Ads

‘Lunch’ RM15 Sehari, Sebulan Dah RM300! Patutlah Ramai Mula Bawa Bekal

Bawa bekal ke tempat kerja bukan lagi perkara asing. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, amalan ini menjadi salah satu cara mudah untuk mengurangkan perbelanjaan harian

Menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN), memasak di rumah dan membawa bekal ke tempat kerja atau sekolah merupakan antara langkah yang boleh diamalkan bagi menjimatkan perbelanjaan makanan.

Bayangkan, jika setiap hari membeli makanan tengah hari dengan harga RM15, dalam tempoh 20 hari bekerja jumlahnya sudah mencecah RM300 sebulan. Itu belum termasuk minuman atau makanan ringan.

Jika suami isteri sama-sama bekerja, perbelanjaan makan di luar boleh menjadi lebih tinggi.

Bawa Bekal Boleh Jimat Ratusan Ringgit

Tidak perlu menyediakan menu yang mahal atau rumit. Hidangan ringkas seperti nasi goreng, bihun goreng, sandwich telur atau nasi berlauk sudah cukup untuk dijadikan bekal.

Malah, jika kos menyediakan bekal sekitar RM5 berbanding membeli makanan RM15, seseorang berpotensi menjimatkan RM200 dalam tempoh 20 hari bekerja.

Ads

Lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk membeli barang dapur, menambah simpanan atau menampung keperluan anak-anak.

Bagaimanapun, jumlah penjimatan bergantung pada harga bahan mentah dan kos penyediaan makanan.

Sekali Masak, Boleh Untuk Satu Keluarga

Bagi menjimatkan masa, suami isteri boleh merancang menu lebih awal. Bahan masakan juga boleh disediakan pada sebelah malam supaya tidak perlu tergesa-gesa pada waktu pagi.

Jika mempunyai anak yang bersekolah, menu sama boleh disesuaikan untuk bekal mereka.

Ads

Selain menjimatkan wang, menyediakan makanan sendiri membolehkan ibu bapa mengawal penggunaan minyak, garam dan gula dalam hidangan keluarga.

Pastikan juga makanan disimpan dengan selamat, terutama jika bekal perlu dibawa dalam tempoh yang lama.

Tak Perlu Bawa Bekal Setiap Hari

Bagi yang baru mahu mencuba, mulakan dengan membawa bekal dua atau tiga kali seminggu.

Ads

Tidak salah sekali membeli makanan di luar. Apa yang penting ialah bijak merancang perbelanjaan mengikut kemampuan.

Hakikatnya, berjimat tidak semestinya memerlukan perubahan besar. Kadangkala, amalan kecil seperti membawa bekal ke tempat kerja sudah mampu membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga.

Bukan sekadar kenyang, duit pun boleh disimpan untuk keperluan yang lebih penting.

 

BACA: Bawa Bekal Isteri Ke Tempat Kerja, Suami Akui Bangga Bukan Malu

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

Ibu Jumpa Alat Cegah Kehamilan Terpakai Di Bilik Anak 14 Tahun,...

Kes rogol pelajar Tingkatan 2 di Tawau disiasat selepas ibu menemui kondom terpakai dalam bilik anak. Lelaki 18 tahun direman lima hari bantu siasatan.