Dek kerana harta peninggalan si mati, macam-macam ujian boleh berlaku. Sering juga menjadi punca adik beradik bergaduh, berantakan malah lebih menyedihkan sanggup juga memutuskan hubungan kekeluargaan.
Senario ini bukan perkara yang jarang-jarang berlaku bahkan menurut Peguam Nur Zabetha firmanya selalu sangat dirujuk berkitan isu harta pusaka ini.
Ada macam-macam kes dan di sini dikongsikan untuk dijadikan ikhtibar buat semua. Ayuh baca perkongsiannya.
Kalau terbaca isu berebut harta si mati, memang saya tak boleh lepas merasakan perasaan ‘tak patut’.
Firma kami selalu juga dirujuk dengan berkaitan harta pusaka. Isu ini selalunya sangat sensitif. Kubur masih merah, sudah adik-beradik berebut berharta.
Kadangkala bila tidak kena gaya sehingga berparang-parang, bergaduh tak tentu hala, sentiasa bermasam muka, sehingga tidak bertegur sapa. Harta si mati punya pasal.
Soalan selalu saya tanya kepada isteri atau suami yang mendapatkan pandangan, biasanya: “Adik-beradik si mati, waktu hidup ada bertanya khabar? Ada melawat?”
“Tidak”
“Kalau minta tolong bila waktu susah, ada membantu?”
“Tidak”
Saja. Saya ingin tahu. Apa tidaknya, bila berlaku kematian, yang tidak bertanya khabar sewaktu hidup dahulu tetapi yang inilah yang selalu terpaling awal mempertikaikan tentang harta pusaka.
Ads
Yang apabila waktu hidup si mati, tidak langsung membantu namun terpaling awal juga selalu menuntut. Kalau waktu hidup itu bukan main payah hendak kita harapkan tetapi bab menuntut harta, dia dibarisan paling hadapan mempertikaikan hak.
Terpaling awal mempertikaikan harta si mati, lebih awal berbanding si isteri atau suami yang sama-sama berkongsi hidup, bersama merasa susah dan senang, bersama-sama tahu pahit menjerih bekerja mengumpul harta membela anak-anak dan membayar tanggungan itu dan ini tanpa bantuan adik-beradik.
Tetapi yang terpaling awal menuntut harta si mati itu selalunya yang sama-sama tidak merasa susah dan payah sewaktu hidup. Yang tidak menghulur bantuan. Yang tidak bertanyakan khabar dan berita.
Tetapi apabila berlaku kematian, yang terpaling awal menuntut ini biasanya yang akan kata “Ini Faraid, kita ikut undang-undang Islam. Ini hak kami”. Yang bab ini mereka tahu hak. Mereka taat dan ingin tuntut perintah Allah.
Tetapi mereka pandai memilih. Mereka pilih untuk taat tentang isu pembahagian faraid tetapi memilih tidak taat pada bahagian menyelesaikan hutang si mati, zakat si mati atau menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak atau pasangan si mati.
Tetapi setelah dapat harta, hilang begitu sahaja. Sekali lagi lupa hendak bertanya hak balu atau duda yang kematian pasangannya yang tercinta. Yang kalau hendak dikira, merekalah paling bersedih, sudahlah kehilangan diasak pula dengan isu harta oleh adik-beradik yang tak reti sabar menunggu harta diagih-agihkan.
Ads
Setelah dapat harta, langsung yang terpaling awal ini tidak bertanya tentang hal anak-anak si mati. Cukup makan ke tidak? Perbelanjaan semua bagaimana? Tidak peduli langsung. Kerana dia hanya taat pada perintah Islam faraid sahaja, tidak yang lain.
Kalaulah pasangan atau anak-anak si mati tidak cukup perbelanjaan selepas kematian si mati, manalah tahu atas dasar kemanusiaan ingin didermakan sedikit bahagian faraid yang diperolehi dari si mati secara percuma itu. Tetapi tidaklah perkara ini berlaku.
Sebenarnya selepas memperolehi harta, nafkah anak-anak si mati perlu diambil tahu dan kalau anak-anak masih belum baligh, waris si mati yang mewarisi harta perlu menanggung nafkah anak-anak si mati.
Kadangkala harta faraid ini, saya lihat sebagai ujian juga kepada yang hidup ini. Adakah kita cukup kuat menahan ujian harta? Setelah menerima harta ini, adakah kita cukup kuat untuk menahan dugaan supaya amanah dan tidak lepas tanggungjawab kita?
Adakah kita ini bermulia hati dan cukup kuat setelah menerima harta, menjaga hal ehwal dan kebajikan anak dan isteri si mati?
Kita sebagai orang Islam tahu tentang hukum faraid. Benar sebagai orang Islam, wajib kita ikut. Tetapi, betapa mulia sekiranya, yang tidak bertanya khabar, yang tidak peduli tentang hal rumah tangga si mati, susah senang si mati bermulia hati mendermakan bahagian mereka kepada anak-anak atau pasangan yang lebih memerlukan.
Pernah dahulu saya berkongsi tentang kisah bagaimana seorang anak, yang terlibat dalam kemalangan sehingga dipotong kaki. Dia koma dan ayahnya menggunakan wang pampasan yang patut dia dapat.
Ads
Sedikit pun tidak diberikan kepada anaknya, habis dibelanjakan oleh ayahnya untuk diri sendiri. Yang kehilangan kaki, si anak. Yang masa depan berubah selama-lamanya, si anak. Tetapi yang menikmati harta dan yang mendapat kesenangan dari derita si anak adalah ayah.
Begitulah ujian duit dan harta ini sampai manusia jadi alpa dan lupa pada tanggungjawab, sampai tidak rasa ihsan dan belas, sampai lupa hubungan anak-beranak.
Malahan ada jenis yang duit bukan menjadi haknya juga sanggup dirampas, selagi mana ada peluang. Kes begini selalunya apabila melibatkan ahli keluarga yang diamanahkan sebagai pemegang amanah bagi harta anak-anak si mati yang belum mencapai usia. Disalah tadbir dan disalah urus.
Ingatlah, kehidupan ini sementara. Harta dan dunia juga sementara. Kalau bukan hak kita jangan ambil.
Kalau hak kita sekalipun, kita merasakan lebih mulia sekiranya menderma demi menjaga hak dan kebajikan anak-anak dan pasangan si mati. Maka dermalah. Besar balasannya.
Membina atau mengkhususkan satu ruang bilik di dalam rumah menjadi ruang ibadah atau dipanggil mini surau, tentunya menjadi salah satu impiran antara kita untuk direalisasikan.
Harapannya bila ada ruang tersebut, dapatlah kita anak beranak lakukan solat berjemaah atau membaca al-quran dengan lebih selesa.
Begitu juga buat pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad berkongsi berita gembira apabila berjaya merialisasikan ruang surau idaman di dalam rumahnya.
Berkongsi berita gembira itu, Nabil turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada team yang bertanggungjawab menyiapkan surau idamanannya seperti yang diharapkan.
“Alhamdulillah settle surau!! Jazakallah kepada @team.alfateh yang merialisasikan impiana untuk siap kan surau ni memang kemas sangat workmanship!!
“Semoga ALLAH balas jasa baik tuan-tuan dengan kemudahan dunia dan akhirat Amin Amin ya rob!!”, tulisnya.
Perkongsian Nabil itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta rakan artis iaitu pelakon Saharul Ridzwan yang turut menyatakan hasrat membina surau dalam kediaman sendiri suatu hari nanti.
“Doakan saya jugak bang ada surau jugak dalam rumah,” tulis Saharul.
Memang seronok bila ada surau dalam rumah, boleh solat berjemaah dengan keluarga setiap hari. Seronok tengok Nabil akhirnya dapat surau idaman.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Mencuci bilik air mahupun bilik mandi adakalanya mengambil masa yang lama. Lagi-lagi kalau ramai anak. Kalau dibiarkan lagi banyak bakteria yang menempel. Jom belajar cara mudah untuk melakukan pembersihan tanpa mengeluarkan belanja yang mahal. Guna bahan di dapur sahaja!
Tip Mudah Bersihkan Bilik Mandi Dan Tandas
1) Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
2) Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus.
4) Gantungkan pewangi yang sesuai dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Petua Bersihkan Kotoran Degil Pada Lantai
1) Ambil kapur sirih dan campurkan dengan air. Tuangkan campuran itu ke lantai dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu cuci menggunakan pencuci lantai. Ulangi proses ini sehingga lantai bilik air benar-benar bersih.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
1) Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
2) Selain cuka, anda juga boleh menggunakan satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.
Panduan Menghias Bilik Mandi
1) Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
2) Pasang cermin muka di dinding bilik air.
3) Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian.
4) Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak filem Mat Kilau ditayangkan di pawagam, nama Mat Kilau menjadi carian popular di media sosial. Ramai yang teruja ingin menonton filem ini melihat perjuangan Mat Kilau semasa penjajahan British.
Terbaru, carian video mengenai Mat Kilau yang menjadi trending antaranya adalah Forum Melayu Islam Beraja (M.I.B) Siri 1 bertajuk, Mat Kilau: Antara Realiti Dan Fantasi.
Lebih istimewa ia disampaikan oleh cucu kepada Mat Kilau, Hj. Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar yang juga merupakan Guru Besar SK Padang Garuda, Kuantan yang juga merupakan Yang Dipertua Seni Silat Tapak Setia Suci Warisan Mat Kilau.
Panel lain turut hadir adalah Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alaudin, Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
Hj. Mohd Al-Hamadi bin Haji Abu Bakar yang merupakan antara cucu Mat Kilau turut berkongsi beberapa gambar arwah semasa forum melayu berkenaan.
Ikuti lanjut video berkenaan: MAT KILAU: ANTARA REALITI DAN FANTASI.
“Ini keris Mat Kilau. Arwah Aki Kilau pesan, “Tak ada kuasa pada sebatang besi buruk. Keris ini adalah lambang perjuangan.”- Cikgu Hj. Mohd Al-Hamadi
Tragedi di Sungai Korok-"Abang, kakak Ipar kata mengantuk, saya suruh mereka tidur dulu." "Ketika di rumah saya di Taman Seri Aman, abang dan kakak ipar kata mereka mengantuk jadi saya suruh mereka tidur dulu.