Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya. Demikian juga air tangan isteri.
Meski pun apa yang dimasak itu ringkas saja tapi disebabkan ia diolah dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus maka tatkala anak dan suami menikmatinya ia terasa enak sekali.
Dorongan memasak seorang ibu juga bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Yakni untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anak.
Sebab itulah walau penat pulang dari kerja petang hari, seorang ibu akan tetap memasak untuk keluarganya.
Ads
Masakan dari seorang ibu juga adalah petua berkesan untuk mengeratkan kasih sayang. Malah semasa memasak turut ibu boleh melakukan usaha untuk melembutkan hati anak dan suami.
Gambar sekadar hiasan
Berikut adalah amalan yang boleh ibu praktikkan .
Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
Baca doa ketika masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Ketika mengambil beras baca surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
Baca doa waktu menyimpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Semasa memotong sayur atau daging bacakan surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud;
“Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”.
Ads
Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
Apabila meletak kuali atas dapur ibu boleh membaca doa dari surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Mulakan kerja memasak dengan bacaan Basmalah. Setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
Sewaktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri mengikut sunnah.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud;
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
Ads
Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Gambar sekadar hiasan
Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.
Sumber: Petua Ibu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua orang nak sihat salah satunya cara nak kurus dan jaga pemakanan. Biarpun lelaki atau perempuan mahupun yang sudah berkahwin tetap ingin pastikan badan slim.
Perkongsian lelaki Fizz Daud ini boleh jadi inspirasi untuk dicuba. Beliau telah muat naik statusnya pertengahan bulan Feb lalui mengenai kejayaannya telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 21 kg dalam tempoh 4 bulan. Mula melakukan Diet Intermittent Fasting (IF ) dengan kombinasi eat clean pada bulan November tahun lepas melahirkan rasa syukur dengan pencapaiannya.
Inspirasi! Lelaki pun boleh kuruskan. Kepada isteri boleh bantu suami untuk kurus ye. Mungkin sebelum raya boleh dah boleh pakai size baju M dah.
Jom semak!
In The Name Of Allah, The Most Beneficence, The Most Merciful.
Saya bermula dengan IF pada November 2018. Berat permulaan dalam 90kg++dengan tinggi 161cm. Target 60-65kg! Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti exercise dgn cara berjalan sahaja & kira kalori..
Semuanya berkesan… Tapi untuk sementara sahaja dah prosesnya rumit dan perlahan. Bila saya kenal INTERMITTENT FASTING (IF) dan ada selebriti seperti Lisa Surihani yang amalkan IF.. Terus saya cuba amalkan… Dan Alhamdulillah saya dapat turun kan berat badan dan size sekali gus.. menjadi 69kg..
Kombinasi IF + Eat Clean
Saya combined IF dgn konsep Eat Clean. Saya stop sugar, salt n oils.. Cara ini akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.. muka korg akan lebih flawless n remaja..
Pengambilan supplement seperti Omega3 Fish Oil membantu mengurangkan kolesterol & rahsia kepada perut flat.. Hingga kini sy juga amalkan Hot Green Tea pada waktu malam..
Cheat day?? Seminggu sekali kdg2 terover jugek! Paling excited, bila org dh xkenal rupe korg yg after renovation!! Serius best!!
Terima kasih Group FB Intermittent Fasting Malaysia dan sahabat saya yang memperkenalkan IF.. Semoga sahabat semua disini terus komited untuk mencapai berat idaman masing-masing..
Misi kurus sebelum raya??? Sempat lagi nih..
Caliph, Fizz Daud From 90kg to 69kg From XXL to L/M From 42” to 35”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Musim durian sekarang, boleh dilihat merata tempat ada yang menjual. Bagi yang tinggal di kampung dan mempunyai dusun sendiri, pasti seronok melayan raja buah ini. Tapi bila sudah habis musimnya, kena tunggu sebelum dapat merasa kembali.
