Bukan mudah untuk merancangan perbelanjaan setiap bulan. Setiap bulan ada je yang tak cukup akibat terlebih guna. Akibatnya duit nak simpan pun tak ada.

Tidak dinafikan kita semua berniat nak menabung tapi jika tidak ada tindakan yang betul dan semangat yang tinggi, sudah tentu tak menjadi.

Jadi untuk pastikan tidak berbelanja berlebihan, kita perlu bijak menyenaraikan semua perbelanjaan yang dibuat setiap bulan. Nak tahu caranya ikuti sebagaimana yang dilakukan oleh suri rumah tangga ini. Caranya sistematik dengan sampul yang digelar sampul Doraemon membantunya berbelanja secara berhemah.

Sampul Doraemon

Lama dah nak share tentang sampul Doraemon Hawa ni. Bukan angpow or duit raya tau tapi inilah caranya Hawa susun perbelanjaan rumah setiap bulan sebagai surirumah yang bekerja dari rumah.

Old school sangat. Tu sebab malu nak share. Tapi hari ni share jugalah. Mana tau boleh bantu pembaca untuk uruskan kewangan keluarga dengan lebih baik di zaman serba mahal ni.

Sebenarnya, cara ini Hawa adaptasi daripada cara T.Harve Eker (6 Jars Money Management System) di mana kita menetapkan peratus duit dari income kita untuk kegunaan satu-satu perkara.

Susun Perbelanjaan Rumah Guna Sampul ‘Doraemon’, Wanita Ini Sedia 8 Kategori Siap Ada Bajet Untuk ‘Berjimba’, Memang Sistematik Cara Ni!

Contoh kiraannya adalah macam ni. Katakan duit gaji bulanan kita adalah RM2000, bahagikan kepada 6 jars yang setiap satunya ada peratus tersendiri seperti di bawah.

1.55 % Necessities (keperluan) – semua keperluan hidup seperti barang dapur, toiletries, bil elektrik, bil air, yuran taska anak, rumah, kereta dan lain-lain.
2.10% Long Term Saving for Spending (LTSS) – simpanan untuk digunakan. Contohnya, simpan untuk deposit beli rumah, untuk travel ke luar negara dan sebagainya.
3.10% Play – tabung ini untuk enjoy. Inilah duitnya untuk ke pasar malam, belanja family makan di luar, tengok wayang dan seumpamanya. So, tak kacau duit lain.
4.10% Education – tabung upgrade ilmu. Tak kisahlah ilmu apa asalkan jangan ilmu hitam sudahlah ye. Ini tabung untuk beli buku, pergi seminar , kelas untuk upgrade ilmu.
5.10% Financial Freedom Account (FFA) – ini tabung untuk bebas kewangan di mana, tabung ini boleh create passive income untuk kita. Tabung ini tidak akan sekali -kali diusik ya ! Jangan suka- suki nak korek. Tabung ini boleh dilaburkan ke ASBF, Unit Trust , Public Mutual, any Retirement Scheme , letak di Tabung Haji (walaupun dividen dah ciput, kah!) Dan seumpamanya.
6. 5% Give – Adalah sangat digalakkan untuk memberi kan? Semakin banyak yang kita beri semakin banyak yang datang. Kesanggupan kita memberi itu tandanya kita bersyukur dengan apa yang kita dapat dan sudi berkongsi. Ini tabung untuk kita sedekah, infaq, hadiah kepada ibu bapa dan sebagainya.

Peratus untuk setiap jars tu boleh saja diubah mengikut keadaan masing-masing. Apa yang penting adalah habit atau disiplin kita dalam menguruskan kewangan. Satu perkara lagi yang ditekankan selain disiplin menguruskan duit adalah ada SIMPANAN setiap bulan.

Jadi, berdasarkan 6 jars di ataslah, Hawa come out dengan 8 Sampul Duit Old School sangat nih! Hihi.

Susun Perbelanjaan Rumah Guna Sampul ‘Doraemon’, Wanita Ini Sedia 8 Kategori Siap Ada Bajet Untuk ‘Berjimba’, Memang Sistematik Cara Ni!

Sampul-sampul ini Hawa buat untuk memudahkan pembahagian duit ikut keperluan. Kebaikannya adalah :

1.Tak ada isu “tertarik” sana-sini lepas tu terjerut leher!
2.Lebih disiplin menyimpan. Bahagian nak simpan, ketepikan siap-siap. Sampul-sampul ni untuk berjoli je. Eh! Bukan. Untuk digunakan secara berhemahlah.
3.Tak ada isu tak cukup duit nak bagi kat parents bulan-bulan.
4.Belanja tak ikut nafsu.
5.Dapat enjoy, fun-fun dengan duit. Yeah!
6.Elakkan berhutang sana-sini.
7.Suntik semangat untuk berbisnes bersungguh-sungguh. No alasan!
8.Rasa bebas dan seronok untuk memberi dan tiada rasa “kalau aku bagi ni, nanti tak cukup duit aku nak makan bulan ni!”. Alhamdulillah.
9.Gembira dapat gembirakan orang-orang tersayang. Boleh balik kampung dengan tenang.
10. Tenang dan lapang hidupku. Again , Alhamdulillah.

Ok. Itulah antara 10 kebaikan yang Hawa alami selama amalkan sampul old school ni.

IKLAN

Sekarang cerita macam mana nak susun duit ke dalam sampul-sampul tersebut.

Boleh tengok contoh kiraan di bawah.

Kiraan ini mengambil kira apa yang Hawa perlu bayar atau selesaikan setiap bulan. Part ni, adalah lebih baik untuk berbincang dengan pasangan masing-masing (jika ada). Haruslah telus dan transparent okay! Hehe.

Untuk family kecil kami, kami decide komitmen yang besar-besar macam kereta, rumah, belanja utama, untuk anak-anak, pendidikan anak (jika ada), takaful, hibah, bil elektrik, bil air dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawab suami.

Hawa ambil bahagian yang tidak diambil suami sahaja seperti contoh di bawah.

Contoh pendapatan bulanan : RM3000
(Diulangi! Ini contoh sahaja ye untuk mudah nampak cara pembahagiannya tu).

1.60% – Necessities (Keperluan dapur, wifi, toiletries, petrol/travel balik kampung , supplements, skin care, kesihatan, hutang piutang sendiri bukan suami punya (jika ada), maintenance bulanan kereta dan lain-lain). Untuk ini peruntukannya adalah RM1800. Ini dibahagikan ke dalam sampul No.1, No.3, No.5 dan No.7 ikut amaun yang kena bayar.

2. 15% – FFA savings . Untuk ini peruntukannya RM600 daripada pendapatan. Biasanya untuk part ini, akan terus transfer secara online. First step kena buat sebelum susun duit ke dalam sampul-sampul yang nak dibelanjakan.

3. 10% – LTSS . Untuk ini peruntukannya adalah RM 300. Ini sampul No. 4. Sampul barang rumah atau deko. Ianya boleh bertukar dari semasa ke semasa mengikut keperluan semasa. Mungkin tahun depan jadi sampul Pulau Jeju ke pula kan? Atau deposit beli rumah? Mungkin. Jadi, buat masa ini, sampul ini berguna untuk beli barang-barang rumah sebab kami baru juga pindah, sebelum ini menyewa. Nak pasang langsir, grill, rak laundry ke apa, ongkosnya dari sampul ini. Tak cukup? Sabarlah! Tunggu cukup baru beli. Hehe. Hawa cuba elakkan beli sesuatu dengan cara bayar banyak kali, dah habis bayar baru dapat barang atau main kutu atau ambil barang bayar ansuran. Tidak! Sejenis tak berapa sabar nak bayar banyak-banyak kali. Once dah bayar, nak tengok barang depan mata terus. Satu hal lagi tak mahu berhutang.

4.10% – Give. Untuk ini peruntukannya RM 300 daripada pendapatan. Yang ini boleh beri kepada parents secara konsisten setiap bulan. Pendapatan bertambah, nilai 10% sampul give ini juga akan bertambah. Boleh juga guna untuk sedekah dan sebagainya. Pandai-pandailah susun. Ini masuk dalam sampul No. 2. Jangan guna buat beli jajan pulak! Hihi.

IKLAN

5. 5% – Education . Untuk ini peruntukannya RM150 daripada pendapatan. Guna untuk beli buku sendiri atau pergi kelas tambah ilmu. Edutoys , buku-buku anak-anak juga boleh guna sampul ni. Ini masuk sampul No.6.

6. 5% – Play / Fun . Untuk ini peruntukannya RM150 juga. Bolehlah guna untuk berjimba kat pasar malam ke, nak beli ayam KFC hijau tu ke, belanja mak makan, pergi Langkawi beli Corelle, bawa anak tengok Boboboy atau kumpul buat beli handbag Coach original bukan grade AAA. Ahaks! Gurau je. Sikit? Nak banyak, usaha gemukkan pendapatan, InsyaaAllah sampul play /fun ni pun jadi gemuk juga. Horey! Ini masuk sampul No.8.

Begitulah caranya guna 8 Sampul old school tu. Alhamdulillah sangat membantu sampai hari ini. Sebelum kami buat macam ni, kadang tak tersedar duit habis macam tu je. Eh! Rasa macam banyak lagi, pergi mana duit aku? Haha.

Selain itu Hawa juga wujudkan 3 tabung ni. Guna je balang apa yang ada di rumah.

Susun Perbelanjaan Rumah Guna Sampul ‘Doraemon’, Wanita Ini Sedia 8 Kategori Siap Ada Bajet Untuk ‘Berjimba’, Memang Sistematik Cara Ni!

Tabung resit. Aiyyaaaa. Hehehe. Tabung ini gunanya untuk masukkan resit-resit yang belum diproses. Daripada resit-resit tu, kita boleh trace perbelanjaan dan buat muhasabah sikitlah. Ok ke tak cara berbelanja untuk setiap bulan? Resit-resit ini juga berguna untuk dokumentasi. Gitu.

Susun Perbelanjaan Rumah Guna Sampul ‘Doraemon’, Wanita Ini Sedia 8 Kategori Siap Ada Bajet Untuk ‘Berjimba’, Memang Sistematik Cara Ni!
Ini tabung duit hijau RM 5 . Tabung ini akan dikosongkan bila penuh dan disimpan di tempat sepatutnya atau beli emas. From Green To Gold.

Susun Perbelanjaan Rumah Guna Sampul ‘Doraemon’, Wanita Ini Sedia 8 Kategori Siap Ada Bajet Untuk ‘Berjimba’, Memang Sistematik Cara Ni!

Ini tabung sedekah Subuh. Setiap hari tak kiralah berapa RM, kena masukkan duit ke tabung ini lepas Subuh. Tabung ini biasanya akan dikosongkan setiap minggu. Beli makanan dan bagi-bagi kat jiran ke atau beli barang dapur untuk mereka yang perlukan. Macam tulah.

Apapun, dalam hal kewangan ini, jika anda seorang isteri digalakkan berbincang dengan pasangan untuk pengurusan kewangan yang lebih baik. Apa yang penting kerjasama, saling memberi dan saling membantu. Kalau suami mampu untuk cover semua perbelanjaan, Alhamdulillah.

IKLAN

Boleh wujudkan sampul yang sesuai untuk keadaan masing-masing. Seperkara lagi, jangan lupa part zakat. Jika wajib bayar zakat pendapatan, zakat harta, emas, ternakan dan sebagainya tunaikanlah.

Income banyak bolehlah buat macam tu! Kalau sikit or defisit tiap-tiap bulan, payahlah. Tenang kawan. InsyaaAllah ada jalan penyelesaiannya.

Jika memang pendapatan kita tidak cukup, usahakanlah untuk cari lebih banyak paip income.

Lately, banyak je peluang yang ada. Jadi dropship tanpa modal atau modal rendah pun ada. Modal masa dan kesungguhan tu yang utama. Allah pasti akan beri kepada hambaNya yang berusaha. Yakin, percaya dan buat sampai dapat .

Mudah-mudahan perkongsian Hawa untuk kali ini bermanfaat untuk semua especially kaum isteri atau wanita.

Sumber: Hawa Hassan

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Susun Perbelanjaan Rumah Guna Sampul ‘Doraemon’, Wanita Ini Sedia 8 Kategori Siap Ada Bajet Untuk ‘Berjimba’, Memang Sistematik Cara Ni!

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Susun Perbelanjaan Rumah Guna Sampul ‘Doraemon’, Wanita Ini Sedia 8 Kategori Siap Ada Bajet Untuk ‘Berjimba’, Memang Sistematik Cara Ni!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI