Dua puluh satu tahun melayari kehidupan berumah tangga, pelakon Ozlynn menitipkan nasihat untuk pasangan suami isteri dalam mengharungi kehidupan bersama.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ozlynn turut berkongsi tip komunikasi bersama pasangan yang perlu menjadi tunjang utama dalam perkahwinan.
Akui ibu kepada enam cahaya mata ini lagi, menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak bukanlah satu hal yang mudah namun perlu sabar dalam segala hal selain sokongan kuat dari pasangan.
“Dalam hidup ini banyak yang aku belajar. Ya, tak ada manusia yang sempurna tetapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.
Ads
“Sebab itu dalam perhubungan komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak.
“Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah,” katanya berkongsi.
Ads
Berselisih faham perkara biasa
Bahkan kata Ozlynn lagi, perselisihan faham adalah perkara biasa namun sabar adalah kuncingnya.
“Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.
“Sebab itu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati.
“Tiada pasangan yang tak pernah bergaduh atau terasa hati, baru lah ada warna warni.
“Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan,” luahnya.
Terdahulu Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan Raja Lawak pada tahun 2003. Mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saat bergelar ibu itulah momen yang paling indah dalam hidup seorang wanita, segala kesakitan hilang bila mana melihat wajah si kecil di dalam dakapan. Semua yang sebelum ini menjadi keutamaan sudah berubah.
Kalau dulu sibuk dengan kerja, tetapi kini 24 jam mahu berulit dengan si kecil. Terasa malah untuk keluar bekerja meninggalkan si comel di rumah.
Itu antara situasi yang di alami oleh ibu-ibu yang lain yang baru menimang cahaya mata sulung apabila berasa berat hati untuk meninggalkan anak walaupun sekejap.
Bahkan, situasi tersebut dikongsikan oleh pelakon cantik manis Fazura baru-baru ini menerusi laman instagramnya.
Fazura berkata meskipun dia seorang wanita bekerjaya namun sejak bergelar ibu, berat untuk meninggalkan anaknya, Nur Fatima Aisya meskipun hanya untuk beberapa jam di rumah.
“Saya selalu ditanya sama ada saya berasa rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya. Orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya.
“Tetapi sekarang saya sudah bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari. Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana,” demikianlah soal pelakon Nur Fazura di laman Instagram.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai, termasuklah penyanyi, Liza Hanim yang menitipkan nasihat buat Fazura.
“Tapi awak akan biasakan diri sebab kita bekerja untuk anak-anak juga. Gunakan waktu awak sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan boleh dipercayai.
“Beberapa bulan pertama, saya upah penjaga… jadi, baby saya boleh ikut saya ke lokasi sebab menyusu badan kan… tapi sekarang tempat paling selamat adalah rumah… harap ini dapat membantu awak,” komen Liza.
Fazura berterima kasih kepada Liza atas komen dan nasihat yang diberikan oleh penyanyi senior tersebut.
Beruntungnya badan bila setelah sekian lama menunggu giliran panggilan haji daripada saat mula mendaftar, akhirnya ada rezeki menjadi tetamu Allah di bumi barakah pada tahun ini, syukur!
Pun begitu cuba bayangkan, andai hari ini baru mendaftar haji, itu bermakna anda perlu menunggu 100 tahun lagi. Hal ini dikongsikan oleh mutawif Shauqi Hasan.
100 tahun lagi baru boleh pergi Haji kalau daftar hari ni? Siapa nak pergi Haji wajib baca sampai habis
Kisahnya begini, semalam seorang sahabat saya pergi ke TH untuk daftar urusan haji anaknya. Bila dapat surat ‘booking’ rupanya anak dia kena beratur tunggu giliran naik haji lagi 115 tahun.
Betul ke sampai macam tu sekali?
Untuk pengetahuan semua kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1440H/2019M tahun ni sahaja adalah seramai 30,200 orang.
Jumlah pendaftaran haji yang tengah menunggu sahaja sudah mencecah lebih 2.9 juta orang sehingga 28 Feb 2018 lalu, sekaligus menjadikan tempoh menunggu giliran bagi pendaftaran baru meningkat kepada 106 tahun setahun yang lepas.
Kalau kita pergi Tabung Haji pagi ni, dah naik lagi. Sampai kena tunggu lagi 115 tahun. Bermakna jumlah pertambahan pendaftar haji hari ni dah lebih dari 3 juta orang hingga peningkatan tempoh menunggu bertambah lagi 9 tahun dalam tempoh setahun ini saja.
Harga bayaran kos tunai Haji terkini tahun 2019.
Untuk makluman dan sebagai persediaan diri, kos atau bayaran menunaikan haji pada tahun 2019M/1440 H adalah sebanyak RM 9980 seperti sebelumnya bagi setiap jemaah. Walaupun berlakunya kenaikan kos tunai haji, namun kos tetap dikekalkan seperti sebelumnya bagi setiap jemaah haji Malaysia.
Kos sebenar bayaran haji tahun 2019 bagi bakal haji yang menunaikan haji buat kali pertama dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM 22,450. Namun itu, pihak TH tetap teruskan subsidi sebanyak RM 12,470 setiap seorang.
Pandangan saya, untuk kita menunaikan Haji dari segi kemampuan sebenarnya sudah mampu dari segi dana dan tabungan. Isu yang menyebabkan ramai ‘tergendala’ adalah isu kuota sahaja yang tengah ‘menggila’.
Kita semua kena pakat faham, berhubung kuota haji untuk 2019 adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada 1978 di Amman, Jordan telah memutuskan bahawa Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara hanyalah pada kadar 0.1 peratus. Sikit saja sebenarnya, bukan banyak mana pun.
Jumlah itu dikira berdasarkan penduduk sesebuah negara berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Itulah peratus jumlah yang nak masuk ke Mekah setiap tahun musim haji dari seluruh dunia.
Nasihat saya, jangan runsing dulu. Buat dulu yang wajib satu persatu. Tartil orang kata. Mana yang dah mampu jalan dulu. Umrah tak perlukan kuota. Itu yang bagusnya.
Haji adalah satu kewajipan bagi yang mampu dan umrah juga jatuh hukum wajib bagi mereka yang dah cukup duit simpanan dan berkemampuan kalau sihat tubuh badan.
Kalau tengok kos Haji kali pertama RM9980 tu, lebih kurang sahaja dengan kos nak pergi umrah malah lebih murah. Pakej umrah kalau pergi dengan saya baru RM6990 bagi bulan Mac ni. Kalau pergi semasa musim sejuk harganya boleh pergi sekitar RM7490. Masih dalam kemampuan sebenarnya.
Kalau nak tunggu haji, kita yang dah tua bangka ni kalau belum daftar haji lagi, rasa-agaknya bila tahun pulak dijangka tu ya?
Gais, kalau duit dah cukup. Umur pun muda lagi. Tenaga masih ada jangan tunggu lama-lama, pergilah dulu buat umrah. Manfaat masa yang Allah berikan dengan nikmat yang dah dimudahkan. Pederas dulu buat dengan ilmu sampai kita jelas hakikat ibadah dan sains di sebalik ritual Haji.
Lagipun kita berpenat lelah bersabung nyawa siang malam cari duit, kumpul harta bagai tujuannya nak dijadikan modal untuk sucikan harta dan diri kita di sana juga. Nak pula kalau ada rezeki lebih bawa keluarga, anak-anak dan makbapak. Lagilah seronok.
Kalau rasa dah bersedia jangan segan-segan nak cari saya. Kita boleh pergi sekali, dalami sains di sebalik umrah baik ritual mahupun aktual. Belajar bersungguh-sungguh dan tanamkan impian untuk balik nanti kita mampu jadi insan yang lebih baik dengan kefahaman Kitab dan sunnah di dada.
Untuk anak-anak kita, itu rezeki mereka untuk tunaikan Haji. Tanggungjawab kita bantu mereka dengan daftar dahulu supaya memudahkan proses dan jalan untuk mereka menjadi tetamu Allah. Bagi kita sebagai ibubapa, carilah juga jalan untuk sampai ke sana sebelum 100 tahun mendatang.
Tak banyak mana pun jika kita berjimat dan menabung dari sekarang. Buat buku baru RM10, cukup duit dalam akaun RM1300 dah boleh daftar haji. Yang penting mula dari hari ini dan istiqomah menyimpan insha Allah dipermudahkan.
Semoga kita semua dijemput Allah menjadi tetamuNya satu hari nanti. Simpan azam dan doa banyak-banyak dengan usaha dan tawakkal untuk sampai ke Tanah Suci Mekah.
Sheikh Muszaphar berkongsi cabaran membesarkan anak kembar Adam dan Noah yang mempunyai perkembangan berbeza sehingga berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan matematik.