memasukkan kek ke dalam ketuhar. Sebaiknya panaskan seketika dalam anggaran 15 minit sebelum memasukkan kek. Ini bagi memastikan kek yang tersedia tidak bertindak balas dan rosak dengan suhu. Jadi kena panaskan.
Sediakan Air Kukusan
Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya tutup kukusan dengan kain bersih. Ini bagi memastikan wap tidak akan menitis diatas kek. Anda boleh juga menutup loyang kek dengan aluminium foil.
Uji Kek
Ads
Untuk menguji samada kek telah masak ataupun tidak, sama seperti tip lain, gunakan lidi atau garfu untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk di bahagian tengah kek secara menyerong. Jika sudu licin dan tiada sebarang kesan, itu bermakna kek telah pun masak.
Jangan Buka Ketuhar
Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu ketuhar atau penutup kukusan pada tempoh 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek. Jadi, jangan sesekali membukanya.
Biar Kek Sejuk
Selepas kek masak, sebaiknya biarkan sejuk seketika. Jangan sesekali mengeluarkan kek daripada loyang selepas dikeluarkan daripada ketuhar. Ini penting. Beri masa kepada kek untuk sesuai dengan suhu bilik.
Ads
Kongsi Tip
* Pilih bahan yang baru, segar dan bermutu.
* Biarkan bahan dalam keadaan kering pada suhu bilik, terutamanya untuk telur dan mentega.
* Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehaja.
* Tambahkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil mengacau selama 3 hingga 4 minit untuk setiap butir telur.
* Tepung harus dimasukkan secara berperingkat, sedikit demi sedikit.
* Kacau adunan dengan gerakan satu arah sahaja supaya menghasilkan kek yang ringan dan gebu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Snek antara salah satu menu yang sememangnya menjadi kegemaran ramai bukan sahaja anak kecil, malah orang dewasa pun suka.
Selalunya kalau nak buat snek pasti runsing memikirkan bahan yang banyak. Tetapi kali ini, resipi yang dikongsikan oleh sangat mudah kerana hanya menggunakan 4 bahan sahaja.
Karamel popcorn roti ini sangat mudah dibuat dan dijamin pasti tak cukup. Jika anda ada lebihan roti dan tak ada idea nak buat apa, bolehlah cuba resipi ini. Selamat mencuba.
– Potong roti secara dadu atau petak-petak kecil. Bakarkan roti dalam kuali sehingga rangup dan bila dah keperang-perangan boleh angkat.
– Untuk buat sos karamel, masukkan 3 sudu besar gula, 2 sudu besar air dan masakkan dengan api yang kecil. Jangan kacau gula dan air tadi dan biarkan ia mencair dengan sendiri sehingga bertukar warna coklat.
– Kecilkan api sedikit dan masukkan 1 sudu besar mentega ke dalam karamel tadi dan kacau sehingga sebati secara perlahan. Masukkan secubit garam dan gaul sebati.
– Kemudian masukkan 1/2-1 sudu teh air untuk jadikan sos karamel lebih sebati.
– Masukkan 3 sudu besar krim masakan (whip cream). Perlahankan api dan masukkan roti tadi, gaulkan bersama sos karamel hingga sebati secara cepat.
– Bila roti dah bersalut dengan sos karamel, sejukkan sementara di suhu bilik dan boleh dimakan.
Bercucuk tanam walau sekadar di laman rumah ada cabarannya yang tersendiri. Ini kerana tanaman perlu juga diberi perhatian daripada serangan serangga perosak dan perlu dibaja dan disiram untuk hidup subur.
Selain itu, ada juga beberapa doa yang boleh diamalkan seperti mana yang dikongsikan oleh Muhaimin Azman berkenaan penjagaan tanaman.
Doa dan kaedah hikmah menjaga tanaman
1. Doa sebelum tanam pokok dari Al Marhum Tuan Guru Hj Saleh Sik
سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ
“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”
( Baca 3 kali )
2. Doa menjaga harta (hartanah)
بسم الله على ديني ونفسي وولدي وأهلي ومالي
(Dengan menyebut nama Allah untuk keselamatan agamaku , diriku, anak anakku, isteriku dan hartaku)
*Dibaca sekali pada setiap pagi
3. Bacalah basmalah dan selawat ketika menanam dan menuai hasil.
4. Menjaga tanaman dari pencuri
a) Berpuasa pada hari khamis
b) Pada hari jumaat berikutnya hendaklah ambil EMPAT biji batu daripada dasar sungai yang airnya berpusar pusar.
c) Baca ayat berikut kepada batu itu sebanyak TUJUH kali pada setiap bijinya.
d) Batu batu itu ditanam pada empat penjuru kebun.
dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. (Al Kahfi 18:19)
e) Sewaktu menanamkan batu itu, dibaca pula tujuh kali ayat kursi bagi setiap bijinya.
5. Menghalau kera dan binatang- binatang lain
Hendaklah dibacakan ayat suci ini serta dihembuskan ke arah binatang binatang berkenaan dengan niat menghalau dari kebun :
ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا
Pergilah kamu beramai-ramai sama ada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat (At Taubah 9:41)
* Ayat ini hendaklah dibaca 7 kali menggunakan suara kuat.
6. Dan banyak lagi kaedah hikmah lain untuk mencegah kutu, serangga, binatang binatang halus dan penyakit pokok, tikus, burung dll yang tidak sempat untuk saya tuliskan semuanya disini.
Wallahua’lam
Sumber : Muhaimin Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Andai masih terfikir-fikir lagi menu apa yang sesuai dimasak untuk dijamu kepada seisi keluarga, apa kata sediakan menu ringkas berasaskan tempe.
Tempe dikatakan kaya dengan sumber protien, kalsium, vitamin dan zat lainnya mampu memberi manfaat untuk tubuh badan apabila dimakan.
Oleh itu, menikmati khasiat tempe, apa kata sediakan ia dengan menu yang simple, senang dan sedap ini.
Nak tahu resipinya jom lihat perkongsian daripada Hanizam Ismail ini.
“Mak masak simple simple aje.Cukup pedas, masin , manis kira ok dah. Kejap lagi tambah ulam aje.Kalau ada yg nak resepi nnti mak update. Kekal rangup walaupun dah sejuk”
RESEPI
TEMPE HIRIS NIPIS GORENG GARING. ASINGKAN.
DUA GENGGAM IKAN BILIS GORENG GARING. ASINGKAN.
TUMBUK 3 ULAS BWG PUTIH .TUMISKAN HINGGA GARING.
MASUKKAN DLM 5/6 SUDU BESAR CILI KERING YG BLEND.
HIRISKAN DUA LABU BWG BESAR , GAULKAN DLM KUALI HINGGA WARNANYA AGAK GELAP.
MASUKKAN 1 SUDU BESAR GULA DAN SEDIKIT GARAM KALAU PERLU.
TUTUP API.
BIARKAN SAMBAL BETUL BETUL SEJUK
BARU GAUL BERSAMA BILIS DAN TEMPE.
Sumber : Hanizam Ismail via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.Menurut...