Melihat kebahagiaan pasangan suami isteri dalam rumah tangga orang lain pastinya buat kita rasa tumpang bahagia. Bagi yang tak kahwin, hati membuak-buak rasa nak kahwin. Yang sudah berkahwin pula rasa nak bertanya, apakah tip bahagia yang dimiliki mereka. Hebat.
Tapi hati kita tak sama. Jika kita melihat ketenangan dan kebahagian orang lain adalah kebahagiaan dalam diri kita tetapi ada hati-hati lain yang tidak suka, benci malah sakit hati melihat rumah tangga orang lain bahagia.
Inilah yang dikongsikan oleh pendidik ini, Cikgu Mohd Fadli Salleh yang berkongsi dua cerita rumah tangga, insan paling dekat dengannya. Jangan kita pernah sangka bahawa perkara ini takkan pernah berlaku dalam kehidupan kita. Berhati-hatilah.
Gambar hiasan.
Aku tak faham dengan manusia yang cukup dengkikan hidup orang lain ni. Kenapa nak dengki? Apa yang mereka dapat bila dengki?
Puaskah porak perandakan hidup orang lain. Bahagiakah melihat hidup orang lain musnah angkara fitnah kita? Seolahnya tak pernah fikir tentang dosa dan pahala. Seolahnya tiada syurga dan neraka. Seolahnya begitu bagi mereka.
Tinggi mana taraf kedengkian dan fitnah manusia kau pernah lihat? Atau pernah rasa, mungkin? Malam ini aku nak berkongsi dua kisah fitnah paling dahsyat pernah aku tahu yang melanda kawan-kawan aku.
Kisah pertama, seorang kawan baik aku. Dia baru sahaja kahwin masa tu. Masih belum dapat mencari rumah untuk tinggal bersama. Maka isterinya masih tinggal di rumah bujang bersama kawan-kawan, dan dia pun sama juga. Tinggal serumah dengan kawan-kawan bujang.
Rupanya, ada seorang di antara kawan-kawan dia ini dengki sangat melihat kawan tu dah kahwin. Entah kenapa dia dengki dan dendam sangat, aku pun tak tahu.
Sebelum itu hubungan mereka elok sahaja, sebaik kawan tu kahwin baru nampak jelas kedengkiannya.
Nak kata gay, mustahil. Kawan aku tu confirm straight.
Kau tahu apa si pendengki ni buat?
Ads
Masa kawan aku tidur, dia pergi curi telefon Nokia Butterfly kawan aku tu. Masa tu Nokia Butterfly ni tengah top la kiranya.
Senyap-senyap dia hantar mesej kat bini kawan tu. Kau tahu apa dia tulis?
“Abang ceraikan awak dengan talak tiga.”
Tak ke gila dengki sampai tahap tu. Bini kawan ni baca mesej terus menangis macam nak gila. Mana tak nya, baru sahaja kahwin beberapa bulan dah kena cerai talak tiga.
Dipendekkan cerita, terbongkarlah perbuatan pendengki ini. Sujud kat kaki terus si pendengki bila kawan aku nak belasah. Hanya kerana dengki, hampir hancur rumah tangga orang.
Gambar hiasan.
Ads
Aduh, baru satu cerita dah panjang berjela. Dem! Ah, lantakkan. Aku janji nak tulis dua cerita. Yang rajin baca, teruskan ya!
Minggu lepas, aku tulis pasal fitnah ini. Seorang sahabat lama terus pm aku dan bercerita. Ini kisah dia :
“Assalamualaikum shbt…
Ambe nak respon pasal post fitnah terhadap rumahtangga.
Hujung tahun lepas, ambe telah difitnah oleh seorang guru yang satu sekolah dengan isteri ambe. Fitnah yang dibuat berbunyi begini..” aku sebenarnya lama dah nak bagitahu kamu, tapi aku kesian sebab kamu dalam pantang. Aku jumpa suami kamu check in hotel dengan seorang perempuan dan mesti mereka berzina di sana.”
