
Asyik beli kunyit dan daun kunyit di pasar, apa kata tanam sendiri je. Lebih hebat bila hasil tanaman secepat tumbuh dengan subur.
Menerusi facebook seorang lelaki telah berkongsi cara menanam kunyit dan dalam masa dua minggu dah dapat hasilnya!
____________________________________________
2 minggu lebih tumbuh dah daun kunyit ni. Boleh la masak rendang untuk Iftar nanti. Fuh jimat duit. Mahal tau orang jual daun kunyit ni!
Ok, step nak tanam kunyit, kena sediakan kunyit hidup. Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi.
Selamat mencuba!
Sumber: Shariful Fadzli
Hanya Guna 3 Bahan ni Jer, Periuk Kaca Hitam Legam & Hampir Rentung Kembali Bersih Tanpa Calar. Mudahnya Petua Ni!

Gara-gara terlupa padamkan api ketika memanaskan makanan, menyebabkan periuk kaca milik wanita ini hampir rentung. Ajaibnya dengan petua yang mudah ini, dia berjaya mengembalikan kualit kepada keadaan asal yang bersih tanpa calar.
Rupa-rupanya, menurut Lia Johari menerusi Kelab Kaki Deko berkongsi petua mudah ini.
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah!
Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain.
Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas.
Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.
Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.
Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu
Periuk visions yg dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.?
Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.
Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.☺
Rupanya Ini Petua Paling Mudah Nak Tempe Jadi Garing Di Luar Dan Lembut Di Dalam.

Tempe merupakan makanan yang diproses daripada kacang soya. Rasanya rangup dimakan dan sedap juga digoreng dan dibuat sambal goreng tempe!
Kalau ikut cara orang Johor, tempe dicicah dengan sambal kicap. Memang padu katanya. Nak tahu caranya jom lihat tips di bawah ini yang merupakan perkongsian oleh Norizam Salina.
Petua Tempe Garing
Siapa peminat tempe. Tips Goreng Tempe Dalam Lembut. Kalau tempe nak sedap. Goreng taknak keras…
Cara penyediann:
1. Rendam air garam & kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia. (rendam 30 minit atau 1 jam boleh je)
2. Nanti goreng macam biasa. Tapi dalam dia lembut. Sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.
3. Siap

Sumber: Norizam Salina Via My Resipi
Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.
Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Periuk Yang Hitam Jangan Dibuang Dulu, Cuba Petua Pantas Guna Sos Sahaja. Terlajak Mudah Ni!

Aktiviti memasak berulag kali menyebabkan periuk, belanga mahupun kuali bertukar menjadi hitam. lebih-lebih lagi kalau kita terleka sehingga mengakibat masakan hangit. Jadi, periuk pun akan alami kesan hangus.
Nak nak lagi berlaku pada periuk kesayangan kita. Nak dibuang sayang jadi kena fikirkan alternatif lain. Usah peningkan kepala, jom cuba petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun. Hanya gunakan sos sahaja. Tak percaya, jom cuba!
1. Gunakan 3 or 4 sudu sos tomato.
2. Biarkan lebih kurang 30 ke 40 minit (kalau nak kesan yang betul2 suci murni boleh biarkan lagi lama).
3. Lepas itu gonyoh dengan berus periuk. Tak payah gonyoh teruk-teruk.
4. Walaupun tak 100% sesuci murni macam yang sebelumnya tapi at least boleh la masak guna periuk tu semula. ?
Kredit: Kim Jane Ley