Lucu dan buat ramai terhibur, demikianlah yang boleh diungkapkan tatkala melihat video yang tular baru-baru ini
Video yang dikongsikan menerusi tiktok itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan ‘membebel’ di dalam voice note WhatsApp. Dengan loghatnya itu membuatkan ramai terhibur.
Antara lain bebelannya adalah meminta semua untuk tidur dan jangan asyik bermain telefon. Apa yang melucukan, dia sempat meninggalkan pesanan buat mak longnya supaya menyimpan duit beli mainan dan Susu untuknya.
Selain itu, dia menasihati agar tidak bermain TikTok, game PUBG, dan juga jangan asyik tengok emas saja.Cara bebelan tersebut tak ubah seperti mak-mak memarahi anak.
Video tersebut dimuat naik oleh @iliayuni_, kelihatan kanak-kanak itu menghantar beberapa voice note di dalam group WhatsApp keluarganya.
Bergelar Mr Mama bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi peranan yang selama ini sudah rutin dan sebati dengan golongan wanita, diambil alih oleh lelaki yang bergelar suami. Mungkin pandangan masyarakat agak ‘pelik’ dengan situasi tersebut.
Namun, berbeza pula dengan penulis novel thriller terkenal Ramlee Awang Murshid berkenaan isu ini. Jom kita dengar kenapa dia memilih untuk menjadi Mr Mama selepas 19 tahun mengabadikan diri dalam dunia pekerjaan.
“Setakat ini tiada masalah saya menjadi Mr Mama. Saya dah penat kerja sejak 80-an lagi. Sudah 19 tahun dengan RTM dan sampai satu tahap saya nak kerja sendiri dan menulis sepenuh masa. Saya tidak mahu curi-curi masa dan benda-benda haram masuk. Jika kita curi masa pejabat untuk kerja sendiri tidak baik.
“Rasa berdosa dan tidak berkat bila gunakan waktu bekerja itu untuk perkara lain, tambah lagi bila umur dah meningkat ini memang banyak benda saya fikir. Jadi hidayah datang dan saya berfikir untuk berhenti sejak 2008. Hanya 2012 baru saya nekad untuk berhenti kerja.
“Selepas berhenti, rutin saya adalah mengejutkan semua orang waktu subuh. Solat berjemaah kemudian, buat sarapan ringkas untuk anak dan isteri. Hantar anak ke sekolah, kemudian cuci pakaian, solat dhuha kemudian saya kerja sampai kul 11 sebelum masak. Kemudian keluar semula untuk ambil anak.
Soal masak tak jadi masalah kalau di rumah saya masak ikan, ayam tetapi sayur mesti ada. Tetapi saya tahu kadang-kadang bila anak lihat apa yang saya masak, boleh agak yang dia bandingkan masakan saya dengan isteri. Jika malas saya ‘masak’ di kedai sahaja,”seloroh Ramlee.
Ditanya mengenai pandangan sinis tentang Mr Mama, bagi bapa kepada anak remaja berusia 17 tahun ini, perkara tersebut tidak menjadi masalah baginya.
“Cuma apabila saya sendiri melalui pengalaman melakukan kerja rumah, memang ini satu pengalaman yang patut semua lelaki harus tahu. Saya menjadikan Rasullah sebagai teladan kerana Baginda sendiri ringan tulang untuk membantu isteri.
“Mula-mula memang kekok tetapi lama-kelamaan tidak menjadi masalah. Soal makan duit isteri tidak timbul kerana belanja dapur memang saya guna duit royalti. Setiap perbelanjaan saya sudah susun awal-awal. Itu yang saya panggil perancangan kewangan dalam rumah tangga dan alhamdulillah saya berjaya.
