Ibu bapa mana yang tak gembira dan terharu bila melihat kejayaan anak-anak. Terasa berbaloi segala penat lelah dan pengorbanan dalam membesarkan mereka kan!
Dalam mendidik anak-anak tidak sekadar bergantung kepada guru semata-mata. Jika mahu anak-anak berjaya, ibu bapa juga harus mainkan peranan. Ini dikongsikan oleh seorang guru bernama Ummu Al Fateh . Menurut guru ini, tip pembelajaran seorang pelajar yang cemerlang tersebut diperoleh daripada ibu bapa pelajar itu sendiri ketika hadir mengambil report card.
Apa yang membanggakan, keempat-empat anak pasangan ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran selain memiliki akhlak yang mulia.
Sejuk perut ibu mengandungkan mereka kan! Yang nak praktiskan tip tersebut boleh baca di sini!
sis beruntung hari ni sbb dapat interview ibu kepada pelajar ini.pelajar lelaki melayu. disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen.alhamdulillah ada seorang yg bersinar.
so sis nak kongsi dengan rakan2 la kan apa tips maknya ye memandangkan semua ank2 nya 4 org berjaya (ini yg bongsu):
Ads
1)anak2 tak dibenarkan belajar dalam bilik masing2..semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.reason:duduk dlm bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.
2)pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing2 duduk dimeja makan.
3)pukul 10 masuk tidur
4)tak benarkan anak2 keluar rumah lepak dgn kawan.hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.
Ads
5)keluar mesti dgn ibu bapa.alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik utk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yg betul.
6)ayahnya serius tp baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak.yg dibenarkan mak sahaja.(ayah dia tunggu dlm keta x dapat naik sbb parking penuh,rugi x dpt intview sekali?)
7)kena mula dari darjah 1,pukul 8 mlm terus duduk dimeja.so dh terbiasa.bila sekolah menengah dah tak perlu suruh,anak otomatik pegang buku jam 8 malam.
7)tak pernah pergi tusyen.jika tak faham kena tanya kwn yg lebih pandai disekolah.
Ads
sis tanya lagi,ank puan ada diberikan handphone?internet? maknye jawab. ya bagi cikgu..petang2 dia main game.kena bagi jugak x boleh sekat sy faham dia remaja.kita xnk dia memberontak.asal dia x melepak sudah.kawan2 dia dtg rumah kami main game tp anak sy takkan keluar dari rumah.sy kenal semua kawan2nya.
ayat last sekali maknya mmg power:
“cikgu,apa2 pun asasnya dari rumah dari ibu bapa.sy tak boleh nak harapkan cikgu saja,cikgu pun ramai anak murid lain lagi.cikgu dah byk membantu sy didik dia.terima kasih cikgu”
sis angguk2…oooo..betul2…tq puan sudi datang dan share dengan saya.kirim salam ayahnya..humble ibunya,no wonder anaknya sangat menghormati guru?
Kesibukan harian dan kurangnya motivasi merupakan antara cabaran utama yang dialami dalam menurunkan berat badan. Namun begitu, hal ini boleh ditangani dengan pengamalan diet yang sesuai.
Kalau diikutkan banyak sebenarnya tip dan petua untuk tujuan menurunkan berat badan. Sama ada mengurangkan pengambilan makanan atau minuman manis, mengurangkan memakan makanan berminyak, tidak makan nasi langsung, banyakkan bersenam dan bersukan serta lain-lain.
Jadi ikut pilihan sendiri mana satu yang ingin dicuba. Cuma, ia bergantung kepada tubuh seseorang sama ada sesuai atau tidak dengan tubuh jika melakukan salahs atu cara tersebut.
Terdapat satu lagi cara diet yang membolehkan seseorang itu hilangkan berat badan di antara 5-8 kg dalam masa hanya seminggu!
Saudari Shienasan Abdullah menerusi laman facebooknya berkongsi salah satu cara menurunkan berat badan iaitu melalui kaedah General Motors Diet (GMD).
Shienasan Abdullah atau lebih mesra disapa Shiena telah melakukan eksperimen diet tersebut terhadap dirinya pada 7 April sehingga 14 April yang lalu, dan telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 6.2kg!
Shiena yang sebelum ini mempunyai berat sebanyak 80.4kg telah berjaya turun kepada 74.2kg dalam masa hanya seminggu, semuanya gara-gara menu ketat, tapi sedap, yang diamalnya itu.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Assalamualaikum semua sahabat positif Ina. Mesti ramai yang sedang menunggu result penurunan berat badan Ina selama 7 hari buat GM Diet kan? Maaf lewat sikit update sebab anak Ina tak berapa sihat.
Alhamdulillah berjaya juga Ina habiskan misi 7 hari GM Diet dan dapat turunkan berat sebanyak 6.2kg.
