Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang kenal. patah lagi ayat-ayat penuh berseni sering menjadi wadah tatkala berkata-kata.
Mengenali susuk tubuh bernama Ahmad Fedtri Yahya ini, pasti ramai bersetuju beliau juga seorang suami dan ayah yang hebat. Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun dia tidak mengabaikan keluarga.
Seringkali anak kelahiran Pantai Remis Perak ini memuat naik perkongsian bersama anak dan isteri. Caranya melayani anak-anak cukup membuatkan warganet kagum.
Terbaru, Fedtri berkongsi luahan rasa sempena ulang tahun perkahwinannya bersama Nurul Anati Ismail.
Salam Jumaat. Alhamdulillah, today is our 10th anniversary 🤲🌸
Ads
Pantas waktu berlalu, sudah 1 dekad berjuang membina kehidupan bersama isteri dan 4 orang cahaya mata. 4 kali bertarung nyawa melahirkan. 4x juga pernah keguguran.
Pengorbanan isteri dalam membina keluarga ini, hanya Allah yang dapat membalas sebaik-baik ganjaran. Rumah tidak lengkap dipanggil rumah, kecuali setelah ada wanita solehah dan ibu misali di dalamnya.
Terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan kami 🤲❤️
Semoga kebahagiaan milik kita semua. Amin ya Allah 🤲🥰
Dalam satu temubual sebelum ini, Pengacara terkenal ini mengakui, bab mendidik anak-anak dia dan isteri sentiasa ada masa untuk berbincang.
“Walaupun antara kami, saya paling sibuk, kalau tak jumpa kami akan hantar mesej atau call. Termasuklah bab sekolah, tadika dan sebagainya. Biasanya memang kami suka berbincang dalam semua hal.
Ads
“Walaupun sentiasa sibuk, tetapi anak-anak dan isteri jadi keutamaan. Biasanya saya akan buat jadual dan pastikan keperluan penting untuk keluarga terjaga. Dalam bab mendidik, saya tak nafikan, isteri memainkan peranan penting dalam semua hal. Malah, antara saya dan isteri, dia lebih tegas dengan anak-anak,” ujar Fedtri.
Fedtri dan Nurul Anati yang berkahwin pada Mei 2011. Pertemuan pertama kali disebuah masjid akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.
“Perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada dia (Nurul Anati) antara sebab kenapa saya terpikat dengannya. Malah, dia wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihan saya selain sangat memahami kerja dan kesibukan saya dalam bidang ini. Sehingga kini, dia tak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan hal-hal yang remeh.
Disebalik perjalanan hidup ini pasti ada melalui episod suka duka, tangis dan ketawa kerana itu semua adalah hakikat sebenar kehidupan. Pun begitu, bagaimana caranya untuk kita mampu mengharungi setiap ujian hidup dengan tenang dan masih dapat merasai kebahagiaan hidup, itu adalah cabaran paling utama.
Umumnya kita beranggapan, setiap kali berdepan dengan masalah atau ujian pasti seseorang itu akan menjalani kehidupan yang kusut terbeban dengan masalah dan tidak tentu arah. Namun sedar atau tidak, sebenarnya ramai juga yang masih mampu menjalani kehidupan yang cukup tenang walau sedang ditimpa ujian yang berat untuk dirinya.
Bagaimana dua situasi ini boleh terjadi? Ayuh kita fahami coretan daripada Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ini dan semoga ianya juga dapat menyuntik inspirasi buat diri kita untuk lebih tenang menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta walau dalam keadaan apa sekali pun.
Ini perkongsiannya.
Benarlah seperti yang dikatakan, seorang nampak tenang bukan kerana tidak mempunyai masalah yang berat tetapi kerana dia pandai menyembunyikan kesusahannya. Dipendam kepahitan dengan senyuman. Dipadam kerunsingan dengan gurauan.
Minggu lepas, minggu yang penuh peristiwa. Aku bertemu pelbagai ragam manusia. Daripada sahabat rapat, saudara terdekat dan kenalan dikalangan pembaca tulisan-tulisan ku. Mereka meluahkan masalah, kesusahan dan derita yang mereka sedang hadapi, tanpa mereka sedari bahawa aku juga sedang dan pernah melalui kesukaran yang sama.
Ada di antara mereka, yang sejak dulu ku kagumi ketenangannya. Namun, bila didekati mereka juga rupa-rupanya sedang menghadapi ujian yang tidak kurang getirnya. Ujian sakit, karenah isteri, sikap negatif anak-anak, dipulau rakan sekerja, tanggapan negatif sanak-saudara serta macam-macam ujian lagi.
Aku tersenyum pahit. Pelangi selalu kelihatan di atas kepala orang lain. Maksudnya, kesenangan dan keindahan kita rasakan hanya dimiliki oleh orang lain. Tanpa kita sedari mereka juga hakikatnya punya ‘perang’ tersendiri. Seperti kita, mereka juga sebenarnya sedang berhempas pulas mendepaninya.
Akhirnya, aku mendapat satu kesimpulan bahawa: Bukan soal masalah itu ada atau tidak, masalah itu berat atau ringan, tetapi sejauh mana iman di dalam diri untuk menanggungnya. Semua orang ada masalah, dan itu bukan masalahnya, tetapi yang penting ialah bagaimana pergantungan hati seseorang kepada Allah.
Ya, Allah lebih besar daripada masalah kita. Jika Allah besar di hati, segala masalah menjadi kecil dan mudah dihadapi. Tetapi jika Allah kecil di hati, masalah yang kecil pun menjadi besar untuk ditangani.
Justeru, jika kau melihat insan lain tersenyum, jangan kau cemburui senyumannya, tetapi cemburuilah iman yang ada di hatinya. Sehingga dengan itu mereka masih mampu tersenyum walaupun ada perang di dalam hatinya.
Ya, mungkin sahaja perang yang mereka hadapi lebih besar daripada perang yang kau hadapinya… tetapi iman mereka lebih besar daripada iman mu ketika menanggung dan menghadapinya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah tangga yang bahagia bukan datangnya dari kemewahan atau wang ringgit. Tetapi bagaimana suami dan isteri bersatu dan saling melengkapi di sebalik kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
Ungkapan bahagia itu sederhana mungkin sesuai untuk menggambarkan dua personaliti yang juga memegang gelaran isteri dan ibu. Hidup sederhana namun ikhlas dan hasil sokongan dari insan tersayang kini nama mereka cukup gah.
Bella atau nama sebenarnya nabilah bt zulyadaini, dulunya gadis kampung namun kini Namanya sebaris dengan juru mekap terkenal. Bahkan setiap kali memuat naik video solekan, pasti mendapat sambutan ramai.
Manakala Pavithra, seorang ibu dan isteri yang hanya tinggal di sebuah estet tiba-tiba ‘meletup’ usai video masakannya mendapat sambutan sehinggakan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Ini serba sedikit kisah dan perjalanan hidup dua wanita yang berjaya dan menjadi inspirasi kepada kaum wanita dan ibu di luar sana. Hasil sokongan suami yang sentiasa di sisi dari awal sehingga kini adalah contoh kenapa dua wanita ini mampu bangkit dan berjaya seeprti sekarang. Moga kisah pasangan suami isteri ini menjadi contoh buat kita semua.
Siapa yang tak kenal dengan Bella, wanita cantik dan juga seorang jurusolek yang cukup pandai berkata-kata. Kaletahnya tatkala di dalam video live membuatkan ramai terhibur apatah lagi dengan loghat utaranya yang pekat.
Anak kelahiran utara ini ‘meletop’ dan viral apabila video tutorial solekannya mendapat sambutan luar dugaan. Sejak itu, secara tidak sengaja Bella mula mengukir nama sebagai jurusolek tak bertauliah. Dek minat dan mengisi masa lapang sebagai suri rumah, dia mengasah bakat bersoleknya itu hanya dari rumah dengan menggunakan alat solek cap pasar malam sahaja.
Walaupun suami tahu yang Bella bukanlah profesional dalam andaman ini, namun kerana dia yakin isterinya itu tekad dan minat dalam bidang tersebut, suami tetap membantu dan sehingga kini terus menjadi sayap kanan Bella dengan mengembangkan perniagaan mereka pula. Kerana itulah, Bella sentiasa mendedikasikan kejayaannya hari ini buat suami yang tidak pernah berkata tidak setiap kali Bella memerlukan bahu berpaut.
Awalnya ibu muda yang cukup petah berbicara ini memasuki bidang bakery. Namun dia kemudiannya beralih arah kepada solekan setelah mempunyai anak.
2013 adalah permulaan untuknya terjun dalam bidang solekan dengan membuat live di facebook. Tidak sangka, personaliti media sosial ini mendapat sambutan hangat sehinggakan berjaya mengumpul sejumlah besar penonton setiap kali bersiaran secara live. “Teruskan minat kita.. Buktikan pada orang yang kita boleh melakukan yang terbaik dalam hidup kita. Sapa lagi nak ubah cara hidup melainkan kita sendiri berusaha sehabis mungkin, berdoa pada Allah swt mintak dipermudahkan segalanya jauhi dari2 orang yang tak baik dari kita ,buka kanlah seluas2 pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik (sihat) Aminn aminn.
“Dalam kehidupan ni ada pelbagai risiko /halangan /dugaan/pahit dlm hidup Yes kita kena kuat tempuhi dgn pelahan2 kita bangun go Bangun hampa…? Apa kita minat practice PRACTICEx3 sampai berjaya..nk berjaya kena hadapi dulu asam garam brulah kita belajar sesuatu yg baru dlm hidup kita…masih merangkak masih banyak lagi ingin belajar ingin explore lebih dalam lagi cuba buat lain pda org yes itulah kita.
“Tak mahu cakap semualah rasa sia2 dalam hidup ..tapi kita kena kuat demi masa depan ingat keluarga ingat anak2….rezeki kita siapa yang tahu hanya Allah swt yang tahu..apa yang penting berusaha rajin …? Rajin rajin pulun gigih …Allah tahu isi hati kita,” ujar Bella lagi menerusi perkongsiannya di Facebook.
Masih tidak percaya siapa dirinya sekarang ni, Bella tidak malu mengaku dulu hanya gadis kampung berbasikal ke hulur hilir mencari rezeki untuk keluarga.
“Mengaji takat spm saja tu pon cikgu yang bayarkan yuran2 buat saya ..terima kasih pada semua cikgu sekolah menengah sri badong terutamanya ustaz muslan jasamu tidak terbalas…..terus keja ..selekeh sangat2 tak pernah merasa berbaju raya /baju baru.
“Ingat lagi time2 tu kawan semua dah ade motosikal tapi saya hanya berbasikal usang ..bila kayuh rantai basikal jatuh p mai p mai kena kejar anjing dan sebagainya berapa susahnya mencari rezeki..ingat lagi masa tu mak saya bertanya pada saya “kak makan dakg ” time tu bella dapat duit dari hasil kelas ikan start 7pgi -5ptg hanya dpt 15 ringgit saya jawab “Alhamdulilah mak dah makan kenyang dah”
“Padahal saya tak makan ikat perut lagi sebab niat duit rm15 ringgit tu memang nak bagi mak beli barang dapur untuk makan esoknya. Allahuakbar sori sebak sat .juga tak pernah merungut tak malu dengan kehidupan kita ..jangan malu jangan fake…jadilah diri sendiri.
“Sekarang Alhmdulilah dapatlah membantu keluarga dan rakan2 serba sedikit rezeki saya dapat …terima kasih buat hampa smua yang sentiasa menyokong saay..insyallah saya akan buat terbaik bantu setakat mampu…mintak maaf jikalau terlepas pandang komen tak terbalas maafkan bella…
‘Terima kasih buat kawan2 zaman sekolah rendah menengah saya smpai kwn2 sekarang yang banyak membantu saya dari segi kewangan bantu saya terima banyak bella akan ingat smpai bila2 …terima ksih jugak pada suami tercinta Mak/abah keluarga yang sentiasa memberi semangat nasihat buat bella.
Hasil perkongsian hidup bersama Anuar Ahmad,wanita anggun ini yang sedang hamil anak ketiga mengakui sangat bersyukur dan gembira kerana dalam usia muda, dia sudah memiliki keluarga yang lengkap.
Walaupun berkahwin awal, namun saya dan suami tidak menyesal kerana keluarga kami sudah lengkap dengan kehadiran Airis dan Aidil. Walaupun mungkin wanita seusia saya masing enjoy ke sana ke mari, namun saya tidak cemburu, bahkan saya bersyukur kerana Tuhan anugerahkan saya keluarga yang cukup harmoni. Bukan mudah melayari alam rumah tangga dalam usia muda. Banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi. Tetapi saya berpegang kepada ‘sabar’ dalam semua hal.
“Dalam rumah tangga kena banyak sabar, kena yakin jika nak buat sesuatu kerja, sibuk macam mana sekali pun kena ada masa untuk anak-anak dan suami, sentiasa bertolak ansur dengan pasangan jika nak mudahkan hidup. Yang lebih penting, jika berlaku pergeseran atau perselisihan faham, dengan pasangan, jangan mudah naik angin. Tahan amarah tu dan selalu berbincang,”ujar Bella lagi.
Berbekalkan video masakan amatur, Pavithra bersama suaminya, Sugu berjaya menambat hati rakyat Malaysia. Rata-rata terpikat dengan gayanya yang bersahaja dalam berkongsi ilmu masakan di samping kefasihannya berbahasa Melayu. Dan, sangat menakjubkan apabila video itu dirakam oleh suaminya yang bekerja sebagai pekerja estet sahaja.
Lebih istimewa lagi, Namanya turut meniti di bibir pemimpin nombor satu negara. Sehinggakan menghadiahkan tripod dan barangan elektrik kepada pasangan ini. Betapa luar biasanya penangan Sugu Pavitra sehinggakan mendapat tempat istimewa di hati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin.
Pavithra mengecapi populariti ini atas dorongan dan bantuan suaminya yang tidak hanya memberi semangat, malah berkongsi idea dan turut muncul sebagai watak penting dalam video isterinya itu.
Hasilnya kini, mereka sudah boleh menikmati bayaran ribuan ringgit daripada Youtube hasil langganan dan tontonan yang tinggi pada setiap video yang dimuat naik. Daripada rumah estet, kini mereka berpindah ke rumah teres yang lebih selesa.
Difahamkan, Sugu menjadi tulang belakang dalam setiap ‘content’ yang dihasilkan isterinya itu. Tanpa Sugu, tiadalah Pavithra dan begitu sebaliknya. Kerjasama intim ini terbukti apabila suaminya sanggup berhenti kerja baru-baru ini untuk memberi fokus sepenuhnya pada penghasilan video Youtube bersama isterinya. Inilah kejayaan bersama yang dikongsi seisi keluarga. 10 Bagaimana Suami Mampu Bantu Isteri Menggapai Bintang?
Jika punya idea dan kemampuan untuk dibantu, usulkan kepada isteri. Isteri mana akan menolak jika suaminya sama-sama mahu menjayakan pekerjaannya itu.
Sumber: Majalah Keluarga & Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati mana tak sedih, jiwa mana tak pilu bila tak dapat peluang meraikan hari bahagia bersama orang yang tersayang. Saban tahun, kepulangan nak di hari raya adalah cukup dinantikan oleh ibu bapa di kampung.
Tahun ini merupakan tahun kedua semua umat Islam menyambut raya tanpa dapat pulang beraya di kampung.
Bagi yang tinggal bersama ibu bapa pasti tiada masalah, namun bagi anak-anak yang tinggal diperantauan, sekali lagi emosi cukup meruntun jiwa. Semuanya dek perintah pihak kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi angkasawan negara, Dato Dr Sheikh Muszaphar, situasi ini turut dirasi. Namun dia dan keluarga mengambil langkah awal dengan pulang ke rumah ibunya lebih awal untuk bertemu dan bermaaf-maafan sempena raya yang bakal menjelang tak lama lagi.
Beraya tanpa Ibu. Malam terakhir bersama Ibu. Sebak di dada hanya Allah yang tahu. Tanpa Ibu tiada hala tuju. Walaupun rumah hanya berbatu, namun terasa sukar buat diriku.
Tabahlah wahai Ibu. Ia hanya untuk sementara waktu. Semoga Allah permudahkan dirimu. Ku panjat doa buatmu. InsyaAllah akan ketemu. Amiinn Ya Rabb.
Dalam perkongsiannya, beliau akui rasa sebak kerana tidak dapat beraya bersama ibu tercinta meskipun rumah mereka tidak jauh.
Sebagai anak, dia berharap semua ibu di luar sana tabah dengan apa yang berlaku.
Di samping itu, Dr Sheikh Muszaphar turut mengucapkan salam Ramadan buat keluarga mentuanya yang dipercayai menetap di Seremban.
Jelas Dr Sheikh Muszaphar dan isteri sudah setahun tidak pulang ke sana. Justeru, hanya doa dititipkan supaya keluarga di sana berada dalam keadaan sihat dan dipanjangkan usia.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.