“Setakat ini rintangan adalah berpacu dengan waktu sahaja. Sementelah idea datang bila-bila masa. Kerana itu saya selalu ‘pujuk’ otak esok pagi bangun jadi manusia paling baik, beriman dan penulis yang baik. Alhamdulillah berjaya, tetapi saya tak kata sempurna. Untuk menjadi seperti yang ada hari ini saya kena betul-betul reda, ikhlas dan kerja kita juga menjadi senang dan tidak ada masalah.
Berikut video penuh perkongsian bersama Ramlee Awang murshid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Secara umumnya kita faham amalan pemakanan yang sihat dan seimbang akan membolehkan seseorang itu mendapat kebaikan nutrisi daripada makanan tersebut.
Walaupun begitu, isu kekurangan mikronutrien aka ‘kelaparan tersembunyi’ di Malaysia masih wujud. 1 dalam 3 isi rumah di Malaysia mungkin mengalami kekurangan mikronutrien dan, ramai antara ibu ayah risau / prihatin tentang isu ini.
Situasi masalah kekurangan mikronutrien bukan sahaja berlaku kepada ahli keluarga yang kurang makan, malah yang lebih membimbangkan adalah makan banyak belum tentu dapat menjamin seseorang mengambil nutrisi yang secukupnya dalam diet harian.
Apa Itu Kekurangan Mikronutrien?
Masalah kekurangan mikronutrien atau kelaparan tersembunyi mungkin kedengaran agak asing buat kita. Namun begitu, kajian menunjukkan lebih kurang satu daripada tiga keluarga Malaysia berpotensi mengalami kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium dan vitamin C.
Manakala 1 daripada 2 kanak-kanak dan orang dewasa di Malaysia tidak mengambil Vitamin D dan kalsium yang mencukupi dalam diet harian mereka.
Masalah ‘kelaparan tersembunyi’ biasanya kerap berlaku tanpa kita sedari dan akhirnya boleh menimbulkan kesan negatif kepada kesihatan badan, termasuk tumbesaran terbantut, perkembangan kognitif dan fizikal yang kurang baik dan juga sistem pertahanan badan/ imun yang lemah pada kanak-kanak mahupun orang dewasa yang boleh membawa impak kepada kesihatan mereka dalam tempoh jangka panjang.
Atasi Sebelum Terlambat
Kita perlu mengatasi masalah ini sebelum terlambat untuk mengelakkan timbul masalah akibat kekurangan nutrisi dalam keluarga kita.
Mungkin ada yang tertanya-tanya selain daripada menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk memastikan seisi keluarga mendapatkan makanan daripada semua kumpulan yang disarankan dalam Piramid Pemakanan Malaysia, pasti ada cara yang sangat praktikal dan mudah untuk diamalkan.
Tahukah anda, Piramid Makanan Malaysia pun menyarankan pengambilan dua hidangan susu dan produk tenusu setiap hari. Contohnya satu hidangan adalah satu gelas susu, satu cawan yogurt ataupun satu keping keju.
Tunggu apa lagi, jomla minum susu!
Pengambilan susu dalam diet harian bagus diamalkan. Susu mengandungi mikronutrien yang penting seperti kalisum, vitamin D & B12 dan magnesium yang boleh membantu kita menangani masalah kekurangan mikronurien.
Mikronutrien yang terkandung dalam susu boleh memberikan manfaat kepada kesihatan kita. Kalsium diperlukan untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat; Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium dan fosforus dalam badan, komposisi untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat; magnesium menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium, zink menyokong tumbesaran dan vitamin B12 memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah merah. Susu juga merupakan protein yang baik dan penting untuk tumbesaran dan perkembangan badan.
NESTLE EVERYDAY Jadikan Pilihan
Bertepatan dengan keperluan pengambilan susu di dalam diet harian, terdapat pelbagai pilihan jenama ada di parasan. Namun, buatlah pilihlah yang baik seperti Susu NESTLE EVERYDAY ini agar anda sekeluarga dapat manfaatnya.
Istimewanya Susu NESTLE EVERYDAY ini ialah dengan pengambilan konsisten 2 gelas setiap hari boleh membantu melengkapkan nutrien harian keluarga anda. Ini kerana Susu NESTLE EVERYDAY mengandungi memenuhi 100% keperluan vitamin C harian anda disamping mengandungi 12 vitamin dan mineral penting, tinggi dengan mikronutrien seperti Kalsium, Vitamin D, dan Zat besi. Selain itu, 2 hidangan seharian memenuhi 100% keperluan harian vitamin C untuk kanak-kanak (4-6 tahun) berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (2017).
Susu NESTLE EVERYDAY bukan saja sesuai diminum, anda juga boleh mempelbagaikan kegunaan susu ini dengan pelbagai masakan ikut citarasa anda. Umpamanya Susu NESTLE EVERYDAY boleh juga digunakan dalam masakan khusus bagi menggantikan penggunaan santan atau susu pekat dan ini sekali gus menjadikan hidangan lebih berkhasiat.
Oleh itu, usah bertangguh lagi untuk amalkan pengambilan Susu NESTLE EVERYDAY. Ini penting untuk pastikan anda sekeluarga terhindar daripada masalah kekurangan mikronutrient.
Selain itu jangan lupa untuk turut mengambil bahagian dalam kempen hashtag #HariHariEveryday dengan berkongsi gambar anda sekeluarga di media sosial bersama pek EVERYDAY dan letakkan #HariHariEveryday dalam kapsyen anda! Untuk setiap hashtag #HariHariEveryday yang diterima, NESTLE EVERYDAY akan menyumbangkan 1x Pek Nutrisi yang diisi dengan barangan kepada keluarga yang memerlukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wahai anak-anak ku, usah sedih gundah, zaman kecil nan indah akan kembali! Sebagai ibu bapa kami sujud syukur. Zaman kanak-kanak kami akan dirasai kembali oleh anak-anak kami pula.Tiada lagi silibus yang sukar buat anak-anak. Bahkan pembelajaran lebih kepada pembangunan emosi dan yang tidak terlalu memberi penekanan peperiksaan semata-mata. Selamat datang kedunia baharu anak-anak ku. Moga kalian menjadi genarasi yang lebih kreatif dan inovatif, bukannya anak-anak robot semata!
Begitu juga dengan perkongsian bapa ini yang melahirkan rasa syukur dengan pemansuhan peperiksan bagi darjah satu hingga 3. Malah sungguh mengejutkan, beliau berkongsi cerita bahawa ada dikalangan temannya mempunyai anak yang mengalami tekanan perasaan sehingga ada cubaan bunuh diri pada usia lapan tahun ekoran tekanan perasaan dengan bebanan pembelajaran! Ikuti perkongsian Khairul Hakimin Muhammad yang sungguh bermanfaat ini.
Semalam kami terus sujud syukur. Walau ini baru sahaja bermula, namun ianya akan membawa kepada perubahan besar untuk anak-anak. Balik sahaja dari UK baru-baru ini, saya terus berjumpa dengan rakan-rakan yang rapat. Kami bersembang tentang dunia anak-anak yang semakin membesar dan hilang dari pandangan mata ibu bapa.
Dalam ramai-ramai kami, ada seorang yang masih dibelenggu dengan anak yang sentiasa sebut “nak terjun dari tingkat 4! Mama jahat! Baik abang mati je! Abang dah tak tahan setiap malam nak kena belajar!”
Anak sulongnya lelaki dan sudah 2 kali percubaan bunuh diri. Walau umurnya baru 8 tahun (darjah 2). Beliau ini sudah mula dihantar ke tuisyen pada umur 4 tahun untuk mahir bercakap, menulis dan mengira. Kemudiannya masuk ke darjah 1 dengan penilaian kelas dan kemudian mendapat kelas nombor 1.
Pelajaran, ya terbaik. Boleh kata semua subjek 100% dan hampir 100% namun masih dapat nombor 5-6. Dan itu yang menjadikan beliau sangat stress. Siang kelas, petang mengaji, malam tuisyen dan nak juga kena siapkan homework bagai.
BUKAN SALAH GURU ATAU IBU BAPA
Ini bukan salah guru. Bukan juga salah ibu bapa. Bukan juga salah sesiapa. Namun anak-anak hari ini tidak berjumpa dengan suasana bermain seperti zaman-zaman kita dahulu.
Kita dulu, darjah 1-2 baru nak belajar mengira, membaca dan menulis. Lambat cepat ok sahaja, cikgu tak marah dan tak bising. Selagi ada improvement, ianya sudah sangat bagus.
Hari ini tidak. 6 tahun jika masih tidak boleh membaca, budak itu akan dilabel sebagai slow. Sama ada oleh rakan sekelas atau ibu-bapa yang lain.
“abang” yang merupakan anak kawan saya ini bukan budak yang lambat. Bukan juga jenis lembab dan sebagainya. Weekend, ayahnya dah susun untuk masuk kelas bola dan memanah.
Ada sahaja aktivitinya. Namun, semua itu berstrategi sangat. Dan anak-anak ini mula jadi robot terlatih untuk menjadi seseorang.
Sejak anak beliau sendiri nyaris terjun dari tingkat 2 dan berjaya diselamatkan oleh guru-guru, beliau ubah segalanya. Biarkan anaknya tak pergi lagi ke tuisyen, pastikan mengaji sebelum jam 5.00 petang dan memastikan juga anaknya pergi bermain dan balik sebelum maghrib.
Apabila dah penat bersukan dan bermain di padang, anaknya akan tidur awal dan bangun awal. Semuanya ok pula.
Hasilnya, anak beliau lebih gembira dari biasa. Walau sesekali masih stress dengan homework yang agak banyak. Namun perlahan-lahan anaknya semakin ok.
TAK CEMERLANG TAK APA NAK!
Baru-baru ini, saya sendiri lihat pencapaian ‘Ain di sekolah. Tak cemerlang mana. Nombor pun 11 dari 14. ‘Ain datang duduk sebelah saya muka macam takut. Saya peluk dia (kerana dah tahu keputusan itu dari mama beliau) dan cakap, “ok ja, ada banyak masa lagi untuk ‘Ain belajar dan bermain! Kita pergi beli mainan okeh!” lalu dia senyum dan cium pipi saya.
‘Ain takut sangat abah marah. Kawan ‘Ain, dia kata ayah dia selalu tanya kenapa tak boleh jawab itu tak boleh jawab ini. Abah tak marah pun ‘Ain,”
Kalau tidak kerana banyaknya kelas saya pergi dan beberapa buku saya baca tentang pembentukan anak-anak semasa di sekolah dan rumah, saya boleh juga jadi marah. Hari ini, saya tak peduli tentang kata-kata orang lain. Ini anak saya, saya besarkan, saya yang bayar itu ini dan saya yang perlu bertanggungjawab sekiranya dia tak boleh itu tak boleh ini. Bab orang nak kata anak kita slow dan sebagainya, lantakkan. Yang penting dia happy dengan kita.
Saya masih ingat emak abah saya juga begitu. Mereka antara yang tak marah dengan keputusan peperiksaan anak-anak. Mereka nak anak-anak mereka happy belajar. Happy balik rumah dan happy dengan apa yang anak-anak lakukan.
Selagi ianya dalam hukum agama, dalam hal syarak, menjaga batas dan adab, ianya ok. Buat sahaja.
Asas pertama dalam apa-apa hal pun, anak-anak akan cari ibu bapanya. Stress anak-anak, depress anak-anak di alam persekolahan, mereka hanya mahu diselamatkan. Dan yang perlu jadi hero dalam hal ini ialah ibu bapa.
Jika ibu bapa pun sama menyalahkan, membodohkan anak-anak dan memarahi mereka sampai mereka tak tahu lagi kemana nak pergi, maka mereka akan mula fikir “baik mati,”
WAHAI IBU BAPA, MARILAH KITA MUHASABAH DIRI
Kawan-kawan yang baik,
Zaman ini, orang kongsi kejayaan anak-anak di media social. Iya, 8A, 10A, semua A. kita pun buat caption “alhamdulillah anak saya cemerlang. Semoga cemerlang juga diakhirat,”
Benar. Itu semua benda bagus untuk kita kongsi. Namun content yang betul ialah bercerita bagaimana anak kalian itu boleh jadi begitu. Contohnya,
“Alhamdulillah anak saya dapat semua A. Beliau memang jenis yang focus dalam kelas. Balik sahaja ke rumah, terus ulangkaji, kemudian tidur sekejap dan pergi kelas mengaji. Balik sahaja kelas mengaji. Dia akan bermain badminton dengan ayah atau adik beradiknya yang lain. Malamnya, sekadar ulangkaji dan homework 1 jam sahaja. Maksimum 9.30 malam sudah tidur.
Antara amalan beliau juga ialah suka tolong saya. Bangun pagi kadang-kadang siapkan itu ini bantu saya. Mungkin itu juga keberkatan yang Allah beri kepadanya.”
Jika begini postingnya, mungkin ia lebih lembut berbanding mengucap tahniah kepada anak sendiri di media social, padahal boleh sahaja ucap cakap depan-depan atau memeluknya erat.
Perkongsian yang silap di Group Whatsapp Lorong, perumahan, PIBG, Facebook dan Instagram ibu bapa boleh jadi menyebabkan ibu bapa lain akan stress. Dan stress itu akan dicampakkan ke wajah anak-anak. Dan anak-anak yang akan jadi mangsa.
TIADA LAGI PEPERIKSAAN BAGI DARJAH 1,2 DAN 3
Dan semalam,
Apabila YB Menteri, Dr. Maszlee mengatakan bermula 2019 tiada penilaian secara peperiksaan kepada anak-anak darjah 1-3, ya Allah saya bersyukur sangat. Ianya sesuatu yang saya gembira. Sudah-sudahlah kita menilai anak-anak dengan nombor dan ranking.
Biar mereka membesar dengan exploration yang natural. Tiada memaksa namun kena bertegas dalam hal agama, budaya, adab dan Susila. Bab belajar, bab stress peperiksaan, saya fikir bukan masanya untuk mereka hadap pada umur yang begini.
Dunia kanak-kanak patut dijalani dengan kebahagiaan. Atau kita sebut sebagai happiness. Mana ada ibu bapa yang nak tengok anaknya tak senyum pada 1 hari penuh. Ia adalah lambang kegagalan. Dan jika ia mekar di wajahnya, Ia akan memberi keindahan kepada hati ibu bapa dan semestinya wajah senyum itulah yang kami semua bawa ke mana-mana.
Jika anak buat silap, dia mesti belajar untuk baiki. Bukan sekadar dia dimarahi namun dididik untuk repair dan tidak ulangi.
Dan banyak lagilah modul kemanusiaan yang kita perlu terap kepada minda anak-anak ini.
Wahai anak-anak,
Perjuangan abah dan mama, serta guru-guru semua belum selesai. Dapat ubah system Pendidikan negara adalah sesuatu cabaran besar ya amat yang akan ditempuhi dalam waktu yang panjang. Ini adalah hadiah bagi generasi akan datang. Yang mana kita semua kena setuju:
“didikan untuk anak-anak ialah memberikan mereka rasa gembira di sekolah, bahagia di rumah dan berimaginasi semasa berfikir serta kreatif semasa bermain. Itulah dunia mereka dan semua itu mesti dalam bentuk semulajadi yang dibentuk secara bertingkat dengan suasana yang penuh warna indah.”
Begitulah. Banyak lagi kerja nak dibuat demi kalian!
Khairul Hakimin Muhammad, Menyayangi kalian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.