Ina hanya makan menu seperti yang disarankan. Sehari Ina makan 3 kali. Tidak ada tambahan Puasa Sunat atau IF atau OMAD atau yang selainnya. Bila rasa lapar je, anda boleh makan hingga kenyang.
Perlu diingatkan result penurunan berat setiap badan adalah berbeza. Jika turun banyak itu rezeki. Kalau turun sikit jangan give up, teruskan saja diet seperti biasa hingga hari ke-7.
Apa itu GM Diet?
General Motors Diet
Diet GM pertama kali dikandung khusus untuk pekerja di General Motors, Amerika Syarikat. Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors.
Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 kg dengan aman dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi.
Diet GM adalah program diet 7 hari penuh dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Semasa diet harus minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari dan tidak minum alkohol semasa program diet.
Diet GM dapat diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi. Berat badan ideal maksimal anda adalah 22.5 x Tinggi Badan (M) x Tinggi Badan (M).
Bila tinggi badan anda 162 cm, maka berat badan maksimum anda adalah 22.5 x 1.62 x 1.62 = 59 kg.
Ibu menyusu yang berlebihan berat badan, penderita diabetes mellitus, penderita penyakit jantung, penderita penyakit lambung (gastritis) sangat di sarankn untuk melakukan diet ini.
Pelan Pemakanan GMD:
Hari pertama: Buah-buahan, kecuali pisang.
Pada hari pertama ia hanya dibenarkan makan buah-buahan. Apa-apa buah di benarkn kecuali pisang. Anda boleh makan sehingga anda kenyang. Ia disyorkan untuk mengambil lebih banyak tembikai dan buah rock melon.
Hari kedua hanya dibenarkan makan sayur-sayuran. Apa-apa yang mentah atau di masak. Boleh dimasak tumis, sup atau direbus. Membuat pecal juga boleh digunakan selagi jumlah kacang adalah terhad.
Tiada had untuk jenis sayuran dan boleh makan hingga kenyang.
Pada hari keempat, hanya 8 biji buah pisang dimakan dan meminum 3 gelas susu rendah lemak. Tidak makan jenis makanan lain. Jika anda alah kepada susu lembu (intoleransi laktosa), anda boleh menggantikannya dengan susu soya.
Jika anda tidak makan buah pisang boleh gantikn dengan buah jambu, buah kiwi atau tembikai.
Pada hari kelima, hanya dibenarkan makan daging atau ikan dan tomato.
500 grm daging lembu dan 6 biji tomato adalah menu utama pada hari kelima. Daging hamburger atau meatball dibenarkan. Lebihkan minum air putih untuk membersihkan sistem pencernaan.
Daging lembu boleh digantikan dengan ayam tanpa kulit atau tempe untuk vegetarian. Jika anda tak makan buah tomato boleh gantikan dengan buah belimbing.
Resipi ini hanya dilakukan sebulan sekali. Perhatikan bagaimana anda tidak perlu menghabiskan banyak wang dan menjalani diet keras untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Diet GM boleh menjadi satu penyelesaian bagi mereka yang memerlukan diet dengan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu risau tentang kelaparan atau kebosanan kerana diet yang membosankan.
Diet GM ternyata berjaya mengurangkan tahap gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes mellitus. Ibu menyusu yang beratnya melebihi berat badan ideal boleh mengikuti diet ini.
Anda boleh kongsikan info diet ni pada kenalan, teman-teman, saudara-mara untuk membantu mereka mendapatkan berat badan ideal dan tahap kesihatan yang lebih baik.
Sejak penularan Covid-19 melanda negara dari tahun lalu hingga kini, ramai sudah dijangkiti pandemik berbahaya ini yang disifatkan musuh tersembunyi. Malah kes positif setiap hari dilaporan lebih 20 ribu kes.
Bagi yang positif tentu perasaan berkecamuk hingga ada yang ketakutan, rasa gelisah dan menangis.
Berkongsi pengalaman positif Covid 19, wanita ini berharap mereka yang dijangkiti bertenang. Malah beliau juga menyenaraikan beberapa tindakan yang perlu dilakukan setelah disahkan positif dan tempoh kuarantin di rumah.
Ikuti perkongsian beliau.
SAYA POSITIVE COVID-19! Macam mana tau covid-19? 2/8 – Demam, batuk & selsema. 5/8 – Buat PCR test kat klinik. 6/8 – Officially positive Covid-19! Simptom – demam, batuk, selsema, hilang deria bau & rasa sempit dada. Takde contact rapat. Maybe ada dalam family yang jadi pembawa.
2. Update MySejahtera. Pilih Helpdesk. Lepas tu, pilih Option F. Jawab soalan dan upload keputusan swab test. Status dalam MySejahtera akan tukar jadi merah selepas 1-2 hari. Bila dah merah, kita kena isi health assessment 2 kali sehari sampai habis kuarantin. Dalam health assessment, kita kena jawab soalan dan isi suhu, SPO2, tekanan darah & kadar denyutan nadi.
