Masalah tidak cukup tidur sememangnya bukan satu masalah besar lagi bagi semua ibu. Selepas berhempas pulas melahirkan anak, ibu yang kepenatan biasanya akan mula tidak cukup tidur sehinggalah bayi mula tidur nyenyak.
Itulah pengorbanan terbesar yang dialami wanita bergelar ibu. Dek kerana tidur yang tidak cukup serta rutin harian yang baru, wanita akan mula meninggalkan kesan lebam dan bengkak pada bawah mata.
Hal ini jika tidak diubati akan menjadi berlarutan dan lama kelamaan, lebam dan kusam pada bawah mata ini menjadi sebati pada wajah. Wajah pastinya jadi tidak berseri dan penampilan wanita pasti kurang cantiknya.
Jadi janganlah dibiarkan masalah lebam dan bengkak mata yang anda alami ini sebaliknya rawat masalah anda dengan cara di bawah ini. Tidak perlu menggunakan kos yang mahal tetapi hanya menggunakan tiga bahan ini sahaja.
Ads
Guna Limau Nipis
Lebihan limau nipis yang dibuat air atau masakan jangan pula dibuang. Sebaliknya simpan sahaja kulitnya dan sapulah di bawah mata yang lebam akibat tidak cukup tidur. Biarkan kering seberapa ketika kemudian barulah muka dicuci dengan air yang bersih. Lakukan ini berulang kali sehingga mata reda.
Ads
Kulit Timun Penyejuk Mata
Sama seperti limau nipis, begitu juga dengan hirisan timun. Kulit timun jangan pula dibuang sebaliknya ditekan pada kawasan mata yang bengkak dan lebam. Sapukan rata dan biarkan ia menjadi kering. Kemudian barulah dicuci dengan air yang bersih. Timun yang bersifat sejuk mampu meredakan mata yang bengkak.
Ads
Kulit Telur Mujarab
Petua orang-orang lama yang patut anda cuba adalah menggunakan kulit telur. Telur yang dipecahkan, di bahagian dalamnya akan meninggalkan lebihan lendir. Ambil lendir ini dan sapukan pada mata yang bengkak dan lebam ini. Biarkan hingga ia mengering. Kemudian tanggalkan lendir seperti masker ini daripada wajah dan bilaslah bersih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh dengan keharmonian dan cinta sejati. Tapi, kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlupa untuk menjaga hubungan itu dengan baik.
Jom semak 21 petua yang boleh bantu eratkan kasih sayang antara suami isteri. Dengan langkah-langkah mudah dan praktikal ini, anda boleh pastikan hubungan kekal mesra dan bahagia, walaupun setelah bertahun-tahun bersama. Jangan biarkan rutin harian menghalang cinta, mari kita buat supaya rumahtangga terus bahagia dan penuh kasih sayang!
21 Petua Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
21. Sentiasalah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan rasa kasih dan sayang antara pasangan suami isteri.
Mengimbau kisah hidup gadis berusia 22 tahun, Rohana dahulunya ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia. Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan. Namun dek kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.
Hari ini meskipun Rohana gembira bergelar mahasiswa universiti awam, namun Rohana Abdullah berat hati untuk berpisah dengan ibu angkat yang kian meniti usia emas.
Memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, Rohana, 22, yang dijaga seorang bekas guru berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, 84, berkata, di sudut hatinya tetap ada kerisauan kerana selama ini mereka banyak menghabiskan masa bersama selain ibu angkat semakin tua.
Menurutnya, ibu angkat yang mesra dipanggil Laoshi sempat menitipkan beberapa nasihat kepadanya sebelum mendaftarkan diri sebagai pelajar Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
“Jaga Solat…”-Laoshi
Katanya, Laoshi juga berpesan agar dia sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.
“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mendaftarkan diri di Kompleks Dewan Kuliah UTeM di Durian Tunggal di sini, pada Isnin.
Tambahnya, ini pertama kali dia berpisah dengan ibu angkatnya itu dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.
“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.
“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi dah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.
Rohana yang ayu berbaju kurung berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya.
Media sebelum ini pernah melaporkan kisah gadis yang tular di media sosial kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi.
Kisah hidupnya itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai isu baju kurung selepas pengasas jenama warga Belanda yang mengeluarkan kenyataan kononnya busana tradisional baju kurung kian dilupakan. Justeru, beliau meminta orang melayu kembali berbaju kurung, berpakaian cantik serta berbangga dengan warisan negara ini.
Kenyataan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak. Rata-rata tidak bersetuju dan menempelak keterlanjuran kata wanita berkenaan yang disiarkan menerusi portal South China Morning Post baru-baru ini. Malah, ramai yang meminta supaya wanita berkenaan tampil meminta maaf dan menarik kembali kenyataan tersebut.
Antara yang memberi reaksi berkenaan isu ini adalah Raja permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tidak dinafikan, Tuanku Permaisuri antara yang sering menggayakan busana tradisional ini.
“Sayamemang pakai baju kurung setiap hari ….. baju kurung johor… and i m proud of my baju kurung jahit tangan ….baju kurung teluk belanga …. yes i totally agree , be traditional n proud of it! ujar Tuanku dikapsyen instagramnya.
Perkongsian dari Tunku Azizah disokong oleh warganet, rata-rata mereka turut mengakui tetap memakai baju kurung dan menganggap kenyataan tersebut sebagai tidak berasas.
Terbaru, wanita berkenaan memohon maaf atas kenyaataan yang dibuatnya sebelum ini. Sebaiknya sebelum mengeluarkan kenyataan , buatlah kajian terlebih dahulu. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya.