Pengambilan buah-buahan segar menjadi keutamaan dalam diet harian untuk mendapatkan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Setiap buah-buahan ada khasiatnya tersendiri dan begitu juga dengan buah-buahan kering.

Pun begitu, ramai juga yang kurang mengamalkan pengambilan buah-buah kering dalam diet harian. Mungkin kerana tiada pendedahan detail tentang khasiat buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar.

Berikut bagus kiranya untuk dibaca perkongsian daripada Dr Suri Roowi tentang khasiat buah-buahan kering untuk pengetahuan bersama.

BUAH-BUAHAN KERING – TINGGI KHASIAT TETAPI DIPINGGIRKAN
1. Buah kering elok diambil sebagai makanan ringan kerana ia kaya sumber serat, nutrien dan karbohidrat kompleks yang baik untuk kesihatan.

2. Tidak dinafikan kandungan buah-buahan kering rendah kandungan vitamin C, tetapi bahan berkhasiat lain contohnya polifenol jauh lebih tinggi dalam buah-buahan kering

3. Polifenol mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antidiabetis, antidarah tinggi dan boleh elakkan sakit jantung.

IKLAN

Buah-Buahan Kering Elok Amalkan Dalam Diet Harian. Saintis Ni Jelaskan 13 Fakta Tentangnya & Rugi Kalau Tak Ambil Tahu!
4. Hasil ujian makmal mendapati bahan berkhasiat (polifenol) lebih tinggi dalam buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar. Penggunaan suhu pemanasan di bawah 60 C juga tidak merosakkan khasiat dalam buah kering.

5. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati pengambilan buah kering mengurangkan risiko kanser prostat. Kajian di Belanda pula mendapati memakan buah tin kering dapat menghalang pertumbuhan atau pembentukan sel kanser. Buah teen juga menunjukkan sifat antikanser yang kuat.

Buah-Buahan Kering Elok Amalkan Dalam Diet Harian. Saintis Ni Jelaskan 13 Fakta Tentangnya & Rugi Kalau Tak Ambil Tahu!
6. Kajian yang diterbitkan dalam Nutrition Journal pada tahun 2016 mendapati bahan khasiat (polifenol) paling tinggi dalam kismis, diikuti buah teen, prune dan kurma. Kajian lain pula mendapati kurma tinggi khasiat (polifenol) manakala buah teen tinggi antoksidan.
7. Kajian ke atas manusia mendapati memakan buah teen kering dapat tingkatkan antioksidan dalam darah sehingga 5% dan nilai ini lebih tinggi berbanding meminum teh hijau. Pengambilan kismis pada kadar 21 g sehari pula dapat meningkatkan antioksidan darah sehingga 8%.

Buah-Buahan Kering Elok Amalkan Dalam Diet Harian. Saintis Ni Jelaskan 13 Fakta Tentangnya & Rugi Kalau Tak Ambil Tahu!
8. Kismis juga tinggi khasiat. Memandangkan kismis mempunyai indeks glisemik (GI) antara 55-69, pesakit diabetis tidak boleh memakan kismis secara berlebihan. Walaubagaimanapun terdapat kajian menunjukkan kismis membantu kurangkan risiko diabetes jika diambil mengikut kadar yang betul (sila rujuk posting sebelum ini).

IKLAN

9. Kajian ke atas tikus mendapati buah prun kering boleh merendahkan lemak dalam arteri jantung. Buah prun juga bantu kesihatan tulang di kalangan pengidap osteoporosis. Ia bertindak dengan meningkatkan kepadatan tulang dan membantu pembentukan tulang.

10. Selain memberikan sumber fiber yang tinggi, kurma pula membantu mengawal kolesterol dengan seterusnya memperbaiki profil lemak dalam darah.

Buah-Buahan Kering Elok Amalkan Dalam Diet Harian. Saintis Ni Jelaskan 13 Fakta Tentangnya & Rugi Kalau Tak Ambil Tahu!

IKLAN

11. Buah ‘cranberry’ kering juga boleh merendahkan lemak dalam darah dan boleh kurangkan risiko jangkitan saluran kencing. Terdapat juga laporan menunjukkan buah ‘cranberry’ boleh kawal gula dan lemak dalam darah dan bantu masalah buah pinggang.

12. Walaupun kebanyakan buah-buahan kering lebih tinggi khasiat antioksidan berbanding buah segar, kandungan potassium dalam buah-buahan kering juga tinggi. Contohnya, kandungan potassium dalam buah aprikot kering adalah yang tertinggi, diikuti dengan peach, kismis, plum atau prunes dan kurma.

13. Kandungan potassium bagus untuk pesakit darah tinggi tapi tidak sesuai untuk sesiapa yang ada masalah buah pinggang.

Sumber : Dr. Suri Roowi 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI