Mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir).
Demikian menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Malah, perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.
Jelasnya menerusi laporan di dalam Kosmo Online, ini adalah kerana terdapat pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperoleh barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang.
la juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan.
Ads
“Umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana termasuk di dalam dosa besar,” katanya.
Ads
Tambahnya, seorang muslim tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.
Umumnya terdapat pelbagai jenis mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran. Tetapi ada beberapa variasi mainan murah tertentu berperanan dalam membantu kanak-kanak belajar dan berkembang.
Ini diantara jenis mainan yang mak ayah perlu belikan untuk anak-anak di rumah. Wajib ada!
1. Blok dan mainan binaan
Pemainan blok dipercayai dapat merangsang pertumbuhan otak dalam semua aspek perkembangan. Malah ada kajian membuktikan kanak-kanak yang bermain blok secara kerap ketika berusia 3, 4 dan 5 tahun akan lebih baik dalam pelajaran matematik, khususnya algebra apabila berada di sekolah menengah.
Terdapat banyak pilihan blok dan set pembinaan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan, termasuklah blok kayu dan lego.
2. Mainan kanak-kanak susun gambar dan mainan penyelesaian masalah
Jigsaw puzzle atau susun gambar, sama seperti permainan blok dan lego, turut menyokong perkembangan kanak-kanak dalam pelbagai cara.
Semasa kanak-kanak menyelesaikan game susun gambar, mereka sebenarnya sedang menggunakan:
* Kemahiran menyelesaikan masalah
* Koordinasi tangan-mata
* Kemahiran motor halus
* Pengecaman bentuk
* Ingatan
* Kemahiran kesedaran spatial dan banyak lagi
Kanak-kanak pada usia 2-3 tahun boleh melakukan yang terbaik dengan susun gambar 4-12 keping. Manakala kanak-kanak prasekolah akan seronok menyelesaikan puzzle yang lebih kompleks antara 12-20 keping atau lebih.
3. Playdough, slime & bola
Apabila anak bermain sebarang mainan budak melibatkan penggunaan kedua-dua belah tangan, ia meningkatkan koordinasi antara tangan serta mata dan kemahiran lain seperti menggenggam dan memegang.
Bermain playdough atau tanah liat, slime atau bola merupakan antara contoh mainan kanak-kanak yang melibatkan penggunaan kedua belah tangan.
4. Pretend play
Pretend play atau role play, merupakan permainan dramatik yang mempunyai manfaat kognitif, sosial dan emosi yang terbaik.
Melalui permainan seperti ini, contohnya bermain masak-masak, doktor atau guru, anak akan mula menerokai apa yang disukai, diminati dan menjelajahi dunia di sekeliling mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada anak untuk belajar sesuatu perkara baharu berkaitan kehidupan.
Mainan kanak-kanak yang menyokong permainan ini termasuk perabot saiz kanak-kanak, pakaian dan solekan, anak patung dan pakaiannya, makanan plastik, mesin tunai, alat permainan pengangkutan dan sebarang barangan kreatif membolehkan anak ‘berlakon’ (pretend).
5. Kit seni & kraf
Seni dan kraf merupakan antara mainan yang digemari kanak-kanak. Berikan anak kertas, pensel warna, krayon dan gunting yang selamat untuk mereka.
Lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila berjaya menghasilkan potongan bentuk unik. Berikan sokongan dan percayalah ia akan terus meningkatkan motivasi mereka untuk lebih berimaginasi dan menjadi kreatif.
6. Mainan muzikal
Seperti lagu, muzik juga memainkan peranan penting dalam kehidupan anak yang membolehkan mereka membesar dan mengembangkan ingatan sambil meningkatkan kemahiran sosial.
Hadiahkan anak drum mainan dan lihatlah mereka berseronok mengetuk dan ketawa. Xylophones turut merupakan antara mainan muzikal yang disukai kebanyakan kanak-kanak.
7. Basikal, kasut beroda & skipping rope, antara mainan budak berfaedah
Jangan biarkan anak terkurung di rumah! Manfaatkan cuaca yang baik pada waktu petang (atau pagi) dan bawa mereka ke taman permainan dengan aktiviti seperti di atas. Selain baik untuk fizikal ia juga baik untuk mengimbangkan badan dan kemahiran berfikir.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup berjiran memerlukan tolak ansur dan prihatin dengan perkara-perkara yang sensetif antara satu sama lain. Bukan sahaja tingkah laku dan budi bicara perlu diambil kira dalam berbuat baik dengan ahli kejiranan, malah bab kebersihan juga memberi kesan pada hubungan baik dengan jiran tetangga.
Contoh jelas, bila mana kita ada memelihara kucing peliharaan di rumah. Jika salah pertimbangan dan caranya boleh mengundang perbalahan di antara jiran yang paling hampir dengan rumah kita. Apa tidaknya, maslaah bau dan najis kucing umpamanya sering menjadi punca utamanya.
Namun tidak pernah sekali pun terjadi hal tersebut dalam keluarga Puan Suraya Sulaiman dengan kejiranannya apabila memelihara bukan seekor malah lapan ekor kucing keseluruhannya. Jom ketahui perkongsiannya tentang tip dan cara bagaimana keluarga ini lakukan.
Memelihara 8 ekor kucing saya kena fikirkan perasaan kejiranan kiri dan kanan. Saya tidak mahu jiran-jiran rasa tidak selesa bila saya banyak membela kucing. Oleh itu, saya akan pastikan tiada bau. Malah disebabkan saya begitu mengambil berat hal ini, ada juga jiran-jiran saya tidak tahu yang kami sekeluarga memelihara kucing sebanyak ini.
Malah jika mereka berkunjung ke rumah saya pun ada di antaranya tidak sedar akan kucing di dalam rumah ini. Memandangkan anak-anak bulus semua saya tempatkan di bilik khas yang berada di tingkat atas bersebelahan bilik tidur anak ke dua saya Muhamad Aqil Faris, 14 tahun.
Rahsia tidak berbau
Bilik kucing direka khas untuk ‘anak-anak bulus’ kami dengan menelan belanja RM4,000 semuanya. Di bilik tersebut ada penghawa dingin, blower dan apa yang lebih penting bekas najis adalah di tempah khas bagi menjamin kediaman ini tidak berbau. Ruang bilik juga direka khas untuk kelapan-lapan kucingnya berasa selesa.
Selain itu, kami juga meletakkan arang di dalam bilik kucing untuk memastikan bau dapat diserap sepenuhnya.
Tip Rumah Tidak Berbau
2. Disiplin dalam jaga kebersihan
3. Mandikan kucing
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik usia anak pelakon Raja Ilya, Talita Love dah pun masuk 9 bulan.
Menerusi perkongsiannya terhadap perkembangan Talita di laman Instagram, anaknya itu kini sudah mampu memahami 3 bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil ketika disuruh Raja Ilya untuk bawa kain ke ruang tamu.
“Test language Power @talitalovegarrett yang 9 bulan ni. Speaking in 3 different languages and I’m shocked she react to. Nak Bapa dia buat free breakfast kene laa buat kerja rumah,” tulisnya.
Seakan-akan faham dengan arahan ibunya, Talita kelihatan terus bergerak ke ruang tamu bersama kain yang diletakkan di atas walker bayi itu.
Sementara itu, Raja Ilya turut meluahkan rasa sebaknya apabila seakan tidak percaya yang dia sudah mempunyai anak sendiri dikala menjelang syawal kali ini.
“Macam tak percaya Raya ni ada darah daging sendiri (happy tears) tak tahu nak cakap macam mana, lain macam feeling minggu ni bila nak dekat dekat raya ni,” luahnya.
Meninjau pula ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi perasaan yang sama seperti Raja Ilya ketika melihat perkembangan anak-anak.
Untuk rekod, pelakon berdarah kacukan ini telah sah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Trent Garret pada Disember 2018 di Perth Australia dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Talita Love.
Sumber: Instagram Raja Ilya
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di