“Ini Mungkin Gaji Saya Terakhir Sebagai Ahli Parlimen. Harap Muadz Jaga Motor Dengan Baik.” – Steven Sim
“Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri. Ini mungkin gaji terakhir saya sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan bubarkan parlimen bulan depan. Saya harap Muadz akan jaga moto ini baik-baik.”-Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong
Kehidupan di dunia sarat dengan kesusahan. Namun ketika saat kita benar-benar memerlukan pertolongan, secara tiba-tiba ada individu tidak dikenali datang menghulur bantuan.
Amalan yang paling baik bagi manusia adalah dengan membuat orang lain bahagia, membantu meringankan kesusahan orang lain.
Nyata sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong mengundang sebak apabila membeli sebuah motosikal buat seorang lelaki setelah mengalami kecurian baru-baru ini. P
Bantuan yang diberi adalah menggunakan wang simpanannya sendiri. Lantaran pertolongan yang diberikannya itu diluar kawasannya parlimennya. Dengan ini bermakna tiada sebarang peruntukkan disediakan.
Tidak berkira untuk membantu mereka yang dalam kesusahan, dia berharap lelaki yang dibantunya itu menghargai sumbangannya dan menjaganya sebaik mungkin.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hari ini saya di KL untuk bersarapan dengan Lawrence Wong , Timbalan Perdana Menteri Singapura. Ketika itu ada orang tag nama saya kat posting sedih seorang brader rider Lalamove Malaysia yang kehilangan motosikal.
Memang sedih sangat-sangat kisah brader ni . Namanya Muadz, dia OKU dan moto yang dia pakai untuk cari makan sebagai rider Lalamove hilang kena curi semalam. Berat sungguh ujiannya.
Selepas sarapan saya bergegas pi jumpa dengan Muadz. Asalnya dia ingat scam sebab tak percaya tapi sebab dah jem tak tau nak buat apa lagi, dia mai juga. Nothing to lose. Kami jumpa terus kat kedai moto dekat rumahnya.
Ads
Sampai kat kedai moto, Muadz menceritakan kisah hidupnya. Tahun lepas dia kena accident, kaki kanannya kini bengkok teruk dan dia terpaksa bergerak dengan tongkat.
Tapi demi mencari makan untuk anak isteri, Muadz tetap teruskan kerja sebagai rider Lalamove. Itupun gaji tak tinggi, kais pagi makan pagi, lebih kurang RM1300 sebulan.
Hutang kat rumah pula semakin bertambah. Bil api tertunggak hampir RM1000, bulan ini TNB kata nak potong bekalan.
Yuran bulanan tadika PASTI anak berumur 6 tahun pun RM1000 tak bayar sejak Mei tahun ini. Pihak PASTI dah hantar surat amaran bahawa anak akan ditahan dari segala aktiviti sekolah dan tak layak terima sijil berhenti .
Dia kata dia stress hari-hari pikiaq pasal hutang macam-macam bil. Tiba-tiba semalam motonya hilang dicuri orang. Jem terus tak tau nak buat apa.
Saya bagitau dia, hidup ini jangan putus harapan. Setiap ujian ada hikmahnya.
Hari ini Muadz akan dapat sebiji moto baru. Ini bukan mimpi, ini bukan scam. Kita dah takdir untuk berjumpa.
Ada kawan FB tag saya kat posting Muadz. Sebagai seorang ayah saya faham hati Muadz yang berusaha sungguh-sungguh demi menjaga anak-anak.
Ads
Saya benar-benar merasa kesedihan hati seorang ayah yang hilang upaya mencari nafkah untuk keluarganya. Dia sampai tak makan pun akan pastikan anak-anak dapat makan.
Moto EX5 usang lebih 10 tahun hilang, kini kita ganti balik dan upgrade kepada Honda Wave 125i. Geran letak nama Muadz terus.
Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri. Ini mungkin gaji terakhir saya sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan bubarkan parlimen bulan depan. Saya harap Muadz akan jaga moto ini baik-baik.
Bil-bil api tertunggak RM1000 saya juga settlekan. kalau tidak dalam bulan ini elektrik akan dipotong
Rakan saya Saudari Nurul Izzah Anwar call saya kata nak sumbang RM1000 untuk langsai hutang yuran tadika PASTI anak Muadz.
Muadz, ada hikmah di sebalik ujian. Tuhan gantikan yang lama dengan yang baru dan yang lebih baik. Kita sama-sama terus berusaha.
Kalau ada kawan-kawan yang nak beri sedikit sumbangan untuk bantu Muadz buat operation kaki, boleh salurkan ke akaun dia terus:
Ads
Hong Leong Bank : mohamad muadz bin jaafar –27850149176
Benar, semua antara kita mahukan keberkatan hidup dari Allah. Bila dapat berkat Allah, itu bermakna walau sedang dalam kepayahan dan kesusahan sekali pun, ianya dapat dilalui dengan tenang.
