Bukan minta Diviral ,namun hati terdetik untuk mendidik masyarakat agar tidak meratapi kematian dengan raungan tangisan. “Usah gundah gulana jika anak syurga telah kembali ke Rahmatullah. Bersyukurlah sbb Allah pilih kita utk jaga anak syurga biarpun hanya setahun 2 bulan. Alhamdulillah…Allah beri kekuatan pd saya & isteri utk urus dgn tenang dan redho dgn pemergian anak syurga kpd penciptanya.”

Memang benar, mana mungkin setiap ibu dan ayah akan lupakan keletah comel anak tersayang. Lebih-lebih lagi inilah anugerah terindah dan sebagai tanda cinta. Namun siapa sangka, momen indah ini hanya sementara sahaja. Buat pasangan Amizudin Bin Ahmat dan isteri, yang baru kehilangan anak akibat sakit jantung redha dengan ketentuan Ilahi. Luahannya untuk berkongsi cerita di laman facebooknya telah meruntun jiwa ramai netizen yang melihat perkongsiannya sehingga menjadi viral.

Posted by Amizudin Bin Ahmat on Sunday, 23 September 2018

Allahuakbar dah jd viral rupanya….

Sejujurnya sy nk didik masyarakat…

Kematian haram diratap apatah lg nangis meraung2…

Usah gundah gulana jika anak syurga telah kembali ke Rahmatullah…

Bersyukurlah sbb Allah pilih kita utk jaga anak syurga biarpun hanya setahun 2 bulan

Alhamdulillah…Allah beri kekuatan pd saya & isteri utk urus dgn tenang dan redho dgn pemergian anak syurga kpd penciptanya….

Terima kasih pd semua yg mendoakan anak syurga ini….

Pemergian Anak Ini Meruntun Jiwa Ribuan Netizen. Perkongsian Bapa Ini Bukan Minta Diviral, Tapi Ingin Mendidik.

IKLAN

Menceritakan detik-detik sebelum anaknya menghembuskan nafas terakhir, kata bapa ini, ia berlaku ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Innalillahiwainnailaihirojiun….

Dari Allah kita dtg kpdnya kita akan kembali…

Auliya Amani Bt Amizudin telah kembali ke Rahmatullah ketika dlm perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Kami singgah sebentar di rumah Mak Ngah di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Tiba2 Auliya menangis tp air mata x keluar… puas juga saya membaca ayat2 Al Quran akhirnya setengah jam Auliya dah ok x nangis tp nampak dia lain sikit ….nampak dia lemah longlai…terus sy bergegas ke Hospital Ipoh tp takdirnya Allah lebih menyayanginya….

Saya redho dgn pemergiannya…. Auliya Amani anak syurga….

IKLAN

14 Julai 2017 tarikh lahirnya…. setahun 2 bulan…

Smg Auliya Amani menanti kami di pintu syurga….

Alhamdulillah kami tabah hadapi ujian berat ini….

Momen Indah Yang Tidak Akan Dilupakan 

Posted by Amizudin Bin Ahmat on Sunday, 23 September 2018

Anak syurga gelagatnya yg sukar sy lupakan…

Posted by Amizudin Bin Ahmat on Sunday, 23 September 2018

Tkasih pd semua yg mendoakan….

IKLAN

Auliya Amani mengidap sakit jantong….

Tkasih pd semua yg telefon saya….

Doakan semoga kami terus tabah….

Anak hanya pinjaman sampai masa ia akan kembali pd Allah..

Terus redho…biarpun bukan mudah utk melupakan kenangan bersama Auliya Amani. Smg mamanya Aminur Fathi terus tabah dan redho…

Yakinlah ada hikmahnya…

Nantikan Ibu Ayah Di Pintu Syurga

Pemergian Anak Ini Meruntun Jiwa Ribuan Netizen. Perkongsian Bapa Ini Bukan Minta Diviral, Tapi Ingin Mendidik. Pemergian Anak Ini Meruntun Jiwa Ribuan Netizen. Perkongsian Bapa Ini Bukan Minta Diviral, Tapi Ingin Mendidik.

Anak syurga Auliya Amani bt Amizudin akan dikebumikan jam 9 pagi hari ini di Kg Bukit Tengah, Jeram, Kuala Selangor

Sumber: Amizudin Bin Ahmat 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI