Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, Menyimpan duit walaupun sedikit tetapi jika berterusan lama-lama akan membuahkan hasil juga. Ini lah yang dikongsikan oleh Shaira Mudzafar menerusi facebooknya. Dengan hanya menyimpan RM1 untuk pemulaan, dalam masa sebulan mendapat RM496.
Ads
Tips simpan RM496 sebulan bermula dengan RM1. Boleh buat dengan pasangan, adik-beradik atau member korang. 1. Amek balang kosong untuk simpan duit dan kalendar.
**media[106068,106069]** 2. Pilih samada nak nombor genap atau ganjil. Korang boleh guna cara alternatif nak osom ker undi lambung duit kerr. 3. Okay! Katakan korang buat dengan suami. Kalau suami korang pilih nombor ganjil jadi korang dapat nombor genap lah. Masukkan duit dalam balang ikut nombor dalam kalendar. Pada 1hb setiap bulan suami korang masukkan RM1 dalam balang lepastu tanda pada tarikh tersebut. Untuk 2hb pulak korang kena masukkan RM2 dalam balang lepastu tanda pada tarikh 2hb.
.
Kalau 7hb masukkan RM7, 17hb masukkan RM17, kalau 31hb masukkan RM31. Macam tulah seterusnya sampai habiss bulan. 1 BULAN dapat simpan RM496.
1 TAHUN dapat simpan RM5952.
.
Senang jer kan? Jangan lupa pasangan a.k.a partner korang #gengbop#tipssimpanduit Sumber Shaira Mudzafar
Mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangkakan. Ada sesetengah orang beranggapan mak-mak zaman dahulu tiada masalah seperti zaman sekarang. Tak kurang yang membuat perbandingan akan hal ini.
Kenapa mak dulu boleh jaga 10 anak, mak sekarang anak baru dua dah kecoh?
Inilah yang kita semua kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Jom baca perkongsian oleh Yaty Ishak tentang hal ini.
Saya paling anti kalau kenyataan ini.
‘Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?’
Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.
Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 – 6 tahun camtu, saya sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik.
Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar.Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya.
Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?
Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan.
Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata.
Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihlah.
Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni!
Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar.
Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.
Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau!
Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan.
Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki. Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang ‘kawin’ terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.
Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Usahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itulah, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.
Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.
Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah!
Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang.
Mak sekarang? Anak dalam rumah pun orang intai lagi!
10 ANAK ZAMAN MAK DULU, DAH TAK SAMA DENGAN DUA ANAK ZAMAN SEKARANG.
Jika dahulu, kehidupan kanak-kanak begitu aktif tanpa adanya gajet. Mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahiran motor kasar dan halus di persekitarannya.
Namun ekoran kecanggihan teknologi, segelintir ibu bapa alpa mengenai impak negatif apabila membiarkan anak-anak terlalu lama terdedah dengan persekitaran begitu. Perkongsian Penggiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Nik Eliani Nik Nawi begitu manfaat bagi mendidik anak-anak dengan persekitaran yang sihat.
GAYA HIDUP KITA SEKARANG BANYAK MENYEBABKAN PERKEMBANGAN FIZIKAL ANAK KITA DELAY.
Banyak masa anak kita habiskan dalam car seat, dalam stroller, depan skrin tv, tab dan fon.
Rumah kita di atas langit. Taska tadika anak kita di dalam shop lot.
Tak puas anak nak berlari!
Maka sekarang banyak kanak-kanak yang ‘clumsy’ ( cemerkap ) dan mudah penat untuk fokus belajar kerana tidak banyak bergerak aktif pada tahap 0 hingga 6 tahun.
Ibu ayah yang bijak, walaupun life style kita moden canggih, kita WAJIB pastikan anak kita mendapat peluang untuk aktif fizikal. Nah saya kongsi idea untuk anak-anak kita bermain aktif di dalam rumah.
No excuse anak kita tak ada tempat untuk bermain di rumah.
Seminggu sekali bermainlah di luar untuk anak kenal dan mesra alam.
IDEA AKTIVITI DI RUMAH
Semoga dapat mendidik anak secara natural agar seimbang kehidupan anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri, kan? Namun, siapalah kita untuk menidakkan takdir Tuhan. Ada orang sesetengah orang dikurniakan dengan cahaya mata awal, ada yang perlu bertahun lamanya untuk mendapat nikmat itu.
Bagi Penyanyi Datin Alyah pula, dia memaklumkan dirinya tidak tertekan apabila memikirkan soal zuriat biarpun usia perkahwinannya kini mencecah 10 tahun.
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, dia dan suami yang juga maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS hanya berserah kepada Yang Maha Esa.
“Tak ada masalah, belum ada anak kecil jadi boleh diuruskan semuanya.
“Bagi Tok Ram, dia dah ada dua junior, tapi saya belum lagi.
“Saya tak stress memikirkan tentang itu. Saya percaya perancangan Allah itu lebih hebat daripada kita,” katanya dalam rancangan hiburan popular TV3, Melodi.
Disoal adakah bercadang untuk membuat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kelak, Alyah berkata kepadatan jadual membuatkan dia belum memulakannya.
“Untuk rawatan itu kita bertanya-tanya juga, walaupun saya tak banyak muncul di kaca televisyen tapi Alhamdulillah masih memenuhi jemputan acara dan nyanyian.
“Saya tak boleh katakan apa-apa lagi sebab jadual saya agak padat.
“Seperti yang kita tahu, rawatan IVF ini kena betul-betul bertenang dan jadual juga kena kosong. Kalau ada rezeki Allah nak beri, kita terima” jelasnya positif.
Dalam pada itu, pelantun lagu Meluruh ini berkata suaminya juga bersikap positif mengenai itu dan rumah tangga mereka dalam keadaan baik.
“Dia okey sahaja. Orang luar pasti fikir bila kami tak banyak gambar dan video bersama tapi sebenarnya kami baik-baik saja.
“Dia juga bukanlah seorang yang terburu-buru. Nak kata bahagia betul, biasalah rumah tangga ada pasang surutnya,” kongsi Alyah.
Akui ada perasaan pasrah sehingga berputus asa, Alyah berkongsi dia banyak mendengar ceramah agama dan hanya berserah kepada Tuhan.
“Tipulah tak ada (putus asa), saya seorang wanita biasa. Saya melalui proses matang sebagai wanita, jadi bila kita banyak mendengar ceramah untuk menguatkan rohani.
“Jadi kita tahu hakikatnya adalah kita bukan perancang yang hebat sebab banyak perkara yang saya rancang tidak menjadi.
“Di penghujung jalan kehidupan itu, ita kena berserah. Tak perlu stress, kita akan rasa tenang. Apa yang kita cari dalam kehidupan adalah ketenangan kerana ia sungguh mahal,” tambahnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
Sumber: Melodi TV3 via Xtra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.