Ads

Nak Lakukan Aktiviti Kreatif Dengan Anak? Apa Kata Cuba ‘Workshop Hopping’

Workshop

Hujung minggu selalunya menjadi masa yang paling ditunggu-tunggu untuk meluangkan masa bersama keluarga setelah sibuk dengan rutin kerja dan sekolah anak-anak.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), aktiviti bermain dan kreatif yang dilakukan bersama ibu bapa boleh membantu mengeratkan hubungan, mewujudkan masa berkualiti serta menyokong perkembangan sosial dan emosi anak.

Apa kata kali ini cuba sesuatu yang baharu dan unik dengan mencuba konsep workshop hopping?

Daripada sekadar duduk makan bersama, pilih aktiviti yang membolehkan satu keluarga mencuba sesuatu yang baru, menghasilkan sesuatu dengan tangan sendiri dan paling penting, meluangkan masa tanpa terlalu sibuk dengan telefon.

1. Bengkel Tembikar (Pottery Workshop)
Main tanah liat bukan untuk kanak-kanak sahaja.

Sekarang banyak studio menawarkan kelas pottery yang sesuai untuk fasa permulaan, termasuk aktiviti hand building dan wheel throwing.

Ada studio yang turut menyediakan kelas khusus untuk kanak-kanak, jadi mak ayah boleh sama-sama mencuba sambil melihat kreativiti anak berkembang.

Workshop
2. Bengkel Menghasilkan Rug (Tufting Workshop)
Kalau keluarga suka aktiviti yang lebih moden, cuba pula tufting. Setiap orang boleh memilih corak sendiri dan menghasilkan rug atau hiasan kecil.

Ads

Aktiviti sebegini bukan sahaja menyeronokkan tetapi hasilnya boleh dibawa pulang sebagai kenangan bersama keluarga.

Workshop
3. Bengkel Terrarium (Terrarium Workshop)
Untuk keluarga yang sukakan tanaman, terrarium boleh jadi pilihan untuk dilakukan bersama dengan penuh ketenangan.

Anak-anak boleh belajar menyusun tumbuhan kecil, batu dan dekorasi dalam bekas kaca, manakala ibu bapa pula boleh menikmati aktiviti yang lebih santai.

4. Bengkel Membuat Lilin (Candle Making)
Satu lagi aktiviti yang boleh dicuba ialah membuat lilin sendiri.

Daripada memilih bentuk, bahan hingga menghasilkan dekorasi, ia boleh menjadi pengalaman baru untuk anak yang suka aktiviti kreatif.

Ads

Workshop

5. Bengkel Batik Dan Seni Kreatif (Batik & Creative Art)
Kalau mahu selitkan elemen budaya, cuba pula bengkel membatik, mewarna atau menghasilkan kraftangan.

Aktiviti begini bukan sahaja menyeronokkan, malah boleh memperkenalkan anak kepada seni tradisional dengan cara yang lebih santai dan moden.

Tak Perlu Buat Semua Dalam Sehari
Konsep workshop hopping bukan bermaksud perlu masuk tiga atau empat kelas serentak. Boleh jadikan ia aktiviti meluangkan masa bersama keluarga.

Dengan cara ini, setiap keluarga ada pengalaman baharu yang boleh ditunggu-tunggu oleh anak.

Ads

Lebih menarik, hasil daripada setiap workshop boleh disimpan di rumah sebagai kenangan dan memori manis.

Mangkuk yang sedikit senget, rug hasil tangan anak atau terrarium kecil mungkin tidak sempurna, tetapi ceritanya akan sentiasa mengingatkan kita kepada masa yang pernah diluangkan bersama.

Kadang-kadang meluangkan masa bersama keluarga yang paling diingati bukanlah yang paling mahal.

Cukup apabila satu keluarga dapat duduk bersama, ketawa apabila hasil tak menjadi, saling membantu dan pulang membawa sesuatu yang dibuat dengan tangan sendiri.

 

BACA LAGI: Aktiviti Hari Merdeka: 5 Idea Menarik & Meriah Untuk Seisi Keluarga

Sumber: American Academy of Pediatrics (AAP)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Bella Astillah Terharu Dengar Kisah Tun M, Tun Hasmah, “Lebih 70...

Bella Astillah terharu bertemu Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah serta menjadikan kisah cinta lebih 70 tahun sebagai bekal menjelang perkahwinan.