Menaiki pesawat memang mudahkan dan mempercepatkan perjalanan. Namun bagi yang menghadapi masalah kesihatan atau mengandung kena tahu polisi syarikat penerbangan untuk mengelak timbul masalah.
Dr Nurilyani Bujang, Pakar Bius di sebuah hospital ternama berkongsi pengalaman beliau mengenai polis penerbangan memandangkan beliau pengguna khidmat laluan udara ini.
Menerusi media sosialnya, beliau menjelaskan bahawa setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi berbeza. Lantaran itu, jika anda bercadang membawa orang yang menghadapi masalah kesihatan atau wanita hamil perlu tahu polisi sebelum mengambil keputusan membeli tiket.
Ads
Malah nasihatnya juga, wanita hamil perlu kandungan ke berapa minggu dibenarkan menaiki pesawat dengan surat perlepasan dari doktor. Begitu juga dengan penyakit berjangkit apabila bercadangan menaiki pesawat. Ikuti panduan doktor ini.
Ads
Ads
Setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi yang berbeza. Maka, itu tanggungjawab anda membaca polisi dan bertanya sebelum membeli tiket.
Pesawat berbentuk seperti Firefly dan Malindo tidak mempunyai jambatan udara. Proses menaiki pesawat adalah menggunakan tangga. Maka, pengguna yang mempunyai masalah mobiliti tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Bagi perempuan mengandung, kebanyakkan syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita yang kandungannya melebihi 36 minggu menaiki pesawat.
Sediakan surat pengesahan pelepasan dari doktor jika mempunyai masalah kesihatan dan termasuklah jika anda mengandung.
Penyakit berjangkit seperti chicken pox, HFMD juga tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Segala ubat ubatan yang anda mahu bawa ke kabin perlu dalam bungkusan dan bentuk asal. Ini penting seandainya pemeriksaan perlu dilakukan jika terdapat keraguan pada ubat ubat tersebut.
Bagi mereka yang memerlukan special assistance, anda perlu ke kaunter untuk memaklumkan keadaan anda dan juga mengisi borang deklarasi.
Hadir awal ke lapangan terbang kerana proses pengesahan, deklarasi dan pemeriksaan memerlukan masa.
Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia. Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Apakah rahsia bagi perkahwinan yang bahagia? Salah satunya ialah peranan seorang isteri supaya dapat menambat hati suami.
1.Sambut kepulangan suami dengan ketenangan
Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh. Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.
Sediakan tempat tidur yang eksklusif
Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku. Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.
Elakkan gangguan
Pantang bagi kebanyakan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.
Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada
Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri. Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat. Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
Jangan kuat merajuk
Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada. Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
6.Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram. Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
Jangan memperkecilkan kemampuan suami
Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu. Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.
Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting. Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Lumrah sebagai pemain bolasepak, pasti akan ada pasang surutnya lebih-lebih lagi melibatkan kecederaan yang serius.
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, akur apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL).
Ini merupakan kali kelima Zaquan Adha berdepan dengan situasi tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mendoakan agar proses pembedahan berjalan lancar selain berlapang dada dengan ketentuan yang ditetapkan kepada suaminya.
Apa yang memilukan apabila membaca titipan Ayu di laman Instagramnya yang memberikan sokongan pada suami tercinta.
Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah saya kenal.
Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. Saya tahu awak cukup kuat yang terpilih untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk awak. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk awak sayang.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Perancang dan Sebaik Baik Perancang.
Melihat ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat.
Tugas bergelar ibu adalah tanggungjawab yang berat lebih-lebih lagi apabila bergelar surirumah sepenuh. Bagi yang bekerja, ada masa luangnya apabila tiba waktu rehat. Namun bagi yang sepenuh masa, tentu akan menguruskan anak-anak dari pagi sehingga malam.
Tiada istilah rehat baginya kecuali waktu anaknya tidur. Malah waktu makan pun, tetap diganggu oleh anak jika mood tantrum. Untuk jalan singkat, ada ibu menjadikan smartphone sebagai penyelesaian masalah sementara buat dirinya biarpun tahu, kesan yang tidak baik untuk anak kecil.
Namun, sikap itu telah disalah erti pada mata yang memandang dengan membuat kecam bahawa ibu itu tiada kesedaran mengenai kesan negatif penggunaan smartphone kepada kanak-kanak.
Namun melalui perkongsian lelaki ini, kecaman itu tidak harus berlaku hanya melihat situasi beberapa minit sahaja tanpa mengetahui sebab sebenar ibu itu bertindak begitu. Deep perkongsian ini. Moga jadi ikhtibar bersama supaya menjadi seorang yang lebih alert dengan persekitaran.
Toddler crying in high chair
Jangan terlalu mudah untuk menghakimi orang lain disekeliling kita,sedangkan kita tidak pernah ada bersama mereka.
Ada ibu kehidupan harian dia tak sama macam ibu ibu lain. Ada ibu kejutkan anak anak waktu pagi,sediakan makan minum sebelum mereka ke sekolah. Kadang kadang susun pula buku buku anak anak mengikut jadual kelas.Anak nak darjah 1 menangis tak henti lagi sejak dimandikan sehinggalah siapkan pakai baju seluar semua.
Dalam masa yang sama berlari kecil kebilik pakaian untuk iron-kan baju dan seluar suami. Sediakan pula sarapan pagi kegemaran suami. Walaupun penat masih mampu gerakkan otot muka untuk lemparkan senyuman kepada anak anak dan suami sebelum mereka keluar rumah sehinggalah hilang dari pandangan mata.
Setelah kunci pagar dan pintu utama. Pergi ruang tamu semuanya masih berselerak dengan permainan adik,angah,abang long main malam tadi. ish ish ish.. bertuah betul anak anak ni,malam tadi suruh kemas tapi tak kemas,siap diorang balik sekolah nanti. mulut pot pet pot pet membebel tak henti.
Selesai kemaskan ruang tamu,ruangan dapur. Baru badan mahu rebahkan disofa tiba tiba tangisan si kecil 2 tahun terdengar dari dalam bilik. Umie….Umie… Si kecil memanggil.
Badan yang baru mencecah sofa terus melantun bangun. Ya Sayang Ya Sayang.. Umie datang ni…Terus dicium,dipeluk si kecil yang comel dan bau yang wangi itu.
Setelah semuanya selesai. Perut pula terasa lapar,lapar sangat sangat walaupun penat. Jam menunjukkan 12.30 pm. Ibu ini teringin pula nak makan asam pedas. Elok sangatlah nanti terus tunggu ambil anak anak disekolah,hari ini tapau sajalah makanan untuk anak anak. Kata hati.
Kecaman buat wanita itu
Gambar hiasan
Ibu ini masuk ke dalam kedai bersama si kecil 2 tahun tadi,terus dapatkan meja yang masih kekosongan. Diletaknya si kecil dalam kerusi khas untuk bayi supaya si kecil tak berlari lari dalam kedai makan. Ibu keluarkan smartphone,selfie sekeping dua lalu hantar kepada suami.
Baru sahaja mahu menjamah hidangan. Si kecil mula meragam. Ibu tak ada idea lain,keluarkan smartphone buka video umar hana dan beri kepada anak
Namun apa nasib ibu ini. Ada pula mata yang sedang memerhati. Snap gambar ibu bersama si kecil yang sedang bersama smartphone. Terus upload di facebook dengan satu lontaran hebat;
Lihatlah ibu sekarang,telah merosakkan anak dengan smartphone. Tidak sayang anak kah? Tak bacakah kajian smartphone ini boleh menjejaskan stimulasi sensori otak bayi?
Inilah ibu ibu sekarang,jadikan gadget sebagai babysitter kepada anak. Aku memang taklah bagi anak main gadget ni. Aku taknak rosakkan otak anak aku macam orang ini. bla bla bla. ((mula muji diri sendiri))).
Itulah sesetengah kita hari ini. Apabila diberi sedikit ilmu,kesedaran maka kita mula memandang orang lain dengan pandangan jahil,hina dan terus menghakimi. Bahkan mengajak orang lain pula untuk sama sama bersetuju dengan pendapat kita. Sedangkan kita hanya menyaksikan 10-15 minit dari 24 jam kehidupan mereka. Kita tidak pernah ada dalam jam jam dan keadaan mereka yang lain.
Usah aibkan orang lain.
Cukuplah didik masyarakat dengan cara mengaib,menghukum dan menghina orang lain. Itu bukan cara islam,itu bukan cari orang berilmu,itu bukan cara kita ubah dunia.
Banyak cara untuk kita didik masyarakat. Jika kita benar benar ikhlas mahu beri kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya smartphone kepada bayi dan kanak kanak. Ambil pendekatan berhemah,print banyak banyak keratan akhbar atau flyers tentang kuburukan gadget dan hulurkan kepada mereka sebelum kita beredar keluar dari mana mana premis.
Kita mahu ubah masyarakat dengan kasih sayang dan belas kasihan. Bukan dengan rasa benci dan memberi hukuman. Bersangka baik dahulu supaya mudah untuk berdakwah. Kita diberi akal dan ilmu,manfaatkan kedua ini supaya orang lain juga dapat manfaat.
*Jalan cerita di atas hanyalah penceritaan semula yang diambil dari perkongsian ibu ibu yang sempat saya baca. Mungkin situasi diatas pernah berlaku kepada ibu ibu semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di