Tapi kalau anda cuba kaedah frozen, pasti tiada masalah nak makan bila-bila je. Bagi ibu bapa yang nak simpankan untuk anak cucu, boleh cuba kaedah ini. Maklumlah dengan situasi pandemik ini nak balik kampung entah bila dapat peluang kan.
Jadi, frozenkan durian, simpan dalam peti dan nanti boleh makan sama-sama. Inilah cara yang dikongsikan oleh puan Nor Tipah Zakaria
Mai Che Pah nak tunjuk cara simpan durian frozen. Sapa yang tak dak dusun boleh beli. Harga durian dah menjunam. Simpan baik2 kot covik ghaib, bila anak cu2 or sudara2 balik boleh merasa.
Wrap setiap pangsa dgn wraper, masukkan dlm tupperware/tipuware n frozenkan.
Besok In Syaa Allah Che Pah tunjuk satu lagi cara menyimpan durian yg d buat lempuk. Sekarang dalam proses.
Ada yang beranggapan untuk kumpul duit dan terus menunaikan ibadah haji tanpa perlu mengerjakan umrah terlebih dahulu. Ada pula yang anggap bila dah ada duit buat dahulu umrah sebagai persediaan sebelum mengerjakan ibadah haji.
Namun bagaimanapun, kedua-dua ibadah ini jangan dipandang remeh dan memerlukan ilmu yang mencukupi untuk mengerjakannya. Hal ini kerana jika berlaku sebarang kesalahan, bukan sahaja melibatkan diri sendiri tetapi orang lain juga terpaut.
Misalnya seperti yang diceritakan oleh seorang gadis di laman Tiktok miliknya menerusi akaun @rambutjelita sangat mengejutkan orang ramai. Menurut ceramah yang didengari bapanya tentang umrah dan haji, ustaz menceritakan tentang seorang jemaah dikatakan hadir ke kursus haji pada tahun 2018 dan baru tahu mengenai larangan memegang Kaabah ketika melakukan tawaf.
Padahal 8 tahun sebelum itu, dia ada menunaikan ibadah umrah dan selamba memegang permukaan Kaabah sebanyak 3 kali. Kerana tidak hadir ke kursus umrah, lelaki itu langsung tidak tahu sebenarnya tawafnya itu telah terbatal.
Dia balik Malaysia, selepas 7-8 tahun sebenarnya umrah tu tak selesai lagi Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan pusingan tawaf mestilah dilakukan di luar kawasan Kaabah. Hatta cuma hulurkan tangan sedikit sama ada berlapik ataupun tidak, tawaf itu tetap dikira sebagai terbatal kerana sebahagian badan telah masuk ke dalam binaan Kaabah. Sepatutnya, jemaah yang melakukan kesalahan sebegini perlu membayar dam (denda) dan membuat semula tawaf sebagai syarat lengkap umrah.
Ibadah umrah memang senang, tapi bukan bermakna kita boleh ambil ringan Jika anda tidak tahu, orang yang berada dalam keadaan ihram adalah dilarang untuk bernikah atau menikahkan.
8 tahun berada dalam keadaan umrah ‘tergantung’, lelaki itu amat terkilan setelah pernikahan 3 orang anaknya disahkan sebagai tidak sah. Pemeriksaan lanjut dengan pihak jabatan agama juga mendapati bahawa semua cucunya turut berstatus anak tidak sah taraf.
@rambutjelitaLarangan Ketika Melakukan Umrah . 1. Memakai pakaian yang dijahit (disarung), kecuali wanita. 2. Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi wanita. Namun, meletakkan tangan di atas kepala tidaklah dianggap sebagai menutup kepala dan dibenarkan. 3. Memotong atau mencabut kuku; kecuali jika kuku itu pecah dengan sendirinya dan pecah itu mengganggu untuk terlaksananya amalan ihram, maka boleh menghilangkan kuku yang pecah itu. 4. Memotong atau mencabut atau menyisir rambut. 5. Memakai wangi-wangian. 6. Berburu binatang yang halal dimakan dagingnya. 7. Memotong pokok-pokok yang tumbuh di tanah haram. 8. Nikah atau menikahkan. 9. Bersetubuh. 10. Bersentuhan kulit (anggota badan dengan maksud menyalurkan nafsu syahwat).
Meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa simpati dengan nasib yang menimpa anak-anak lelaki tersebut yang tidak sah pernikahannya. Malah, ada juga yang akui cerita ini benar kerana pernah juga mendengar kisah yang sama dari ustaznya.
Syarat-Syarat sah Tawaf
Disimpulkan kenyataan Syeikh Zain bin Ibrahim Sumait dan Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitab mereka berkenaan dengan syarat-syarat tawaf iaitu:
– Menutup aurat. Ia merupakan syarat tawaf sepertimana syarat sahnya solat.
– Suci daripada hadas dan najis pada pakaian dan tempat
– Kedudukan kaabah mestilah di sebelah kiri
– Permulaan ibadah tawaf bermula dari hajar aswad. Mestilah merangkumi keseluruhan badan ketika permulaan tawaf di hajar aswad. Dan sekiranya sebaliknya maka tidak sah tawafnya
– Mestilah mencukupi tujuh pusingan. Dan sekiranya syak pada bilangannya maka ambillah bilangan yang sedikit seperti solat.
– Melakukan tawaf di dalam masjid. Dan sekiranya diluar kawasan masjid maka batal tawafnya. Sah sekiranya pada tingkat kedua dan sutuh (bumbung) masjid. Dan ini merupakan ijma’ ulama’.
– Mestilah diluar kawasan kaabah, Syazarwan dan Hijr Ismail. Disyaratkan melakukan tawaf diluar kawasan kaabah dengan keseluruhan anggota badannya.
(Lihat: al-mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/346 dan al-Taqrirat al-Sadidah, 480)
Tawaf di Luar Kawasan Kaabah
Di dalam syarat melakukan tawaf mestilah berada di luar kawasan kaabah. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan kaabah merupakan binaan segi empat. Dan dikenali sebagai al-Bait al-Haram dan ia sangat dimuliakan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34/261)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan “mestilah melakukan ibadah tawaf luar dari kawasan kaabah termasuk Syazarwan iaitu lebihan binaan dibawah dinding kaabah dan Hijr Ismail yang terletak di bahagian utara kaabah yang dilingkungi oleh dinding yang melengkung”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/345)
Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Solatlah di dalam al-Hijr (Hijr Ismail) sekiranya kamu hendak masuk ke dalam al-Bait (kaabah). Ini kerana ia (Hijr Ismail) termasuk di dalam kawasan al-Bait (Kaabah)
Riwayat Abu Daud (2028)
Semasa melakukan tawaf hendaklah keseluruhan badan berada di luar kawasan kaabah termasuk kawasan Syazarwan dan Hijr Ismail. Ini kerana kedua-dua itu termasuk di dalam kawasan kaabah. Ini seperti yang disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji: Disyaratkan tidak memasukkan daripada mana-mana bahagian badan ke dalam kawasan kaabah. Hendaklah melakukan tawaf di luar kawasan hijr Ismail, ini kerana Hijr termasuk di dalam kawasan kaabah. Maka tidak harus tawaf di dalamnya”.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 2/141)
Kesimpulan
Berdasarkan persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa perbuatan memegang kaabah ketika tawaf merupakan perbuatan yang membatalkan pusingan tawaf tersebut. Ini kerana dengan memegang kaabah maka sebahagian anggotanya berada di dalam kawasan kaabah.
Ini seperti yang dinyataka di buku Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah menyatakan tidah sah pusingan tawaf jika seseorang itu menyentuh atau memijak kakinya di Syazarwan sama ada berlapik atau tidak kerana ia termasuk dalam binaan kaabah. (Lihat: Soal Jawab Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah TH, 88)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.