Ibadah Korban dilaksanakan adalah sebagai tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kita. Maka tidak hairanlah bagi menyatakan rasa syukur, selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dengan pemilihan lembu yang terbaik.
Memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, lebih 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ‘bermandi’ peluh merebahkan lembu sado seberat 1,000 kilogram (kg) milik selebriti, Neelofa untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini pada Rabu.
Pada majlis tersebut Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz turut menyumbangkan seekor lagi lembu sado seberat 800kg dari baka yang sama iaitu Charolais untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Selain itu, sebanyak lima ekor lembu baka tempatan turut disumbangkan oleh selebriti berkenaan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.
Neelofa berkata, pihaknya menyasarkan 850 orang akan menerima sumbangan daging korban tersebut.
Ads
“Daripada jumlah itu, kita akan agihkan kepada 150 anggota JBPM Kelantan dari seluruh negeri,” katanya pada Majlis Korban Perdana JBPM Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Neelofa.
Menurutnya, selain Kelantan ibadah korban tersebut turut berlangsung di Kedah, Perak dan Selangor.
Ads
Katanya, pada tahun ini sebanyak 15 ekor lembu disumbangkan untuk program berkenaan di kawasan terlibat.
Sumber : Sinar Harian
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Mendirikan rumah tangga dengan aktor kacak kegilaan ramai 20 tahun lalu membawa wanita ini ke dunia rumah tangga yang penuh kasih sayang.
Dalam tempoh bergelar suami isteri, hubungan mereka kian utuh dan tetap romantik biarpun sudah memiliki empat cahaya mata, iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qur’ani dan Naqli Qaddiem.
Siapa sangka pasangan ini rupa-rupanya sudah memiliki anak yang sudah besar. Lihat sahaja perkongsian Susan Manen di ruangan instagramnya, wajah dan susuk tubuh si anak hampir menyamai ibunya.
Tidak hairanlah ramai yang mengatakan mereka tak nampak seperti ibu dan anak sebaliknya lebih kepada adik-beradik.
Ternyata si anak perempuan Susan yang dikenali sebagai Sabella mewarisi kecantikan yang dimiliki ibunya. Apabuila bergambar kedua-duanya nampak manis.
Tular video apabila anak mempersoalkan ibu bapa tidur sebilik sedangkan dirinya yang masih kecil tidak dibenarkan. Begitulah cabarannya jika sejak kecil anak tidak didik untuk asing tempat tidur dengan ibu bapa.
Hakikatnya kebanyakan ibu bapa di Malaysia masih lagi mengamalkan ‘co-sleeping’ atau tidur sekatil dengan bayi. Ini kerana ia adalah praktikal dan memudahkan, lebih-lebih lagi yang menyusu badan.
Namun ia berlarutan sehingga anak itu semakin besar. Anak semakin sukar untuk berpisah bilik dengan ibu. Pelbagai alasan diberi tidak mahu tidur sendirian dalam bilik.
Hakikatnya dalam Islam telah menyatakan hal ini seperti bahawa Rasulullah SAW menganjurkan ibu bapa supaya mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan.
Ia dapat dilihat daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun. Jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Hadis ini menjelaskan selain itu Rasulullah SAW memberi garis panduan mengenai pemisahan tempat tidur anak lelaki dan perempuan apabila mereka mencapai umur 10 tahun.
Walaupun hadis ini mengenai pemisahan antara anak lelaki dan perempuan, namun ibu bapa perlu menghindari anak daripada tidur sebilik dengan mereka. Perkara ini menjelaskan bahawa kanak-kanak perlu dididik dengan pendidikan akidah, syarak dan akhlak sejak kecil supaya mereka tidak terpesong daripada ajaran Islam.
Bagi yang baru bercadang untuk mendidik anak asingkan tempat tidur bagi anak yang sudah besar, boleh ikuti cara wanita ini, puan Mardiana yang dikongsi di facebook miliknya.
Tips Asing Bilik Tidur Bila Anak Dah Besar.
Saya baru berjaya melepasi dilema nak berjaya asingkan anak dari tempat tidur (asing bilik). Pheww..Hanya Allah sahaja yang tahu!
Sebenarnya kan..bila berjaya ni, perasaan kejayaan tu tak taulah nak gambarkan macam mana..Haha.
Masa zaman hero dua orang sebelum ni, Alhamdulillah ok. Mungkin sebab si abang ada kawan.
Masa tu saya mula asingkan (asing bilik) masa diorang umur 1 dan 4 tahun. Kali ni bila anak perempuan sorang ni, rasa kasihan menggunung tinggi . Tak sampai hati.
Masa baby asing dalam baby cot, satu bilik. Bila try asing sekarang (asing bilik), meraung satu rumah tengah-tengah malam ketuk pintu bilik abi umi. Sampai menjerit sebut, “Umi Abi tak sayang Sofieyya!”. Huhu..luluh hati mak nak oii.
Saya try buat:
1. Deko bilik cantik-cantik dengan cadar & mainan.
2. Letak teddy bear dan baby doll sebelah.
3. Disebabkan dia suka baby, saya pujuk kata kalau nak baby, kena tidur bilik sendiri, baru boleh jadi kakak. Nanti baby pun nak tidur dengan kakak.
(P/S: Of course saya sebut kena doa banyak-banyak kat Allah juga. Kita nak fahamkan dia bahawa sebab kuasa Allah dapat baby, bukan sebab tidur bilik sendiri)
4. Acu try pujuk dan puji, dia buat muka derkk saja.
5. Beli mainan baru dengan harapan berjaya. Abang-abang dah siap perli dah kata, jangan percayalah ummi, mesti dia tak nak juga. Nanti last-last dia akan ketuk bilik kitaorang juga, kalau kunci pintu, dia panjat tingkap tepi tu.. Hmm.. Takpe, kita try dulu.
Apa yang berlaku? Semuanya tak jalan
Sampailah satu hari saya dapat idea. Hasil dari pembacaan dan try and error sejak sekian lama. Berapa lama? Hampir setahun jugaklah kiranya.
Ketahui 3 fasa peralihan
Apa yang saya buat?
Saya letakkan 3 Fasa Peralihan:
1- Nak Biasakan dengan suasana bilik sendiri 2- Tidur dibilik berteman. 3- Tidur sendiri
FASA 1:
1. Banyak kali biasakan berada dalam suasana biliknya. Masa nak tidur baca buku dalam bilik. Main & Sembang-sembang.
2. Puji kata cantiknya bilik Sofieyya, ummi pun rasa macam nak tidur kat sinilah boleh?
FASA 2:
3. Masa Fasa peralihan ni memang akan tidur sekali dengan Sofieyya. Kesian kat abi takdak kawan. Hehe. Kadang-kadang Abi yang teman.
4. Ada try bila dia dah tidur sembunyi- sembunyi keluar. Kalau dia tak sedar ok. Tapi kalau sedar jenuh meraung!
5. Masa menjerit, mengamuk ketuk pintu, saya dah nak buka pintu. Abi kata tunggu jap tengok apa dia akan buat. Masa tu rasa macam kejam tak sampai hati dengar menangis.
Tapi terfikir juga, kalau setiap kali menangis pintu dibuka, bila dia akan belajar tidur sorang? Dia akan belajar “menangis je nanti umi buka pintu juga”. So kami buat diam. nak tengok. Tup tup tak lama lepas tu dia diam. Penatlah tu kot. Hehe
6. Rupanya dia pi buka lampu satu rumah! Dia pi masuk bilik abang tidur . Panjat tingkap sebelah dalam. Ya Allah boleh ada idea macam tu!
Tak lama lepas tu dah tak ada bunyi menjerit ketuk pintu Abi Ummi dah Alhamdulillah. Tapinya, bilik abang pula jadi port baru. Haha. Sampai satu tahap abang-abang kunci pintu bilik semua. At last, dia give up.
7. Saya ada tunjukkan video kanak-kanak sebaya dia yang tidur sorang. Dia inspired! Mungkin bila tengok tu dia nampak diri dia sendirilah kot.
Jeng jeng jeng..Part ni nak try bagi tidur sorang-sorang pula…
FASA 3:
8. Rutin macam biasa yang sebelum ni. Buang air kecil dan gosok gigi. Tutup lampu. Waktu baring saya cakap, insyaAllah Allah akan jaga kita, jaga Sofieyya bila tidur. Syaitan semua lari bila kita baca doa & steps yang Nabi ajar kan? Dia angguk.
Lepas baca Ayat Kursi, 3 Qul; Qulhuwallahuahad (Al-Ikhlas), Qula’uzubirabbinnas(An-Nas), Qula’uzubirabbilfalaq (al-Falaq), Baca Doa tidur, tiup tapak tangan dan sapu seluruh badan dari atas kepala sampai kaki.
Saya cium pipi dan dahi & doakan dia. Sambil niat dalam hati, Ya Allah bagilah Sofieyya tidur nyenyak sampai pagi Ya Allah.
9. Saya cakap kat Sofieyya, “Sofieyya, ummi keluar 10 MINIT kat library ya, ummi nak baca buku jap, japlagi ummi datang balik ok?”. . 10. Saya tanya bagi dia pilihan “tertutup”, “Sofieyya nak umi buka pintu ke tutup pintu? Sofieyya pilih buka (dah agak dah ).
“Sofieyya nak selimut ke tak nak?, Sofieyya pilih selimut. Kiranya bukan soalan, nak tidur bilik umi abi ke bilik Sofieyya?
11. Ya, saya set timer 10 minit. Baca buku sikit dan tulis plan to do list untuk esok hari.
12. Lepas 10 MINIT, memang saya pergi bilik Sofieyya. Teeeet..Alhamdulillah, dah selamat berlayar dengan nyenyaknya..Alhamdulillah!
13. Esok pagi masa nak subuh, nak kejut bangun dan siap untuk sekolah. Saya masuk bilik, buka lampu “Assalamualaikum Sofieyya selamat pagi! Dengan muka happynya saya kata..
“Wahhh…Alhamdulillah tahniah! Sofieyya berjaya tidur sorang-soranglah malam tadi!! Abi pun datang puji dan cium dahi dan pipi dia. Wah bukan main gembiranya muka dia!. Senyum cover malu.
14. Masa tu rasa boleh percaya ke ni untuk esok? Yang abang pulak kata, eh betul ke ummi Sofieyya tidur sorang-sorang malam tadi? Alah.. baru satu hari je pun..
Umi cover, “Takpelah kan Sofieyya esok insyaAllah Sofieyya tidur lagi sorang-sorang kan? Dia angguk. Muka macam tak percaya dia boleh tidur sorang-sorang. Yeay Sofieyya berjaya!
Siap kemas katil dan bilik sendiri. Oklah kemas style dia. Kalau perasan saya selalu sebut, “It’s not about perfect, it’s all about HABIT”.
Alhamdulillah.. So far, sampai setakat malam ni (dah hampir seminggu) masih ok. Hehe. InsyaAllah tu, sebab menurut dari apa yang saya baca (tak ingat dah dimana), diorang nak dapat momentum awal tu yang agak mencabar. Bila dah dapat, insyaAllah ok.
Anak-anak yang dilatih tidur bilik sendiri ni insyaAllah lebih mature, ada self-confidence dan berdikari. InsyaAllah.
Patutlah mat salleh ajar asing bilik sejak kecik lagi. Sebab bila dah besar banyak akai & pandai cakap ni tersangatlaaaaah mencabarnya!.
Ada banyak benefits menurut kajian bagi baby yang diasingkan tempat tidur dibilik sendiri seawal 6 bulan atau lebih awal.
Antaranya, mereka akan dapat deep sleep yang lebih baik (tidur nyenyak), belajar untuk sabar menunggu apabila menangis sementara ibu/bapa datang, belajar self-control dan menghargai barang peribadi.
Amacam mommies, berani nak asingkan baby dibilik lain seawal 6 bulan atau lebih awal? Hehe..
Ikutlah kan.. Yang pastinya, jangan sampai sudah masuk umur 7-8 tahun ke atas masih tidur bersama ibubapa.
Selamat mencuba!
Saya gigih tulis panjang-panjang ni sebab ada yang tanya haritu. Harap membantu ya . Cc. Ummu Uwais Azizah Alia Maisarah
Keluarga: Buat yang masih belum asingkan bilik tidur anak, masih belum terlambat. Selamat mencuba!
KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, terkenal dengan sikapnya yang gemar memasak. Malah, Baginda tidak kekok memasak bersama rakyat apabila turun padang dalam sesebuah aktiviti.
Saban tahun, baginda tak pernah ketinggalan turun padang membantu mangsa banjir. Baik melawat mahupun menjadi tukang masak membuatkan rakyat rasa terharu dengan keprihatinan Tuanku Permaisuri. Dalam perkongsian terbaru baginda di Instagram baru-baru ini, Tunku Azizah berkongsi tip memasak menu sardin.
Tunku Azizah berkesempatan memberi titah nasihat kepada tukang masak di PPS berkenaan mengenai cara-cara yang betul memasak sardin yang enak sambil dibantu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.
“Saya tak letak air dalam sardin saya”
“lain kali awak goreng dekat orang macam ini, tak letak air.Orang kampung suka sardin letak air, tak payah” pesan Tunku Azizah.