Pernah tak hadapi situasi bila dah parking betul-betul di tempat yang disediakan, boleh pula ada orang ‘block’ di belakang. Kalau ada orang boleh tolong alihkan ok lagi, ni bukan takat orang tetapi bayang no telefon pun tidak kelihatan untuk dihubungi nak minta alihkan kereta!
Isu ‘double park’ ni sememangnya satu isu yang nampak ringan tetapi sebenarnya menyusahkan orang terutamanya apabila orang yang di block itu ada kecemasan. Atau jika tidak, akan membazirkan masa seseorang untuk menunggu tuan kereta ubah keretanya seperti yang terjadi pada seorang gadis ini yang hampir 2 jam terkandas di dalam kereta kerana di block.
Berkongsi video di laman Tiktok miliknya, gadis yang bernama Tun Laila ini akhirnya breakdown dan menangis sendirian di seat hadapan disebabkan orang yang menghalang belakang keretanya tidak muncul-muncul dan tidak meletakkan nombor untuk dihubungi.
Jadi, dia yang merupakan chambering student (peguam pelatih) tiada pilihan lain selain terpaksa menunggu lama. Kalau mahu ditolak atau dialihkan sekalipun, kenderaan tersebut dikatakan berada dalam keadaan handbreak ditarik.
Akhirnya selepas menunggu sehingga maghrib, pemilik Kelisa biru (seorang peguam) muncul dan berkali-kali memohon maaf kepada Cik Laila selain cuba menenangkan keadaan. Rupa-rupanya dia sudah tinggalkan nombor telefon di atas dashboard, namun lupa untuk diterbalikkan. Tiada pertelingkahan serius terjadi, sebaliknya kedua-duanya berdamai dengan penyerahan nombor telefon bagi urusan kerja di masa hadapan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata faham perasaan yang dilalui oleh gadis ini iaitu perlu menunggu orang ketika badan sudah penat bekerja. Belum pula perlu memandu jauh pulang ke rumah. Malah, ada juga yang sempat mengusik dengan jodohkan Laila dengan individu tersebut.
Sekarang ni nak pagar cantik untuk kediaman tak perlu berhabis ribu-ribu, boleh aje buat sendiri.
Cara DIY memang jimat banyak. Apa yang menarik mengenai cara untuk cantikkan pagar menjadi versi modern, hanya menggunakan shera plank pun dah cukup berbaloi.
Sebagaimana yang dilakukan oleh saudara Marzuki Mahadi yang memasang sendiri shera plank di pagar kediaman rumah barunya.
Mendapat inspirasi dari geng TAHIkrians untuk lebih privasi bila berada di laman rumah dengan cara jimat tapi masih cantik dipandang kenalah dengan harganya. Privasi lebih penting dari cantik, kalau nak cantik terletak elok dan ada bajet sudah tentu saya ikat bata je kan?
Jadi saya pasang shera plank – fibre cement board di pagar besi sedia ada. Shera Plank (Teak) Size: 8mm tebal x 150mm lebar x 3000mm panjang Rm17 sekeping 1 pek 5 keping Info terperinci di kapsyen pada gambar
Pandangan pagar dari luar hadapan rumah
Pandangan luar sisi.
Pandangan dari dalam pagar
Sebelum: Pagar besi
Selepas: Ditutup dengan shera plank – fibre cement board di pagar besi sedia ada
Proses pemasangan, dipotong menggunakan grinder mata potong simen.
Shera Plank jenis teak
Size: 8mm height x 150mm depth x 3000mm width
Rm17/sekeping
1 paket 5 keping
Produk Thailand, weather resistant. Jangan dikarate diterajang in sha Allah bertahan lama lah dia.
Proses undercoat primer menggunakan Primer Jotun sebanyak 2 lapis, cat sorang2 dua hari setengah sebab level cap ayam … dia punya penat sakit pinggang lenguh2 satu badan sampai terkangkang2 jalan sbb kedudukan membongkok dan mencangkung masa mengecat.
Top coat juga 2 lapis menggunakan cat Nippon Fibercote kod 101 Meranti. Lain mcm lepas cat dia punya lawa. Berus roller yg berbulu kasar jgn halus mcm kapas sbb yg belah bunga kayu tu ssh nak berus kalau berus halus mcm kapas.
Utk lebih cantik, jemur lah bagi kering betul2 cat tu.
Cat: Rm145 5L
Jenis skru digunakan.
Jumlah kos
Apa Itu Shera Plank?
Shera plank atau juga dikenali sebagai shera plank cement fiber board merupakan hiasan seperti kepingan kayu yang boleh dilekatkan pada dinding luar rumah. Ia diperbuat daripada bahan campuran simen dan fiber yang mempunyai ketahanan yang lebih kuat berbanding kayu untuk digunakan pada bahagian luar rumah. Boleh boleh didapati dalam pelbagai corak yang akan menjadikan rumah kelihatan lebih menarik.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Status OKU bukan penghalang untuk wanita ini mengejar kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Perkongsian wanita bernama Zeeda Aziz cukup berinspirasi dan wajar dicontohi.
Dia tak punya masa untuk meratap selepas kakinya terpaksa dibuang, kecacatan fizikal itu membuatkan dirinya lebih kuat dan mencabar diri untuk mengorak langkah.
Sebelum saya menjalani amputasi (membuang kaki kiri), boleh dikatakan semua orang yg sayangkan saya menangis.
Menangis membayangkan kecacatan saya nanti menyusahkan. Agaknya mereka fikir..habis lah saya lepas ni. Tak ada kerja, suami lari, kawan hilang, rumah tak terurus dsb. Saya pula pada waktu tu, entah..saya tak rasa sedih pun. Nangis pun tidak. Perasaan tu lebih kepada..”Tak sabar nak cabar diri sendiri. Boleh tak satu kaki ni buat apa yg dua kaki buat!”
Takpa lah kalau kawan takda. It’s fine kalau suami decide utk angkat kaki (Thank God we are still happily married 😅). Saya faham jika takda majikan nak menggajikan saya. Pandai²lah saya nak survive nanti.
HENDAK SERIBU DAYA.
Permulaan saya di Shopee agak sendu. Sales bulan pertama cuma 1 order sahaja. Nilai jualan, RM30. Sales bulan ke-2, dapat 7 order. Ada peningkatan. Tapi nilai jualan cuma RM254.55.
Dua bulan pertama di Shopee, hidup segan mati tak mahu. Masuk bulan ke-3, naik sikit bilangan order. 8 orang beli. Tapi nilai jualan lebih kurang je. Malah lagi kurang dari bulan sebelumnya
Aduhai..sayu hati tengok apa yg terjual. Tak boleh jadi ni. Jadi, saya ambil masa sebulan untuk mendalami ilmu asas berniaga di Shopee. Kelas percuma di Shopee Uni hampir semua saya hadir. Bermula dari situlah terdapat peningkatan 497% sales berbanding sebelumnya. Ye..Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Peratus. Tak salah tulis.
Kemudian saya belajar lagi. Fahamkan lagi apa yg boleh saya perbaiki. Saya kena tanamkan dalam minda, saya cuma OKU fizikal, tapi otak masih boleh guna lagi 😅. Jadi akal yg masih berfungsi ni, guna secukup²nya.
Alhamdulillah, sekarang saya dah mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantu urusan membungkus barang dan penghantaran ke courier. Sales kini 4 angka setiap hari, Alhamdulillah. (LHDN..hangpa sabaq sat na, cheq nega tak sampai setahun lagi ni 😅).
CABAR DIRI SENDIRI Bayangkan dalam kesulitan saya melangkah dgn topang di ketiak, kesana kemari saya mencari barang untuk dijual. Waktu hujan kan lantai licin, langkah perlahan². Jangan sampai tergelincir jatuh. Nanti bertambah kecacatan pulak 😅. Barang berat angkatlah masuk ke kereta. Pandai² lah imbang badan supaya tak salah bearing.
Setiap hari masa mula² nak gerakkan Shopee, berikut adalah jadual harian saya: – Pagi mencari stok. – Tengahari membungkus. – Petang buat product photoshoot. – Malam buat editing/marketing. – Tengah malam membungkus lagi. Effort 300%. (tak termasuk effort menjaga 4 orang anak yg masih kecil dan bersekolah).
Sekarang saya masih lagi berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini. Supaya bisnes kecil saya ni mampu memberikan saya modal utk dapat rehat yg baik bila dah tua nanti.
Penutup: Usahlah marah dengan takdir. Takdir tertulis di Lauh Mahfudz. Saya tak marah bila Allah uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Itu takdir saya.
Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah beri kekuatan berganda dari setiap ujian yg datang kepada saya. Kaki ku hanya tinggal satu Ya Allah, tapi berilah kelajuan nya bergerak 4 kali ganda dari masa ada dua kaki. 🤲 Ameen…
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Melihat wajah-wajah anak syurga yang menderita penyakit kronik membuatkan kita yang sihat ini pasti rasa syukur kan.
Ada antara mereka yang sudah diberi ujian berat seawal usia 2 tahun, namun semangat yang kuat membuatkan mereka tabah biarpun terpaksa menahan kesakitan yang menyerang.
Perkongsian Rye Yassin mengenai beberapa kanak-kanak yang menghidap kanser dan buah pinggang yang ingin tampil dalam kostum pilihan mereka sendiri.
Menurut Rye, mereka memilih 10 orang anak-anak syurga dan tanya apa impian atau cita-cita mereka. Kemudian, pasukan ini kan mencari kostum yang diingini kanak-kanak itu.
Majlis Penyerahan Gambar Anak2 Syurga Wad 8c, HSI, JB 12/8/18
********************
Sebelum saya teruskan dan sebelum saya dapat ws atau mesej2 yg tak sepatutnya saya dapat, suka saya beritau di sini- saya telah minta izin dari wakil ibu/bapa anak2 ini utk sama2 kongsi gambar (tanpa perlu blurkan) / kisah mereka dengan kawan2 semua
*************************
Alhamdulillah setelah menunggu dari bulan Mei, akhirnya kami dapat serahkan gambar anak2 syurga seramai 10 orang.
Masa yg agak lama ini diperlukan kerana kerja2 editing yg sangat teliti dan cantekkk yg di lakukan oleh team tuan Mat Ismail.Semua nya dia buat percuma.
Legaa akhirnya dapat kongsi gambar2 yg telah lama saya dapat tapi tidak dibenarkan share dulu.
Terima kasih kepada Prof saya AmalTeam Johor yg menemukan kami dgn team tuan mat. Kalau tak tak jadik idea ni.
Rafidah Abdullah… eda, tq sentiasa bantu akak , memudahkan kerja akak menjadi jambatan antara kami dan mereka. Tengok eda, ramai yg doakan anak2 syurga kita.. semoga ada antara doa2 ini diangkat dan dimakbulkan.. aaamiiinn.. inshaaAllah
Untuk makluman semua anak2 syurga ini terdiri dari mereka yg mengidap kanser dan sakit buah pinggang.
Semoga anak2 ini makin kuat dan sentiasa ceria.
Saya telah masukkan sedikit latarbelakang dan cerita anak2 syurga ini di gambar masing2. Untuk makluman semua, pemilihan kostum adalah berdasarkan permintaan anak2 ini sendiri dan cuba pihak kami adakan.
Suci – 7tahun, menghidap kanser embroyonal rhadomayosarcoma ( kanser otot ) stage 3 sejak berusia 3 tahun. Suci telahpun habis semua rawatan dan sekarang beliau sedang berada di wad 8c HSI
Pada tahun 2013,Suci dimasukkan ke hospital selama seminggu. Selepas seminggu, ibunya perasan mata sebelah kanan Suci juling tiba2 padahal mata dia normal mcm kanak2 lain. Suci dirujuk ke pakar mata dab CT scan dilakukan. Sementara menunggu keputusan ct scan dalamasa 2 minggu lebih, hidung sebelah kanan pulak mengeluarkn darah yg berketul2. Kes ini turut dirujuk pula ke pakar bahagian hidung dan mereka mengesyorkan untuk diambil sampel ketulan darah yang keluar melalui hidung untuk dihantar ke makmal.
Hasil ct scan mendapati ada satu ketumbuhan di kawasan belakang mata, di hidung dan telah sampai jugak ke bahagian atas otal sedikit. Suci terus dirujuk ke doktor bahagian kanser kanak2 HSI
Suci telah menjalani kimoterapi sebanyak 9 putaran , 3 minggu sekali. Setelah habis saja 9 putaran kimoterapi, beliau hanya perlu datang untuk pemeriksaan sebulan sekali, 3 bulan sekali U tuk CT scan dan alhamdulilah, sepanjang tempoh 2 tahun itu, saiz ketumbuhannya tak pernah membesar.
Pada bulan Februari 2018, Suci diduga lagi. Ibunya terperasan satu perubahan pada pipi sebelah kanannya agak tembam. CT scan dibuat dan sementara menunggu keputusannya, Suci mengadu pipinya sakit. Suci ditahan di wad dengan hanya ubat tahan sakit sementara menunggu keputusan CT scan.
Setelah keputusan keluar, doktor pakar kanser menjelaskan pipi yang tembam tu sebenarnya adalah kanser yg lama dulu di kawasan mata dan hidung, sudah beralih ke bahagian pipi pula. Doktor mencadangkan kimoterapi lagi sekali tapi kali ini hanya 6 putaran dan akan ditambah dengan rawatan radioterapi sebanyak 30kali.
Doktor juga memberitahu bahawa ini adalah rawatan terakhir kerana sakit kanser hanya boleh di kimoterapi sebanyak dua kali saja. Seandainya masih ada sisa selepas kimoterapi dan radioterapi, mereka sudah tidak dapat membantu apa2 lagi. Sudah tiada ubat dan rawatan. Mereka hanya boleh membekalkn ubat tahan sakit, darah atau oksigen jika perlu..
Suci tidak boleh dibedah lagi kerana kansernya berada di kawasan yg sukar untuk dibuang iaitu di kawasan mata dan hidung.
Kini, setelah tamat 6 putaran kimo dn 30 kali radioterapi, ternyata sel kansernya tidak dapat dimatikan semuanya, masih tersisa. Tiada lagi rawatan utk Suci.
Pada saat ini, Suci sedang melawan sakitnya, doakan untuk Suci terus kuat dan Allah maha mengetahui.. aaamiinnnn yra
Mifzal- anak yang berusia 8 tahun, mengidap leukemia Pre B All. Berasal dari Pasir Gudang.
Bermula apa ila beliau berusia dalam lingkungan 3 tahun, beliau seribg membuang air besar tanpa disedari maksudnya najis itu akan keluar dengan sendirinya tanpa disedari dan akan mengalami sembelit yang teruk dengan bau najis yang sangat busuk.
Ibubapa mifzal kemudiannya berbincang dan bersetuju untuk membawanya ke klinik kesihatan pasir gudang, tetapi doktor berkata itu hanyalah sembelit biasa. Hal ini ini berlanjutan sehinggalah dia berumur 5 tahun. Ibubapanya juga pernah membawa nya ke HSI dan jawapannya tetap sama.
Satu hari, semasa Mifzal berusia 6 tahun dan di dalam pra- sekolah, gurunya menelefon ibunya Setelah umur Mifzal 6 tahun Mifzal demam dan bemula dari episod itu, dia kerap demam yang berlarutan,sakit sendi seperti tulang belakang,lutut,sakit leher dan sakit tapak kaki juga pernah keluar darah dari hidung.
Sekali lagi mereka mambawanya ke klinik kesihatan pasir gudang tapi hanyalah mendapat ubat panadol/sirap. Keadaan masih sama dan berlarutan seminggu.
Minggu berikutnya, mereka membawa Mifzal ke poliklinik HSA pula dan sampel darah Mifzal diambil. Sejuria selepaa itu, doktor bergegas menyuruh ambulan menambil Mifzal untuk dimasukkan ke wad pada hari yang sama. Pada sebelah malamnya, doktor datang mengajukan pelbagai soalan – samada ada ahli keluarga yang ada talesmia.
Doktor kemudiannya memberitahu Mifzal ada kanser darah dan meminta izin untuk menjalani ujian air tulang sum sum kerana dengan ujian ini doktor akan dapat pastikan apakah jenis leukemia tersebut.
Ibubapanya bersetuju dan sampel di hantar ke HKL. Dan dari situ Mifzal disahkan mengidap setelah leukemia Pre B All. Setelah itu mengikuti setiap jadual yang doktor berikan termasuklah rawatan kimoterapi, maintanance dan lain-lain lagi di HSI.
Sekarang perubatan Mifzal hanya sebulan sekali dan doktor ada bekalkan ubat kimo untuk beliau minum di rumah pastikan darah dia ok atau x..dan doktor ada bekalkan ubat kimo untuk dia minum di rumah.
Alhamdulillah Migzal senang minum ubat, darahnya elok dan sudah lama tak perlu ‘topup’ darah. Perubatan Mifzal akan berakhir pada bulan Februari 2019 dan ibubapanya amat berharap semoga Mifzal akan terus kuat dan melawan sakitnya dan kembali sihat seperti anak-anak yang lain aamin ya Allah.
Aleeya-berusia 5 tahun, dapat tahu sakitnya kanser darah Pre B All . Ibunya menyatakan betapa luluhnya jiwa raga – mau menangis/ menjerit sekuat hati, tetapi beliau harus kuat untuk anaknya kerana padanya ibulah pendinding kekuatan anak.
Aleeya mula kimoterapi pada 12/5/2015 dan habis pada 25/1/2016. Setelah itu, Aleeya hanya menjalani rawatan maintenance selama dua tahun. Aleeya telahpun membuat bma dengan mengambil air tulang belakang dan keputusannya Alhamdulillah .. marilah kita sama2 doakan agar Aleeya terus sihat
Anniq – 9 tahun, disahkan menghidap kanser Left Wilm’s Tumour stage IV(kanser buah pinggang)sejak berusia 3 tahun. Buah pinggang sebelah kiri telah dibuang kerana kanser berada didalam buah pinggang sebelah kiri.
Anniq menjalani pembedahan di HSA, di ICU selama 4 hari, usis besarnya dikeluarkan dan menggunakan stima bag selama beberapa bulan. Namun keadaan Anniq kembali kritikal. Akhirnya atas nasihat doktor pakar dari KL, mereka mengambil keputusan menutup kembali usus besar yg dikeluarkan. Anniq menjalani proses tambahan darah dan platlet, berat badannya turun mendadak.
Anniq menjalani kimoterapi, radioterapi dan fisiotrapi. Alhamdulillah, dengan semangat yg ada dalam diri beliau, Anniq semakin sihat walau ada sesekali dalam sebulan beliau demam. Anniq masih menjalani rawatan di HSI. Doakan Anniq akan bertambah sihat spt kanak2 yang lain. Aaaminnn…
Danish- berusia 9 tahun, telah menerima rawatan sejak berumur 7 tahun. Antara tanda awal yang dikesan adalah- kelenjar di leher dan dalam badan membengkak dan membesar. Doktor telah mengesahkan meghidap Danish menghidap T-cell non hodgkin lymphoma.
Untuk kepastian, doktor telah melakukan first bone marrow iaitu mengambil air tulang sum2 dan beliau terus menjalani rawatan kimoterapi bermula dari protocol l protocol m dan protocol ll. Sepanjang protocol, Danish telah menjalani 7 kali it iaitu mengambil air tulang belakang .Setelah habis kesemua sekali protocol Danish menjalani pula radioterapi di kawasan kepala.
Setelah habis rawatan radioterapi, Danish masih menjalani kimoterapi dan rawatan maintenance sebulan sekali. Semoga Danish kuat dan kembali sihat… aaamiiinnn
Ayep- berusia 6 tahun, menghidap kanser darah (lukemia) sejak 2 April 2017. Ayep sudah selesai kesemua rawatan kimoterapi dan menjalani rawatan maintenance dan juga rawatan dengan dr neuro (pakar saraf) disebabkan terkena sawan pada November 2017 – ingatan dan kelakuannya sudah tidak seperti dahulu.
Ayep masih membuat rawatan di HSI 3 minggu sekali dengan team neuro dan 1 bulan sekali dengan bajagian kanser. Mari kita sama2 doakan adik Ayep diberi kesembuhan dan terus kuat. Aaamiiinnn yra…..
Sofea – 5 tahun, mengidap kanser darah sejak April 2016 semasa beliau berusia 3 tahun hingga sekarang dan menjalani rawatan maintenance dan akan buat ujian sum- sum tulang belakang.
Sebelum diketahui sakitnya, Sofea kerap demam, nampak pucat, tidak bole jalan dan kadang- kadang hidungnya berdarah. Ada satu hari sofea bermain dengan adiknya, tiba-tiba terjatuh dan terus tidak boleh jalan. Setelah 2 minggu tidak boleh jalan, ibu membawa sofea dapatkan rawatan di klinik dan doktor refer ke HSA.
Setelah berjumpa dengan doktor di HSA, barulah dapat tahu yang Sofea menghidap kanser darah setelah melakukan ujian bone marrow. Setelah seminggu di HSA, Sofea ditukarkan ke wad 8c HSI untuk rawatan kimoterapi dan bole berjalan semula setelah 2 minggu rawatan.
Sofea menjalani kimoterapi selama 7 bulan dan rawatan maintenance smpai sekarang. Alhamdulillah setelah mendapat rawatan kimoterapi sofea semakin hari semakin sihat. Aaaminnn yra…
Qaisara Umairah- 7 tahun, menghidap leakumia Pre Ball sejak berusia 5 tahun
Pada mulanya beliau kerap demam selama sebulan, tangan dan kaki tidak boleh diangkat, kaki tidak boleh berjalan, muka pucat lesu, berat badan berkurangan dan terasa sakit sangat dbahagian kaki dan tangan. Beliau sudah pergi ke klinik swasta dan kerajaan tetapi sakitnya tidak dapat dikesan.
Setelah membuat ujian air tulang belakang, beliau disahkan menghidap leukemia Pre Ball dan dirukuk ke HSI untuk berjumpa dgn pakar kanser kanak2
Beliau masih ada rawatan sebulan sekali dan bulan Ogos ini ada ujian bma utk mengesahkan sel kanser ada atau sebaliknya….doakan yg baik2 dan semoga terus sihat dan pulih sepenuhnya seperti kanak2 lain…amin..
Airien- berusia 10 tahun, dapat tahu ada kanser seawal usia 2 tahun. Nama penyakit yang dihidapi Airien ialah SUPRAPUBLIC RHABDOMYOSAKOMA (alveolar type) bahagian kemaluan tahap 3. Airien telah menjalani rawatan kimoterapi sejak 4/1/2011. Sehingga kini sebanyak 7 kali keseluruhannya.
Alhamdulillah Allah memberi keajaiban kepada Airien..dia sihat seperti kanak2 yg lain..tetapi masih menerima rawatan susulan sehingga dia datang bulan selama setahun sekali. Semoga Airien kekal sihat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mentua Mira Filzah, Datuk Mastura Yazid berkongsi pandangan mengenai peranan sebenar seorang nenek serta menegaskan hak seorang ibu dalam membesarkan anak perlu dihormati.