Ads

“Anak Saya Tak Pernah Jadi Beban”, Najwa Latif Luah Rasa Selepas Isu Fizikal Jadi Perhatian

Perubahan fizikal selepas melahirkan anak adalah sesuatu yang normal bagi seorang wanita. Namun apabila penampilan dijadikan bahan perbandingan, ia boleh memberi kesan yang bukan sedikit.

Penyanyi Najwa Latif akhirnya bersuara mengenai isu buli siber yang tercetus susulan sebuah hantaran di platform Threads baru-baru ini.

Hantaran tersebut didakwa membandingkan fizikal dan penampilan Najwa selepas bersalin dengan beberapa selebriti tempatan lain, sekali gus mengundang kecaman daripada warganet yang tampil mempertahankan dirinya.

“Anak Saya Tak Pernah Jadi Beban”, Najwa Latif Luah Rasa Selepas Isu Fizikal Jadi Perhatian

Najwa Latif Terharu Ramai Tampil Mempertahankan

Bagi Najwa Latif, 31, sokongan yang diterima benar-benar menyentuh hati, lebih-lebih lagi selepas dirinya sudah melalui pengalaman menerima kecaman sejak mula dikenali ketika berusia 16 tahun.

“Bagi seseorang yang sudah melalui kebencian sejak berumur 16 tahun, saya tak pernah jangka ada orang yang akan pertahankan saya.

“Saya sentiasa percaya yang setiap orang berhak ada pendapat masing-masing. Saya mungkin tak boleh terima tetapi saya akan tetap hormat walaupun saya tak terima penghormatan yang sama,” katanya.

Dalam luahan sama, pelantun Cinta Muka Buku itu turut menegaskan bahawa kehadiran anak perempuannya tidak pernah dianggap sebagai beban.

“Saya baca semuanya. Tolong tahu yang anak perempuan saya tak pernah jadi beban. Dia adalah rahmat yang sangat indah,” luahnya.

Najwa Latif: “Terima Kasih Sebab Pilih Untuk Berbuat Baik”

Najwa Latif yang jarang berkongsi perasaan di media sosial mengakui dirinya cukup tersentuh dengan kasih sayang dan kata-kata positif yang diterima.

Ads

“Saya jarang bercakap pasal apa yang saya rasa kat media sosial, tapi saya betul-betul tersentuh dengan kasih sayang dan kebaikan korang.

“Terima kasih sebab memahami, sebab ada belakang saya walaupun masa saya tak tengok, dan sebab pilih untuk berbuat baik dengan saya,” katanya.

Malah, Najwa turut mengakui sokongan tersebut sedikit sebanyak membantu menyembuhkan luka lama yang pernah dilaluinya sewaktu remaja.

“Saya tak tahu apa yang saya dah buat sampai layak dapat semua ni, tapi saya harap kebaikan korang akan kembali balik kat korang. Insya-Allah, amin.

“Terima kasih sebab bantu sembuhkan sebahagian daripada diri saya yang berumur 16 tahun tu,” jelasnya.

“Anak Saya Tak Pernah Jadi Beban”, Najwa Latif Luah Rasa Selepas Isu Fizikal Jadi Perhatian

Perubahan Selepas Bersalin Tidak Seharusnya Dibandingkan

Perkongsian Najwa Latif cukup memberi peringatan bahawa setiap kata yang ditulis di media sosial boleh meninggalkan kesan mendalam kepada seseorang.

Lebih-lebih lagi buat wanita yang sedang melalui perubahan fizikal dan emosi selepas melahirkan anak, setiap individu mempunyai perjalanan serta proses pemulihan yang berbeza dan tidak seharusnya dibandingkan.

Apa yang dilalui seseorang ibu selepas bersalin juga tidak sama dengan wanita lain. Perubahan pada bentuk badan, rutin harian dan emosi merupakan sebahagian daripada perjalanan yang berbeza bagi setiap individu.

Ads

Dalam masa sama, pengalaman yang dikongsikan Najwa menunjukkan bagaimana kata-kata di media sosial boleh kekal dalam ingatan seseorang untuk tempoh yang panjang. Sokongan dan kata-kata baik pula boleh memberikan kesan yang sama besarnya kepada individu yang menerimanya.

Najwa Latif Pernah Berdepan Kecaman Sejak Usia 16 Tahun

Bagi Najwa Latif, sokongan yang diterimanya kali ini membawa makna tersendiri selepas bertahun-tahun berdepan dengan pelbagai pandangan sejak mula dikenali dalam industri hiburan ketika masih remaja.

Luahannya mengenai sebahagian daripada dirinya ketika berusia 16 tahun yang seakan-akan sedang disembuhkan turut memperlihatkan betapa sesuatu pengalaman pada usia muda boleh terus meninggalkan kesan.

Ads

Namun kali ini, di sebalik hantaran yang mencetuskan perbandingan mengenai penampilannya, penyanyi itu menerima begitu banyak kata-kata sokongan daripada mereka yang memilih untuk mempertahankan dan memberikan semangat kepadanya.

Kehidupan Najwa Latif Selepas Berumah Tangga

Untuk rekod, Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif mendirikan rumah tangga dengan Akwa Ariffin pada November 2022.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan cahaya mata perempuan, Medina, pada 11 November 2025.

Kehadiran Medina jelas cukup bermakna buat penyanyi berkenaan apabila dia sendiri menegaskan bahawa anak perempuannya bukan satu beban, sebaliknya merupakan rahmat yang sangat indah dalam kehidupannya.

BACA LAGI : Shila Amzah Pertahan Najwa Latif, Tegas Body Shaming Ibu Sangat Menyakitkan

Sumber : Sinar Plus

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

MyKad 2026

Dah Cecah 18 Tahun? Jangan Lupa Tukar MyKad, Ramai Ibu Bapa...

Bila anak sudah mencecah usia 18 tahun, kebanyakan ibu bapa mungkin lebih sibuk memikirkan soal sambung belajar, lesen memandu atau persediaan anak melangkah ke alam dewasa.