UJIAN dalam rumah tangga hadir dalam pelbagai bentuk. Ada yang diuji dengan kewangan, kehilangan, kesihatan mahupun perubahan kehidupan yang tidak pernah dijangka.
Namun, di sebalik segala kepayahan itu, Abdul Fatah tetap memilih untuk berada di sisi isterinya dan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin apabila penyakit Motor Neuron Disease menjadi ujian besar dalam rumah tangga pasangan Abdul Fatah Aziz @ Abdul Aziz, 43, apabila isteri tercinta, Ummu Nasibah Nasohah, 43.
Disahkan menghidap penyakit berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu.
“Tak sangka saya akan diuji begini tapi akan cuba sehabis baik untuk menjaga isteri kerana mahu anak lihat dan tahu saya tak pernah meninggalkan ibu mereka.
“Lagipun, isteri amanah yang perlu dijaga sebaik melafazkan akad nikah dan sah bergelar suami walau macam mana pun keadaannya.”
Abdul Fatah Aziz bersama isteri, Ummu Nasibah Nasohah. FOTO RAIHANA MANSOR
Kehidupan Berubah Selepas Isteri Disahkan Motor Neuron Disease
Menurut Abdul Fatah, isterinya sebelum ini merupakan pensyarah Bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan selama kira-kira 10 tahun.
Namun, kesihatan Ummu Nasibah mula berubah pada penghujung 2016 apabila tangan kirinya tiba-tiba mengalami kebas.
Keadaannya semakin membimbangkan apabila dia kerap terjatuh sejak pertengahan 2017, ketika sedang hamil anak bongsu mereka.
Selepas melahirkan anak pada September 2017, Ummu Nasibah menjalani beberapa siri pemeriksaan sebelum akhirnya disahkan menghidap Motor Neuron Disease (MND) pada Mac 2018 di Hospital Serdang.
Sejak itu, keupayaannya semakin merosot.
Dia mula menggunakan kerusi roda dan kehilangan keupayaan untuk berjalan. Malah, sejak tiga tahun lalu, Abdul Fatah tidak lagi dapat mendengar suara isterinya kerana penyakit itu turut menjejaskan keupayaan bertutur.
Berkomunikasi Dengan Bantuan Teknologi
Walaupun tidak lagi mampu bercakap seperti dahulu, Ummu Nasibah masih dapat berkomunikasi dengan bantuan peranti khas yang menggunakan pergerakan mata.
Menurut Abdul Fatah, peranti pertuturan itu dibeli dari luar negara dengan bantuan USIM dan rakan-rakan.
Pada awalnya, isterinya agak sukar membiasakan diri kerana penggunaan alat tersebut memerlukan fokus melalui pergerakan mata.
Ads
Namun kini, peranti tersebut dihubungkan dengan komputer riba dan membolehkan Abdul Fatah terus berkomunikasi dengannya walaupun ketika berada di tempat kerja.
Teknologi itu menjadi antara kemudahan penting dalam kehidupan keluarga ini selepas Motor Neuron Disease menjejaskan keupayaan Ummu Nasibah untuk bertutur seperti dahulu.
Abdul Fatah Aziz (tengah) bersama isteri, Ummu Nasibah Nasohah dan anak-anak mereka. FOTO RAIHANA MANSOR
Suami Urus Rumah, Jaga Isteri
Sebagai seorang eksekutif bank, Abdul Fatah bersyukur kerana jadual kerjanya agak fleksibel.
Selain bekerja dua hari di cawangan Bangi, dua hari di Kuala Lumpur dan sehari dari rumah, dia turut memantau keadaan isterinya melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Sepupunya yang tinggal berhampiran turut membantu jika diperlukan.
Selepas tidak lagi mempunyai pembantu rumah, Abdul Fatah mengambil alih hampir semua urusan rumah termasuk memasak, mencuci pakaian dan mengemas.
Dia juga membantu menguruskan keperluan harian isterinya termasuk mandi serta perkara asas lain.
“Ada masanya patah semangat tapi kena kuat dan sihat demi isteri juga anak.”
Hampir RM200,000 Dibelanjakan Untuk Rawatan Motor Neuron Disease
Abdul Fatah mengakui dia masih menyimpan harapan untuk melihat isterinya kembali sembuh.
Ads
Selain rawatan moden, pelbagai ikhtiar turut dilakukan termasuk rawatan tradisional.
Menurutnya, pada tahun pertama sahaja sekitar RM10,000 daripada wang simpanan digunakan untuk membeli ubat yang disyorkan.
Secara keseluruhan, dia menganggarkan hampir RM200,000 telah dibelanjakan bagi rawatan isterinya sepanjang tempoh tersebut.
Bagaimanapun, dia tidak pernah berasa ralat.
“Cuma Allah SWT belum izinkan isteri sembuh dan tak berasa ralat pun kerana yakin dia pun akan buat benda yang sama jika saya di tempatnya.”
Perjalanan menghadapi Motor Neuron Disease itu bukan sahaja melibatkan rawatan, malah menuntut komitmen besar daripada seluruh keluarga dalam menguruskan kehidupan seharian Ummu Nasibah.
Anak Sulung Turut Jadi Tulang Belakang Keluarga
Dalam menguruskan Ummu Nasibah, Abdul Fatah tidak bersendirian.
Anak sulung mereka, Umar Farouq Abdul Fatah, 17, turut membantu menjaga ibunya sejak berusia tujuh tahun.
Rutin hariannya bermula seawal jam 5 pagi pada hari persekolahan.
Antara yang dilakukan termasuk membantu mengubah posisi badan ibunya, memberi makan dan membuka komputer riba untuk memudahkan ibunya berkomunikasi.
Walaupun perlu membahagikan masa antara menjaga ibu dan membuat persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Umar tetap berusaha memberikan yang terbaik.
Malah, dia memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan percubaan SPM.
“Saya sudah terbiasa kerana buat sejak kecil dan anggap apa yang dilakukan sebagai satu tanggungjawab walaupun tak dapat merasai kehidupan macam remaja lain.”
Motor Neuron Disease Menguji Kasih Dan Tanggungjawab Keluarga
Kisah Abdul Fatah dan keluarganya bukan sekadar tentang penyakit atau pengorbanan.
Ia adalah tentang sebuah janji yang terus dipegang selepas lafaz akad nikah.
Dalam keadaan pasangan tidak lagi mampu berjalan, bertutur atau melakukan rutin seperti dahulu, kasih sayang mereka diuji dengan cara yang cukup berat.
Namun bagi Abdul Fatah, selagi termampu, dia akan terus menjaga wanita yang pernah menjadi teman hidupnya ketika sihat dan kini memerlukan dirinya dalam setiap urusan.
Kerana baginya, perkahwinan bukan hanya tentang bersama ketika senang.
Ia juga tentang kekal berada di sisi ketika pasangan sedang melalui hari-hari paling sukar dalam hidupnya.
Tidak dinafikan kini kos sara hidup semakin meningkat yang mengakibatkan ramai yang mengalami pengecutan tabungan keluarga.
Lantaran itu pelbagai usaha yang dilakukan untuk memastikan perbelanjaaan setiap bulan mencukupi buat keluarga.
Ia termasuk melakukan kerja tambahan, menjual barang secara online atau menjadi rider penghantar makanan dan sebagainya.
Di samping itu, ada yang memilih mengunakan kenderaan motor sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja berbanding kereta. Selain cepat sampai ke destinasi , sudah pasti ia menjimatkan!
Sudah tentu banyak bezanya apabila memilih motor sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja.
Sebagaimana perkongsian oleh Nur Aliah Mohd Nor yang menunjukkan kira-kira bahawa dalam dalam setahun boleh jimat hampir RM10 ribu setahun dengan menaiki motor selepas mengambil kira semua kos ini.
Naik kereta (contoh Myvi)
Ansuran RM6,960 (RM580/sebulan) Petrol RM2400 (RM200/sebulan) Servis RM750/setahun Roadtax RM550/setahun Tol RM1440 (RM120/sebulan) Lain2 RM250/setahun Total : RM12,350
Naik motor
Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan) Petrol RM360 (RM30/sebulan) Servis RM360 (RM30/sebulan) Roadtax RM30 Total : RM2,550
Total kos kereta – Total kos motor = Perbezaan yang boleh jimat.
RM12,350 – RM2,550 = RM9,800 kita boleh jimat!
Nampak tak, dengan hanya tukar kenderaan je kita boleh jimat hampir RM10,000! Katanya lagi, bukan tak boleh guna kereta tetapi jika anda graduan baru nak mula kerja adalah lebih baik jika banyakkan berjimat dan menyimpan untuk masa depan.
Kiraan jika nak pakai juga kereta. Tapi. Kalau perlu juga untuk beli kereta, boleh dengan syarat buat kiraan yang betul sebelum beli. Ni contoh kiraannya,
Gaji bulanan RM3,000 x 12 bulan = RM36,000. Jadi kereta yang kita mampu beli berharga RM36,000 sahaja.
Pastikan juga bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji.
Maksudnya untuk gaji RM3,000 ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 je tau. Kalau rasa susah, naik je moto dulu.
Lebih terbaik lagi kalau kita boleh beli rumah dan banyakkan simpan duit. Nota : Kiraan ni belum termasuk lagi bayar parking kereta bulanan. Lepas tu kena saman kereta lagi. Kalau darab dengan 1 tahun, berapa agaknya?
Daripada Dia Kita Datang dan Kepada-Nya Kita Kembali. Peritnya menerima kenyataan, kehilangan orang tersayang. Yang selalu dihati dan menemani jiwa hari hari. Namun bila sampainya masa, tuhan ambil dia semula. Hanya Tuhan yang tahu akan perasaan itu.
Namun, siapa kita mampu menolak andai itu takdirNya. Perginya takkan kembali, tiada lagi gelak tawa dan senda gurau tatkala bersama. Itu yang dikongsikan oleh Riko Minoru Nama Kami saat kehilangan suami dalam sekelip mata. Lebih memilukan, belum pun puas melepaskan rindu suami sudah tiada lagi.
Di dalam satu perkongsiannya di facebook, wanita ini meluahkan rasa hati selepas kehilangan suami tercinta semasa tidur.
Al-Fatihah
Datangnya arwah buat kali pertama tahun 2009 memperkenalkan diri sehinggalah sik lama ya pintu hatiku terdetik buat pertama kalinya kepada kaum Adam sehingga ku tauk rasa bercinta (chewah.. 😂) Ya Allah.. Indahnya masa ya, bang. 😭
Arwahlah cinta pertama aku selepas rasul dan ahli keluarga dan dia jugalah lelaki pertama yang berani nak melamar aku jadi isteri. Lalu 05/12/2015 berlangsungnya akad nikah kami di Kuching dan terus bersanding (Kuching & Saratok). Rami yang datang memeriahkan majlis. Seronok gilak2 bersanding bersebelahan dengan abg. Cinta pertama ayg. Lelaki yang telah digelar suami. Abang.. abang.. rindunya ayg masa ya.. macam nak diulang balit jak masa..
Dalam usia perkahwinan kami yang baru, Allah uji kami di mana aku keguguran pada tahun 2017 dalam usia kandungan yang masih baru, tapi kami redha Ya Allah dan terima hakikat masa ya. ‘Kelak kita cuba lagi k yang. Jgn pkey glak. Abg ada.’, Kata2 tok la yang memberi aku kekuatan masa ya sebab arwah sentiasa berada di sisi berik kata-kata semangat. Segala urusan semuanya menjadi mudah bila abg selalu pesan ayg n sokong apa yg ayg polah lamak tok.
Cuma..masa tok ayg baruk sedar, bang. Sejak kita kenal, kita sentiasa diuji menjadi pasangan jarak jauh rupanya. Berusaha untuk bekerja di satu tempat, tapi ada jak halangan antara kita duak. Mungkin ya lah petunjuk Allah swt untuk ayg. Bersedia untuk kekal ‘berjauhan’ dengan abg. Ya Allah.. 😭 beratnya dugaan ku kali tok.. Hanya Engkau tempat aku mengadu.. Air mata sik pernah kering.. Menangis dan terus menangis.. Rindu? Nang satu kemestian.. TERSANGAT-SANGAT rindu pada arwah abg… Ya Allah.. sakitnya dada tok nahan rasa..
Benarlah kata orang, tiada siapa manusia di dunia tok yang sik pernah sik da masalah. Benar, aku pernah mengaku bahawa aku rasa sik da masalah besar yang banyak berlaku dalam kehidupan aku. Mun ada pun, Alhamdulillah, aku boleh settle kedirik.
Tapi..
1 Muharram 1441AH bersamaan 1hb September 2019 tepat jam 03:35 pagi, Engkau uji aku dengan satu bebanan yang tidak terhingga tanggungnya sehingga aku rasa semua tok hanyalah satu mimpi dan bila aku sedar daripada tidur, arwah masih senyum melihatku, belaiku dan pelukku seperti biasa. Namun, semuanya hanyalah bayangan semata-mata. Aku langsung sik ada kuasa nak melawan waktu. Hanya Engkau Yang Maha Kuasa. Bukak jak mata kejut dengar arwah tengah nazak dalam tidur rupanya disisi. Mula aku fikir sesak nafas. Tapi yalah sebenarnya 3 hembusan nafas terakhir sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugas untuk menarik nyawanya. Ya Allah, sungguh aku tidak kuat masa tok. Bergegar seluruh tubuh. Di goncang beberapa kali tubuh, namun langsung tiada reaksi daripada arwah. Syukur otak masih dapat berifikir. Tunggah kesemua ahli keluarga then hantar arwah terus ke emergency Hospital Saratok.
Mulai 03:50 pagi, bantuan CPR dipolah beberapa kali. Aku ulang alit keluar masuk dari pintu emergency mengharapkan ada keajaiban berlaku. 15 minit selepas ya, dengar perbualan bersama dengan salah seorang petugas, memaklumkan nadi sudah ada tapi respon belum ada. Usaha ditingkatkan lagik. Dalam masa tok, kmk sekoga terus rasa lega tapi doa tidak pernah putus di bibir supaya arwah kembali memberi respon. Kakak dan abang ipar masih teruskan dengan bacaan yaasiin. Dengan perasaan sedikit lega tadik, aku terus ke tandas dan terus ambik kesempatan untuk berwudhuk.
Balit jak dari tandas menuju ke pintu emergency, terus nangga bapak mertua tengah bercakap dengan doktor. Aku pun terus melajukan langkah mengharapkan berita baik untuk didengar. Excited abis masa tok. Dalam palak, dah imagine abg mula berik respon and senyum pada ayg n ahli keluarga lain.. Lebih 30 minit dah bantuan diberik untuk abg..
Tapi.. lain yang dijangka..
“Sebelum tu, saya nak beritahu awak sesuatu. Dia tiada lagi.” Ayat kedua yang keluar daripada seorang doktor selepas nanyak gney kondisi arwah sebelum di hantar ke emergency. Ya pun doktor potong ayat aku sebelum habis ku nak explain. Ku pun jadi blur pada mulanya.
“Haa??” Tanyak ku balit.
“Dia dah TIADA lagi. Awak FAHAM tak DIA TIADA LAGI. TIADA lagi.” Ayat tok la membuatkan aku jadi dendam pada seorang doktor yang langsung tiada etika dalam menyampaikan berita. Ditambah lagi dengan berita yang diterimak ya. Fikiran, emosi, fizikal semuanya menjadi lemah saat kata-kata ya keluar dari mulut doktor. Secara automatik, tangan cuba nak menyambar tudung doktor and nak cekik2 jak. Tapi nasib doktor bagus malam ya sebab aku ditahan oleh ahli koga. Aku terus rebah dan sik berdaya gk. Wajah abg dalam bayangan. Ya Allah, ujian apa yang Engkau berik ngan aku masa tok.. Sungguh aku sik kuat.. Sungguh aku perlukan arwah masa ya.. Belum sampey sehari aku luangkan masa dengan arwah selepas berminggu-minggu sik jumpa, Engkau dah tarit nya dari aku. Sakit dan TERSANGAT sakit..
Masuk dalam emergency, nangga tubuh abg dah diselimut dengan kain putih. Fikiran aku hanya teringatkan semua yang berlaku tok hanya mimpi jak.. Aku cuba kuatkan tenaga juak. Kejutkan abg dari ‘tidur’. Sebab abg dah janji nak jalan sama2 dengan ayg ke Belawai. Luangkan masa bersama sebab kita baruk bertemu lepas berminggu-minggu sik jumpa. Tapi abg tetap sik berik apa2 respon. Abg masih juak dalam ‘tidur lena’nya.. Ya Allah, sumpah ayg perlukan abg gilak2.. Jangan tinggalkan ayg sorg dirik. Ayg sik kuat bang. Ayg sik kuattttt..!!
Benar, ya lah perasaan dan keadaan bila org yang paling kita sayang sik ada lagi di dunia bersama dengan kita buat selama-lamanya. Memang boleh jadi gila sebenarnya. Dan aku hampir-hampir nak ke arah ya. Nauzubillah min zalik.. Memang aku ngakuk, pada mulanya aku memang sik redha dengan pemergiannya. Sebab kmk 2 dah janji nak sama-sama luangkan masa bersama di Belawai. Dan aku maok arwah tunaikan janji ny juak masa ya.
Kali ke-2, cubaan nak bangunkan abg gk dari ‘tidur’ lepas tubuh abang dah dihantar balik ke rumah pagi ya oleh pihak hospital. Aku peluk tubuhnya. Mengharapkan abg peluk ayg balit dan senyum ngan ayg. Tapi, semua ya masih berterusan. Abg sik juak berik respon. Aku peluk kuat agik sambil meraong menangis. Mohon abg cium dahi ayg, peluk ayg, dan tunaikan janji abg. Makin kuat pelukan makin ya orang cuba nak tarit aku dan leraikan pelukan aku dengan tubuh abg. Aku sik redha!! Aku maok abg berik responn!! Tapi semua orang cuba tarit aku dan lepaskan abg dari pelukan kuat ya. Aku cuba bertahan juak dalam pelukan tapi kekuatan aku sik sekuat yang ku sangka. Bila pelukan terlerai, ayg nangga abg terus berjalan jauh dengan pakaian putihnya. Abang berjalan terus jauh tanpa pandang belakang gk. Sampey ati abangg!! Makin aku meraong sebab aku sik maok ditinggal sorang2 oleh abg.. ABANGGG!! Balit ctok bang.. peluk ayg.. ayg sik kuatttt bangg!! Ya Allah.. aku doa semua yang berlaku tok hanya dalam mimpi jak.. aku mohon, Ya Allah..
Aku rasa muka ku basah dah. Secara perlahan pandangan jadi gelap segelapnya. Yang ku dapat nangga diri aku tersungkur lemah memandang ke arah tempat abg berjalan. Fikiran masih mengharapkan semua ya mimpi. Sik lamak lepas ya, muka abg muncul lagik depan ayg. Wajah abg memandang ayg penuh sayu. Ya Allah, aku cuba nak sambut abg. Tapi aku sik berdaya gik. Dah selemah-lemahnya. Yang mampu aku polah adalah menjerit nama abg.. abanggg!! Tapi, sekali lagik aku rasa muka ku basah dan sekejap petir jak muka abang tetiba hilang dari pandangan. Aku mula mencari-cari gk. Abangggg!!! Balit gik bang.. sambut ayang ctok.. ayg dah sik terdaya agik nak tanggung semua tok. Ya Allah!! Kau bukalah mataku. Kau tukarkan semua tok jadi mimpi.. Aku sik kuat Ya Allah!! Tolong akuuu..!!
Tapi, bila aku bukak mata, ternyata semua yang berlaku bukanlah mimpi. Semuanya adalah benar!! Abang memang dah ‘pergi’ jauh dolok dari ayg. Abang pergi dengan satu pesanan. Abang pergi dengan satu pelukan terakhir untuk ayg malam ya. Banggg.. ayg rindu abang gilak2.. Ya Allah, kenak aku dipilih dalam ujian seberat tok.. Bantu aku Ya Allah!!
Bang, kinek tok, abg sik ada lagi di sisi untuk ayg. Ya Allah.. 😭 Abg sentiasa berpesan ngan ayg supaya sentiasa jaga dirik. Sentiasa hati2 dalam apa juak urusan. InsyaAllah bang, ayg akan sentiasa ingat semua pesanan abg. Ayg rasa bulak sebab abg dolok yang ‘pergi’ dari orang lain. Sehingga ayg pernah terfikir Tuhan sik adil pun untuk ayg. Allahuakbar! Sungguh aku berdosa besar.
Dari hari pertama sehinggalah hari ke empat, fikiran aku yang sik berapa waras semakin pulih. Cuba untuk menghapuskan semua bayangan abg. Setiap apa yang aku polah, aku dapat rasakan arwah sentiasa memerhati dan senyum padaku. Sampey aku rasa aku bercakap dengan bayangan arwah. Walaupun pada hakikatnya, semua ya adalah mainan syaitan jak. Sakit memang tersangat sakit untuk ditanggung. Tapi aku percayak, Allah akan kurniakan aku kekuatan, keimanan, dan ketenangan sepanjang proses pemulihan tok.
Syukur pada Allah swt, aku mula sedar sikit demi sikit, hilangnya seorang insan yang aku hormati dan paling disayangi, tapi Allah swt kurniakan aku dengan berpuluh-puluh dan beratus-ratus insan lain yang sentiasa berada disamping kami sekeluarga bermula dari hari pertama hingga sekarang. Ktk org sentiasa berik nasihat dan sokongan. Sik putus-putus. Alhamdulillah.. Allah kurniakan aku sebuah keluarga dan keluarga arwah yang sangat penyayang juak. Mereka banyak tolong aku. Iman aku sik sekuat yang aku jangka selama tok. Tapi aku sentiasa mohon dan berdoa, agar aku sentiasa diberikan kekuatan dan keimanan untuk menghadap semua tok. Memang benar, pemulihan tok ambik jangka masa yang lamak. Sampey kinek aku rasa memang belum stabil. Tapi keredhaan dengan pemergian arwah, aku dah pasrah, Ya Allah.. Aku redha.. Semua tok rancangan yang Di Atas. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian.
Yang hidup pasti akan mati. Ayg akan menyusul kemudian bang. Ayg akan pegang semua amanat abg sementara masih di dunia tok. InsyaAllah bang.. Ayg cuba teruskan hidup tanpa abg di sisi.. Sangat sukar. Sangat susah. Dan sangat SAKIT nak lalui semua tok.. Tapi aku akan terus mencuba.. Aku yakin padaMu, Ya Allah.. Aku yakin pada rancanganMu.. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya..
Coretan daripada ayg buat abg di ‘sana’ yang telah meninggalkan ayg dan yang lain-lain.. Hari ke-10.. 10 Muharram 1441AH, 10hb September 2019.. @22:49
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Tadi masa mama belum balik kerja, elok je dia tak meragam. Bila nampak mama macam-macam perangai dia tunjuk ya,” komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama.
Pernahkah situasi begini berlaku pada ibu-ibu terutama yang bekerja? Situasi macam ini memang tidak mustahil terjadi. Kalau dengan ibu, si kecil bukan main mengada-ngada dan manja tapi bila dengan ayah boleh pula berdisiplin dan dengar cakap?
Lebih pelik kalau dengan ibu, anak-anak memang susah hendak tidur tapi bila dengan ayah, sekali suruh terus lelapkan mata. Mesti ramai ibu ayah yang perasan akan hal ini kan?
Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington, prestasi kanak-kanak akan menurun sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati jika kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!
Kajian tersebut dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.
Menurut Profesor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr.K.P Leibowitz, dalam kajian tersebut mereka mendapati kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%.
Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan!
Salah seorang daripada ayah yang terlibat dalam kajian tersebut (mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan kajian dan berkata
“Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri saya tak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana anak-anak berkelakuan baik ketika dengan saya.”
Ramai suami atau ayah yang mungkin tidak tahu tentang fakta yang ditemui dalam kajian ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibu sahaja.
Kajian ini juga mendapati jika dalam situasi untuk membetulkan disiplin anak-anak, 100% (semua sekali) lebih responsif kepada kata-kata yang diucapkan dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya!
Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada si anak.
Jadi, lepas baca hasil kajian ini janganlah ayah cakap ibu cepat manjakan anak sampai jadi mengada-ngada. Sebenarnya ibu itu sendiri macam magnet kepada anak-anak. Asyik nak melekat je!
Sumber:ohsemama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di