Rawatan alternatif sakit tekak disebabkan batuk boleh membantu anda sekiranya tiada ubat batuk di rumah. Selain dari itu dalam keadaan sekarang ni, ubat batuk juga kadangkala cepat habis di farmasi.
Jangan risau kerana ada cara rawatan alternatif yang boleh dilakuan bagi membantu sakit tekak akibat batuk. Berikut antara beberapa rawatan alternatif yang disarankan dalam facebook Public Health Malaysia.
Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan sebagai rawatan alternatif tersebut ada di dapur rumah semua orang. Bahan semula jadi itu juga memang diakui mempunyai kelebihan dalam rawatan kesihatan. Jadi jangan ragu-ragu untuk mencubanya.
Ubat sakit tekak tak ada?
Jangan risau. Bukan semua sakit tekak memerlukan ubat apatah lagi antibiotik.
Gunakanlah cara alternatif yang telah terbukti berkesan.
1 . Madu
Madu telah terbukti berkesan untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Ambil 1 sudu kecil untuk 2X sehari. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.
2. Kumur Air Garam
Air garam yang suam dapat melegakan gejala sakit tekak. Ia juga boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak. Kumur setiap 4-6 jam. Hati hati jangan tertelan pula
3. Minum teh
Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk.
Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran. Minum banyak, jangan merokok dan pastikan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh.
Ads
Bagaimanapun rawatan alternatif ini hanya sesuai bila anda baru sahaja mengalami batuk yang ringan. Jika batuk berpanjangan pastikan anda segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Hidung kerap berdarah boleh jadi disebabkan oleh gejala alergik rhinitis yang tidak dikawal dengan baik, terutama pada kanak kanak.
Pemakanan yang tidak dijaga juga akan menambah terukkan keadaan. Hidung yang gatal pada pesakit yang mengalami alergik rhinitis ini akan menyebabkan pesakit kerap menggosok pada hidung. Luka pada kawasan dalam hidung akibatnya boleh menyebabkan pendarahan sangat mudah berlaku.
Ini yang selalu masyarakat kita lakukan. Mendongak ke atas supaya darah berhenti dan tidak lagi keluar.
Dua perkara perlu dipastikan apabila pendarahan hidung sedang berlaku.
1. Pendarahan hidung berhenti.
2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.
Oleh itu, beberapa langkah perlu dan MESTI dilakukan apabila pendarahan hidung berlaku.
1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.
2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!
3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.
4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.
5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.
6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.
Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.
Umumnya jika ingin mengawal berat badan kita biasa dengar perlu melakukan senaman dan tidak kurang juga ada yang mengamalkan petua dan pengambilan ubat-ubatan yang diluluskan oleh KKM.
Pun begitu, tidak dinafikan kaedah pembedahan perut juga ramai yang cuba lakukan.
Memahami kaedah, keperluan dan risiko melakukan pembedahan perut atau juga dikenali dengan pembedahan bariatrik, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan secara mudah untuk dapat difahami.
Ini perkongsiannya.
KURUS DENGAN PEMBEDAHAN PERUT
Pembedahan bariatrik adalah pengubahan kapasiti perut melalui beberapa cara. Pembedahan ini disarankan apabila masalah berat badan pesakit membawa risiko yang lebih besar daripada risiko pembedahan bariatrik itu sendiri.
Pembedahan ini dilakukan untuk menyekat jumlah pengambilan makanan sebagai menguruskan masalah kesihatan individu obes melampau yang mempunyai komorbiditi seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, dan sebagainya.
Ada beberapa jenis pembedahan bariatrik, antaranya:
◾Roux-En Y Gastric Bypass
◾Vertical Sleeve Gastrectomy
◾Biliopancreatic Diversion/Duodenal Switch
◾Adjustable Gastric Band
Semua pembedahan ini ada risikonya sendiri. Teknik-teknik yang melibatkan pemotongan kantung perut dan penyambungan semula memungkinkan risiko jangkitan kuman, kebocoran pada sambungan, pendarahan, dan sebagainya.
Adjustable Gastric Band tiada pemotongan kantung perut, tetapi ia menggunakan alat untuk menjerut kantung perut. Maka penggunaan alat ini mempunyai risiko jangkitan kuman, kegagalan implan, hakisan perut, perut terjerut dan lain-lain.
Oleh kerana wujud risiko seperti ini, hanya individu yang benar-benar memerlukan patut menjalani pembedahan bariatrik ini. Selain itu, individu yang telah menjalani pembedahan ini perlu bersedia mengubah cara pemakanannya.
Selepas pembedahan ini, pesakit tidak lagi boleh makan pada kuantiti normal, kerana saiz perut telah dikecilkan sehingga hanya mampu memuatkan sebahagian daripada kapasiti sebelum ini. Makan sikit sahaja dah rasa penuh perut.
Penyesuaian kepada kuantiti makanan yang kecil ini tidak mudah. Oleh kerana akan cepat penuh, makanan yang dimakan perlulah yang benar-benar berkhasiat sahaja. Jika tak jaga makan, maka akan berlaku kekurangan nutrisi, dan ganggu kesihatan.
Semua ini perlukan keazaman, iltizam, dan ketahanan mental yang tinggi. Tak usah fikir ia mudah, kerana cabarannya lebih kurang sahaja dengan penurunan berat badan dengan cara penjagaan makanan tanpa sebarang pembedahan.
Ditekankan sekali lagi bahawa pembedahan bariatrik bukan jalan mudah untuk langsing, ia adalah rawatan kepada kondisi kesihatan yang seharuskan diputuskan keperluannya oleh doktor bertauliah. Buat hanya bila benar-benar perlu.
Bawang putih semenangnya banyak kegunaannya dalam pelbagai rutin harian kita. Malah dalam kebanyakkan petua nenek-nenek kita turut sama menggunakan bawang putih.
Petua yang diamalkan oleh mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu bukanlah hanya cakap kosong. Ada baiknya dalam merawat beberapa penyakit ringan.
Petua nenek menggunakan bawang putih antara yang wajib kita cuba. Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sebilangan besar masakan Cina. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin.
Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh. Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakkan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumorkerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.