Menyentuh perihal menyediakan hidangan yang menyihatkan untuk keluarga,adalah  salah satunya dengan menyediakan nasi yang dimasak daripada beras basmathi. Sebagai mana semua kita mengetahui, beras basmathi adalah kurang berkanji berbanding beras putih biasa. Selain itu, rasanya juga lebih enak dan mempunyai  tekstur beras yang lebih panjang dan akan kelihatan cantik setelah dimasak.

Pun begitu, jika tidak tahu cara atau petua memasak beras basmathi ini bimbang juga beras yang panjang akan patah dan tidak menarik bentuknya. Oleh itu ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmathi ini. Barulah hasil masakan kita nampak macam seorang chef pakar  yang menyediakannya. Jom semak!

1. Cuci beras

Makan Nasi Dari Beras Basmathi Lebih Menyihatkan. Ketahui Juga Cara Masaknya Agar Lebih Peroi!

Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.

2. Rendam dengan garam

IKLAN

Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.

3. Sukatan air

Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.

IKLAN

4. Gunakan sudip

Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.

5. Lakukan dengan perlahan

IKLAN

Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.


INFO TAMBAHAN

Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI