Siapa pernah makan menu berasaskan kulit rambai? Bagi masyarakat di Pantai Timur pastinya menu berasaskan kulit rambai ini menjadi satu kebiasaan.

Kalau berkunjung ke kedai makan di sekitar Pantai Timur pasti menu yang satu ini sentiasa ada. Malah jadi makanan tradisional yang cukup digemari.

Tahu tak selain menu Masak Lemak, ada banyak lagi resipi yang boleh diolah daripada kulit rambai ini. Perkongsian tiga blogger ini di blog masing-masing buat kita rasa terliur. Nak cuba? Jom ikut resipi yang diberikan oleh mereka.

3 Resipi ‘Rare’ Kulit Rambai,  Menu Tradisi Yang Tak Pernah Terjangka, Kena Cuba!
Kredit Foto: nedlinatalisz.blogspot.my

1. nedlinatalisz.blogspot.my
Perkongsian blog nedlinatalisz.blogspot.my agak menarik dengan menu Masak Lemak Cili Padi.

“Pernah makan tak? Nie lauk kampung. Tok yang ajar masak lauk nie.. dan kami start suka makan pun sebab dulu-dulu tok selalu masakkan.

KULIT RAMBAI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:
Semangkuk kulit buah rambai
Secekak pucuk puding mangkuk
Sedikit ikan bilis
1 inci kunyit hidup
10-13 biji cili api (ikut suka)
1 kotak santan
sedikit air
Garam dan gula

1. Celur sekejap kulit rambai dan pucuk puding mangkuk.

2. Bila dah agak lembut, angkat dan toskan. Perah air kulit rambai dan puding mangkuk supaya nanti gulai kita tak terlalu masam.

3. Kisar cili padi, kunyit hidup dan ikan bilis hingga lumat kemudian masukkan ke dalam periuk, bersama kulit rambai, puding mangkuk dan air.

4. Renehkan kejap dan masukkan santan. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.

5. Garam dan gulakan dan biar dalam 5 minit. Kalau rasa kurang masam, boleh tambah asam keping. Tapi selalunya air kulit rambai dan puding mangkuk tu dah cukup buat kuah rasa masam.

6. Bila dah cukup semua rasa, padamkan api dan sedia dihidangkan. Selamat mencuba!

IKLAN
3 Resipi ‘Rare’ Kulit Rambai,  Menu Tradisi Yang Tak Pernah Terjangka, Kena Cuba!
Kredit Foto: nooriahnaim.blogspot.my.

2. nooriahnaim.blogspot.my.
Ini pula resipi yang dikongsikan oleh blog nooriahnaim.blogspot.my. Kulit rambai yang dijadikan sambal ini nampak hebat.

Ada tak yang tak pernah makan kulit rambai ni? Rasanya agak masam-masam jadi kalau sambal goreng gini memang tak payah letak tomato ke, asam ke, kulit rambai ni dah ok. Makan pulak time hujan-hujan memang tak terasa bertambah nasi ni haha…

SAMBAL BILIS GORENG KULIT RAMBAI

Bahan-bahan:
1/2 cawan ikan bilis -dibersihkan
10 biji cili padi -dihiris kasar
1 biji bawang bombay -dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris
2 kuntum bunga kantan -dihiris kasar
1/2 cawan kulit rambai -dihiris kecil
Minyak secukupnya
Sedikit garam dan gula

1. Panaskan kuali, masukan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga ranggup. Angkat

2. Tumis bawang putih, bawang bombay sehingga layu kemudian masukan cili hiris dan kacau rata.

3. Masukkan kulit rambai dan kacau sehingga kulit rambai lembut.

4. Masukkan garam dan gula.

IKLAN

5. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan ikan bilis yang digoreng. Gaul rata dan angkat.

3 Resipi ‘Rare’ Kulit Rambai,  Menu Tradisi Yang Tak Pernah Terjangka, Kena Cuba!
kredit Foto: secubitgaramnor67.com

 

 

 

 

 

 

IKLAN

 

 

3. www.secubitgaramnor67.com
Resipi asli daripada Pantai Timur. Ini yang dikongsikan oleh www.secubitgaramnor67.com.

Bagi warga Pantai Timur terutamanya Terengganu pasti ramai yang tau dengan masakan lama ni kan. Biasanya kat area kampung selalunya buat masakan ni dan selalu juga dibuat time kenduri kecilan seperti kenduri arwah. Memang sedap masakan tradsional kan, tambah lagi kalau kena dengan partnernya.

SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI

Bahan-bahan:
Buah rambai -ambil kulitnya sahaja
Petai
1 ekor ikan selayang
1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
1 biji cili merah ~ dihiris serong
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 3/4 cawan air
garam dan sedikit gula

1. Panggang ikan dan ambil isinya. Hancurkan.

2. Celur sekejap kulit rambai dan bila dah sejuk sedikit, perah airnya untuk membuang rasa masam.

3. Masukkan isi ikan, air, bawang besar, cili merah, garam, sedikit gula dan juga kulit rambai ke dalam periuk.

4. Masak hingga mendidih dan masukkan santan pekat.

5. Kacau sentiasa dan masak hingga mendidih.

Selamat mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI