Bukan mudah untuk menerima hakikat perginya insan tersayang buat selama-lamanya. Namun Itulah yang terpaksa dilalui Mimi Doleng, 28.

Lebih memilukan dia kehilangan dua orang anak sekaligus. Berat untuk diterima lebih-lebih lagi anak bongsunya masih menyusu badan.

“Sukar Terima Anak Pergi Sekaligus, Yang Bongsu Masih Menyusu.” Isteri Panggil Nama Anak Dalam Tidur, Bantal & Lampin Pengubat RinduMalah dia mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu.

Mimi adalah ibu kepada dua beradik termasuk bayi perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Bota, semalam.

Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan terperangkap di bilik tidur mereka di tingkat dua premis berkenaan.

“Sukar Terima Anak Pergi Sekaligus, Yang Bongsu Masih Menyusu.” Isteri Panggil Nama Anak Dalam Tidur, Bantal & Lampin Pengubat RinduMimi berkata, dia sangat merindui dua anaknya dan meminta suami membawanya ke rumah kedai untuk mengambil barang anak sebagai pengubat rindu.

“Saya ajak suami ke sana untuk cari barang anak yang masih elok, kami cuba cari baju raya mereka tapi tak jumpa, kami dapat mengambil bantal busuk Muhammad dan lampin serta cekak kepala Mia, inilah pengubat rindu kami.

“Bantal ini memang bantal kesayangan Muhammad dan mesti ada kalau dia nak tidur. Tapi kami tak lama di situ, kira-kira 30 minit… rasa sebak berada di situ teringatkan mereka,” katanya.

IKLAN

“Sukar Terima Anak Pergi Sekaligus, Yang Bongsu Masih Menyusu.” Isteri Panggil Nama Anak Dalam Tidur, Bantal & Lampin Pengubat RinduMenurut Mimi, dia reda dengan tragedi yang meragut nyawa kedua-dua anaknya, namun ia mengambil masa untuk menerima hakikat itu.

“Susah nak terima kerana anak pergi sekali gus, mereka saja anak kami dan sentiasa ada dengan kami setiap masa dan Mia juga masih menyusu lagi tetapi saya perlu menguatkan diri dan tabah,” katanya mengalami bengkak susu sejak semalam.

Sementara, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, dia juga terpaksa menguatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tingkat atas premis kerana masih terngiang-ngiang suara anak sulung menjerit memanggilnya pada hari kejadian.

“Saya tiada kekuatan mahu naik tingkat atas tapi paksa diri juga kerana kasihan pada isteri yang mengajak ke sana untuk mengambil barang anak.

IKLAN

“Sukar Terima Anak Pergi Sekaligus, Yang Bongsu Masih Menyusu.” Isteri Panggil Nama Anak Dalam Tidur, Bantal & Lampin Pengubat Rindu“Masih terbayang memori kami, tempat mereka bermain dan tidur, malah masih terdengar suara anak panggil abah tetapi kami perlu tabahkan diri namun kemeriahan suasana raya memang tiada,” katanya sambil memberitahu anak sulungnya suka makan sate terutama pada Aidilfitri.

Katanya, semua pekerjanya juga tinggal sehelai sepinggang kerana bilik tidur mereka juga berada di tingkat atas dan mereka kini ditumpangkan di rumah pekerja sebuah lagi kedai makan.

Sumber: Harian Metro


ARTIKEL MENARIK: “Tiap Malam Dia Jerit, Tak Lena Tidur.” Jururawat Ni Throwback Pengalaman Rawat Bella, Bikin Ramai Sebak

IKLAN

ARTIKEL POPULAR: “20 Tahun Lalu Susah Cari Sekolah Untuk Anak.” Ahmad Idham Bina Sekolah Pendidikan Khas, Kemudahan Untuk Anak Istimewa

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI