Ads

Najwa Latif Anggap Suami Anugerah Dalam Hidup, “Selalu Ingatkan Saya Cantik”

Najwa Latif meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan seorang suami yang sentiasa berada di sisinya, terutama selepas melalui fasa baharu kehidupan sebagai seorang ibu.

Dalam kehidupan berumah tangga, sokongan pasangan bukan hanya hadir melalui perkara besar. Kadang-kadang, kata-kata penghargaan, bantuan menguruskan anak dan kesediaan menjadi tempat meluah sudah cukup membuatkan seorang isteri berasa disayangi.

Begitulah yang dirasai penyanyi Najwa Latif terhadap suaminya, Akwa Arifin, yang disifatkan sebagai antara anugerah besar dalam hidupnya.

Najwa Latif Anggap Suami Anugerah Dalam Hidup, “Selalu Ingatkan Saya Cantik”

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 31, menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai suami yang sentiasa berusaha memudahkan urusannya sebagai isteri dan ibu.

Menurut pelantun lagu Cinta Muka Buku itu, Akwa tidak pernah lokek mengucapkan terima kasih dan menghargai setiap perkara yang dilakukannya, termasuk ketika mengurus serta menyusukan anak mereka, Medina.

“Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memudahkan segala urusan saya. Tak pernah sekali pun buat saya rasa bersalah.

“Sentiasa ucap terima kasih setiap kali saya buat sesuatu, termasuk ketika menyusukan Medina. Sentiasa bantu uruskan Medina dan banyak membantu dalam hal rumah,” kongsinya.

Najwa Latif: “Suami Saya Tetap Nampak Saya Cantik”

Apa yang paling menyentuh hati, Najwa turut berkongsi bagaimana suaminya sentiasa meyakinkan dirinya bahawa dia tetap cantik.

Ads

Kata-kata positif daripada Akwa itu membuatkan Najwa tidak lagi mudah terkesan dengan komen atau pandangan negatif orang luar terhadap penampilannya.

“Akwa juga selalu ingatkan saya yang saya cantik. Jadi sekarang, bila ada orang kata saya tak cantik, saya dah tak terasa.

“Sebab yang penting, suami saya tetap nampak saya cantik,” katanya.

Bagi seorang isteri, pujian dan penghargaan daripada pasangan mungkin kelihatan seperti perkara kecil, namun ia mampu memberi kesan besar terhadap emosi dan keyakinan diri.

Dalam perkongsian tersebut, jelas bahawa penghargaan yang diberikan Akwa bukan hanya melalui kata-kata. Sokongan dalam menguruskan kehidupan seharian dan anak turut menjadi antara perkara yang begitu dihargai oleh Najwa.

Najwa Latif Anggap Suami Anugerah Dalam Hidup, “Selalu Ingatkan Saya Cantik”

Ads

Najwa Latif Cerita Suami Serba Boleh Urus Anak Dan Rumah

Najwa turut menyifatkan suaminya sebagai seorang yang serba boleh, terutama apabila melibatkan tanggungjawab menguruskan keluarga.

Bukan sahaja membantu menjaga Medina, Akwa juga sanggup belajar mengenai dunia penyusuan dan pam susu, selain menjadi pendengar setia serta tempat Najwa meluahkan segala rasa.

“Dia lah jururawat, dia lah pencuci rumah, dia lah yang sanggup belajar tentang dunia pam susu, tukang urut, pendengar dan tempat saya meluahkan segala-galanya,” luah Najwa.

Akwa Pernah Takut Bergelar Seorang Ayah

Dalam masa sama, Najwa mendedahkan suaminya pernah berasa takut untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Namun selepas melihat sendiri cara Akwa menjaga dan menyayangi Medina, Najwa Latif mengakui suaminya ternyata mampu menjalankan peranan itu dengan baik.

Ads

“Akwa selalu cakap dulu dia takut untuk bergelar seorang ayah. Tapi lihatlah sekarang, dia ternyata sangat baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dengan izin Allah, Alhamdulillah,” katanya.

Perjalanan Rumah Tangga Najwa Latif Dan Akwa

Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022.

Pasangan ini kemudian dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Medina, pada 11 November 2025, tarikh yang turut menjadi ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.

Perkongsian Najwa Latif ini sekali lagi mengingatkan bahawa kebahagiaan dalam rumah tangga tidak semestinya diukur dengan kemewahan. Sebaliknya, rasa dihargai, dihormati dan disokong oleh pasangan juga menjadi antara perkara paling bermakna dalam perjalanan sebuah perkahwinan.

Perkara yang kelihatan sederhana seperti mengucapkan terima kasih, membantu menjaga anak, melakukan kerja rumah, mendengar luahan pasangan dan memberikan kata-kata positif boleh membawa makna tersendiri dalam hubungan suami isteri.

BACA LAGI : Shila Amzah Pertahan Najwa Latif, Tegas Body Shaming Ibu Sangat Menyakitkan

Sumber: Instagram @njwalatif

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Baru 10 Tahun, Sudah Galas Tanggungjawab Jaga Ibu Yang Tidak Dapat...

Muhammad Shameer, 10, ikhlas membantu ibu berkerusi roda, mengurus kerja rumah dan menjual aiskrim untuk mencari wang saku sendiri.