Bila sanak saudara sudah ramai berkumpul, maka tentulah macam-macam pula ragamnya.
Anak-anak kita juga tidak kurang perangainya, masa orang tengah ramai berkumpul itulah dia mula tunjuk kelakuannya.
Merengek, menangis, meragam dan paling susah hendak kawal bila sudah mengamuk.
Jadi apa tips untuk menghadapinya? Ikuti perkongsian daripada Puan Ashikin ini, bukan sahaja untuk mak-mak sahaja malah sanak saudara yang lain juga sila ambil perhatian.
Tip Handle Anak Masa Raya | Jika anak mengamuk | Adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, mertua semua sila baca
*Mohon jangan salah anggap. Status ini fokus kepada ANAK MENGAMUK SEMASA RAYA. Bukan post ‘ KENAPA ANAK KAU, AKU YANG KENA JAGA. ‘ atau ‘ KENAPA KAU TAK MASUK DAPUR, ASYIK GENTEL ANAK’. Saya bercerita perihal anak mengamuk ya.
Raya sudah semakin dekat. Maka ramailah orang yang akan kita jumpa. Ada ibu yang risau akan perangai anak-anak nanti. Takut ada yang mengamuk, buat hal di rumah orang, tumpahkan air, bergaduh dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kerisauan itu ditambah pula dengan pandangan orang, cakap-cakap orang dan sebagainya.
Don’t be jungemental.
Anak seorang tidak sama dengan 2 orang anak. Tidak akan sama juga dengan 3 orang anak. 4 orang dan seterusnya.
Anak lelaki seorang tidak sama dengan anak lelaki yang 4 orang. Anak perempuan mungkin tidak sama dengan anak lelaki.
Don’t ever compare.
Jika nampak anak orang lain mengamuk contohnya, apa yang kita boleh bantu?
1. Jangan nak provok lagi – eh…kenapa ni mengamuk-mengamuk ni. Pak Long masukkan dalam toilet kang. Tengok Ahmad tu, diam je, mane ade nangis.
2. Bantu untuk tenteramkan. Tak mampu tolong jangan pandang sinis pada ibu bapanya. Jangan mengata yang bukan-bukan. Bukan mudah mahu membesarkan anak. Jadi, jangan tambah beban mereka. Kasihankan mereka. Kena ada empati.
3. Biasanya kita beraya beramai-ramai kan? Jadi, hadkanlah kunjungan ke rumah-rumah. Janganlah terlalu lama. Ambil kira emosi anak-anak. Mereka bukan seperti kita. Mereka mudah penat. Mereka cepat lapar. Mereka tak boleh sabar. Semuanya ada had.
4. Adik beradik, ipar duai, mertua dan sesiapa sahaja, mestilah saling menyokong. Kalau yang itu menangis, kita tolong, kalau anak kita menangis, orang lain pula tolong – tak perlulah menambah sakit hati si ibu dengan kata-kata yang tak membantu langsung seperti ‘ anak dia yang kedua tu memang lain sikit. ‘, ‘ anak ko tu kenapa? Cuba bagi makan. Lapar agaknya budak tu. ‘ ‘ anak ko tu kembung agaknya.’ – jangan hanya bercakap. Cuba bantu sama-sama. Boleh?
Kepada para ibu pula:
1. Be positive – jangan rasa down dengan kata-kata orang yang tidak tahu hujung pangkal. Jika kita berilmu, jangan risau.
2. Selalu ingatkan anak to be behave – dalam kereta, kat rumah, masa makan, masa main – selalu ulang, adik kena jadi anak yang baik, main elok-elok, main sama-sama.
3. Mata jangan lekang dari tengok anak. Selalu tanya keadaan anak. Bila kita close monitor, kita dapat kurangkan banyak risiko – risiko gaduh, risiko merajuk, risiko mengamuk.
4. Jika anak mengamuk di rumah orang, terus ambil anak dan bawa satu tempat. Cuba tenteramkan anak. Jika dia tidak mahu dipujuk, biarkan sebentar.
5. Sediakan barang yang cukup – busy bag, permainan, buku, biskut, air. Mungkin barang-barang ini yang akan membantu mententeramkan anak.
6. Suami isteri saling membantu. Kalau nampak anak dah mengamuk, isteri/suami jangan buat tak nampak. Lagi panjang pula perbualan. Sama-samalah pujuk anak.
Tanggapan kita, pandangan kita sama juga macam doa. Kalau kita fikir macam-macam pasal anak orang lain, lain kali Allah uji pada kita pula. Jadi, jangan bebankan fikiran kita dengan fikir apa masalah anak dia.
Anak memang begitu.
Suka main.
Merajuk.
Menjerit.
Bergaduh.
Tumpahkan air.
Sekejap ok, sekejap tak ok.
Itu normal.
Kalau tak percaya, buka buku pendidikan awal kanak-kanak. Beli buku saya pun ok. Cari buku Ibu Bijak Anak Bahagia.
Kita tak pernah nampak sisi positif anak itu.Mungkin di rumah sendiri dia sangat baik, dengar kata, tiada banyak masalah.
Sekali lagi, tolonglah!Tolong ibu-ibu yang gigih mengasuh dan mendidik anak mereka. Jangan bunuh jiwa mereka dengan kata-kata yang tak membantu langsung dan tanggapan negatif yang hanya menambah dosa.
Jika ibu kepada anak yang mengamuk itu stress, lagi kasihan daripada kita yang anak tak mengamuk. Dia nak handle anak lagi, nak handle diri sendiri lagi. Betul tak? Jom kita saling membantu.
Kita happy-happy je raya ni.Jangan stress-stress ok?
Itu sahaja dari saya.Selamat berhari raya.
Selamat mendidik dengan kasih sayang
Bila Izrail datang memanggil Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia Itulah hanya pembela diri….
Antara lirik lagu ‘Selimut Putih’.. tentu kita pernah dengarnya. Umat Islam dituntut untuk sentiasa bersedia hadapi mati kerana sememangnya hidup di dunia ini adalah singkat dan bersifat sementara.
Malah Rasulullah memerintahkan kita untuk memperbanyak ingat akan mati, kerana mati datangnya tanpa pemberitahuan. Jika ada orang mengatakan sakit adalah tanda akan mati maka itu belum tentu benar kerana terlalu banyak pengalaman umat manusia yang berbulan-bulan dirawat di hospital, doktor pun sudah angkat tangan, tak sanggup lagi untuk mengubati, kemudian dibawa pulang oleh keluarganya, sampai ke rumah diberi ubat-ubatan kampung lalu ia sihat dan segar kembali.
Kematian merupakan rahsia Allah sepenuhnya, kenapa Allah merahsiakan kematian seseorang ialah agar orang itu sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi kematian. Dan orang yang dikatakan bersedia menghadapi kematian hanyalah mereka yang siap bekal untuk kembali kepada Allah dan bekal menghadapi kematian, disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur’an : “Bawalah bekal, karena sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (QS. 2 Al Baqarah : 197) itulah sebabnya kenapa Rasulullah memerintahkan kita agar kita banyak ingat akan mati, karena mati adalah suatu kepastian, mati datangnya tanpa pemberitahuan.
Kenapa Rasulullah memerintahkan agar kita ingat akan mati, kerana dibalik kematian ada kehidupan dan kehidupan itu sangat berbeza dengan kehidupan dunia sekarang ini. Di dalam Al-Qur’an dengan tegas Allah berfirman: “Dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu” (QS. 32 As-Sajdah : 5)
Ya, Allah! Sesungguhnya bersediakah kita untuk menghadapi kematian. Bukan sahaja amalan tetapi persiapan kelengkapan kematian kita.
Sebagaimana perkongsian ini memberi iktibar buat kita semua bahawa siap sedia menghadapi kematian bukan sahaja dengan amalan di dunia tetapi penyediaan kit kematian yang lengkap untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah.
Ikuti perkongsian ini.
KIT KELENGKAPAN JENAZAH
Ini PERSEDIAAN aku. Kit kematian namanya.
Kisahnya.
Emak aku tak bersekolah tapi otaknya Alhamdulillah sangat bagus. Pemikirannya selalu jauh kedepan.
Beberapa tahun sebelum ini..dia sudah menyiapkan kelengkapan hari kematiannya. Dia mahu kelihatan cantik tanpa menyusahkan anak-anak.
Dia paling tak suka melihat jenazah diletakkan di atas tilam beralaskan cadar bercorak.
Dan paling tak suka meminjam cadar/sarung bantal putih dari rumah orang utk letak jenazah.
SEDIAKAN SENDIRI KELENGKAPAN KEMATIAN
Makanya, untuk dirinya dia siapkan sendiri kit kematiannya.
Dia jahit sendiri cadar putih size katil bujang siap bergetah untuk dia guna nanti. Sarung bantalnya siap ada renda juga. Satu set telekung. Tuala mandi. Tudung tipis buat penutup muka malah tali² pengikat dagu tangan dan kaki juga disiapkan. Begitu telitinya dia. Dia masukkan dalam satu beg. Kemudian dia pesan dengan kami anak² dan cucu²nya kalau mak mati, amek beg ni..semua ada dlm beg ni.
Ternyata benar..ramai yg kagum..bagaikan perut doraemon, semua lengkap. Urusannya mudah. Perginya pukul 2.15 petang, lepas asar dah siap kebumi. Bagai disambar helang.
JANGAN BERTANGGUH
Dia buat kit untuk dia..dan aku pun kena tempiasnya.. Katanya, “kau pun buat..tulis kat plastik tu”
Biar yang hidup boleh cari dan guna. Dan kit aku ini sebenarnya belum lengkap. Aku suka bertangguh.
Kata mak, “raya setahun sekali kau boleh sediakan baju raya..mahal lak tu.
“Ni nak mati..bukan nak pakai songket ke sutera ke..kain cotton putih je pun kau malas nak siapkan”.
Jadi aku punya aku siapkan pada 1 Rejab 1427 tu. Entah bila aku akan gunakan.
Jadi kawan², adik kakak..mari kita buat KIT KEMATIAN kita. Simpan kat rumah. Pesan kat anak².
Baru 2 hari..rasa dah lama sangat mak tinggalkan aku😭
Datin Anne Ngasri baru-baru ini memuatnaik satu video yang menunjukkan dia menemani anak sulungnya, Abdul Warits bersiap untuk mendaftar memasuki pusat pengajian.
Warits yang menyambung pelajarannya di Kolej Yayasan Saad Melaka dilihat bersalaman dan berpelukan dengan adik-adiknya yang lain sebelum meninggalkan rumah.
Datin Anne yang turut menghantar dan menguruskan pendaftaran serta kemasukan Warits ke asrama memberitahu yang ini kali pertama mereka berjauhan.
Melihat akan Datin Anne dan Warits, seperti adik dengan kakak sahaja. Manakan tidak, Warits sudah tinggi lampai sekarang. Kata Datin Anne, ianya keputusan yang sukar untuk berpisah dengan anak namun demi masa depan Warits, ianya perlu dilakukan.
“Ini bukanlah keputusan yang mudah.. jarang sekali berpisah dengan anak-anak. Tetapi demi kebaikan dan masa depannya.. Saya kuatkan juga.. 🤲🤲🤲
“Semoga Warits belajar rajin-rajin dan ingatlah tiada benda yang mudah digapai. Usaha pasti berjaya….
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.