Siapa yang tak kenal dengan Johan Raja Lawak dan juga penyampai radio. Namun bukan kisah kariernya yang ingin diperkatakan. Sebaliknya sikap dan tanggung jawab sebagai seorang suami dan ayah yang prihatin itu yang ingin ditonjolkan.
Bahkan warga net sering melihat dia sebagai bapa dan suami contoh menerusi perkongsian dari isterinya yang memuat naik kisah mereka di instagram.
Terbaru, pendakwah bebas Ebit Lew yang berkesempatan berkunjung ke konti Era fm memuji Johan sebagai suami dan bapa yang penyayang.
Ads
“Best dan seronok dapat jumpa @jozlynnhanania . Dari konti era melambai tadi. Senyum. Happy. Jumpa dekat luar terus beliau salam dan peluk. Beliau rendah diri , baik dan sentiasa gelak ketawa.
“Suka tengok beliau sayang dan suka bergurau dengan isteri. Jadi imam isteri dan anak-anaknya. Di mana-mana jaga solat. Didik isteri dan anak solat dan Al-Quran.
Ads
“Kita semua sama-sama sedang berusaha mencari RedhaNya. Wujudkan suasana nasihat dan kasih sayang dimana-mana kerana Allah. Semoga terus maju jaya bahagia sampai syurga. Anak soleh solehah,” tulis Ebit lew menerusi instagramnya.
Setiap kali menjelang bulan ramadan, pasti lauk ini menjadi salah satu ‘wajib’ ada di atas meja bersama hidangan lain. Namun, kini telur masin sudah menjadi menu biasa. Baik dihidangkan bersama Nasi putih ataupun dijadikan bahan tambahan dalam masakan lain
Mungkin cara penyediaannya yang ringkas serta boleh dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan membuatkan telur masin menjadi pilihan ramai. Terasa keenakkannya bila disalut pada Ketam Masak sambal ataupun Nasi Goreng.
Jika anda gemarkannya, apa kata anda buat sendiri telur masin. Jika tiada telur itik, boleh saja kalau menggunakan telur ayam.
BAHAN-BAHAN:
13 biji telur ayam | dibersihkan
1 cawan garam kasar
2 ½ cawan air
CARA MEMBUAT:
Masukkan air dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga larut.
Padamkan api dan biar air garam betul-betul sejuk.
Masukkan telur yang telah dibersihkan ke dalam baling dan masukkan air garam yang telah disejukkan tadi.
Tutup balang dan simpan selama 2 minggu sebelum dicuba.
Sumber: Rasa.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dek kerana harta peninggalan si mati, macam-macam ujian boleh berlaku. Sering juga menjadi punca adik beradik bergaduh, berantakan malah lebih menyedihkan sanggup juga memutuskan hubungan kekeluargaan.
Senario ini bukan perkara yang jarang-jarang berlaku bahkan menurut Peguam Nur Zabetha firmanya selalu sangat dirujuk berkitan isu harta pusaka ini.
Ada macam-macam kes dan di sini dikongsikan untuk dijadikan ikhtibar buat semua. Ayuh baca perkongsiannya.
Kalau terbaca isu berebut harta si mati, memang saya tak boleh lepas merasakan perasaan ‘tak patut’.
Firma kami selalu juga dirujuk dengan berkaitan harta pusaka. Isu ini selalunya sangat sensitif. Kubur masih merah, sudah adik-beradik berebut berharta.
Kadangkala bila tidak kena gaya sehingga berparang-parang, bergaduh tak tentu hala, sentiasa bermasam muka, sehingga tidak bertegur sapa. Harta si mati punya pasal.
Soalan selalu saya tanya kepada isteri atau suami yang mendapatkan pandangan, biasanya: “Adik-beradik si mati, waktu hidup ada bertanya khabar? Ada melawat?”
“Tidak”
“Kalau minta tolong bila waktu susah, ada membantu?”
“Tidak”
Saja. Saya ingin tahu. Apa tidaknya, bila berlaku kematian, yang tidak bertanya khabar sewaktu hidup dahulu tetapi yang inilah yang selalu terpaling awal mempertikaikan tentang harta pusaka.
Yang apabila waktu hidup si mati, tidak langsung membantu namun terpaling awal juga selalu menuntut. Kalau waktu hidup itu bukan main payah hendak kita harapkan tetapi bab menuntut harta, dia dibarisan paling hadapan mempertikaikan hak.
Terpaling awal mempertikaikan harta si mati, lebih awal berbanding si isteri atau suami yang sama-sama berkongsi hidup, bersama merasa susah dan senang, bersama-sama tahu pahit menjerih bekerja mengumpul harta membela anak-anak dan membayar tanggungan itu dan ini tanpa bantuan adik-beradik.
Tetapi yang terpaling awal menuntut harta si mati itu selalunya yang sama-sama tidak merasa susah dan payah sewaktu hidup. Yang tidak menghulur bantuan. Yang tidak bertanyakan khabar dan berita.
Tetapi apabila berlaku kematian, yang terpaling awal menuntut ini biasanya yang akan kata “Ini Faraid, kita ikut undang-undang Islam. Ini hak kami”. Yang bab ini mereka tahu hak. Mereka taat dan ingin tuntut perintah Allah.
Tetapi mereka pandai memilih. Mereka pilih untuk taat tentang isu pembahagian faraid tetapi memilih tidak taat pada bahagian menyelesaikan hutang si mati, zakat si mati atau menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak atau pasangan si mati.
Tetapi setelah dapat harta, hilang begitu sahaja. Sekali lagi lupa hendak bertanya hak balu atau duda yang kematian pasangannya yang tercinta. Yang kalau hendak dikira, merekalah paling bersedih, sudahlah kehilangan diasak pula dengan isu harta oleh adik-beradik yang tak reti sabar menunggu harta diagih-agihkan.
Setelah dapat harta, langsung yang terpaling awal ini tidak bertanya tentang hal anak-anak si mati. Cukup makan ke tidak? Perbelanjaan semua bagaimana? Tidak peduli langsung. Kerana dia hanya taat pada perintah Islam faraid sahaja, tidak yang lain.
Kalaulah pasangan atau anak-anak si mati tidak cukup perbelanjaan selepas kematian si mati, manalah tahu atas dasar kemanusiaan ingin didermakan sedikit bahagian faraid yang diperolehi dari si mati secara percuma itu. Tetapi tidaklah perkara ini berlaku.
Sebenarnya selepas memperolehi harta, nafkah anak-anak si mati perlu diambil tahu dan kalau anak-anak masih belum baligh, waris si mati yang mewarisi harta perlu menanggung nafkah anak-anak si mati.
Kadangkala harta faraid ini, saya lihat sebagai ujian juga kepada yang hidup ini. Adakah kita cukup kuat menahan ujian harta? Setelah menerima harta ini, adakah kita cukup kuat untuk menahan dugaan supaya amanah dan tidak lepas tanggungjawab kita?
Adakah kita ini bermulia hati dan cukup kuat setelah menerima harta, menjaga hal ehwal dan kebajikan anak dan isteri si mati?
Kita sebagai orang Islam tahu tentang hukum faraid. Benar sebagai orang Islam, wajib kita ikut. Tetapi, betapa mulia sekiranya, yang tidak bertanya khabar, yang tidak peduli tentang hal rumah tangga si mati, susah senang si mati bermulia hati mendermakan bahagian mereka kepada anak-anak atau pasangan yang lebih memerlukan.
Pernah dahulu saya berkongsi tentang kisah bagaimana seorang anak, yang terlibat dalam kemalangan sehingga dipotong kaki. Dia koma dan ayahnya menggunakan wang pampasan yang patut dia dapat.
Sedikit pun tidak diberikan kepada anaknya, habis dibelanjakan oleh ayahnya untuk diri sendiri. Yang kehilangan kaki, si anak. Yang masa depan berubah selama-lamanya, si anak. Tetapi yang menikmati harta dan yang mendapat kesenangan dari derita si anak adalah ayah.
Begitulah ujian duit dan harta ini sampai manusia jadi alpa dan lupa pada tanggungjawab, sampai tidak rasa ihsan dan belas, sampai lupa hubungan anak-beranak.
Malahan ada jenis yang duit bukan menjadi haknya juga sanggup dirampas, selagi mana ada peluang. Kes begini selalunya apabila melibatkan ahli keluarga yang diamanahkan sebagai pemegang amanah bagi harta anak-anak si mati yang belum mencapai usia. Disalah tadbir dan disalah urus.
Ingatlah, kehidupan ini sementara. Harta dan dunia juga sementara. Kalau bukan hak kita jangan ambil.
Kalau hak kita sekalipun, kita merasakan lebih mulia sekiranya menderma demi menjaga hak dan kebajikan anak-anak dan pasangan si mati. Maka dermalah. Besar balasannya.
Penyusuan anak perlu gandingan suami dan isteri untuk berjaya. Penyusuan susu ibu bukan tugas ibu sendirian walaupun hanya ibu sahaja yang menghasilkan susu ibu.
Golongan bapa perlu mencari ilmu bagaimana cara terbaik mereka boleh membantu dan menyokong para ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu.
Ia bukan tugas yang mudah tapi tak mustahil menjadi mudah bila dua orang bekerja secara berpasukan.
Seorang bapa kepada tiga orang anak yang yang dikenali sebagai Pak Cik Bakar Baharom di Facebook sering menulis pelbagai tip menyokong penyusuan dari sisi seorang ayah dberkongsi pengalaman perjalanan penyusuan anak-anaknya.
Journey to successfully breastfeeding. Lahirnya Suri ke dunia, maka bermulalah semula episod penyusuan. Kali ni berbeza. Dulu dua-dua kerja. Sekarang Anis dah jadi surirumah.
Apakah lebih smooth? Apakah masih struggle? We dont know yet. Apa yang Mdno tahu, penyusuan anak ni perlu gandingan suami isteri.
Ramai orang sangka menyusu itu sifatnya alami bagi kita manusia, maka tak perlulah belajar, bayi secara fitrahnya menyusu, ibu pula fitrahnya menghasilkan susu.
Oh no tidak semudah itu. Semua kena ada ilmu dan yang paling paling utama kena ada kecekalan hati yang maha tinggi.
Ayah-ayah kat luar sana, ini pesanan Mdno.
Untuk berjaya menyusukan anak. Lebihkan ruang dan masa untuk ibu & anak bersama-sama.
Minimizekan kerja yang boleh rompak masa ibu & bayi. Minimize kan semampu boleh. Dulu waktu dua-dua kerja, Mdno buat frozen food. Ready untuk 1 week. Iron baju utk 1 week. Tak makan luar langsung. Maka Anis ada lebih waktu untuk fokus settle diri sendiri lepas balik kerja dan fokus menyusu je.
6 bulan x lama pun bang. Macam sekarang, walaupun Mdno cam sedih sikit sebab tak dapat banyak masa dengan Suri, sebab Mdno terpaksa ambil alih kakak Yaya & Ilham. Sebabnya apa?
1. Kita kena peka dgn perasaan kakak & abang, walaupun nampak dia orang happy ada adik,tapi dia orang sedih kalau kita mak ayah semua fokus kat baby.
2. Bila budak-budak tu dengan Mdno, Anis banyak lebih masa dengan baby. Bonding created dan baby akan lebih mahir menyusu, ibu pula lebih mahir tentag cue anak, posisi selesa dan sebagai.
Takpelah, sementara nak tunggu baby kuat sikit, tegap sikit. Inilah yg kita kena bayar. So peringatan untuk diri Mdno jugak, penyusuan ni mmg kena teamwork. Kita kena letak jelas objective kita depan mata.
Apa? Exclusive breastfeeding. Bila kita jelas. Kita lebih faham dengan posisi dan peranan masing masing.
Mdno ni nampak je tepuk-tepuk meja tau. Tapi when it comes to menyusu, Mdno kau terus abang-abang manager tau.
Semoga perkongsian tip dan nasihat daripada bapa yang dua anak terdahulunya sudah berjaya menyusu susu ibu secara eksklusif ini boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa lain.