Si isteri tanpa usul periksa terus membawa anak-anak melarikan diri. Ambe ketika itu sedang mengikuti majlis ilmu di masjid. Apabila pulang daripada masjid, ambe dapati tiada orang dirumah. Ambe cuba tel isteri tapi xdapat. Ambe ingatkan isteri bawa anak2 pergi jalan2 shopping mall. Bila malam tiba, isteri dan anak2 masih xbalik. selepas solat maghrib,ambe terus pergi ke rumah mertua. Rupa2 nya anak dan isteri berada di sana. Isteri tidak lagi mahu berjumpa dan bercakap sepatah. Dipendekkan cerita, seminggu selepas itu, ada peguam menelefon ambe utk proceed perceraian. Ambe hadir ke mahkamah dengan harapan Allah selamatkan rumahtangga hamba. Sebelum ke mahkamah, ambe ada telefon kenalan jemaah yg juga bekas timbalan mufti, mohon didoakan dan solat hajat untuk rumahtangga ambe.
Ads
Alhamdulillah…Allah tunjukkan jalan keluar. Satu laporan polis telah ambe buat kerana melalui history call (bill hp) yg sampai kerumah tepat pada masanya mengandungi no telefon yang diragui dengan durasi masa sejam lebih. Melalui siasatan polis, pemilik kepada no berkenaan telah “memfitnah” ambe.
Pemilik no misteri itu telah dipanggil polis. Rupa-rupanya dialah dalang yang menyebarkan fitnah. Dia memohon maaf dan merayu supaya tidak membawa kes ke mahkamah. Dengan izin Allah, isteri pulang kerumah tanpa diduga dan memohon maaf kerana mempercayai fitnah yg di lemparkan kepada ambe. Syukur Alhamdulillah…sampai ke hari ni, ambe masih x proceed kes ke mahkamah.
Betapa dahsyatnya fitnah dan betapa Allah tu berkuasa membersihkan fitnah daripada ambe.????..Allah jualah sebaik2 penyelamat.”
Kau baca dan hadamlah sendiri. Betapa busuknya hati sang pendengki, dan betapa besarnya kerosakan akibat fitnah ini.
Kepada mereka yang suka menabur fitnah, insaflah segera. Hidup ini tidak lama. Semua apa yang kita reka dan fitnah itu akan dinilai seadil-adilnya.
Menjadi pendengki itu seronoknya hanya sementara. Seronok sekejap bila lihat orang yang kita dengki jatuh. Itu sahaja.
Sebaik mereka bangkit, mereka akan bangkit dengan lebih gagah dan semangat lagi. Dan kau, terus begitu membawa hati yang busuk penuh kedengkian.
Satu masa, pasti Tuhan membalas segalanya.
Semoga kita semua dijauhi dengan mereka yang bersikap iri, dengki dan suka memfitnah ini. Amin.
#MFS
– Dua kisah di suatu malam –
Kredit: Mohd Fadli Salleh.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melalui perkongsian daripada Putra Bugis Temasik, menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk memasak sambal agar rasanya enak.
Boleh ikut tip mudah ini, memandangkan ia mudah dilakukan. Jom semak.
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yang lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
1. Sambal bilis
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya.Sambal bilis juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
Apabila dah masak baru masuk air asam gula garam dan ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit
2. Sambal sotong
Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal udang
Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing.
Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yang perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
4. Sambal telur
Masukkan sikit bilis sebagai perencah.
Sumber : Siti Wan Mahani via Resepi Pilihan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Disebalik karakter ceria dan wajah yang tidak lekang dengan senyuman, namun siapa sangka apa yang terbuku di hati pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan ini.
Celoteh Naz atau nama sebenarnya Nazruddin Habibur Rahman tidak jemu ditonton malah ada saja gelagatnya membuatkan yang menonton tak kering gusi ketawa.
Namun, disebaliknya dia sebenarnya pernah diuji menderita tumor dalam perut. hal tersebut pernah dikongsikannya pada tahun 2014. Walaupun menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini selamat membuang ketumbuhan tersebut tetapi dia masih perlu melakukan pemeriksaan setiap tahun.
Anak lahir, tahu diri ada ketumbuhan
Satu perkongsian yang penuh emosi, ulas Naz yang kini memasuki usia 40 tahun ketika ditemu ramah media hiburan, mengimbas kembali detik ketika dia mendapat tahu mengenai penyakitnya dan pada masa yang sama anaknya baru sahaja dilahirkan.
Menurut Naz, ketika itu jiwanya bagaikan tersentak dan membuatkan dirinya sedar bahawa ketika itu bila-bila masa sahaja hayatnya mampu ditarik Allah.
Baginya ketika itu dia hanya mampu bergantung harap pada Allah untuk mengizinkan terus hidup lebih masa lagi, untuk menjaga keluarganya.
Tambah Naz, pengalaman diuji dengan sakit benar-benar memberi hikmah dalam hidupnya akan begitu berharganya masa yang dikurniakan buat kita.
“Bila kita sedar saat Allah nak cabut nyawa, masa itu seribu penyesalan pun dah tiada guna, sekarang saya faham kenapa kesakitan itu satu hikmah.”
“Jadi jangan sia-siakan peluang dalam hidup. Allah nak Panjang atau pendekkan kita tak tahu. Buat yang terbaik, bila bangun pagi hidup kita hanya untuk Allah Swt.
Enggan keluarga dibebani hutang
Sambil ditemani linangan air mata, pengacara itu tidak mahu keluarganya menanggung hutang atau beban selepas pemergiannya, Naz sedaya upaya mahu memberikan yang terbaik buat mereka.
“Saya berjanji dengan mereka, sekiranya saya pergi, saya tidak akan tinggalkan mereka dengan hutang…”
Mahu berubah & tingkatkan amalan
Ujar Naz, dia sendiri mengakui bahawa dirinya masih belum bersedia untuk mengadap Ilahi, tetapi hari demi hari pengacara tersebut bertekad mahu berubah dan mempertingkatkan amalan dengan lebih baik lagi.
“Setiap malam saya dan keluarga berdoa supaya kita tak lupa kita akan mati suatu hari dan kita tak boleh bawa semua ini. Jangan kita mati dengan sesat.
Jangan ditangguh, itulah pesan Naz agar pada sesiapa pernah terlintas mahu berubah perlulah melakukannya sekarang kerana sesungguhnya kita tidak tahu akan bila ajal menjemput.
Bantal tidur ni jika lama tak tak basuh atau sudah lama digunakan memang akan berbau, berwarna kuning dan ada juga penuh ‘peta’!. Macam-macam kotoran di bantal.
Bantal bila bersarung memang nampak elok tapi bika buka. memang buat malu! Nak buang sayang lagi. Nak beli tak ada bajet. Jika ada tetamu datang memang malu dibuatnya jika bantal berbau macam ni.
Ikuti perkongsian di akauan Tiktok Nismira yang menggunakan 3 bahan aje cara membersihkan bantal. Terus nampak bertukar bersih dan putih! Bau pun hilang dan wangi bak bantal baru di beli di kedai.
Jom ikuti perkongsiannya.
CARA BERSIHKAN BANTAL KOTOL DAN BERBAU
1.Sediakan baking soda, borax, sabun pencuci dan air.
2.Masukkan bantal dalam bekas/ besen muat untuk rendam bantal.
3.Isi air dan masukkan baking soda, borax serta sabun pencuci.
4.Kocak-kocakkan supaya bahan pencuci rata.
5. Biarkan dalam bekas dan balik- balikkan. Hasilnya boleh dilihat dalam beberapa minit saja. Kotoran akan tanggal dan air pun bertukar warna.
Bila nampak bantal dah bersih, boleh buang air kotor tadi dan bilas. Kemudian boleh dijemur hingga kering. Hasilnya memang puas hati.
Setiap 3 bahan yang digunakan itu ada fungsinya, baking soda untuk naikkan warna putih, manakala borax untuk hilangkan bau busuk sementara pencuci untuk bersihkan kotoran.
Bolehlah tidur dengan selesa malam-malam tanpa bau yang tidak menyenangkan. Semoga bermanfaat.