Berkongsi kisah hidup berkenaan berkat ini dari ustaz Abu Hurairah Asifah ini, elok juga dijadikan panduan bersama. Jom semak apa kisahnya itu.
Mak telefon 6.30 pagi. Minta hantarkan ke stesen bas. Mak nak ke Tanjung Malim, tempat lama mak.
Esok ada majlis bacaan Al-Quran. Itulah mak. Hidupnya suka berjemaah dengan kawan-kawan. Menghiburkan hati dengan Al-Quran.
Saya tengok meter minyak dah kuning. Kena isi jap lagi ni. Tengok dompet ada RM50 saja. InsyaAllah, cukuplah ni.
Sampai stesen bas, mak tanya.
"Amat ada duit tak? Nak tambang. Umi dah takde duit"
Allahu. Bersalah rasa tak bagi lagi duit belanja. Saya terus ambil RM50 tadi dan bagi pada mak.
"Eh? RM10 dah la mat. Buat tambang je"
"Takpe umi. Ambillah. Ada rezeki lain ni"
Itulah jawapan saya. Buat penyejuk hati.
Mak berlalu. Tinggallah saya nak patah balik ke rumah. Minyak betul-betul ke bawah palang. Gerak ni tak tahulah sampai ke tak.
Sedang nak jalan, saya nampak satu kereta tepi jalan tersadai. Ada seorang wanita. Ada anak yang sedang pakai baju sekolah. Nak pergi sekolah rasanya ni. Saya terus datang dan tegur.
"Maaf, kenapa cik?"
"Oh. Saya punya kereta tiba-tiba mati. Tak boleh hidup langsung"
"Oh. Saya cuba boleh?"
Saya pun cuba start. Tak boleh. Saya buka bonet, check bateri semua. Rasanya, bateri ni kong. Saya terus bawa kereta dekat. Tukar bateri saya ke dia. Boleh start. Saya tukar balik bateri ke saya. Sementara ni, kereta dia boleh jalan lagi asalkan jangan matikan enjin.
"Cik nak hantar sekolah ke?"
"Ha ah. Nak singgah kedai ni beli roti, tiba-tiba mati"
"Oh. Bateri kong ni. Tapi jangan matikan enjin. Selesai hal anak, terus ke bengkel atau kedai bateri ya"
"Ok. Berapa ni?"
"Eh tak payahlah. Yang penting anak nak ke sekolah tu"
"Eh? Jangan macam tu. Jap"
Dia buka dompet, keluarkan RM100. Dia hulur ke saya.
"Eh cik. Jangan. Saya nak bantu je"
"Tolonglah terima. Encik dah bantu saya ni. Saya tunggu sini dah lama. Suami pun tak jawab call. Saya pening sangat. Mujur encik ada. Ambillah. Boleh?"
Saya ambil dengan penuh terharu.
Itulah berkat. Itulah yang Allah nak kita belajar dalam hidup. Memang susah. Memang payah.
Terkini mengenai status persekolahan anak-anak. Hari ini, iaitu 24 Jun 2020 sesi persekolah telah dibuka yang melibatkan pelajar dari Tingkatan 5 dan 6.
Pada masa yang sama, semalam (Selasa), Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.
Sehubungan itu, ibu ayah kena alert mengenai takwim baharu ini. Rujuk pindaan seperti berikut.
PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2020
Ini bertujuan untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan dari segi penjadualan dan pembelajaran pelajar sekolah. Melalui pindaan ini, ia melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2. Ia melibatkan cuti persekolahan dikurangkan dari sembilan kepada lima hari bagi sekolah yang berada dalam Kumpulan A dan Kumpulan B. Secara keseluruhan sesi persekolah tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari.
JADUAL PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
Rujuk jadual ini untuk mengetahui lebih lanjut Pindaan Penggal Persekolahan sesi 2020.
Kumpulan A: Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu
Kumpulan B: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Lumrah dalam keluarga, bila nampak adik beradik lain diberi keutamaan, mula rasa terpencil dan terasa hati rasa seakan ibu ayah pilih kasih antara anak-anak.
Misalnya layanan istimewa diberikan kepada abang kerana dia anak sulung dan paling cemerlang prestasi akademik berbanding adik-beradik lain. Manakala yang lain pula tidaklah sebijak seperti Abang Long tadi. Dan dari situ bermulalah bibit-bibit terasa hati. Atau layanan istimewa misalnya masakan kegemaran Abang Long lebih diutamakan, apa jua kehendak dan permintaannya dipenuhi dan bermacam-macam lagi.
Nak tahu apa hukumnya ibu bapa pilih kasih kepada anak-anak? Jom lihat jawapan dari Ustaz Azhar idrus!
PILIH KASIH ANTARA ANAK-ANAK
SOALAN :
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya?
JAWAPAN :
Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Yang dimaksudkan pilih kasih yang dilarang ini ialah pada perkara zahir yaitu melebihkan pemberian nafaqah atau hadiah atau seumpamanya daripada yang bangsa zahir kepada sebahagian anak yang dia kasih.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.