Jangan sesekali anggap masalah bau badan benda yang remeh. Lebih-lebih lagi buat anda yang sudah berkahwin. Boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada pasangan untuk berada dekat dengan kita.
Jadi, sebelum suami atau rakan merungut tentang hal ini atau mungkin menjauhkan diri, sebaiknya cuba atasinya dengan segera. Bau badan terjadi bukan hanya disebabkan oleh peluh di ketiak semata-mata. Ia disebabkan kurangnya penjagaan kebersihan tubuh badan.
Bakteria dan virus yang membiak sehingga mengeluarkan sejenis bau yang kurang enak. Kita mungkin tidak sedar akan bau tersebut.
Selain pemakaian produk moden, ada juga cara alami yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Jom Semak kaedah tradisional ini :
1. Guna Daun Sireh
Ads
Daun sireh antara tumbuhan yang dapat menghilangkan bau badan. Antara caranya adalah dengan ramas daun sirih dan campurkan dengan tawas. Kemudian letakkan pada bahagian-bahagian tubuh yang cenderung untuk berbau seperti ketiak, celahan paha dan juga bahagian tubuh lain dapat menghilangkan masalah bau badan ini.
2. Mandian Susu
Selain itu, mandi susu juga dapat memulihkan masalah bau badan. Rawatan dengan susu yang dikombinasikan dengan campuran susu soya, susu kambing, madu dan juga aromaterapi memberi impak segar dan harum kepada tubuh. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit, sekali setiap minggu. Lama kelamaan masalah bau badan anda akan dapat dikurangkan.
Ads
3. Ratakan Timun
Timun juga dikatakan dapat menghilangkan masalah bau badan. Potong timun kepada beberapa kepingan kecil kemudian gosok dan jadikan sabun ketika mandi. Ratakan keseluruh tubuh kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Bunga cengkih yang kita gunakan sebagai tumisan boleh juga dijadikan sebagai pengubat menghilangkan bau badan. Rendam dalam air panas, suamkan dan kemudian minum airnya. Amalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan atau tidak, jika kita membeli vitamin contohnya, akan ada didalamnya satu plastik kecil yang mengandungi butiran lutsinar. Apakah itu?
Sebenarnya, ia adalah ‘Oxygen absorber’ diletakkan bertujuan untuk memastikan produk tersebut kekal kering dan menghindarkan dari berkulat.
Pun begitu, sebagai ibu bapa pastikan anak-anak kita tidak termakan isi di dalam bungkusan kecil tersebut yang boleh mendatangkan keracunan pula.
Untuk lebih faham, ini dijelaskan oleh Pusat Racun Negara. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
‘SILICA GEL’ vs ‘OXYGEN ABSORBER’ SAMA TAPI TIDAK SERUPA
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Silica gel’ di dalam kotak kasut yang baru atau ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Pusat Racun Negara seringkali menerima laporan kes termakan kedua-dua bahan ini terutamanya di kalangan kanak-kanak.
Ada di antaranya disebabkan oleh rupa ‘Silica gel’ yang seakan-akan gula-gula dan menarik perhatian kanak-kanak untuk membuka bungkusan dan memasukkan kandungannya ke dalam mulut.
Percaya atau tidak? Ada juga orang dewasa yang termakan ‘Oxygen absorber’ dengan mi segera kerana bungkusannya menyerupai bungkusan perencah mi segera.
Tahukah anda fungsi kedua-dua bahan ini?
‘Silica gel’ adalah penyerap lembapan manakala ‘Oxygen absorber’ adalah penyerap oksigen dan mempunyai FUNGSI YANG SAMA.
Kedua-duanya diletakkan di dalam bungkusan produk supaya sesuatu produk itu tidak mudah rosak, tidak teroksida atau tidak berkulat, dan memanjangkan jangka hayat produk.
Namun, apakah perbezaan antara penyerap lembapan dan penyerap oksigen?
PERBEZAAN PENYERAP LEMBAPAN DAN PENYERAP OKSIGEN
#1 KEGUNAAN
Kegunaannya mungkin berbeza mengikut kesesuaian produk. Penyerap lembapan biasanya diletakkan dalam produk pembungkusan seperti kasut atau beg tangan. Manakala penyerap oksigen pula biasa didapati dalam pembungkusan produk-produk makanan dan ubat-ubatan.
#2 KERACUNAN
Kebiasaannya kandungan penyerap lembapan adalah gel silika. Secara umum, gel silika tidak beracun namun berpotensi menyebabkan saluran pemakanan tersumbat jika termakan dengan jumlah yang sangat banyak terutamanya oleh kanak-kanak kecil.
Penyerap oksigen pula kebiasaannya diperbuat daripada serbuk besi (‘iron’) yang berwarna hitam. Bahan ini adalah toksik dan jika seseorang keracunan besi, ia akan menyebabkan simptom-simptom seperti muntah-muntah, cirit-birit (najis berwarna hitam) dan sakit perut. Malah, keracunan yang teruk boleh menyebabkan muntah darah, tekanan darah rendah, paru-paru berair dan kerosakan hati.
Oleh itu, berhati-hatilah menyimpan produk yang mempunyai kedua-dua bahan ini. Sentiasa pastikan bahan ini disimpan jauh daripada capaian kanak-kanak.
Sudah tentu setiap ini ibu bapa gembiraan menyambut kelahiran cahaya mata, namun akan lebih berganda apabila tarikh kelahiran anak sama dengan anak sebelumnya.
Begitulah anugerah yang dilalui oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal apabila anak keempatnya ditakdirkan lahir pada tarikh yang sama dengan anak ketiganya. Malah anak kepertama dan kedua juga tarikh berkongsi tarikh kelahiran yang sama.
eliau meluahkan rasa syukur kelahiran anak ke empatnya. Dalam pada itu turut berkongsi cara tahnik untuk anak sejurus dilahirkan. Ikuti perkongsian beliau.
Hari ni, Allah Taala telah bagi kat kami sekeluarga hadiah. Dalam banyak-banyak hat dok ada, Allah pilih nak bagi kat kami.
Syukur yamat La Ya Allah… Apa dia ni? Hadiah apa ni? Dok tak duduk dok kata hadiah ni.. Ni kami nak habaq la. Pasai Allah Taala kata, “Adapun, mana-mana nikmat yang Allah bagi, khabarkanlah (sebagai tanda syukur)..”
Ya Allah, syukur yamat sebab hari ni kami sekeluarga menimang seorang cahaya mata lelaki. Iyaaaaa~ Sungguuuuhhh~
TARIKH KELAHIRAN YANG SAMA
Ni sampai la ni dok rasa percaya tak percaya ni sama banyak. Sungguh aiihh. 11/2/2021 pukui 3:25petang tat sat. Kira saya la ni ada 4 orang anak ‘jantan’. Yang dok habaq kata syukur sangat ni pasai, Anak sulong dengan nombot 2 sama tarikh lahir. 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016.
Hat hari ni pi sama pulak dengan abang dia hat nombot 3. 11 Febuari 2019 abang no 3, 11 Febuari 2021 mai adik nombot 4. Allah.. Ya Rabb.
Saya dengan Isteri tau tahap kami lagu mana. Ibadah dengan main ni sama banyak. Jauh sekali nak sampai kata doa makbul. Habih tu, mcm mn boleh jadi lagu ni?
KEHEBATAN DOA
Saya nak bgtau apa yang terbuku dalam benak hati ni. 1. Kehebatan Doa. Kami bila jumpa saja sapa yg dan, kami minta tolong doa bagi dapat sama tarikh lahir dengan anak nombot 3. Iya la, tau la kan kita kan, kalau boleh nak la skali kan. Tapi dalam masa sama, kita pun paham, benda bukan senang. Tapi apa salahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak??
Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul. Ngam ngam lahir hari ni. Boleh jadi – berkat doa Ibu Bapak n mertua. – Berkat kawan-kawan – Berkat doa orang yang dapat nikmat – Berkat doa orang soleh – Berkat doa orang yang dizalimi. وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب Kami jumpa sapa saja, kami minta tolong doa.
2. Allah Taala Maha Hebat.
Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak dosa. Saya, isteri saya, keluarga saya, Ibu Bapak dan Mertua saya, kawan2 saya dan semua kami ni, kami tau kami banyak dosa. Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Pengampun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.
TURUT KONGSI CARA TAHNIK ANAK
Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan, “Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad ﷺ. Baginda ﷺ menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”. HR Imam Muslim
Kawan2, Berdasarkan hadis ni, Sunnah Bertahnik. Kaedah atau kaifiat saja berbeza. Banyak kaedah tahnik ini. Maksudnya nak baca apa, nak mula mana dulu. Banyak dan semua betui إنْ شَآء الله. Apa yang saya buat ialah hasil dari perkongsian 1) Al-Marhun TG Dato Haron Din (saya tgk depan mata)
2) TG Ustaz Taufik Mat Husin FB : https://www.facebook.com/taufik.husin.35 (Saya call minta pandangan. Ni masa belajaq dulu la. Lama dh)
3) Habib Ali Zainal Abidin @habibalizaenalalhamid (Saya tgk depan mata dan Habib siap ulang habaq lagi)
4) Ustaz Muhadir Hj Joll
Jadi, dalam video ni saya buat, kawan-kawan boleh buat jugak.
Step 7 Amik Kurma. Kunyah2 sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nnt tgk video mcm mn nk masukkan dlm mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
Step 8 Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 3 Surah Ali Imran
Step 9 Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yg saya baca. Itu dr Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
Step 10 Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya. Doalah dengan penuh – ikhlas – tawadhuq – berharap Allah dengaq n perkenankan – sungguh-sungguh.
آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين
Semoga Allah menerima perkongsian ini sebagai ganjaran kita & kebajikan kita petang Jumaat ini.
Ada ketikanya badan kita terasa begitu lesu dan penat. Apatah lagi setelah melakukan kerja-kerja yang berat.
Begitu juga bagi kaum ibu selepas melalui proses melahirkan anak. Tubuh badan tidak bermaya dan terasa cukup lesu.
Oleh itu, bagi mengembalikan kesegaran tubuh apa kata cuba amalkan petua dengan mandi menggunakan air rebusan ini yang dikongsikan oleh Micah Paidin.
BADAN LETIH DAN PENAT?
cuba petua ini.
Bahan:
Daun serai wangi seikat
Limau purut
Daun pandan
Daun lengkuas
Daun inai.
Rebus kesemua bahan sampai naik wangi.Campurkan dengan sebaldi air sejuk dan mandi air tersebut.
Insyaallah hilang segala penat dan letih.Badan pon jadi harum.
Rumah pon bau harum.Tenang gitu.
Manakala melalui perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar yang kerap travel sebelum ini, beliau akan mengamalkan makan sup kaki ayam dan dicampur goji untuk menghilangkan kelesuan badannya dan sekali gus kembali aktif dan bertenaga.
Ingin tahu apa bahan-bahan yang dicampurkan dalam sup tersebut jom semak perkongsian Dr Rizal ini.
Diharapkan amalan tersebut bolehlah dijadikan alternatif buat anda kekal bertenaga.
Sup Kaki Ayam & Kurma Merah
Pagi ni dengan sup kaki ayam dan kurma merah China atau jujube. Campur sekali dengan goji berries. Cuma dalam gambar tak nampak.
Biasanya bila balik travelling saya memang akan buat sup ayam red dates ni. Atau buat sup kaki red dates. Nak kembalikan energi.
Travelling memenatkan. Kawan kawan selalu komplen penat bila travel. Penat sebab kita tidak ambil makanan sesuai untuk kembalikan tenaga.
Bayangkan duduk menunggu pesawat 2-3 jam. Lepas tu duduk berjam jam dalam pesawat. Terpaksa pula hirup udara recycle dalam kabin pesawat. Walaupun hanya duduk ia tetap memenatkan.
Kenapa red dates dan goji berries?
Banyak khasiatnya res dates ini. Dalam buku perubatan Cina Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati.
Dengan vitamin C yang tinggi pengambilan kurma merah dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Itu yang penting. Cantikkan kulit semula.
Biasanya travel sebabkan kulit kusam. Kulit jadi kering duduk dalam air cond lama lama. Memang tak sempat nak pergi belek muka dan jaga kulit.
Goji berries juga adalah superfood. Banyak khasiat. Ada macam macam nama pula tu. Contohnya nama saintifiknya ialah Lycium barbarum, dikenali juga sebagai wolfberries, fructus lycii dan gougizi.
Dalam Journal of Dietary Supplements tahun 2015 disebut kebaikan goji berries sebagai penghalang kepada kanser dan oenyakit jantung. Juga tingkatkan sistem imun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.