3. Call atau whatsapp CAC daerah masing-masing. Ada CAC guna landline. Ada yang guna whatsapp sahaja. Lain CAC lain cara ya.
Tujuan call CAC untuk dapatkan nasihat sama ada perlu hadir ataupun kuarantin di rumah. Kalau perlu hadir, kena tanya boleh walk-in ataupun by appointment. Warga emas dan ibu mengandung, wajib ke CAC walaupun gejala ringan. Pengalaman sendiri di CAC Selangor, kena download app Selangkah & isi lagi sekali details kita termasuk berat, tinggi, tarikh vaksinasi (jika ada), tarikh swab test.
4. Nanti ada doktor dari KKM yang akan call untuk tanya keadaan kita. Kena alert dengan panggilan telefon ya. 5. Kalau rasa sesak nafas & oxygen bawah paras normal, terus ke hospital terdekat (Emergency). Jangan tunggu.
Ready barang wajib ada di rumah
Apa yang kita perlu ada semasa kuarantin di rumah? 1. Thermometer 2. Oximeter – alat untuk check tahap oxygen dalam darah 3. Blood pressure monitor – alat untuk check tekanan darah & nadi. Beli yang ada adapter sekali. Kalau tak, jenuh ganti bateri.
8. Disinfectant spray – penting sebab kita nak sanitize ruang & permukaan. Contohnya bilik air, tombol pintu. Boleh beli spray gun ataupun Dettol spray tu.
9. Disinfectant wipe – bila rasa malas nak spray, kita boleh guna tissue basah ni. 10. Hand sanitizer – kena rajin sanitize tangan. 11. Face mask – kena pakai kalau ada antara ahli keluarga yang negatif covid-19. 12. Supplement – Saya just amik vitamin C(250mg) & habatussauda'(black seed oil). Masa sihat tak makan supplement pun sebab memang sejenis manusia yang payah nak telan ubat.
Peringatan: Alat no 1-3 beli di farmasi ya. Seeloknya semua orang dah ada alat ni. Home essentials.
Apa yang perlu kita makan?
Bila dah sakit ni memang takde selera. Tapi kena paksa makan untuk tenaga. Roti, sup, buah atau jus buah sesuai je buat alas perut. Ikut selera masing2. Asalkan makan. Banyak minum air suam. Keep hydrated. Takpela ulang alik toilet pun. Tapi pastikan sanitize toilet lepas tu ya.
Kata-kata semangat
Lagi, apa nak buat dalam tempoh kuarantin/recovery? Be positive dan kuat semangat! Semangat ni datang dari diri kita dan orang sekeliling. Terima kasih semua yang sentiasa bertanya khabar, share tips2, bagi semangat, hantar makanan dan doakan saya & family. Saya akan ingat setiap orang ni. Clear your mind. No work related matters. Kena betul-betul focus untuk recovery tanpa stress.
Untuk yg Muslim – solat, doa, baca Yasin, selawat Syifa dan amalan2 yang bagus untuk kita spiritually.
Disclaimer: Ni pengalaman saya sendiri. Mungkin tak sama dengan orang lain ya. Pegi vaksin! Jangan overthinking ckp agenda yahudi la, mikrochip la, jadi zombie la.
Kami satu family dah amik vaksin & walaupun ada yg tak complete 2 dos, alhamdulillah masih bergejala ringan. Take care semua! Mencegah lebih baik dari mengubati. Ha gittew! Still in recovery mode,
Kredit : Aini Shafinaz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah seorang anggota polis yang sanggup membantu seorang pencuri roti di sebuah pasaraya sekitar 10 tahun lalu pernah tular di media sosial.
Namun kes kecurian itu bukan sahaja menjadi perhatian warganet sebaliknya cara dan kata-kata Sarjan Mejar Sharudin Abu Bakar, 60, dalam menyelesaikan kes itu membuatkan ramai yang terkesan dalam melihat sesuatu perkara itu dalam cara berbeza.
Inilah kisah Pegawai Polis yang tiba-tiba menjadi tular kerana sifatnya yang terpuji membebaskan seorang hamba Allah yang mencuri roti gardenia kerana anaknya lapar.
Walaupun pihak supermarket (Pengawal Keselamatan) berkeras mahu menjadikan kes tersebut sebagai kes Polis, beliau tetap mempertahankan lelaki tersebut. Apa yang menyedihkan lelaki tersebut dalam kesusahan kerana dibuang kerja dan anaknya kelaparan sehingga mendorong beliau mencuri.
Pihak pasar raya hanya akan melepaskan lelaki tersebut dengan syarat dibayar 10 kali ganda daripada nilai barangan yang dicuri. Apa yang mengejutkan pegawai Polis tersebut membayar harga tersebut dan memberikan wang belanja untuk digunakan oleh lelaki tersebut.
“Kalau nampak orang tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita”
Itulah kata-kata yang sepatutnya menjadi ingatan kepada setiap rakyat Malaysia. Ungkapannya itu menjadi bualan diseluruh pelusuk Malaysia apabila cerita beliau membantu ‘pencuri’ roti di pasar raya menjadi tular.
Beliau pernah bertugas di Balai Polis Nibong Tebal, dan kini menghabiskan waktu pencennya di Masjid Taman Seri Tenggara Parit Buntar. Berasal dari Parit Buntar, seorang yang berperwatakan serba sederhana dan tidak banyak cakap. Walaupun tidak banyak cakap, wakil pengawal keselamatan Tesco yang mahu mendakwa lelaki tadi, teruk juga ditazkirah oleh beliau.
Ungkapan itu meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa sahaja yang membacanya termasuklah Azizan sendiri yang memegang kata-kata itu sehingga ke hari ini.
Azizan yang dihubungi mStar berkata, dia sentiasa terkenang akan kejadian dan kata-kata Sharudin dalam menjalankan tugasnya dengan lebih cekap dan amanah.
Perkongsian Azizan mengenai kisah Sharudin menjadi tular di media sosial.
“Peluang bekerja bersamanya sebelum ini memang menjadi kenangan buat saya sehingga akhir hayat kerana banyak yang saya belajar daripadanya.
“Beliau seorang yang sangat tenang, murah dengan senyuman. Kata-katanya itu memang saya pegang dan akan terbayangkan wajahnya apabila mengendalikan kes seumpamanya,” katanya.
Azizan, 32, berkata, dia sempat bekerja dibawah selian Sharudin selama beberapa tahun yang ketika itu memegang jawatan sebagai timbalan ketua balai polis di Pulau Pinang sebelum mereka masing-masing bertukar ke balai berbeza.
Mengimbau kes tersebut, Azizan berkata, lelaki itu dibawa ke balai polis selepas pihak pasaraya berkenaan enggan menyelesaikan kes itu dengan baik.
Katanya, Sharudin terkesan sehingga sanggup mengeluarkan wang dari poketnya sendiri sebagai ganti rugi kepada pihak pasaraya itu sebanyak 10 kali ganda daripada nilai asal selepas mengetahui suspek mencuri dua buku roti kerana ingin memberi anaknya makan.
“Nilai roti tak sampai RM10 dan tiga kali aku bertanya kepada pengawal itu sama ada ingin tangkap juga? Tetapi pengawal itu juga hanya menjalankan tanggungjawabnya selain ia arahan pihak atasan pasaraya itu.
“Dalam kereta aku tanya kenapa mencuri? Dia cakap tak ada wang nak beli… curi pun sebab nak bagi anak dia makan kat rumah. Terkedu aku dengar. Dia cakap anak dia dah dua hari tak makan nasi.
“Dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok sahaja yang berharga 20 sen sebungkus. Lepas dengar, bergenang air mata sebab terbayang anak sendiri di rumah,” ujarnya.
Dalam pada itu, salah seorang aaknya turut berkongsi pandangan mengenai ayahnya ini. Menurut Mohd Zhafrie Sharudin, seperti mana bapa yang lain dia memang tegas dengan kami empat beradik terutama tentang soal agama dan pelajaran tapi dia seorang yang ‘cool’.
Bagaimanapun dalam ketegasannya itu, Zhafrie menyifatkan bapanya itu seorang yang peramah dan disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya.
“Jujurnya seperti mana bapa yang lain dia memang tegas dengan kami empat beradik terutama tentang soal agama dan pelajaran tapi dia seorang yang ‘cool’.
“Kalau ada buat kenduri di rumah memang semua rakan-rakan pejabat dia akan hadir dan mereka memang rapat,” ujarnya.
Zhafrie memberitahu dia sebenarnya terkejut apabila kisah mengenai bapanya tular kerana lelaki itu tidak pernah menceritakan hal tentang kerja di rumah.
“Sekarang pun bapa sudah pencen dan banyak menghabiskan masa di rumah untuk berehat. Saya tahu pun tentang kisahnya yang viral apabila ada orang muat naik kisah bapa berserta gambarnya.
“Terkejut tu memang terkejut tetapi sebagai anak pasti saya ada rasa bangga dengannya kerana bapa sendiri tidak pernah bercerita tentang apa terjadi ketika dia bekerja.
“Alhamdulillah kisah itu menjadi inspirasi kepada ramai orang malah saya sendiri terusik dengan apa diceritakan oleh orang lain tentangnya,” ujarnya.
Sumber: Isu Viral dan facebook & mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di