Dikenali melalui saluran YouTube DurianKimchi TV, pasangan suami isteri Malaysia-Korea iaitu Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae sentiasa menghiburkan penonton dengan gelagat bersahaja mereka berdua.
Nik Muhammad Ryzal yang lebih mesra dikenali sebagai Ryzal merupakan seorang jejaka berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan suri hatinya Maryam, seorang gadis dari negara Korea Selatan.
menerusi akaun Instagram Durian Kimchi, terdapat sebuah video memaparkan Ryzal menghadiahkan isterinya sehelai sejadah.
Ads
Dalam video itu, Maryam menceritakan serba sedikit tentang perangai suaminya ketika solat sewaktu mereka berada dalam kuarantin dan tidak mempunyai sejadah. Jadi, mereka menggunakan tuala sebagai pengganti sejadah.
Ads
Menurut Maryam, lututnya sakit kerana menggunakan satu lapisan tuala sedangkan suaminya cukup selesa kerana menggunakan lima helai tuala. Gelagat Maryam membuatkan ramai terhibur.
shafiqahhanis_tak sabar nk tunggu maryam lancar berbahasa melayu.. masa tu jenuh rizal nak layan😂😂😂😂 tobat macam peluru dia sembang.comey ja maryam cakap melayu❣️
Pahala yang mulia
zackryiskandarBagus suaminya masa lawak dia berlawak bila bab berkaitan agama suaminya ambil berat tak main² serius mngajar itu paling pnting serius apabila berkaitan dgn agama @ syariat…Tahniah semoga kedua² perolehi ganjaran pahala yg mulia dr Allah serta perolehi Syurga Firdausi..Ameen…So sweet😁👏👏👏👏❤️
lazuanishamsuddinSayu tgk full video ni kat utube..touching ..hebat nyaaa..👏🏽Allah sayang 💕
syahmi97ikmalBagus.. Didik seorang muallaf dekatkan diri dengan Al Quran, alhamdulillah
Selepas melalui detik duka ketika keguguran beberapa bulan yang lalu, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi khabar gembira kini hamil anak kedua.
Menerusi Instagramnya, Uyaina berkongsi cerita kehamilannya keduanya sebagai penutup tirai 2023.
Uyaina yang kini sudah pun berada di trimester kedua kehamilannya meluah rasa syukur malah cukup teruja untuk menyambut bayi keduanya pada tahun baru.
“Salam semua. Kami ada berita gembira untuk dikongsikan. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah, kami bakal menyambut kelahiran anak kedua.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Umum mengetahui pelakon Rita Rudaini membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan pasangannya. Bagi yang mengikuti kisahnya, pasti tahu bagaimana liku-liku kehidupan yang ditempuhi sendirian namun apa yang menjadi inspirasi pada masyarakat khususnya kaum hawa adalah kecekalannya mengharungi setiap dugaan.
Kelantangannya bersuara dalam menuntut haknya dan anak suatu ketika dahulu mengundang kencaman netizen. Pelbagai gelaran yang diterima namun Rita tetap utuh berdiri dan mempunyai pendiriannya sendiri.
Melalui posting terbaharunya di aplikasi Tiktok, video anak sulangnya Ryan sedang menghafaz Al-Quran mengundang sebak netizen.
Mana taknya, tak semua ibu bapa mampu mendidik anak-anak sebaik dan setaat ini. Tetapi Rita Rudaini mampu melakukannya seorang diri.
“Mungkin ini hikmah ALLAH nak hadiahkan pada aku.. Walaupon kami xperfect macam orang lain tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’
Rita juga sempat lahirkan kerinduan terhadap anak sulungnya itu yang kini tinggal di asrama penuh.
‘Mommy n adik xsabar nak tunggu Ryan balik 👩👦👦’
Di ruangan komen, ramai netizen sebak dengan posting ini malah ada yang melahirkan kekaguman terhadap Rita Rudaini yang membesarkan anak-anak dengan sebaiknya.
NIK NAJWA
dapat didik anak kenal Allah dan quran adalah kejayaan sebenar.. dan kebahagiaan yg palinggg besar.
Bunga Tanjung
aku tabik rita mcm2 dugaan dn hinaan dia dpt..tp alhamdullilah tgk sekarang allah bg kt dia..pada yg dok mgata dia dulu cek balik diri ampa sekarang😁
northladies
Even kak rita gagal dlm perkahwinan tp dia xgagal didik anak² dia. Alhamdulillah🥰
Kasih ibu sehingga ke syurga. Ibu mana yang tidak gembira apabila anak-anak semakin membesar punya tingkah laku yang baik. Menerusi perkongsian pelakon Rita Rudaini terkini menerusi instagram miliknya, memaparkan momen anaknya membantu menyediakan juadah berbuka puasa.
Pandai Rita didik anak-anak lelaki turun ke dapur membantunya memasak.
Manakala, perkongsian ini telah melahirkan rasa kagum di kalangan peminatnya. Sikap anak-anak Rita yang membantunya di dapur.
Rajinnya tolong mummy
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun bercerai pada September 2013. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.