Anak adalah anugerah yang amat bernilai. Ibu ayah tentunya akan memastikan segala kelengkapan anak-anak terjaga dengan sempurna.
Selain itu, dalam tempoh mereka membesar, ia adalah waktu emas untuk mendidik anak dan meluangkan masa bersama.
Antara aktiviti boleh dilakukan bersama adalah beriadah, bersiar-siar di taman atau aktiviti yang aktif lain.
Namun bagi yang mempunyai anak perempuan, ia adalah kritikal disebabkan anak-anak perempuan jika semakin membesar makin terbatas pergaulannya berbanding lelaki. Oleh itu, jika mereka ingin melakukan aktiviti lasak ketika kecil biarkan mereka.
Hari tu aku pergi kursus 3 hari. Balik-balik tu anak perempuan aku ajak keluar, nak main kat shopping complex. Aku kata nanti dulu. Last-last oleh sebab penat drive aku tertidur.
Ads
Bangun-bangun aku tengok anak aku muncung dah. Aku kata esok-esoklah pergi. Bila aku jawab macam tu, dia merajuk la apa lagi. Cuma yang buat aku sedikit terkesan tiba-tiba dia kata:
‘Ala papa tu setiap minggu boleh je main badminton, kakak nak main sekejap je takkan tak boleh pulak?’
Benda ni buat aku terfikir.
Sebenarnya bila kita ada anak perempuan, waktu dia kecik inilah kita bagi dia beriadah/bersenam/bermain puas-puas sebab bila dia dah besar dan dia dah berkahwin, memang susah perempuan nak jumpa timing waktu dia beriadah sebab komitmen terhadap waktu yang lain lebih penting daripada waktu riadah ni.
ANAK LELAKI LAIN
Ads
Lelaki lain. Dorang dah kahwin ke bujang ke banyak aktiviti yang dorang boleh buat, main futsal, main badminton, main basikal atau paling koman berjalan guna tangan sambil kaki kat atas time nak pegi masjid.
Berbeza dengan perempuan. Bila dah dewasa banyak benda yang dorang kena fikir kalau nak libatkan diri dengan akitiviti luar ni. Soal aurat, soal komitmen, soal fasiliti yang hanya sesuai untuk lelaki dan macam-macam isu yang membataskan perempuan untuk terlibat dengan aktiviti luar.
So, bagi ibu bapa waktu anak-anak perempuan ini masih kecillah kita jaga perasaan dorang, layan dorang dan bagi peluang puas-puas untuk dorang bermain. Jangan sekat dorang untuk bermain.
Sekarang ni banyak je tempat permainan kat shopping complex, bayar je RM10 boleh main puas-puas sampai balik dalam kereta terus tertidur, sebab kepenatan.
Kalau tak nak yang bayar, bawak je pergi taman permainan percuma atau kalau tak boleh jugak bawak je anak-anak perempuan ni joging depan rumah. Main kejar kejar dengan dorang. Mesti dorang happy. Selain daripada boleh keluarkan peluh, anak perempuan mesti happy sebab kita bagi perhatian khusus kat dorang.
Ads
Di samping itu, bapa-bapa boleh selit sikit-sikit pada anak perempuan tentang adab berpakaian, jangan buang sampah merata-rata time riadah, jangan buat vandalisme time beriadah.
Aku percaya dengan didikan start daripada awal ini akan tertanam dalam pemikiran anak-anak ini sampai dorang besar panjang.
HARGAI MASA BERSAMA ANAK PEREMPUAN
Buat bapa-bapa sekelian, hargailah masa bersama anak-anak perempuan kita sementara dorang masih kecik ni sebab bila anak perempuan korang dah besar, dah kahwin pasti kita teringat-ingat ‘priceless time’ bersama ni, percayalah.
Buat mak ayah yang ada anak perempuan, bagilah ruang dan peluang secukupnya untuk anak-anak bermain. Sibuk macamana pun kita, curilah sikit masa kita untuk dorang.
Sharelah kalau status ni bermanfaat agar anak-anak kita kita semua membesar bagai juara. Isteri-isteri apa lagi tag la suami tapi itulah bukan dorang baca pun, kan?
Isteri, tolong buat satu perkara ni sebelum harta suami DIFARAIDKAN…
‘Isteri, Tolong Buat Satu Perkata Ini Sebelum Harta Suami Difaraidkan.’
Ada kisah yg pernah terjadi dlm masyarakat kita dimana pihak keluarga arwah suami dtg menuntut si balu utk membayarkan sejumlah wang kpd mereka sekiranya ingin terus menetap dirumah tersebut, rumah peninggalan arwah si suami…
Berapa ribu harga semasa rumah tu? 100 ribu? 200 ribu? 300 ribu?
Mcm mana nak cari duit sebanyak ni utk dibayarkan pd keluarga mertua…
Lalu apa yg jadi? Balu disuruh keluar a.k.a dihalau…rumah dijual dan duit dibahagikan…hanya sedikit yg si balu dapat bila hasil penjualan itu dibahagikan secara FARAID…
Sekiranya suami meninggal tanpa wasiat, tanpa hibah,
HARTA SEPENCARIAN
Maka apa yg isteri perlu ambik tahu dan bertindak ialah, sebelum harta tersebut difaraidkan, tuntut dahulu HARTA SEPENCARIAN…
Bila suami meninggal dunia, apa saja hartanya dikategorikan sebagai HARTA PUSAKA…Rumah, motor, kereta, duit simpanan, pelaburan dan apa saja…semuanya harta pusaka…dan sebelum harta pusaka dibahagikan kpd waris yg layak menerima, ianya perlu digunakan utk :
– Perbelanjaan urusan jenazah dan pengkebumian arwah
– Melangsaikan hutang2 arwah yg masih ada (Hutang di bank dan juga hutang sesama manusia)
– Jika arwah ada wasiat atau hibah
– Harta sepencarian
Si isteri wajib tuntut harta sepencarian…bekerja atau tidak, menyumbang atau tidak, mahkamah akan menentukan kadar yg akan diterima isteri dan ianya dikira dari segi sumbangan langsung atau tidak langsung…
Dah dapat harta sepencarian, faraid dapat lagi tak?
Dapat…baki yg ditolak daripada harta sepencarian akan dibahagikan secara faraid dan isteri tetap mempunyai bahagian dlm pembahagian ini…
Ingat, jika suami meninggal dunia, tuntutlah 3 perkara iaitu harta sepencarian, bahagian dlm faraid dan tanggungjwb serta kebajikan menjaga anak2 arwah drpd waris sebelah arwah yg menerima faraid…
Istilah ‘payung emas’ yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hukum atas sesuatu perkara berdasarkan zahir ia sunnah atau tidak perlu melihat kepada maslahat perkara itu.
Memberi respon kepada berita yang dilaporkan di Astro Awani, Ustazah Asma’Harun berkongsi pandangannya berkenaan pencerahan yang diberikan oleh Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Alhamdulillah, semoga dengan pencerahan ini, kita lebih berhati-hati berkata atau menulis berkaitan poligami, daripada dulu saya konsisten menyatakan bahawa ia adalah palsu, namun tetap pihak-pihak guna pakai, kadang dengan nada bergurau.
Bahkan selalu diingatkan kepada lelaki yang ingin berpoligami, jangan duk paksa dengan mengingatkan isteri tentang besarnya ganjaran itu ini, paksa terima atas nama taqdir dan jodoh, jika anda sebenarnya tidak mampu, tambah pula isteri tidak mahu.. isteri mungkin dapat pahala dan syurga atas sabarnya menahan derita, kalian pula tiada di syurga atas sebab berlaku zalim. Zalim ni pula memang kena bahas lagi, ramai yang rasa dia tak buat zalim sebab isteri tak bersuara, suami seolah boleh guna kuasanya atas sebab wajib ditaati.
Ingatlah menyakiti hati saudara muslim itu perbuatan dilarang, sakitkan hati kawan-kawan pun diberi dosa, ini hati isteri yang terlalu banyak berkorban. Data kelahiran anak lelaki di Malaysia masih ramai lagi lelaki berbanding perempuan, jika nak buat alasan sebab nak berikan peluang pada wanita.
Beginilah, memang ada poligami yang harmoni, biasanya suami ni memang seorang yang luar biasa juga usaha untuk berikan yang terbaik dan merawat hati isteri pertama secara berterusan, dan benar-benar ikut sunnah dan cara nabi, kenapa setelah kewafatan Saidatina Khadijah baru Nabi mula poligami, pada usia 53 tahun dan ke atas, semua tu dihalusi. Dengan siapa yang dinikahi, atas dasar apa dan lain-lain. Memang apa yang Nabi SAW lakukan ada hikmah besar, namun ia bukan pada nikah lebih satu sahaja, tapi pada cara pelaksanaan juga diikuti. Hadis berkaitan Nabi SAW tidak setuju Anakanda Fatimah R.A untuk dimadukan adalah benar .
Tidak berdosa isteri yang menolak keinginan suami, atas sebab tertentu..
“Ini termasuklah untuk mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu. Ini berdalilkan sebuah hadis daripada al-Miswar bin Makhramah RA bahawa Rasulullah ﷺ berkhutbah di atas minbar:
Maksudnya: “Sesungguhnya Bani Hisyam bin al-Mughirah meminta izin kepadaku agar aku menikahkan anak wanita mereka dengan Ali bin Abu Thalib, namun aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka, aku tidak mengizinkan kepada mereka! Kecuali jika Ali bin Abu Tolib menceraikan anakku lalu menikahi anak wanita mereka. Sesungguhnya anakku (Fatimah) adalah bahagian dariku, aku merasa senang dengan apa sagaja yang menyenangkannya dan aku merasa sakit atas semua yang menyakitinya.”
Riwayat al-Bukhari (5320) dan Muslim (2449)
Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani: “Dan sebab padanya (larangan ke atas Ali untuk berpoligami semasa pernikahan dengan Fatimah) seperti mana yang telah disebut dahulunya dalam (bab) manaqib (Fatimah) bahawa beliau telah ditimpa (ujian) kehilangan ibunya (Khadijah) kemudian saudari-saudari perempuannya, seorang demi seorang, sehingga tiada siapa yang tinggal untuk beliau mengadukan isu-isu kerahsiaan (rumah tangga) supaya melegakan perasaan akibat cemburu.”
Ibn Hajar juga membawa riwayat al-Zuhri yang menyebut sabda Rasulullah ﷺ:
Maksudnya: “Dan aku risau bahawa agamanya (yakni Fatimah) akan ditimpa ujian fitnah,” yakni Fatimah menjadi tidak sabar kerana cemburu lalu berlaku sesuatu yang tidak layak pada darjat beliau pada agama daripada beliau semasa marah.”
Kebanyakan pasangan muda daripada awal nikah, bermula kosong dengan kehidupan yang susah dan payah, lahirkan sorang sorang anak, diasuh didiik hingga dewasa, penat lelah tak boleh bayangkan, namun tiba saatnya dah mula dapat melepaskan penat sedikit demi sedikit, kehidupan juga dah stabil, anak dah membesar, menunggu masa untuk bermenantu dan bercucu, tiba datang ujian kasih dan perhatian perlu dikongsi, waktu dan perancangan semua perlu berbahagi, ia adalah satu ujian yang sangat berat .
Memang tidak menidakkan tentang isteri kedua juga ada hak, namun tetap tak boleh tuntut yang sama, suami yang kalian nikahi, lagi pula pada umur yang telah stabil, dia dijaga dirapi selama ini oleh sang isteri yang setia, sebab itu si suami dilihat menawan, didoakan dan diberikan sokongan tidak berbelah bagi, hingga si suami dilihat kecukupan. Kalian yang baru hadir, harus mengerti dengan sebenanrya, kenapa susahnya yang pertama ini untuk berlapang dada.
Kerana itu, bagi wanita yang tidak mampu hidup berpoligami, hingga memberikan tekanan emosi dan mental, boleh dilihat sakit pun dah bertambah, mungkin darah tinggi dan lain-lain. Maka bukan menjadi satu laknat Allah, jika wanita ini mohon dilepaskan.
Saya dulu, daripada pengalaman menguruskan pasangan poligami, isteri pertama yang ingin dilepaskan, bukan faktor utama kerana benci poligami, atau tidak redha, namun demi mencari ketenangan dan kedamaian hidup di saat hati dah tak kuat nak berperang dengan perasaan sendiri.
Allahu Akbar, memang kita akan jumpa ada isteri pertama yang sangat sabar dan tenang, yang selalu menutupi kedukaan dengan senyuman, begitu juga isteri kedua ketiga dan keempat yang begitu sabar dan redha dan keadaan dan himpitan yang perlu selalu mengalah itu dan ini.
Itulah, monogami juga tidak lepas daripada ujian demi ujian, apatahlagi poligami. Si suami jangan hanya menuntut redha daripada isteri dan anak-anak, kalian juga kena redha dengan ketidakmampuan isteri dan anak-anak untuk menerima apa yang berlaku dengan selapang dada. Sebelum meminta, berilah dulu, kerana bahagia yang dibina atas banyaknya luka orang yang banyak berkorban dalam hidup kamu.
Maaf salah silap dalam tulisan ini, isu sensitif yang sentiasa ulasannya tidak akan berakhir dengan baik untuk semua pihak.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.
Allahyarham Muhammad Yusuf Ali Amin, berusia enam tahun dan merupakan pelajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Aqliah, Temerloh, Pahang, menerima penghormatan terakhir daripada rakan-rakan sekelasnya yang turut hadir memberikan ucapan perpisahan.
Momen mengharukan ini mencuri perhatian ramai apabila kelihatan jasad si kecil dikelilingi oleh rakan-rakan sepermainan yang berdiri di sisinya buat kali terakhir. Video yang dimuat naik oleh guru mereka di laman TikTok menunjukkan murid-murid tersebut, yang mungkin belum mengerti sepenuhnya makna kehilangan, berdiri penuh sayu di sisi jenazah yang sedang diuruskan di masjid.
Ahli Parlimen Temerloh, Cikgu Salamiah Mohd Noor, memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman di paru-paru.
“Salam takziah buat keluarga Muhammad Yusuf Al-Amin Bin Mohd Zaki Al-Jihadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman dan soleh. Moga keluarga diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah,” katanya dalam satu hantaran.
Sementara itu, pihak pengurusan PASTI Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah dan menjelaskan bahawa arwah telah menunjukkan tanda-tanda masalah pernafasan sebulan yang lalu.
“Seluruh Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian adik Muhammad Yusuf Al-Amin dari PASTI Aqliah, Temerloh, yang telah kembali ke rahmatullah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
“Arwah mula menunjukkan simptom gangguan pernafasan sekitar sebulan lalu dan telah menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh selama hampir sebulan sebelum dipindahkan ke PPUM pada hari ketiga Syawal bagi rawatan susulan.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati arwah mengalami jangkitan kuman di paru-paru,” menurut kenyataan tersebut.
Video yang telah meraih lebih 1.4 juta tontonan itu menyentuh hati ramai warganet. Kebanyakan mereka meluahkan rasa sebak melihat keakraban rakan-rakan kecil arwah yang setia bersama sehingga ke detik akhir perpisahan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.