“14 Tahun Penantian” Ajak Shiro Bersyukur Kakak Bakal Timang Zuriat Pertama

Share

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan zuriat sama ada cepat atau lambat sahaja.

Menanti zuriat daripada darah daging sendiri sememangnya ujian yang sangat berat bagi para wanita yang bergelar isteri.

Bersyukur atas kegembiraan kakak yang akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pelawak Ajak Shiro bersyukur dengan khabar tersebut.

“14 belas tahun penantian. Allahuakbar.. Allah maha besar,” tulisnya.

Dalam pada itu, melalui video yang dimuat naik di laman Instagram, Ajak turut berkongsi kenangan dan jasa kakaknya itu menjaga dan menemani isterinya bersalin.

“Dialah yang teman isteri saya waktu lahirkan Jad dulu sebab saya dalam tentera bertugas di Perak.

“Dia banyak bantu jaga anak-anak sedara sampailah Had dengan Nada… usia Jad sekarang pun 13 tahun dah,” luahnya.

Sementara itu, Ajak turut berkongsi kisah penantian zuriat yang dilalui oleh kakak tersayangnya.

“Kakak Saya ni kahwin sama tarikh dengan saya. Tapi selama perkahwinan tu Allah uji.

“Lambat rezeki zuriatnya..Tapi kalini Allah bagi hadiah buat insan yang sabar.

“Alhamdulillah dan insyaallah tak sampai 2 minggu lagi dia bakal lahirkan anak pertama,” katanya

Meninjau ke ruangan komen, ada juga warganet yang turut berkongsi pengalaman yang sama seperti kakak Ajak.

Sumber: Instagram Ajak Shiro

IKLAN