Ads

Bilal Curi Perhatian, Neelofa Kongsi Didikan Al-Quran Sejak Kecil, “Makhraj Dah Bunyi Macam Arab”

Anak sulung pasangan selebriti dan usahawan, Nur Neelofa dan Haris Ismail, sekali lagi mencuri perhatian apabila kebolehan Muhammad Bilal membaca serta menghafaz surah pendek mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian terbaharu Neelofa di Instagram, Muhammad Bilal dilihat memperdengarkan hafazan Surah al-‘Adiyat dalam sesi tasmi’ bersama bapanya.

Biarpun masih kecil, bacaan Bilal yang jelas dan lancar membuatkan ramai kagum, terutama dengan sebutan serta makhrajnya ketika membaca ayat suci al-Quran.

Bilal Curi Perhatian, Neelofa Kongsi Didikan Al-Quran Sejak Kecil, “Makhraj Dah Bunyi Macam Arab”

Muhammad Bilal Didedahkan Dengan Al-Quran Sejak Kecil

Di sebalik perkembangan itu, Neelofa berkongsi bahawa Bilal sebenarnya telah didedahkan dengan surah-surah pendek, doa harian dan pembelajaran al-Quran sejak usia awal.

“Boleh bayangkan tak macam mana rasa bila kita tengok anak kita umur setahun lebih, dua tahun, dah boleh baca surah-surah pendek? Boleh kita baca al-Quran? Ya!

“Sekarang kita mula dengan surah pertama, okey?” katanya.

Menurut Neelofa, antara bahan yang digunakan dalam proses pembelajaran Bilal ialah buku pembelajaran daripada Mommy Hana yang sudah diperkenalkan kepadanya sejak kecil.

Bermula dengan mengenali huruf, doa dan surah, pembelajaran secara berperingkat itu akhirnya membolehkan Bilal melakukan sesi tasmi’ bersama bapanya.

“Tasmi’ time with Bilal @mommyhanaofficial.

“Bilal dengan buku Mommy Hana ni memang dari kecil lagi. Banyak sangat manfaat My First Book ni dalam perjalanan dia belajar, dari doa, surah, huruf sampai sekarang dah boleh tasmi’ sama-sama.

“Little by little, istiqamah. Semoga apa yang dipelajari hari ini melekat di hati sampai besar,” tulis Neelofa.

Perkongsian itu memperlihatkan bagaimana proses pembelajaran dilakukan secara sedikit demi sedikit. Daripada pengenalan kepada huruf dan doa sehinggalah menghafaz surah, semuanya menjadi sebahagian daripada perjalanan Bilal mengenali al-Quran.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Makhraj Muhammad Bilal Buat Ramai Kagum

Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai warganet yang kagum melihat perkembangan Bilal.

Selain kelancaran menghafaz, sebutan dan makhraj Bilal turut mendapat perhatian.

“Bunyi macam anak orang Arab, Masya-ALLAH! Moga dalam jagaan-NYA sentiasa! Amin.”

“Masya-ALLAH. Bilal anak soleh!”

“Masya-ALLAH, Bilal bunyi makhraj dia.”

Ada juga yang melihat perkembangan Bilal sebagai hasil pendedahan serta latihan yang dilakukan sejak usia awal.

Bilal Curi Perhatian, Neelofa Kongsi Didikan Al-Quran Sejak Kecil, “Makhraj Dah Bunyi Macam Arab”

Ads

Neelofa Kongsi Prinsip Sedikit Demi Sedikit, Yang Penting Istiqamah

Bagi Neelofa, perjalanan mendidik anak bukan sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata. Sebaliknya, ia memerlukan pendedahan secara berperingkat dan konsisten sejak anak masih kecil.

Perkongsiannya itu secara tidak langsung boleh menjadi inspirasi buat ibu bapa bahawa usaha mendekatkan anak dengan al-Quran boleh dimulakan menerusi perkara mudah.

Memperdengarkan bacaan al-Quran, mengulang surah pendek, membiasakan doa harian dan memperkenalkan huruf hijaiyah mengikut kemampuan anak antara langkah yang boleh dilakukan dalam rutin seharian.

Seperti yang dikongsikan Neelofa, semuanya bermula “little by little, istiqamah.”

Ads

Pembelajaran Al-Quran Mengikut Kemampuan Anak

Setiap anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Apa yang penting, ibu bapa menyediakan ruang dan suasana positif supaya anak mengenali al-Quran dengan penuh kasih sayang, tanpa tekanan.

Proses pembelajaran juga tidak semestinya dilakukan dalam satu tempoh yang panjang pada satu-satu masa. Pengenalan secara berperingkat melalui huruf, doa dan surah-surah pendek boleh menjadi sebahagian daripada rutin anak mengikut kesesuaian serta kemampuan mereka.

Dalam perkongsian Neelofa, perkembangan Muhammad Bilal juga bukan digambarkan sebagai sesuatu yang berlaku serta-merta. Sebaliknya, ia bermula daripada pendedahan sejak kecil sebelum diteruskan sedikit demi sedikit sehingga dia mampu melakukan sesi tasmi’ bersama bapanya.

Usaha Kecil Untuk Dekatkan Anak Dengan Al-Quran

Pengalaman Neelofa bersama anaknya turut memperlihatkan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran di rumah. Aktiviti mudah yang dilakukan secara konsisten boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman anak mengenali al-Quran.

Pada masa sama, perkembangan setiap kanak-kanak tidak seharusnya dibandingkan. Ada yang mungkin lebih cepat menghafaz, manakala ada yang memerlukan lebih banyak masa untuk mengenali huruf atau mengingati bacaan.

Semoga usaha kecil yang dilakukan hari ini menjadi bekalan besar buat anak-anak apabila mereka dewasa kelak, dan al-Quran terus dekat serta melekat di hati sepanjang kehidupan.

BACA SINI : Muka Anak Neelofa Kembali Jadi Perhatian, Wajah Muhammad Bilal Tanpa Sticker

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Eina Azman Urus Sendiri Media Sosial Anak-Anak, “Mereka Tak Pernah Tahu...

Eina Azman dedah cara bijak mengawal gajet dan media sosial anak, termasuk tidak memberi kata laluan serta menggalakkan aktiviti sukan.