Jika  aircond tiba-tiba rasa tak sejuk mesti kita rasa tidak puas hati bukan? Lazimnya keadaan ini berlaku  selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang sudah menebal pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.

Kebiasaannya, bila terjadi seperti ini  kita akan mencari pakar untuk menyelenggarakan aircond tersebut. Maklumlah selalu kita anggap bila bab berkaitan aircond kena ada ilmu dan skil untuk membaikinya.

Pun begitu, tahukah anda sebenarnya membersihkan aircond boleh anda lakukan sendiri dan kerja ini tidaklah terlalu susah hatta sesiapa pun boleh melakukannya.

 

 

 

Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Ima Shanisma hasil kerajinan suaminya melakukan tugasan tersebut. Jom perhati satu persatu agar lebih mudah difahami untuk dipraktiskan!

“Hai semua hari ni sis saja nak share sikit projek cuti hubby. Dia memang tak reti duk diam kat rumah . Bila sel-sel otak dia mula berhubung mulala nak buat sesuatu. 

Hari ni dia terlebih rajin nak cuci aircond bilik. Dah 3 tahun guna aircond ni tapi tak pernah lagila bersihkan segalanya. Selalunya cuci penapis habuk itu sahaja.

Tapi dua tiga hari ni rasa aircond macam kurang sejuk dan slow je angin dia. Terus hubby kata kena service aircond ni kalau tak nanti lama-lama rosak pulak.

Berbekalkan sedikit ilmu dan kemahiran, pagi tadi terus dia mulakan kerja-kerja pembersihan. Kalau panggil orang servis aircond, silap-silap habis Rm200! Jadi jimatla sikit belanja.”-Ima Shanisma

 

 

Ini perkongsian puan Ima Shanisma Via Kelab Kaki Deko bagaimana caranya suaminya melakukan pembersihan aircond dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita bersama. Selamat mencuba!

IKLAN

KEADAAN AIRCOND YANG PENUH HABUK.

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat! Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat! Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!

 

SEGERALA LAKUKAN INI!

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!

  1. Buka penapis habuk dan tanggalkan. Cuci dengan air. Kalau nak memberus pun boleh sebaiknya guna berus sabut.

 

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!2. Blower yang kotor sangat ni hubby berus guna penyapu kecil yang orang selalu guna di masjid untuk buang taik cicak tu, sebab itu je yang ada tadi. Penuh habuk kan? Maklumla tak pernah buka semuanya.

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!3. Tebal sgt habuk kat situ. mcm mana tak lambat nak sejuk kan..erm berbekalkan berus gigi anak yang dah tak guna. Hubby guna untuk berus cooling coil. Baru tau je benda apa tu colling coil haha. Masa sebelum nak memberus tu seeloknya spray dulu air bagi habuk tersebut mudah tanggal dan tak berterbangan. Berus hati-hati ye sebab plat besi tu lembut sangat mudah bengkok.

 

IKLAN

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!4. Sudah bersih. Biar kering dulu.

 

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!

5. Outdoor panel pulak hubby tanggal penutup kipas tu terus. Boleh cuci kipas dan penutup depan tu sekali. Dan semua benda yang ditanggalkan cuci dan keringkan.

 

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!6. Dah siap dipasang semula. Abaikan paip hitam tu sebab paip tu guna sebagai penahan pintu grill dari menghentam aircond tusetelah hampir siap dipasang sepenuhnya. Dah nampak bersih dan macam baru.

 

IKLAN

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!7. Dah siap…sejuk, angin pun laju dan lebih senyap dari sebelumnya.

 

Sumber :  Ima Shanisma via kelab kaki deko

 

Cuci Aircond Tak Perlu Jadi Pakar Sebab Mudah Je Macam Lelaki Ni Buat!

Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.

ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI