Kita sering mendengar kisah disebabkan harta pusaka, adik beradik bahkan anak-beranak  bergaduh sesama mereka.

Semua ini puncanya pelbagai dan salah satunya adalah bila antara mereka tidak tahu hak sebenar.

Masing-masing mengaku diri sendiri mempunyai hak dengan menafikan pembahagian harta tersebut. Hakikatnya, hak harta tersebut turut dimiliki oleh orang lain juga.

Memahami lagi berkaitan faraid ini, peguam ini berkongsi satu soalan yang diajukan kepadanya.

Semoga kisah ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua.

Ini perkongsiannya.

Soalan :

Puan, saya ingin bertanya berhubung pembahagian harta arwah ibu. Saya anak tunggal. Ibu saya telah lama meninggal tapi sehingga kini ayah masih tidak membuat pembahagian harta pusaka arwah ibu mengikut hukum faraid mahupun berbincang mengenainya.

IKLAN

Segala wang insurans, saham, dll telah diserahkan oleh pihak berkenaan ke dalam akaun ayah sebagai waris/penama utama. Ayah tidak membenarkan saya membantu untuk menguruskan pembahagian harta tersebut dengan alasan itu tanggungjawab beliau.

Sekarang beliau dalam proses untuk berkahwin baru, namun proses pembahagian harta pusaka arwah ibu masih tidak diuruskan.

Untuk makluman, datuk saya (bapa kepada arwah ibu) masih hidup. Jadi apa yang perlu saya lakukan kerana saya khuatir urusan tersebut akan terus terdiam begitu sahaja dan hak saya sebagai anak dan juga hak datuk saya hilang begitu sahaja selepas ayah berkahwin lain.

Saya tak boleh bertanya pasal hal ini, kerana ayah akan berfikir saya hanya ingin harta2 arwah ibu sedangkan saya mahukan keadilan untuk saya dan juga datuk saya. Saya buntu dan tak tau nak buat apa.

Jawapan :

IKLAN

Yang pertama, kena tau apa hak masing2 dalam faraid. Seorang isteri mati meninggalkan seorang suami, bapa dan seorang anak perempuan tunggal.

Suami dapat 1/4 kerana si mati ada anak. Anak perempuan tunggal dapat 1/2. Bapa si mati adalah waris asobah yang akan menghabiskan baki. Maka bahagian faraid waris2 adalah :

Anak perempuan – 2/4
Suami – 1/4
Bapa – 1/4

Nampak? Anak perempuan ada bahagian yang lebih banyak dari suami. Jika suami sebagai pemegang amanah dan pentadbir tidak amanah dalam menguruskan harta pusaka si mati, waris2 yang lain iaitu anak perempuan atau bapa tersebut boleh dapatkan bantuan pihak ketiga untuk memastikan pentadbir menjalankan tugasnya dengan amanah.

Pihak ketiga tersebut boleh dilantik di kalangan peguam ataupun pihak syarikat amanah.

IKLAN

Kebanyakannya takut nak ambil tindakan kerana takut mengeruhkan hubungan kekeluargaan. Apabila masalah keluarga tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik, ketika itulah perlunya campur tangan pihak ketiga yang professional untuk memastikan semua waris2 mendapat hak masing2 yang sepatutnya melalui saluran undang2.

Jika nak halalkan pun boleh. Tapi kenalah redha dan tak perlu ungkit di belakang hari. Tapi kalau hati tak redha.. kenalah buat sesuatu. Ambil tindakan!

Suami tu sangka dia ada hak 100% ke atas harta isterinya yang meninggal dunia. Sama ada dia tahu atau buat2 tak tahu.

Maka si anak kena bantu bapa supaya bapa tu tak berterusan ambil hak orang lain dengan cara yang salah dan makan harta batil tanpa dia sedar termasuk makan bahagian anak sendiri.

Ini bukan isu anak kena lawan bapa. Tapi usaha untuk meletakkan yang hak kepada yang berhak.

Know your right first.. then only you can fight for your rights!

sumber : Roslina Sabiyah & Co.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI