Sebagai anak rebutlah peluang berbakti kepada orang tua selagi Allah SWT izinkan. Hakikatnya memang mudah menyatakan sayangnya kita kepada orang tua, namun belum tentu kasih sayang itu dapat dibuktikan dengan ikhlas apabila kedua-dua mereka dalam keadaan uzur.

Perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah kali ini mengenai kisah abahnya yang sedang uzur cukup menyentuh perasaan dan benar-benar terasa syahdu membacanya.

Sebagai orang tua, biasanya mereka memang tidak mahu menyusahkan anak-anak walaupun dalam keadaan mereka tidak upaya. Tapi kita sebagai anak, seboleh mungkin sentiasa berbakti kepada mereka.

Air Mata Gugur Juga

“Abah nak buang air ni,” ujar abah.
“Buang ja situ, abah. Nanti adik mie basuh.”

Abah menganggukkan kepala, lemah. Abah tercungap-cungap, bernafas laju.
“Dah siap abah?”

Abah mengangguk kepala sekali lagi tanda sudah habis. Saya terus ambilkan tisu basah dan segala perkakas cucian termasuk pakaian baju untuk abah.

Sambil saya lakukan pembersihan, abah bertanya lagi, “takpe ke adik mie yang buat ni?”

“Eh, takpe abah. Dulu masa adik mie kecil abah juga yang basuh adik mie kan. Kali ni adik mie buatkan untuk abah,” balas saya, tersenyum. Tapi air mata saya gugur juga.

“Maaf adik mie abah tak larat sangat”

Abah tak berdaya ke bilik air. Lagipun abah masih menerima oksigen. Tak boleh ke bilik air.

“Nanti lepas siap ni adik mie mandikan abah ye. Adik mie lap-lap badan. Segar dan wangi sikit,” sambung saya lagi.

Abah menganggukkan kepala. Tak mampu bercakap banyak lagi. Lalu abah bersuara lagi,

“tak penat ke adik mie ni?”

“Takpe abah. Dulu abah lagi penat nak besarkan adik mie yang nakal ni,” jawab saya sambil tersenyum. Tapi air mata saya menitis ke pipi.

“Ahh dah siap. Nanti adik mie sikatkan rambut abah bagi hensem sikit,” sambung saya lagi.
Mata abah pula berkaca.

“Maaf adik mie abah tak larat sangat,” ujar abah.
“Eh takpelah abah. Dulu abah juga sikat rambut adik mie.”

Mohon doakan

Saya lapkan air mata abah dan mengucup dahi abah. Alhamdulillah, ini peluang keemasan saya bersama abah. Dapat berkhidmat dan berbudi semasa abah diuji dengan kesakitan dan keuzuran.

Jasa dan pengorbanan abah dulu terhadap kami sekeluarga tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Itu sudah pasti. InsyaAllah abah, adik mie akan jaga abah. Sayang abah. Nanti adik mie carikan feeding pump dan oksigen concentrator untuk abah.

Mohon doakan abah saya yang masih berada di wad ketika ini.
“Abah, kita selfie dulu. Adik mie dah sikat rambut abah. Kak Yah, abang Di dan abang Kie nak tengok abah dah hensem. Senyum skit abah!”

“Buang Ja situ, Abah. Nanti Adik Mie Basuh”- Dr Ni Kongsi Momen Jaga Abah Yang Uzur, Buat Ramai Tersentuh Hati!
Mohon doakan abah saya yang masih berada di wad ketika ini.

Dr Zek
Anak Abah yang Nakal

Sumber : Ahmad Zakimi Abdullah

ARTIKEL MENARIK: Kuih Jala Guna Susu Coklat, Tengok Pun Anak-anak Dah Tahu Sedap. Rugi Tak Cuba Buat!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

“Buang Ja situ, Abah. Nanti Adik Mie Basuh”- Dr Ni Kongsi Momen Jaga Abah Yang Uzur, Buat Ramai Tersentuh Hati!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Buang Ja situ, Abah. Nanti Adik Mie Basuh”- Dr Ni Kongsi Momen Jaga Abah Yang Uzur, Buat Ramai Tersentuh Hati!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI