
SIAPA sangka, keberanian mencuba sesuatu yang baharu akhirnya membawa kejayaan membanggakan buat seorang guru dari Kelantan apabila karya video pendeknya mendapat pengiktirafan antarabangsa!
Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kandis, Kelantan, Ustazah Yusliza Kamarudin berjaya meraih pengiktirafan Honourable Mention (Short Film) menerusi karya berjudul Warisan Yang Perlahan Hilang dalam pertandingan Sultan Mizan International Photography Awards 2025 (SMIPA).
Lebih membanggakan, kejayaan tersebut diraih menerusi penyertaan pertamanya dalam pertandingan berprestij itu.

Pencapaian Ustazah Yusliza ini cukup istimewa kerana beliau bukanlah seorang pembikin filem profesional, sebaliknya seorang pendidik yang berani mencabar kemampuan diri dalam bidang kreatif.
Daripada minat untuk belajar dan meneroka sesuatu yang baharu, siapa sangka hasil karyanya akhirnya mendapat perhatian serta pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Ustazah Yusliza: Tarikh Tutup Dah Lepas, Rezeki Tetap Ada!
Berkongsi pengalaman di Facebook, Ustazah Yusliza berkata, penyertaannya bermula selepas mendapat galakan seorang guru pembimbing dikenali sebagai Benaz.
Menariknya, ketika karya dihantar, tarikh tutup pertandingan sebenarnya sudah berlalu. Namun, penyertaannya masih diterima sehingga membuahkan kejayaan yang tidak disangka.
“Walaupun bukan pemilik hadiah utama, pencapaian ini tetap menjadi satu kebanggaan yang sangat besar buat saya.
“Bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang keberanian mencuba, kepercayaan terhadap kemampuan diri dan semangat menghasilkan karya bersama insan-insan hebat,” kongsinya.
Pengalaman tersebut membuktikan bahawa kadangkala peluang hadir dengan cara yang tidak dijangka. Apa yang penting, seseorang itu mempunyai keberanian untuk mencuba dan tidak mudah mengalah sebelum memulakan sesuatu.
Bagi seorang guru yang sentiasa sibuk dengan tanggungjawab mendidik anak bangsa, kejayaan dalam bidang kreatif seperti ini pastinya membawa makna yang cukup besar.
Lebih-lebih lagi apabila penyertaan pertama sudah mampu membuahkan hasil yang membanggakan.

“Saya Hanyalah Seorang Pendidik…”
Menurut Ustazah Yusliza, kejayaan tersebut mengajarnya bahawa seseorang tidak perlu menunggu sehingga benar-benar hebat untuk memulakan sesuatu.
“Saya mungkin bukan pembikin filem profesional. Saya hanyalah seorang pendidik yang sentiasa ingin belajar, meneroka teknologi, berkarya dan mencabar potensi diri,” katanya.
Minat terhadap pendidikan digital, fotografi, videografi dan teknologi kecerdasan buatan (AI) turut mendorongnya untuk terus meneroka bidang kreatif.
Semangat untuk terus belajar ini menunjukkan bahawa dunia pendidikan sebenarnya tidak terbatas kepada bilik darjah semata-mata.
Seorang guru juga mampu mengembangkan bakat dalam pelbagai bidang, termasuk menghasilkan karya kreatif yang mempunyai nilai dan mesej tersendiri.
Malah, pengalaman meneroka teknologi baharu boleh membuka lebih banyak ruang kepada pendidik untuk menghasilkan pendekatan pembelajaran yang menarik dan dekat dengan perkembangan semasa.
Kejayaan Ustazah Yusliza Turut Membanggakan JPN Kelantan
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut yang membuktikan kreativiti dan penguasaan teknologi dalam kalangan guru mampu menyerlah
BACA LAGI :“Orang Kata Saya Buta Grammar…”, Ustazah Asma’ Harun Belajar Seminggu, Berjaya Raih Band 4.5
Sumber : Sinar Bestari
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

