Perkahwinan antara Engku Emran Zainal Abidin dan Noor Nabila Mohd Noor baru-baru ini mendapat liputan hangat. Turut menerima tempias dek penyatuan dua insan ini pastinya Erra Fazira yang sebelum ini merupakan bekas isteri Engku Emran.
Ditanya sama ada mengetahui hubungan tersebut lebih awal, akui primadona filem melayu hanya mengakui hanya mendengar daripada anaknya sendiri.
Justeru, dia ketika itu tidak tahu sejauh mana mengenai perhubungan mereka malah, bintang Gerak Khas ini juga mendedahkan dia sebenarnya tidak kisah jika Engku Emran mahu berkawan dengan sesiapa pun.
“Saya diberi tahu oleh anak saya. Setakat itu sahaja yang saya tahu. Ketika itu saya pun tidak tahu sejauh mana hubungan mereka. Saya okay sahaja dia nak berkawan dengan siapa.
“Yang penting, saya hanya mahu anak saya untuk berbaik dengan semua orang terutamanya kepada pasangan bapanya. Bila dah jadi ibu lagilah kena buat baik,” jelasnya.
Mengulas mengenai respond Aleesya tentang kehadiran Nabila Mohd Noor sebagai ibu tirinya yang baru, Erra berkata anaknya itu gembira selain teruja mempunyai adik baharu.
“ Saya yakin Aleesya akan disayangi oleh keluarga ibu tirinya kerana dia akan dikelilingi wanita-wanita cantik dalam keluarga itu.
Malah, sebelum ini minta nak jadi kakak. Jadi sekarang bila ada Jayden, saya boleh nampak dia sangat gembira dengan kehadiran adiknya itu.
“Di bibirnya selalu berbicara mengenai kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu ‘smart boy’. Aleesya nampaknya sangat sayangkan Jayden.
“Aleesya harus saling menyayangi dalam keluarga besar itu, be good anakku, make your Mom proud of you!” kata Erra lagi.
Ads
Ditanya mengenai jodoh buat dirinya, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, bagaimana pun tidak menolak untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang tepat.
Menurut Erra, bagaimanapun, hasrat itu cuma dapat direalisasikan sekiranya puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran,11, menyatakan persetujuannya.
“Saya okey sahaja kalau anak okey tapi kalau ada jodoh, adalah nanti.
“Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin). Saya harap dia cuma bergurau sajalah cakap begitu (tertawa),”katanya lagi.
Erra ditemui pada majlis perlantikannya bersama Wany Hasrita sebagai duta pelitup muka jenama Himaya.
Himaya bekerjasama dengan selebriti terkemuka, iaitu Wany Hasrita dan Erra Fazira untuk memperkenalkan dua warna terbaru untuk memenuhi tuntutan pasaran pelitup muka medikal bergaya buat wanita-wanita berhijab.
Pelitup muka medikal Himaya dipekenalkan dalam dua warna baru yang elegan, iaitu Apricot Dream oleh Wany Hasrita, dan Blue Lagoon oleh Erra Fazira.
Gelagat anak sulung Raja Ilya, si comel Talita Love yang bertutur dalam bahasa Melayu mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, video Talita yang dikongsikan menerusi hantaran di TikTok itu memang comel. Biar pun pelat namun Talita berusaha untuk bercakap dalam Bahasa Melayu.
Kesungguhan Raja Ilya mengajar anaknya menggunakan bahasa ibunda itu dipuji ramai. Tambah Raja Ilya lagi, dia kini mempunyai teman untuk berborak dalam bahasa Melayu.
“Alhamdulillah, lepas ini ada geng sembang bahasa Melayu. Kalau harapkan Trent (suami), sampai sekarang dia tak faham,” tulisnya berseloroh.
Tambah Raja Ilya lagi, dia yang kini sedang sarat hamil anak kedua turut berkongsi kisah dirinya yang gemar makan ikan bilis ketika mengandungkan Talita.
“Talita juga menggemari makan ikan bilis goreng yang cukup sinonim dengan tekak masyarakat Melayu.
“Tekak orang Malaysia la katakan. Masa mengandung Talita memang saya suka sangat makanan Malaysia, lagi-lagi ikan bilis goreng makan dengan kari. Sup, nasi goreng, sayur semua pakai ikan bilis.
“Sekarang Talita pulak sangat gemar dengan ikan bilis goreng. Pandai anak saya makan,” tulisnya.
Beberapa video yang dikongsikan Raja Ilya juga turut memperlihatkan anak comel itu mengira dalam Bahasa Melayu. Memang comel!
Untuk rekod, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garrent pada 2018 di Perth, Australia. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung perempuan, Talita Love pada Julai 2022 dan kini sedang sarat hamil anak kedua.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Fasa demi fasa dilalui, bermula dengan perkahwinan kemudian ada rezeki mengandung dan akhirnya dikurniakan anak. Dari berdua kini sudah bertiga dan jika ada rezeki mungkin berempat dan seterusnya.
Lumrah dalam rumah tangga, setiap ibu bapa pasti ada impian untuk anak-anak. Namun kalau sudah namanya keluarga bukan hanya ibu bapa yang membuat keputusan. Sebaliknya campur tangan orang lain ada kalanya membuatkan ada yang tersepit dalam membuat keputusan.
Daripada bab penjagaan sehinggalah pemakanan dan pilihan pakaian ada kalanya ditegur dan tak kurang menjadi isu sehingga menimbulkan situasi yang kurang enak.
Perkongsian wanita bernama Intan Nadiahbenarnya juga ni. Malah ia mungkin boleh dijadikan panduan buat ibu bapa semua.
Masa baru kahwin dulu akan ada kawan-kawan atau saudara mara kita yang dah berkahwin akan wish kita “Welcome to the club” (Kelab Orang Dah Kahwin). Bila dah beranak ni orang akan wish “Welcome to parenthood!”. Wahhhh macam seronok je bunyinya ya.
Minggu Pertama momen indah
Dari hari pertama ke minggu pertama ketibaan bayi comel anda, selalunya hanya moment yang indah-indah belaka. Anak menangis pun kau rasa; haaa comelnya baby nangis. Kuat nangis ya sayang? Haaaaaa alamak dia poo poo la. Anak aku berak pun comel.
Tetapi setelah beberapa ketika, bila anak kau dah start meragam, siang dia tidur, malam berjaga. Nak menyusu setiap sejam, setiap setengah jam. Anak kau nangis tak berhenti. Dah susukan pun nangis, dah sendawakan pun nangis, dah tukar diapers pun nangis, dah tuam perut pun nangis, dah dodoi, dah cium peluk bonding letak atas dada, dah azan, dah pasang ayat Quran siap letak Yassin kat sebelah baby, apa saja cara lah semua tak kena. Masa ni lah kau laki bini pun perlahan-lahan mulai bertukar menjadi Zombi… masa tu terngiang-ngiang ayat “Welcome to parenthood!”.
Believe it or not, mostly new parents (suami dan isteri) masa ni memang akan selalu bercekau!
Style atau cara kau; baby tidur biar dalam keadaan gelap dan sunyi. Tapi cara suami kau pulak; biar la dari awal ajar baby tidur dalam suasana bising, bukak TV kuat pun tak apa, tak ada la baby terkejut-kejut! Biasakan. Kau ni nak full breastfeed baby, tapi bila sampai Mak/ Mak mertua/ Ipar duai semua tu, diaorang duk komen, campur la anak minum dengan susu formula! Susu tak cukup, baby tak kenyang tu!
Masa nak announce nama baby pulak, punya la glamour kau nak letak nama ala mat salleh sikit. Tapi orang duk tanya-tanya, apa maksud nama anak tu? Sampai kat Mak Bapak kau, letak la Nur ke Muhammad ke baru ada maksud! Dari sepatah perkataan je, dah jadi tiga empat patah perkataan panjang menjela nama anak kau. Jenuh la nak isi nama kat borang nanti. Dan bila bab nak vaccine anak, keluarga suami kau anti vaccine pulak. Oh oh oh oh.
Masa ni argue la laki bini mak bapak adik beradik semua. Anak tu kenapa tak dicukur rambutnya? Anak tu kenapa tak dibedung? Tido pakai la buai, baru lena. Anak tu dah kuning kenapa tak dijemur? Bila anak kuning titis la air gula sikit dekat mulut. Mandikan anak dengan air daun kucai, mandikan dengan air herba sensei.
Bagi baby air parutan sengkuang cina. Anak tu kenapa tak pakai barut? Dah waktu Maghrib ni, kejut anak jangan bagi tido lagi. Anak bila nangis jangan dibiar je, dukung terus! Anak tu jangan pakai singlet seluar pendek, nanti masuk angin. Ehhh kenapa bagi pakai puting? Nanti jongang gigi! Tali pusat kalau dah lama 2minggu pun tak tanggal lagi, selalunya orang kata budak ni degil.
Pusat tersembul keluar, tekan pusat tu dengan duit syiling! Fuhhh masa ni bertalu-talu komen, segala petua zaman tok kadok dan mitos kau dengar. Kau dah cakap tunggu 44 hari baru nak tunjuk secara official muka full baby kat Instagram/Facebook. Tapi ada pulak saudara mara yang dah datang visit pergi upload tayang muka anak kau dulu. Dalam hati kecil kau pun mula berkata-kata, ni anak aku ke anak korang huh?
Ingat semua benda boleh control
Kau ni feeling-feeling anak nak eat healthy. No sugar, no salt before 2 years old. Semua benda nak home cook, kalau boleh nak beli yang organik je. Dapat ke makcik-makcik yang jumpa anak kau, habis lolipop sebijik dia bagi! Paling dilema masa nak pergi majlis kenduri kahwin, birthday party…
Laju je orang bagi anak kau minum air sirap! Terbeliak bijik mata kau! Kau cakap no gadgets! Suami cakap sekali sekali tak apa la, pasang yang educational video je. Tapi dapat ke orang lain, video joget-joget tak senonoh atau games bunuh-bunuh pun diaorang bagi anak kau tengok! Kau ingat semua benda kau boleh control?
Bila cara kau dan suami bab penjagaan anak ni tak sekata, memang banyak masalah akan timbul, lagi-lagi pulak masing-masing nak tunjuk pandai langsung tak nak mengalah. Masa ni memang bertikam lidah je la, paling tak pun masing-masing pendam dan merajuk. Dari anak kau lahir sampai lah anak dah besar panjang pun, memang akan ada je yang tak kena.
Komunikasi suami isteri penting
Fuuuhhhh. Inilah pentingnya communication between you and partner. Atleast now you know, mostly every couple pun melalui fasa yang lebih kurang sama… Kita akan sentiasa ada 1001 cara nak membesarkan anak. Kalau suami isteri pun tak sependapat, bila dah masuk campur tangan orang luar nanti bab penjagaan anak-anak, memang akan bertambah masalahnya! Dan ini lah orang kata, bila kau dah kahwin, kau kena kahwin dengan keluarga partner kau sekali. Imagine kalau kau ni jenis tak sebulu dengan keluarga mertua? Masa tu tadah je la telinga kena terima kritikan, ini tak kena, itu tak kena. Dapat pulak anak kau ni cucu sulung… Huhuhu la ya. Decision making tu mostly bukan dari kau/ suami dah 100%.
Terima teguran dengan hati terbuka
Ya memang tu anak kau, tapi akan sentiasa ada kata-kata dari orang lain. Apa pun kata-kata tu, kita kena sentiasa pertimbangkan walaupun kata-kata tu keluar dari mulut orang yang paling kita tak suka. Especially bila orang tua menegur, kita cuba terima dengan hati terbuka dan kena sentiasa bersangka baik dahulu. Mungkin ada baik pengajarannya dan yang buruk tu kita buang la jauh-jauh. Memang orang tua dulu hidup zaman tak sama macam zaman kita sekarang, tapi apa pun mereka lebih makan garam dari kita kan? Walaupun kita hidup dalam zaman serba moden, nak tau apa semua goggle je dah dapat jawapan, tapi jangan sampai langsung tak nak terima pendapat/ teguran orang lain. Kang orang kata dah la bodoh, sombong pulak tu. Dasar bodoh sombong! Kau ingat semua benda kau betul?
Masa ni baru la kau sedar, bukan senang rupanya ada anak ni. Penat nak kena jaga anak, nak kena jaga hati orang lain pun satu hal lagi. Ada benda kita perlu tegak kan, jangan sampai jadi lurus bendul. Apa pun sebagai ibu bapa, kita yang lebih kenal anak-anak dan cara kita membesarkan anak-anak mungkin tak sama dengan cara orang lain. Esok lusa kalau anak sakit, tetap kau laki bini yang kena berhabis duit, kena bersengkang mata (unless bibik/ mak bapak yang tolong jaga anak, dan kau masih dapat tidur yang lena). Kalau mulut ni dah habis kata-kata, kita hanya perlu hormat satu sama lain dan senyum tak perlu kata apa-apa. Bunyinya mudah, tapi tak semuanya mudah kan?
WELCOME TO PARENTHOOD!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cuti sekolah ni pastinya ibu ayah tidak akan melepaskan peluang untuk membawa anak-anak bercuti. Tentunya percutian yanga ada kolam atau taman tema. Kebiasaannya, anak-anak akan bermain air dalam tempoh yang lama ekoran teruja dengan percutian yang dinantikan sekian lama.
Namun, disebalik keseronokkan itu, ibu bapa kena pastikan anak mandi dalam kolam dalam keadaan terkawal supaya tidak berlaku beberapa risiko kesihatan kepada anak-anak. Perkongsian Doktor di laman facebooknya DrEzairyM.Sallih sungguh bermanfaat supaya ibu bapa dapat mengenal pasti masalah kesihatan anak-anak terutama setelah balik daripada bercuti.
Tentu kita selalu membawa anak-anak kita ke tempat seperti pantai, kolam renang, taman tema air dan sebagainya.
Tahukah anda beberapa risiko yang perlu diketahui.
Mari kita lihat 5 bahaya ini kepada anak-anak kecil.
1. Mudah berlaku jangkitan melalui air tercemar. Apabila anak kita tanpa disedari tertelan air di kawasan tersebut, jangkitan yang berlaku akan menyebabkan berlaku masalah seperti cirit-birit.
2. Apabila ada pesakit mengalami masalah flu dengan gejala seperti bersin dan batuk ketika di dalam air, jangkitan boleh juga berlaku kepada anak kita yang kemudiannya akan mengalami masalah sama. Biasa kan alami situasi seperti ini sebaik sahaja anak kita pulang daripada mandi di laut atau kolam?
3. Mudah alami masalah sinus. Terutama jika anak kita memang ada masalah kerap selsema dan tersumbat hidung. Air yang tersedut ke dalam hidung dalam kuantiti banyak akan menyebabkan kotoran juga masuk ke rongga hidung dan sinus. Jangkitan boleh berlaku.
4. Jangkitan pada telinga mudah berlaku. Jangkitan boleh berlaku akibat masalah daripada hidung dan tekak. Ini disebabkan kawasan telinga tengah yang bersambung dengan belakang hidung. Jangkitan pada salur telinga luar juga boleh berlaku. Otitis externa dan media berisiko untuk berlaku.
5. Kurang pendengaran. Air yang terkumpul di dalam salur telinga boleh mengakibatkan anak mengadu kurang dengar. Ini kebiasaannya hanya sementara, akan bertambah baik selepas beberapa hari. Namun, jika tidak bertambah baik, perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.
Rujuk gambar : pengumpulan air pada telinga boleh mengakibatkan jangkitan otitis externa berlaku pada salur telinga.
Mari #kongsi info ini kepada orang yang kita sayang. Moga bermanfaat.
Dr. Ezairy M.Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...